Tuesday, June 16, 2020

HelloDoktor | Sering Berjaga Setiap Malam?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak berkongsi info menarik dari HelloDoktor.. Kali ini ada bebera[pa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan.. 

Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!
Susah tidur malam isu yang sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.
Susah tidur malam bukan perkara remeh!

Bagi individu yang sering berdepan tekanan, sama ada melibatkan tugasan kerja atau peribadi, kurang tidur atau susah untuk melelapkan mata adalah masalah biasa.

Tidak tidur semalaman boleh membuatkan anda berasa lemau. Anda mungkin akan mengalami sakit kepala, berasa tidak selesa dan sukar menumpukan perhatian kepada tugasan harian.


Keletihan dan tidak cukup tidur boleh memberikan banyak kesan buruk kepada diri. Cuma ia jarang sekali menyebabkan kematian.

Walaupun begitu, dalam keadaan tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia boleh meningkatkan risiko anda kemalangan ketika memandu atau melakukan pekerjaan berbahaya.
Apa yang dimaksudkan tidak cukup tidur?

Apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi untuk 1 atau 2 jam setiap malam, ia boleh mengakibatkan hari anda menjadi tidak produktif.

Ia bukanlah sesuatu yang berbahaya, bukan?

Tetapi apabila anda secara kerap susah tidur malam, ia akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan anda dengan cepat. Antaranya: 
* Masa tindak balas yang lebih perlahan
* Perubahan emosi
* Risiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit fizikal
* Memburukkan simptom kesihatan mental
* Susah tidur malam untuk tempoh lama

Apa pula yang akan berlaku jika anda tidak dapat tidur semalam atau untuk tempoh yang panjang daripada itu?

Anda mungkin biasa susah tidur malam untuk 1 atau 2 malam. Ini mungkin kerana anda perlu berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan tugasan kerja atau thesis.

Umumnya, badan memerlukan tidur untuk memulihkan fungsi badan. Tabiat buruk yang tidak tidur dua tiga malam, boleh mengakibatkan beberapa kesan negatif terhadap badan.

Semakin lama anda tidak tidur malam, semakin buruk akibatnya. 

1 hari

Berjaga untuk tempoh 24 jam boleh mempengaruhi anda dengan cara yang sama seperti mabuk.

Berdasarkan penyelidikan, individu yang tidak cukup tidur untuk tempoh 20 hingga 25 jam, boleh mempengaruhi fokus dan prestasi seperti tahap alkohol darah (BAC) 0.10%.

Di kebanyakan negara, anda dianggap mabuk apabila mempunyai bacaan BAC 0.08%.

Sekiranya anda berjaga sepanjang hari, amat disarankan untuk mengelakkan memandu atau melakukan sesuatu yang berbahaya.


Kurang tidur juga mendatangkan kesan seperti:
Kelam-kabut
Perubahan emosi seperti mudah marah
Sukar membuat keputusan atau menumpukan perhatian
Rasa menggigil atau ketegangan otot
Kesukaran untuk mendengar atau melihat

1.5 hari

Selepas 36 jam anda susah tidur malam, anda akan mula mengesan akibat yang lebih buruk kepada tahap kesihatan dan fungsi badan.

Gangguan yang berpanjangan kepada kitaran berjaga-tidur menyebabkan diri berada di bawah tekanan.

Sebagai tindak balas, badan akan meningkatkan pengeluaran hormon stres, iaitu kortisol.

Apabila berlaku ketidakseimbangan hormon, ia boleh memberikan kesan kepada fungsi dan tindak balas khas badan.

Anda mungkin akan menyedari perubahan kepada mood dan selera makan, peningkatan tahap tekanan, menggigil atau perubahan suhu badan.

Pengambilan oksigen juga berkurangan apabila anda telah berjaga untuk sepanjang tempoh ini.

Kesan lain apabila tidak cukup tidur untuk tempoh 36 jam termasuklah:
Ingatan bercelaru
Tenaga dan motivasi berkurangan
Tahap fokus yang singkat atau ketidakupayaan untuk kekal memberi perhatian
Kesukaran kognitif, termasuk kesukaran membuat keputusan
Keletihan dan rasa mengantuk yang kritikal
Masalah untuk bercakap dengan jelas atau mencari perkataan yang tepat

2 hari

Tidak tidur selama 48 jam, menyebabkan anda sukar berhubung dengan persekitaran anda.

Kesan umum susah tidur malam akan bertambah buruk. Anda akan semakin sukar menumpukan perhatian atau mengingati sesuatu perkara. 

Kecenderungan untuk jatuh sakit meningkat kerana sistem kekebalan badan tidak mampu melawan penyakit seperti biasa.

Masalah microsleep adalah kesan paling bahaya yang boleh berlaku. Ia apabila anda hilang kesedaran untuk tempoh singkat, daripada beberapa saat hingga 30 saat. 


3 hari

Pada tempoh ini segalanya akan menjadi semakin pelik. Anda sukar menumpukan perhatian kepada perbualan, tugasan kerja serta pemikiran sendiri.

Jantung anda mungkin akan berdegup lebih laju daripada biasa. Anda juga akan mengalami tekanan, kegelisahan atau paranoia apabila tidak cukup tidur selama beberapa hari.

Persepsi anda terhadap realiti juga akan terjejas. Anda mungkin akan mengalami:
Membuatkan anda percaya kepada maklumat yang tidak tepat
Mencetuskan fenomena topi, iaitu anda berasa tekanan di kepala

Lebih daripada 3 hari

Tidak tidur selama 3 hari atau lebih adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Kesan sampingan yang disenaraikan di atas akan menjadi semakin buruk. 

Risiko untuk mengalami kemalangan semasa memandu atau melakukan tugasan berbahaya akan meningkat kerana anda cenderung berdepan microsleep. 

Otak akan mula berhenti berfungsi dengan baik dan boleh mengakibatkan kegagalan organ. Dalam kes jarang berlaku, anda berdepan risiko kematian. 
Tidur yang mencukupi

Kebanyakan individu dewasa memerlukan tidur antara 7 hingga 9 jam setiap malam. Waktu tidur yang optimum bergantung kepada beberapa faktor termasuk jantina dan usia.

Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan. 

Jika anda mengalami masalah susah tidur malam, dapatkan pemeriksaan dengan pakar untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

7 comments:

  1. tak pernah lagi ada masalah tak boleh tidur malam... selalunya paling lewat kul 11 dah tidur lagi lah hari kerja sebab kul 5 pagi dah kene bangun pagi untuk masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kadang-kadang jadi juga.. Tak boleh tidur malam..

      Delete
  2. betul 3x..kalu tak cukup tido, mesti sakit kepala. belum masuk bad mood lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak cukup tidur memang mood tak okay..

      Delete
  3. jarang kot tak boleh tido...selalunya...jumpa bantal terus lelap..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha kadang-kadang tu memang tak boleh tidur..

      Delete
  4. dulu dah pernah buat research pasal tak tidur ni, memang mengganggu kesihatan kita lepastu hilang fokus sebab badan dah letih

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »