Saturday, October 10, 2020

Tutorial | Resepi Bayam Brazil Tumis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga mengumpulkan bayam brazil ini untuk dibuat makan.. hehehe.. Kali ini Sha tumis sahaja.. Ada jugalah kunyah macam tu je, tapi yang itu tak payah kongsilah kan.. hehehe.. Sha kongsikan resepi ringkas dari Sha.. Boleh je tukar sayur bayam brazil tu dengan sayur yang korang suka..

Bahan-bahannya:-
Semangkuk bayam brazil
Seulas bawang putih dihiris
Sebiji bawang merah dihiris
Sebiji cili merah dihiris
Sedikit udang kering
Sesudu sos tiram
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam halus

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak..

2. Tumiskan bawang merah, cili merah, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau..

3. Masukkan bayam brazil, sos tiram dan kacau sebati.. Selepas bayam masak, tutup api dan masukkan sedikit garam.. Gaul rata..

4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi..

14 comments:

  1. kalau saya masak bayam brazil ni selalunya biar berkuah sikit... biar lembut bayam tu, takdelah tercekik-cekik nak menelannya hehehe

    ReplyDelete
  2. Nyummm2.. kebetulan cheery pun goreng bayan Brazil campur dgn kobis Dan lobak

    ReplyDelete
  3. Saya biasanya makan secara mentah je. Tak pernah lagi tumis macam ni.

    ReplyDelete
  4. Allah! Tengok bayam brazil di sini teringat kelmarin suami petik pucuk bayam brazil, tapi kita simpan dalam peti sejuk...lupa nak masak!!!
    Sedap tu masak bayam brazil dengan sos tiram.

    ReplyDelete
  5. Bayam brazil sedap. Saya masak pun main tumis juga ^^

    ReplyDelete
  6. kalau kat rumah ni, kena buat berkuah untuk budak2 hehe

    ReplyDelete
  7. klu ada tomyam .... sedap ni makan dgn ni

    ReplyDelete
  8. mak suka masak bayam brazil tumis pedas macam ni. Sedap rasa dia, memang bertambah makannya

    ReplyDelete
  9. nmpk sedap tuuuu maklum.laa sy tgh lapo ni😆😆😆

    ReplyDelete
  10. mkn dgn ikan goreng syok ni😊

    ReplyDelete
  11. Masakan sayur bayam brazil yang simple. Sedap tu kak masak tumis.

    ReplyDelete
  12. yummies sedap! lagi2 bayam brazil tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »