Tuesday, June 30, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 21

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sehari lagi berlalu.. Hari ini terima bungkusan yang membahagiakan.. Nanti Sha kongsikan pasal bungkusan itu.. Malam ini ada rakan kongsikan sekolah akan dibuka pada pertengahan Julai ini.. Sama-sama kita nantikan.. Bermulalah kembali rutin bangun extra awal dan menyiapkan bekal makanan anak-anak..

Bersediakah kita??

ebook | Megat Amra oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta yang tak akan bersatu.. Memang sedih namun itu hakikatnya.. Cuma yang terluka dah tentulah yang boleh mengingati.. Memang menitis air mata.. Hahaha.. Lama pula tak bersedih-sedihan lepas membaca buku.. hehehe.. Buku yang ringkas namun padat isinya.. Dua dunia yang berbeza memang tak akan menyatu.. Ada yang berdendam.. Berjayakah semua kekusutan dileraikan..

Sha baca dan selesai pada 27.06.2020..

ebook ini koleksi peribadi Sha..
Published June 2020 by Rasia Publication

Drama Jepun | GARO: Versus Road (2020)

Assalamualikum..
Hye semua..

Sha layan drama ini sebab memang peminat siri Garo ini.. Kali ini episod akhir je ada aksi dari Garo tu.. Tu pun kejap je.. Lebih pada perlawanan dalam game tapi real.. Memang menarik dan bawa kelainan.. Cuma bila episod akhir tu macam akan ada sambungan lagi.. Sesekali tengok kelainan dalam siri Garo ini, best juga.. Penjahat dia perempuan.. hehehe.. Nice.. 

Bermula dengan 100 orang pemain game yang dipilih untuk menyertai satu permainan demi mencari seorang pemenan akhir.. Tanpa disangka pemain yang mati dalam game turut mati dan hilang dari dunia nyata.. Game yang disangka game rupanya bukanlah game biasa tapi penuh muslihat dan kekejaman seseorang demi menjadi pelindung kepada dunia.. Berjayakah mereka melepasi game maut ini..

GARO: Versus Road (2020) poster
Drama: GARO: Versus Road
Native Title: GARO -VERSUS ROAD-
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Episodes: 12
Aired: Apr 2, 2020 - Jun 18, 2020
Aired On: Thursday
Original Network: Tokyo MX
Duration: 24 min.
The plot centrers around a man named Sena Kuon and a virtual reality world that seems to somehow affect the real world. After obtaining a mysterious VR helmet, Kuon Sena is sent to a battlefield with 99 other people. They all have to fight and the winner will realize its wish.

Monday, June 29, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 20

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini mengemas pejabat lagi.. Kali ini kemas untuk terima anak-anak staf yang tak ada tempat nak dihantar.. SOP tetap dipatuhi.. Penjarakan sosial, pemakaian mask dan juga hand sanitiser.. Tambahan pula ruang perpustakaan tertutup, lagilah kena alert..

Petangnya terima bungkusan kegembiraan.. Baju yang ditempah dah sampai.. Warna merah menjadi pilihan.. Alhamdulillah merah yang diidamkan sangat kena dengan citarasa.. Nanti kita ber OOTD ye..

Alhamdulillah.. Rezeki hari Isnin.. Bos belanja.. Import jauh ini.. BK..

Filem USA | Scales: A Mermaids Tale (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali melayan cerita fantasi kanak-kanak kan.. hehehe.. Best filem ini.. Kisah remaja yang baru tahu dirinya adalah mermaid.. Dalam masa yang sama adayang memburu kaum mermaids ini untuk dijadikan bahan kajian.. Cerita yang simple, nice dan enjoy ditonton.. Cantik mermaidnya.. Transisi dari manusia ke mermaid pun tak nampak pelik.. Pada Sha lah..

Scales: Mermaids Are Real | Mermaid Wiki | Fandom
A seemingly ordinary girl learns that she's destined to turn into a mermaid on her 12th birthday. She must say goodbye to her family and friends while evading the local hunters who wish to capture her.

ebook | Loba Ilusi oleh Irfan Hazmi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha membeli ebook ini kerana tertarik dengan sedutan-sedutan yang dikongsikan di Facebook.. Memang tak rugi membelinya.. Kisah Ilham yang kematian isteri dan mula melihat Laila.. Siapakah Laila dan apa kaitannya dengan Ilham..

Ada kisah tragis disebalik pertemuan mereka.. Adakah Laila hanya ilusi ataupun Laila sebenarnya wujud.. Kisah yang kelakar dan juga menyedihkan.. Kerana tamakkan harta, sihir digunakan.. Yang tertinggal terus berada dalam genggaman sihir..

Sha baca pada 26/06/2020 dan selesai pada 27/06/2020..

ebook ini koleksi peribadi Sha..
Published 2020 by Irfan Hazmi

Kalau berminat nak beli.. Ini detailsnya..

Sunday, June 28, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 19

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha ke Gopeng, Ipoh.. Belikan MIL minyak urut.. Singgah makan nasi ayam dekat Malim Nawar.. Sedap nasi ayamnya.. Mungkin sebab dia pakai minyak bijan.. hehehe.. Lupa nak save location.. Tapi memang sedaplah..

Lepas amik minyak terus gerak gi rumah MIL.. Teruja anak-anak ni dapat jumpa Opahnya.. Walaupun kejap, tapi bermakna.. Saja suprise kan MIL.. Lepas maghrib baru gerak balik Poli.. Sampai dalam pukul 10 macam tu.. Kereta banyak pula malam ni masa lalu Ladang Bikam.. Tu yang lambat sikit sampai.. Nampak perniagaan pun dah mula rancak.. Kereta dah mula banyak dekat jalan raya.. Semiga ekonomi kita makin pulih... Aamiin..

ebook | Bila Hati Dah Suka oleh Ogy Yusof

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini isinya secomel cover.. Kisah Jiya yang ingin kahwin namun serba serbi tak pandai kecuali pengurusan kewangan.. Dua kali berkahwin Jiya ditemukan dengan lelaki yang hanya pandai mengambil kesempatan dan sentiasa mempelekehkan Jiya hinggalah jodoh datang bertandang lagi.. Kali ini jodoh yang datang saling melengkapi dan menerima kekurangan Jiya seadanya..

Puan penulis sangat pandai mengolah cerita malah turut menyelitkan ilmu rumah tangga.. Memang best membacanya.. Cukup rencah dan isinya..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2020..

ebook ini koleksi peribadi Sha..
Published 2020

Berminat nak beli? Ini detailsnya..

Drama China | My Girlfriend is an Alien (2019)

Assalamaualaikum..
Hye semua..

Tertengok drama ini tanpa sengaja.. Best pula melayannya.. Kisah makhluk asing yang tersadai dibumi sebab menolong seorang lelaki yang kemalangan.. Sekurang-kurangnya dalam ini perempuan yang bawa watak alien tu jenis tak lembik.. Melawan dan juga ada pendirian.. memang best tengok drama ini.. Boleh bergelak ketawa dan santai je.. heronya pula jenis muka ketat je.. Sekali senyum memang sweet habis lah..

Nasib baik ending dia sweet.. Kalau tak memang stress.. hahaha..

My Girlfriend is an Alien (2019) poster
Drama: My Girlfriend is an Alien
Country: China
Episodes: 28
Aired: Aug 19, 2019 - Sep 24, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: Tencent Video
Duration: 45 min.
Also Known As: Wai Xing Nu Sheng Chai Xiao Qi , Alien Girl, Chai Xiao Qi
Director: Deng Ke
Genres: Comedy, Romance, Fantasy
An intergalactic romance follows an alien girl stuck on planet Earth. She crosses paths with an overbearing CEO who forgets the opposite sex whenever it rains.
Hailing from planet Cape Town, Chai Xiao Qi finds herself held up on Earth after accidentally losing a homing device. She is not just an ordinary alien, but a coquettish master at chasing guys. One she inhales men's hormones, it becomes a drug that releases her deepest inhibitions and puts her in the state of mind of a total fangirl. In order to survive among the humans, Chai Xiao Qi relies on her supernatural abilities to get out of trouble time and again.
Meanwhile, Fang Leng is an overbearing CEO who suffers from heterosexual amnesia whenever it rains which causes him to forget the women around him on rainy days. These unusual circumstances between Chai Xiao Qi and Fang Leng ultimately lead to a romance that is full of laughs.
(Source: ChineseDrama.info)

Saturday, June 27, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 18

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini melepek je kat rumah.. Masak apa yang ada.. Malas nak keluar.. hehehe.. Sejak-sejak ada.Covid nie memang malas nak keluar.. Duduk rumah je kalau tak kerja.. Beli barang rumah pun stok sebulan terus.. Senang..

Encik suami je pergi ride dengan kawan-kawan dia ke Penang makan nasi kandar.. Lama tak ride kan.. PKP.. Bila dah PKPP ini lajulah merancang dan beraktiviti.. Lewat sikit balik kali ini sebab ada motor meragam.. Tapi tak adalah sangkut ke apa..

Ingatkan puas dah makan nasi kandar kat Penang.. Menyinggah juga tu kat Nasi Vanggey Ipoh.. Adoilah encik suami..

ebook | Ouija oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ebook ini dengan penulis.. Kombo dengan satu lagi ebook.. Harga sebuah RM10 je.. Kisah mengenai papan ouija yang dah dipuja dan penyebab kepada beberapa kematian.. Namun ada satu yang terselamat namun ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa.. Papan tersebut ditemui oleh orang lain dan sekali lagi mereka menjadi korban.. Ada cerita disebaliknya yang berjaya dibongkar dan yang terselamat belum tentu akan sentiasa selamat..

Dalam buku ini ada satu cerpen pendek juga.. Menarik untuk dibaca.. Kira dua ceritalah dalam satu ebook.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 25/06/2020..

ebook ini koleksi peribadi Sha..
Published 2020 by Ilya Abdullah

Makanan | Popia Gula Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kudap-kudapan baru.. sha beli dari penulis novel Kak Maria Kajiwa.. Lama dah nampak iklan makanan ini berlegar-legar di Facebook.. Kebetulan dah gaji, teruslah order 3 bekas.. 2 untuk rumah dan 1 letak dekat pejabat.. Hehehe.. Memang berbaloi dibeli.. Sha beli pada hari Selasa (23/06/2020) dan Popia sampai pada (25/06/2020).. Pantas..

Kalau berminat nak beli bolehlah klik link dibawah..

3 botol terus beli..

Popia Gula Melaka

Rupa popia ini..

Alhamdulillah sedap.. Memang kena dengan tekak Sha.. Tak terlalu manis.. Sedap dijadikan kudapan masa menonton.. hehehe..

Friday, June 26, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 17

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini balik awal.. Tiba-tiba jam 3.30 petang bekalan elektrik tak ada di seluruh Behrang.. Kami pun lepaklah luar.. Lemas duduk dalam pejabat sebab tak ada pengaliran udara.. Sudahnya bos ajak gi minum.. hehehe.. Dah nak waktu balik baru ada elektrik.. Bos kata balik jelah.. 

Malamnya ajak encik suami gi Petronas nak beli minyak motor, top up minyak kereta dan ajar encik suami penggunaan Setel.. Senang dan cepat je pengisian minyak.. Kurang contact dengan manusia dan tak payah beratur.. Yang penting ada duit dalam apps tu.. hehehe.. Nanti Sha kongsikan macam mana nak guna Setel ye.. 


ebook | Kunarpa oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Kunarpa ini kalau cari dalam kamus dewan, maksudnya bangkai/mayat.. ebook ini menceritakan mengenai satu perkampungan yang bersekutu dengan syaitan dan akhirnya menjadi mayat hidup.. Mereka telah dikurung namun kedatangan beberapa orang remaja ke kawasan kampung itu telah membangkitkan mereka.. Dalam masa yang sama ada waris yang cuba membebaskan mereka juga.. Siapakah musuh dalam selimut dan berjayakah mayat hidup tadi dikurung semula.. Ohsem dan mendebarkan.. 

Sha baca dan selesai pada 25/06/2020..

ebook ini koleksi peribadi Sha..
Published 2020 by Ilya Abdullah

Makanan | Nabati: Nextar Brownies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa makanan ini di kedai runcit.. Macam menarik, tu yang beli sekotak.. Ingatkan besar isinya, rupanya comel je.. hehehe.. Tapi sedap.. Macam makan brownies cuma dekat bahagian tengah dia ada coklat.. Buat lagi jadi sedap.. hehehe..

Sekotak ini harganya RM2.90 je..

Ada 8 paket comel dalam kotak tu.. Bolehlah simpan dan makan bila-bila nak..

Nampak macam biskutkan.. Tapi sebenarnya lembut je.. Texture brownies..

Dalam dia ada coklat..

Thursday, June 25, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 15 & 16

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak update pasal buku.. Sha tengah melayan drama China.. tersangkut tanpa sengaja.. Buat penghibur sambil katalog buku.. hehehe.. Semalam tak ada yang menarik pun.. Kerja macam biasa dan juga bersuka ria di pejabat.. Sementara pelajar tak masuk lagi.. hehehe..

Hari ini terima barang yang dipesan melalui Shopee.. Barang untuk digunakan bila pelajar masuk.. Yang ini untuk kegunaan pejabat, bos minta belikan.. Hand sanitiser dan juga hand wash.. Okaylah.. Sangat berbaloi beli online..

Owh ya.. Malam nie berjaya baca 2 ebook pendek.. hehehe.. Drama China dah habis.. gitu.. Okaylah jumpa malam esok.. take care guys..

Shopee | Pocket Tissue Paper & Wet Wipes (Non Alcohol)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan malas nak beratur di kedai ECO, Sha beli online je.. Beli dekat Shopee. Terus beli stok untuk sebulan pakai.. Senang je.. Pilih.. pilih, lepas tu bayar dan tunggu.. Beratur ke kedai ECO belum tentu ada barangnya..

Sekotak besar dia sampai..

Cantik dia susun..

Tisu ini harga 98 sen (1pcs)

Pocket Tissue Paper ini sebungkus RM2.34 (10pcs)

Wet Tisu ini 69 sen (1pcs)

Ini pula free gift.. Set tisu dan getah rambut..

Random Photo #15 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mari kita jamu mata dengan makanan yang pelbagai..


Beli lemang dengan rakan sekerja.. RM15 sebatang.. Dapat petang Jumaat, mak kawan tu bakar sebelah pagi.. Siap masak terus hantar.. Sha dapat tu terus belah.. Sedap dan lembut.. Makan lepas masak lagilah best kan..


Rendang ayam RM5 buat makan dengan lemang..

Seronok pula tengok orang buat awning untuk rumah Sha ini jenjalan atas rangka tu.. Kukuh betul..

Pisang goreng yang sedap.. Sha beli ini dekat bidor.. dalam tepung goreng tu dia bubuh bijan..

Mee Kari Bidor.. Power owh dia punya kuah kari.. Memang puas hati..

Bawa anak dara ini pusing-pusing poli naik motor..

Jemput makan.. Nasi dagang lauk ikan tongkol..

Yang ini rare.. hahaha.. Siap ada kuku lagi.. Sabar jelah menengoknya..

Wednesday, June 24, 2020

Filem USA | Blade Trinity (2004)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem terakhir untuk trilogy Blade ini.. Whistler mati dalam filem inidan Blade jumpa anak Whistler buat pertama kalinya..

Filem ketiga ini Blade kena tangkap dengan polis bila vampire berjaya menunjukkan yang Blade membunuh sesuka hati.. Ada rakaman video Blade membunuh orang suruhan vampire.. Kalau bunuh vampire memang tak dapat dikesan sebab mereka jadi abu, tapi bila bunuh orang suruhan memang tinggal buktilah.. Manusia kot, mana sama dengan vampire.. Dalam masa yang sama, geng vampire ini hidupkan balik vampire purba yang sangat ganas dan boleh menyerupai orang.. 

Musuh yang bukan calang-calang.. Perlawanan yang lebih menarik dan lebih padu.. Babak lawak turut terselit tambahan pula bila pelakon yang bernama Ryan Reynolds ada dalam filem ini.. Kerjanya nak mencarut je.. Tapi dia ini berjaya menyelutkan aksi lawak dengan bersahaja.. Memang nicelah..

INFO
Title: Blade: Trinity
Year: 2004
Countries: USA
Genres: #Action, #Horror, #Sci-Fi, #Thriller
Director: David S. Goyer
Writers: David S. Goyer, Marv Wolfman, Gene Colan
Actors: Wesley Snipes, Kris Kristofferson, Dominic Purcell, Jessica Biel, Ryan Reynolds, Triple H

Plot: Blade finds himself alone surrounded by enemies, fighting an up hill battle with the vampire nation and now humans. He joins forces with a group of vampire hunters whom call themselves the Nightstalkers. The vampire nation awakens the king of vampires Dracula from his slumber with intentions of using his primitive blood to become day-walkers. On the other side is Blade and his team manifesting a virus that could wipe out the vampire race once and for all. In the end the two sides will collide and only one will come out victorious, a battle between the ultimate vampire whom never knew defeat, facing off against the greatest vampire slayer.

Tuesday, June 23, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa hari ini?? Ada yang dah mula bercuti dalam negara ke?? Sha hari ini merentas negeri.. Mula-mula ke Taman Kosas Ampang zirah kubur.. Tapi kawasan kubur tutup, pagar berkunci.. Tak boleh masuk.. Menung jap depan pagar tu.. Tiap-tiap tahun datang bersihkan kubur, tahun ini mampu pandang pagar je.. Tak ada rezeki..

Dari Ampang kami gerak ke Bentong, Pahang.. Mulanya nak makan Lemang Toki tapi beratir panjang dan budak bawah 12 tahun tak boleh masuk.. Maka ke Marrybrown jelah kita makan tengahari.. Lepas tu terus gerak ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan.. Tembus dekat Ringlet.. Cantik pemandangan.. Hijau je.. Tapi tak sempat nak menyinggah sebab emergency nak mencari toilet.. hehehe..

Sampai Cameron terus ke Kea Farm.. Nak cari Strawberry, malangnya mahal dan buah tak banyak.. Jangan anak-anak kempunan, Sha beli strawberry coklat je.. Secucuk RM2 dengan aiskrim strawberry.. Jadilah kan..

Turun dari Cameron dah pukul 6.. Sampai Tapah jam 8.. Cari tempat solat dan makan.. Kat Tapah jumpa orang jual jus strawberry RM3 je 1 cup.. Belikan untuk Imani.. Memang puas hati dan padu rasa strawberry dia.. Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah jam 10.30 malam.. Anak-anak gembira dapat berjalan tengok dunia luar rumah.. Tu yang penting..

Air strawberry - RM3

Berger Rusa - RM5

Sayur-sayur yang beli di Cameron.. RM10 semua nie..

Filem USA | Blade II (2002)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kedua dari trilogi Blade.. Kali ini Blade terpaksa berkerjasama dengan geng vampire untuk menghapuskan vampire baru yang lebih ganas dan kejam.. Dalam masa yang sama Blade juga mencari rakan dan mentor beliau iaitu Whistler yang diculik geng vampire.. Mujurlah Blade dapat pulihkan Whistler dari kadi vampire.. 

Bukan mudah berkerjasama bila mereka saling mengesyaki.. Namun kejutan yang lebih besar bila ada pengkhianat bersembunyi di samping Blade.. Akhirnya Blade yang tertangkap.. 

Sha suka tengok filem ini bahagian lawan-lawan dia.. Power dan mengasyikkan.. Seronok tengok Blade tu berlawan guna pedang dan peralayan lain.. 

INFO
Title: Blade II
Year: 2002
Rated: R
Runtime: 117min.
Countries: Germany, USA
Genres: #Action, #Horror, #Sci-Fi, #Thriller
Director: Guillermo del Toro
Writers: Marv Wolfman, Gene Colan, David S. Goyer
Actors: Wesley Snipes, Kris Kristofferson, Ron Perlman, Leonor Varela

Plot: A rare mutation has occurred within the vampire community. The Reaper. A vampire so consumed with an insatiable bloodlust that they prey on vampires as well as humans, transforming victims who are unlucky enough to survive into Reapers themselves. Now their quickly expanding population threatens the existence of vampires, and soon there won't be enough humans in the world to satisfy their bloodlust. Blade, Whistler (Yes, he's back) and an armory expert named Scud are curiously summoned by the Shadow Council. The council reluctantly admits that they are in a dire situation and they require Blade's assistance. Blade then tenuously enters into an alliance with The Bloodpack, an elite team of vampires trained in all modes of combat to defeat the Reaper threat. Blade's team and the Bloodpack are the only line of defense which can prevent the Reaper population from wiping out the vampire and human populations.

Sample Shampoo dari LUX

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dapat sample dari LUX.. Tapi bukan sabun mandi.. Shampoo dan perapi rambut.. Produk baru rasanya.. Jangan tanya dapat dari mana ye.. Sebab Sha pun tak ingat Sha mohon sample ini dekat mana.. Selalunya melalu Facebook lah.. Bila ada lalu lalang dekat timeline Facebook tu, terus je apply.. Lepas tu lupa.. Hehehe..

Dibuat daripada Minyak Argan dan Jojoba dicampurkan dengan extract damascus ros..

Shampoo dan perapi..

Monday, June 22, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 13

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari terakhir syawal.. Sempat lagi Sha dan rakan sepejabat meraikannya dengan makan-makan sambil berkerja.. Masing-masing bawa juadah sorang sikit.. 4 orang staf dengan 4 jenis menu.. Alhamdulillah sampai ke petang kenyangnya.. 

Berakhirlah sudah Syawal untuk tahun ini.. Entah berkesempatan atau tak tahun hadapan, hanya Allah yang tahu.. Hari ini juga mengingatkan Sha pada 2 tahun yang lepas.. Insiden jatuh motor.. Masa Syawal.. Motor skuter tu dah pun dijual sebab tak berani nak bawa.. Namun hari ini, Sha masih lagi merempit dalam kawasan poli.. hehehe.. Kejap je fobianya.. Pastu bawa juga motor skuter tapi Ego model lama.. Lebih kecil dari yang Sha punya sebelum ini.. Lebih ringan..

Meriah juadahnya..
Brownies
Tart cheese
Puding mangga
Kuih karipap dan pau sambal
Laksa
Nasi dagang lauk ayam dan ikan

Warung Sungai Tapah di Manjoi, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya nak makan dekat tempat lain.. Disebabkan norma baru dan meja terhad Sha pun ke sinilah.. Alhamdulillah.. Memang pilihan yang tepat untuk tekak Sha.. Walaupun ramai orang, servis dia sangat pantas.. Awalnya Sha dan encik suami hanya pesan mee kicap kuah sup bersama mee kari.. Tapi bila terpandangkan menu roti bakar telur goyang, teruslah order lagi.. Tak lama pun menunggu.. Memang pantas dan sangat sedap makanannya.. Ini skala tekak Sha tau.. Harga pun masih berpatutan.. Cuma sedikit sesak sebab orang tak putus-putus datang.. Tak lama untuk sebuah meja tu kosong sebelum diisi pelanggan baru..

Google maps je nama kedai ini, pasti berjumpa..

Menu Sha dan encik suami..
Mee Kicap kuah sup - RM5
Mee kari - RM5

Menu tambahan kami..
Roti Bakar telur goyang - RM3.50

Filem USA | Blade (1998)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik filem ini.. Kisah Blade yang tanpa sengaja menjadi bayi mutan apabila ibunya diserang semasa mengandungkan dia.. Blade memerangi vampire demi mencari siapakah yang menyebabkan kematian maknya.. Bukan mudah kerana dia juga dahagakan darah tapi berjaya mengawalnya dengan pengambilan serum.. Blade juga mempunyai kelebihan bila dia tak ada masalah dengan sinaran matahari, bawang putih dan senjata perak..

Semasa melakukan ruyin harian membunuh vampire, Blade telah menyelamatkan seorang doktot.. Pemburuannya terhadap vampire bernama Frost telah menemukan Blade dengan rancangan Frost yang jngin menghapuskan manusia dan menghidupkan vampire purba.. Berjayakah Blade menghalangnya? Kenalah tengokkan.. Filem lama mengenai vampire yang menarik..

INFO
Title: Blade
Year: 1998
Countries: USA
Genres: #Action, #Horror, #Sci-Fi
Director: Stephen Norrington
Writers: David S. Goyer
Actors: Wesley Snipes, Stephen Dorff, Kris Kristofferson, N'Bushe Wright

PLOT : In a world where vampires walk the earth, Blade has a goal. His goal is to rid the world of all vampire evil. When Blade witnesses a vampire bite Dr. Karen Jenson, he fights away the beast and takes Jenson back to his hideout. Here, alongside Abraham Whistler, Blade attempts to help heal Jenson. The vampire Quinn who was attacked by Blade, reports back to his master Deacon Frost, who is planning a huge surprise for the human population.

Sunday, June 21, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini agak sibuk sedikit.. Sha ke Ipoh dengan encik suami sebab nak tengok progree pemasangan awning di rumah Sha.. Alhamdulillah dengan bantuan encik suami, berjaya juga Sha pasang awning depan ni.. Harganya boleh tahan sebab Sha buat awning ini lebih oanjang dari biasa.. Lepas pagar.. Seronk tengok orang tu buat kerja.. Kukuh betul rangka awningbtu.. Selamba je dia jalan-jalan atas tu.. hehehe.. Tapi Sha tak tunggu sampai betul-betul siap, dalam pukul 2 lebih tu dah gerak balik.. Bayar baki duit upah dan terus gerak..

Sha ke Ipoh naik motor, tu yang nak cepat balik.. Tengok langit gelap lain macam je.. Kang basah lenjun lak.. Saja naik motor.. Jimat dan cepat sikit perjalanan.. hehehe.. Tapi tu lah, seat motor tu keras.. Sampai rumah kejung rasanya bontot.. hahaha..

Alhamdulillah dah hampir siap.. Masa balik ini tinggal sikit je lagi kerja nak dibuat..

Lupa nak ambil gambar masa pergi.. hahaha.. Dah sampai pintu pagar Poli baru teringat nak ambil.. Jadilah buat kenangan.. Kebetulan hari ini hari bapa kan.. Meraikan beliau sekali..

Untuk arwah ayahanda tercinta juga.. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Aamiin..

Filem Malaysia | KL Vampires (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya dapat juga tengok.. Okaylah.. Not bad.. Dibuat dari dongeng raja bersiong.. Ada dua kumpulan.. Satu jahat dan satu baik.. Yang jahat nak menguasai dunia dan mencari siung yang telah dibuang untuk membangkitkan tentera kegelapan.. Kesilapan yang dibuat manusia berjaya menemukan mereka dengan siong tersebut.. Tapi macam biasa, hero muncul untuk menyelamat.. hehehe..  Pelakonnya pun okay je.. Cuma kurang berkenan dengan warna filem ini agak gelap.. Tapi untuk mood agaknya.. Suka tengok apek berlakon dalam ini.. Walaupun tak banyak scene beliau.. hehehe..

Hurm.. Masih ada beberapa persoalan yang tak terjawab.. Ending macam ada sambungan.. 

Filem KL Vampires (2019) | Azhan.co
KL Vampires
Genre: Action, Fantasy, Horror
Director: Daven R
Actors: Aeril Zafrel, Doni Alamsyah, Josiah Hogan, Pablo Amirul, Raja Ilya, Reen Rahim
Country: Malaysia
Release: 2019
Two groups of vampires, both descendants of Raja Bersiong, no longer consume human blood. They instead replace it with synthetic blood. Currently the strongest vampire clan is led by a Vampire Queen named Ratu Citra Sari, assisted by chief commandant Shah. Another clan is led by Argus, the son of Panglima Adi Wijaya who betrayed Raja Bersiong, the father of Ratu Citra Sari. Argus is trying to resurrect his father’s army, who was killed along with the Panglima about 200 years ago by Raja Bersiong using a spell that buried them underground. However, the resurrection can only be done with a ‘bersiong knife’ and a special spell.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com