Friday, June 19, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sudah 10 hari kita dalam PKPP.. Hari ini okay ke kengkawan.. Sha ke Klinik Ibu & Anak untuk minum air gula.. Ini susulan buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dua minggu lepas.. Minum air gula ini rupanya bukan untuk ibu mengandung je.. Kalau nak tahu kita ada penyakit kencing manis ke tak, minum air gula ini boleh menentukan.. Ikut kata doktor dengan cara ini lebih tepat keputusannya.. Maka minum air gula lah kita.. Alhamdulillah, Sha berjaya minum dan tak muntah.. Air gulanya hanya rasa manis dan tak berherba.. Kalau masa mengandung dulu air gulanya rasa macam berherba.. Memang nak keluar baliklah.. Kali ini dapat bertahan sampailah ambil darah balik pada jam 10 pagi.. 2 jam selepas minum air gula.. Keputusan lagi 3 minggu nanti.. sebab sekarang ini nak kena ada temujanji baru boleh jumpa doktor.. Tak boleh main terjah je kecuali kecemasan..

Sha cadangkan pada kawan-kawan yang membaca entry ini untuk buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, sekurang-kurangnya sekali setahun.. Tak kisahlah melalui klinik kerajaan ataupun swasta.. Mencegah itu lebih baikkan.. 

Menunggu dipanggil untuk ambil darah dan minum air gula.. Datang awal gila untuk jadi orang pertama yang masuk klinik.. hehehe

Alhamdulillah.. Setelah lama mencari peluang dan kewangan, akhirnya masa PKP hari tu ada rezeki nak menambah perhiasan diri.. Ini duit monotorium yang diberikan Abah PM kita.. Sha kalau tak beli emas ini memang habis ke buku, makanan dan juga makanan.. hehehe.. Atas nasihat encik suami, tu yang beli seutas rantai tangan.. Hari ini dapat ke tangan.. Memang cantik buatannya..

4 comments:

  1. Terima kasih atas ingatan :)

    ReplyDelete
  2. semoga Sha sihat2 sahaja hendaknya, kak ana belum pernah lagi minum air gula ni tapi dari pengalaman adik2 memang dasyat juga rasanya ye sha hehe :)

    ReplyDelete
  3. Harap2 kandungan gula dalam darahnya terkawal.

    ReplyDelete
  4. bila minum air gula, rasa nak picit hidung sambil minum pun ada

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »