Friday, June 19, 2020

Filem Malaysia | Ratu KalaJengking: Puteri Keranda(2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menonton filem ini dengan harapan ada yang menarik dari drama sama lakonan Izara Aisyah.. Adalah sedikit kelainan tapi best lagi lakonan Izara Aisyah sebagai Cik Siti.. Lebih penghayatan dan nampak menjadi.. 

Filem ini lebih kurang je macam drama sebelum ini cuma pelakon dan jalan cerita je dia ubah sikit.. Adalah babak Cik Siti yang berwajah kala jengking tapi sekejap je.. Keseluruhannya macam tengok drama Cik Siti juga dengan pelakon lain.. Hehehe.. 

A Aida tak kecewa filem rugi | Harian Metro

 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri. 

Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke gunung panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya. 

Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti. 

Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya. 

Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama

6 comments:

  1. kisah jgn derhaka dgn ibunya mcm pernah tgk je filem lain.

    ReplyDelete
  2. Eiiii.... gelinya tengok muka dia dalam gambar tu Mrs. A ni sejenis trypophobia.

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi cerita ni tapi skrg dah ada di Youtube..boleh la tengok

    ReplyDelete
  4. abe kie dah muatturun citer ni cuma blom sempat tengok je.

    ReplyDelete
  5. Adakah dia membantah permintaan ibunya..jeng..jeng..jeng.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »