Tuesday, February 28, 2023

Goodreads | Februari 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mungkin faktor usia agaknya.. Ada masanya Sha terpaksa membaca.. Bila kita dah mula dan kita teringin nak tahu pengakhirannya, maka kita baca juga sampai habis.. Sesekali Sha akan berjumpa dengan buku yang memberikan Sha kepuasan.. Waktu ini Sha akan tenggelam dalam dunia yang diberikan penulis.. Bahagia bila menemui buku yang mampu buat Sha rasa setiap patah perkataan yang disampaikan.. Ini antara sebab kenapa Shamasih lagi membaca.. Menemi sesuatu yang berharga dan memberikan kepuasan walaupun jarang sangat memuaskan..


12. Yuki² oleh Ageha - ebook




Cerpen di Cereka

US | We Have a Ghost (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem mengenai hantu tapi tak seram pun.. Sebuah keluarga yang terpaksa berpindah ke rumah lama.. Kevin tak suka berpindah tapi bila bertemu dengan Ernest, hidup dia jadi ceria.. Ernest ini hantu yang tinggal dalam ruma tu dan sentiasa menakutkan penghuni yang cuba duduk dalam rumah tu.. Tapi bila jumpa Kevin, mereka berkawan.. Kevin cuba cari sejarah Ernest supa dapat bebaskan Ernest dari terus terperangkap.. Malangnya bapa si Kevin ini nampak yang Ernest ini boleh bantu mereka untuk dapat keuntungan.. Bila video Ernest tersebar, bukan wartawan je yang datang tapi CIA.. Memang Kevin terpaksa larilah.. Tapi tu lah tetap berjaya ditangkap CIA.. Masa dalam tahanan inilah Ernest teringat balik apa yang menyebabkan dia mati dan ejen yang tangkap Ernest ini bebaskan Ernest.. 

We Have a Ghost
2023 ‧ Comedy/Adventure/Family ‧ 2h 7m
The discovery that their house is haunted by a ghost named Ernest makes Kevin's family a social media sensation. But when Kevin and Ernest get to the bottom of the mystery of Ernest's past, they become targets of the CIA.

ebook | Kompilasi Komik Godaan Syaitan 1: Serangan Pontianak oleh Hj. Badrul Hisham Shari@ Pak Cik Bad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi komik godaan syaitan ini mengandungi isi dan bukanlah komik seram mahupun tahyul.. Komik yang disiarkan mengandungi ilmu, pengajaran dan padat dengan mesej yang berguna buat pembaca.. Kisah yang dihidangkan disampaikan dengan cara santai dan muda difahami pembaca.. Kompilasi ini menghimpunkan 29 komik yang pernah tersiar dalam majalah Asuh..

Sha baca dan selesai pada 28.02.2023..

Published May 1, 2017 by Galeri Ilmu Sdn Bhd
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Old School Coffee, Ipoh Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama nampak gerai kopi yang menggunakan bas ini.. Terletak berdekatan dengan stesen minyak Petronas.. Kalau korang nak ke sini, google je Old School Coffee, Ipoh.. Keluarlah dekat maps tu.. Setiap Jumaat tutup tau.. Sha baru tergerak nak beli.. hehehe.. Sha beli kopi Vietnam.. Sha mintak kurang manis.. Memang seperti apa yang penjual tu maklumkan, kopi Vietnam ini rasa dia lembut.. Kopinya tak keras, memang menariklah.. Suka je dengan kopi dia.. Imani pula pilih air soda fruits perisa strawberry.. Memang gabungan rasayang sangat wow.. Sha pun suka.. Amani pula pilih vanila coklat.. Pun mewah rasa dia.. Memang puas hatilah..

Menu yang kami beli.. Cup dia besar, puas minum..
Fruits Soda - RM6
Vanilla Chocolate - RM7
Vietnam Coffee - RM7

Cantik dan klasik..

Menu kopi yang ohsem..

Senarai menu dan harga..

ebook | Projek Seram oleh Hj. Badrul Hisham Shari@ Pak Cik Bad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini merupakan himpunan komik mengenai usaha dan perangai syaitan dalam memastikan manusia tersesat.. Betapa syaitan berusaha untuk menjerat manusia ke neraka.. 


Sha baca dan selesai pada 28.02.2023..

Published January 1, 2019 by Galeri Ilmu
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Monday, February 27, 2023

Urusan Tingkatan 1 Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat makluman mengenai Surat Penempatan Murid Ke Sekolah Menegah Dan Surat Pengesahan Penempatan Murid ini hari Jumaat, tapi disebabkan encik suami kena kerja tiba-tiba makanya Sha lah yang uruskan hari ini.. Sha keluar sekejap dari pejabat untuk selesaikan urusan berkaitan.. Tak adalah susa mana pun cuma kena ke sekolah rendah dan sekolah menengah je.. Paing penting dalam surat pengesahan penempatan tu kita isi setuju lapor diri.. hehehe..

Senang bubuh dalam fail ini.. Tak adalah surat-suratnya keciciran.. hehehe..

Jepun | Ame ni Kieta Himawari (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Stressnya, Bila media mula menyalahkan keluarga mangsa.. Bayangkan dah la anak hilang tak tahu ke mana, orang luar bukannya nak bantu cari sebaliknya korek habis kesalahan mak ayah budak tu.. Bukan takat tu je, siap telefon dah maki maknya.. Memang kejam betul manusia ini.. Walau apa pun yang berlaku dalam keluarga tu, itu urusan keluarga itu.. Bila jadi macam ini kan, rasa seram sangat dengan dunia sekarang yang mana manusia semakin hilang sifat kemanusiaan..

Tapi drama ini memang bestlah.. Sha suka sangat semangat ayah dia dan juga polis yang tak berhenti mencari.. Kerana kegilangan anak tu jugalah mak ayah yang asalnya ingin bercerai, tak jadi bercerai.. Mereka kembali berbaik dan saling memberi sokongan dalam mencari anak tu.. Motif penculik tu memang tak dijangka dan penculik tu sebenarnya berada di depan mata mereka je semasa awal penyiasatan.. Mujurlah semangat tak putus asa, tu akhirnya membuahkan hasil.. 

Drama: Ame ni Kieta Himawari
Also Known As: Sunflower That Disappeared in the Rain
Director: Hijikata Masato, Iwata Kazuyuki
Screenwriter: Seki Erika
Genres: Mystery, Drama
Country: Japan
Episodes: 5
Aired: Jul 24, 2022 - Aug 21, 2022
Aired On: Sunday
Original Network: WOWOW
Duration: 60 min.
Nara Kenichi is a police officer who is tasked to investigate the disappearance of a 11-year-old girl Ishioka Aoi. It is not known if she was abducted, met with an accident or left home on her own because her parents were about to get divorced. Kenichi takes an exceptional interest in this case as his younger sister Mayuko has been affected emotionally since she was attacked by a man so he desperately wants to prevent something similar from happening.

(Source: natalie.mu)

Novel | #YANA oleh Lynn Dayana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloi sungguh Sha beli buku ini walaupun pre-loved.. Isinya sangat menarik.. Membawakan tema seram, penyiasatan dan juga misteri.. Dua manusia yang bertemu tanpa sengaja dan kewujudan entiti ketiga yang diseru hanya kerana hartanya.. Yana berada ditempat yang salah dan kerana itu dia terjebak.. Tanpa disedari perjalanan cerita antara dia dan Lee merentas zaman, berkait pula dengan entiti ghaib yang diseru.. Malah Yana turut diganggu dengan cara yang tak baik hingga tubuhnya lemah dan lebam-lebam.. Penulis memasukkan 3 eleman kesukaan Sha dengan cara yang menarik.. Malah kisah hati antara Lee dan Yana, diadun cantik.. Memang memikat Sha sampaikan berjaya buat Sha usung buku ini ke hulu dan ke hilir.. Teruja untuk tahu kesudahannya.. 

Sha baca dan selesai pada 26.02.2023..

Published May 1, 2017 by PorengKertas Publication
Koleksi peribadi Sha.. 

Sunday, February 26, 2023

Coretan 26.02.2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli je dulu dan simpan kenangannya disini.. Gunanya tak tahulah bila..

Ini beli pada 21 Februari 2023
Beli di Serdang, Selangor..

Ini pula beli hari ini, di Ipoh, Perak.. Nanti dah rasmi, Sha update di blog ye..

ebook | Edan dalam Loka oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah 4 sahabat yang unik dan menarik.. Tiara yang mempunyai kuasa istimewa boleh melihat warna dan merasai emosi manusia.. Perjalanan cerita cinta dan juga pengurusan emosi mereka dalam mengharungi kehidupan.. Pertemuan Tiara dan Emry berjaya membuatkan emosi Tiara bercelaru.. Namun rakan-rakan sentiasa membantu Tiara tambahan pula Emry seorang yang neutral.. Ini juga memudahkan emosi Tiara tenang.. 

Maaflah Sha tak pandai nak explain tapi apa yang Sha tahu, buku ini best.. Bahasa yang digunakan adakalanya pertama kali Sha temukan.. Memang unik sangat..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2023..

Published November 1, 2021 by Menara Seni
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

7-Eleven Cola Gummy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gummy jenama 7-Eleven pula.. Gummy ini lebih kenyal dan rasa kola dia lebih kuat.. Owh ya, ada sedikit rasa masam lepas habis kunyah gummy ini.. Saiz dia lebih kecil dari yang jenama yang pernah Sha sebelum ini.. 

7-Eleven Cola Gummy (40g)
RM2.00

Lebih kurang 13 pcs..

ebook | Singgahsana oleh Isa Kamari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang dibawakan penulis agak berat.. Tambahan pula ceritanya disampaikan secara berselang seli dengan puisi.. Kisah seorang adik yang lain kemenjadiannya namun tak dipingirkan.. Cerita ini disampaikan dari sudut pandangan abangnya.. Bagaimana adik itu berakhir sebagai pesakit skizofernia dan terpaksa tinggal dirumah sakit jiwa.. Beban yang ditanggung seorang ibu, kemudian bapa dan akhirnya si abang.. Pada yang tak mengalaminya mungkin akan mencemuh namun yang menanggung beban terpaksa kuat demi kelansungan hidup.. Berat buku ini..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2023..

Published January 1, 2022 by Biblio Lit
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Saturday, February 25, 2023

Jepun | Re: Na mo Naki Sekai no (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini bermula dengan ayat setengah tahun kemudian, selepas kejadian dalam filem The Master Plan (2021).. Drama ini walaupun hanya 3 episod namun kesedihan dia tu.. Hurm!! Ke Sha yang emosi.. Entahlah.. Sha pun tak pasti.. 

Kida menyendiri lepas kejadian yang berlaku setenga tahun lepas.. Bos dia datang bawa job rundingan yang diminta oleh seorang kawan baik untuk menyelamatkan seseorang yang terlibat dengan dunia gelap.. Mulanya Kida tak nak buat kerja tu tapi Kida buat juga.. Kidaingatkan lelaki tu da selamat tapi rupanya dia ditangkap semula akibat kecuaian dia.. Kida rasa bersalah, dan bila ada seorang perempuan minta Kida selamatkan dia, Kida menolak.. Tapi akhirnya Kida tetap selamatkan perempuan tu..

Penamatnya memang realistiklah.. Kida masih bersedih dan sunyi namun Kida berusaha teruskan hidup..

Drama: Re: Na mo Naki Sekai no End Roll: Half a Year Later
Native Title: Re:Half a year later
Also Known As: Re: The End of the Tiny World: Half a Year Later, Re: Na mo Na ki Sekai no Endo Roru ~Half a Year Later~, Re: The Master Plan ~Half a Year later~
Director: Sato Yuichi
Genres: Action, Thriller, Drama
Country: Japan
Episodes: 3
Aired: Jan 29, 2021 - Feb 12, 2021
Aired On: Friday
Original Network: dTV
Duration: 30 min.
Set half a year later, after a plan was carried out on Christmas Eve. Kida receives a request to save a man from an organization. At first, Kida was going to turn down the request. He changed his mind after learning that the person who requested help was a childhood friend. Around that time, Kida happens to meet mysterious woman Michiru. She tells him that "1 day is enough to change the world." That expression is his childhood friend Yocchi's favorite saying.

(Source: AsianWiki)

~~ Adapted from the novel "The End of the Tiny World" (名も無き世界のエンドロール) by Yukinari Kaoru (行成薫). ~~

ebook | I'm a Backpacker: Thailand Jann Azhari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang buku yang ohsem.. Terasa seperti sudah berada di Thailand.. Penulis berkongsi banyak tips buat mereka yang ingin ke Thailand.. Pengangkutan, senarai perkara yang boleh dibuat di Thailand.. Tempat-tempat menarik.. Musim yang sesuai untuk ke sana.. Memang sangat-sangat ohsem buku ini.. Cara nak kemaskan baju dalam bagasi pun turut penulis berikan.. Terbaik..

Sha baca dan selesai pada 24.02.2023..

Published June 10, 2019 by Puteh Press
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

F&N Seasons WaterMelon Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teh bergabung dengan tembikai dan laici.. Pergh!! Lain macam rasa dia.. Mengancam.. Nak lagi best, minum dengan ais.. Pergh!! Lega rasa tekak.. Rasa dia memang bestlah.. Bau tembikai lebih mendominasi berbanding teh mahupun laici.. Dari segi rasa pula memang bestlah.. Owh ya, Sha beli di 7-Eleven ye..

F&N Seasons WaterMelon Lychee (380ml)
RM2.70

Friday, February 24, 2023

Jepun | The Master Plan (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu filem yang agak sedih kesudahannya.. Dua sahabat yang sentiasa bersama iaitu Kida dan Makoto.. Kemudian munculnya Youchi menjadikan mereka 3 sekawan selau bersama.. Namun kerana satu peristiwa yang tak dijangka mereka mula terpisah.. Kida kemudiannya berkerja sebagai perunding untuk organisasi gelap demi mencari semula Makoto.. Merekabertemu dan merancang satu plan yang besar dan bakal membongkar kebenaran mengenai kehilangan Youchi.. Bila tahu apa sebenarnya yang terjadi, memang boleh fahamlah perasaan sedih mereka..

Filem ini bergerak dengan imbas kembali masa lalu mereka bertiga dan masa kini mereka berdua.. Memang menarik..

Movie: The Master Plan
Also Known As: The End of the Tiny World, End Roll of the World Nameless, Endless World Without a Name, Na mo Naki Sekai no End Roll, Na mo Naki Sekai no Endororu
Screenwriter: Saijo Mitsutoshi
Director: Sato Yuichi
Genres: Thriller, Mystery, Drama
Country: Japan
Release Date: Jan 29, 2021
Duration: 1 hr. 41 min.
Kida and Makoto have been friends since childhood. Later they befriend Yocchi, the new transfer student. Neither of them have parents, so they spend time with each other daily, essentially growing up together. An incident occurs when they are twenty and that tears their world apart. Years later, both boys are employed in the criminal underworld, with Kida as a negotiator and Makoto as a trading company’s CEO. It has now taken them ten years to get revenge on the world that changed their fates, so many years ago.

(Source: AsianWiki)

~~ Adapted from the novel "The End of the Tiny World" (名も無き世界のエンドロール) by Yukinari Kaoru (行成薫). ~~

ebook | Talam Manis Abang Bujang oleh Cici Aida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan ceritanya menarik cuma olahannya tak berapa mantap dan sedikit kelam kabut.. Kalau penulis explore lagi cerita dengan masukkan babab mengenai kuih talam tu, mesti lebih menarik.. Apa pun, ceritanya okay dan santai dibaca..

Sha baca dan selesai pada 23.02.2023

Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Ovaltine Crunchy Pop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak dah makanan ini masa survey-survey barang dekat shopee tapi tak adalah beli sebab jual secara banyak.. Ini Sha jumpa dekat 7-Eleven.. 1 pack kecil ini RM1.30.. Jadilah nak cuba je.. Bukannya beria pun.. Okaylah kalau makan dia saja.. Tapi pada Sha lagi sedap kalau makan sekali dengan aiskrim.. Kira jadikan topping lah.. Bubuh atas kopi pun menarik ini.. 

Ovaltine Crunchy Pop (8g)
RM1.30

Dia macam serbuk..

Thursday, February 23, 2023

ebook | Hard Core by Megat Ishak, Chin Yew (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seharian Sha perlukan untuk selesaikan pembacaan.. Bukan sebab ianya berbahasa Inggeris tapi sebab semua cerita dia brutal dan mampu buat kau hilang kewarasan.. Sesuai sangat tajuk tu.. hahaha.. Buku ini merupakan himpunan 13 buah cerita pendek yang kau tak kan mampu jangka isinya.. Semua cerita ada aspek ngeri, brutal dan seram yang tersendiri.. Ada beberapa cerita jugalah yang meninggalkan impak pada Sha.. Sha ambil masa yang panjang jugalah untuk selesaikan pembacaan sebab lepas baca satu cerita Sha berhenti dan buat benda lain.. Kalau baca berterusan pening Sha.. hahaha.. Tapi memang ohsemlah..

Sha baca dan selesai pada 22.02.2023..

Published October 24, 2015 by FIXI Novo
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Chupa Chups Lollies Fruits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Chupa chups ini ada dalam bentuk gula-gula jeli juga tau.. Kali ini dengan bentuk seperti lolipop dan ada perisa epal, oren, strawberi, cola, lemon dan juga ceri.. Memang syoklah layan kunyah jeli ini tapi tak digalakkan makan selalu.. hahaha.. Manis kot.. Sesekali tu okaylah.. Sha beli dekat pasaraya TF Value Mart.. Rasanya ada nampak dekat 99 Speedmart juga.. 

Chupa Chups Lollies Fruits (90g)
RM4.30

Bentuk dia macam lollipop.. hehehe

ebook | Adiwira #3: Titan Zombie vs Robowira oleh Ash Kun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak baca ikut urutan pun.. Baca je mana jumpa tapi masih lagi faham jalan ceritanya.. Kali ini Baroro mencipta Titan zombie untuk menyerang Adiwira.. Tanpa Adiwira tahu, ada muslihat lain yang disembunyikan Baroro.. Titan zombie hanyalah perangkap.. Bila musuh sebenar menyerang, Adiwira tumpas.. Aroro terpaksa meminta tolong Singa Petir untuk menghidupkan Robowira.. Adiwira terselamat namun musuh belum kalah.. Bersambung lah pula.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2023..

Published February 25, 2016 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Wednesday, February 22, 2023

Temujanji Keenam Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Paling cepat.. hehehe.. Lagi dua minggu kita datang semula untuk review.. Hari ini bawa Imani untuk temujanji gigi dia.. Alhamdulillah, 2 gigi yang nak dibuang luruh sendiri.. Mudah jadinya.. Cumanya gigi yang patut tumbuh, masih diselaputi gusi.. Jadi doktor bagi tempoh dua bulan untuk tengok perkembangan gigi sebelum ruku ke Teluk Intan.. Sampai jam 1.58pm dan jam 2.14pm kami dah gerak balik.. Yeah!!

Senang hati dia, doktor cuma periksa gigi je..

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Medik oleh Artis-Artis Komik M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini membawakan isu medik.. Garapan yang luar biasa.. Komik pertama yang bertajuk harapan memberikan penamat yang meruntihkan harapan Sha sebagai pembaca.. Penamat yang tak diduga dan tak dijangka.. Memang sesuatu yang kalau dikembangkan akan menjadi cerita yang menarik.. Komik-komik yang lain pun menarik juga.. Ada yang menjadikan sistem dalam badan sebagai komik.. Memang bacaan yang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2023..

Published January 1, 2022 by Komik-M
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Temujanji Ketiga Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bawa encik suami untuk temujanji yang ketiga.. Alhamdulillah bacaan tekanan darah okay.. Cuma kolestrol agak tinggi jadi doktor nak naikkan dos ubat kolestrol.. Kolestrol ini yang perlu dikawal rapi.. Makanan pun nak kena jaga juga.. Bacaan gula pun naik sikit, tapi doktor suruh kurangkan pengambilan minuman manis je.. Doktor tak naik kan dos ubat.. Lagi 6 bulan jumpa balik doktor..

Sebelum ini Sha pergi ikut masa yang ditetapkan pada kad, jadi lama sangat menunggu.. Kali ini Sha datang awal 30 minit dari masa yang ditetapkan.. Alhamdulillah berjaya jumpa doktor cepat tapi tetap lambat selesai kerana menunggu tarikh temujanji yang berikutnya.. hehehe..

Penat menunggu, encik suami tidur dulu.. hehehe..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, February 21, 2023

7-Eleven Coffee Mix 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! 7-Eleven pun dah keluarkan kopi jenama dia.. Sha cuba.. hehehe.. Mujurlah 7-Eleven jual pack kecil.. Kecil tak kecillah.. Ada 5 pek individu dalam 1 pek besar ini.. Kalau tak kena dengan tekak, jenuh jugalah nak habiskan.. hehehe.. Alhamdulilla.. Rasakopi dia padu.. Tak manis.. Memang sesuai sangat minum waktu pagi.. Terang biji mata dibuatnya.. Kikikiki..

7-Eleven Coffee Mix 3in1
RM4.90

5 pek individu..

Bancuh secawan sebelum memulakan tugas..

Monday, February 20, 2023

ebook | Semangat Puaka oleh Akma Saidon, Suzani Nadzir, Aziah Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

3 cerita dari tiga penulis wanita.. Ketiga-tiganya mempersembahkan cerita dengan cara mereka yang tersendiri.. Setiap cerita ada kekuatan yang tersendiri.. Setiap cerita menyampaikan tauladan yang baik..

Kuda Kepang: Janji - Akma
Kisah yang berpunca dari darah muda Naura yang teruja bersahabat dengan Cik Bunga.. Namun persahabatan tu akhirnya mengundang petaka bila Naura berkahwin.. Gangguan demi gangguan hinggalah munculnya Hezzri dan Seirra..

Wayang Kulit: Jogho - Jerniela
Memang terbaiklah.. Betul-betul tak disangka bila penjahat sebenar berada di depan mata.. Semuanya kerana Jogho.. Patung wayang kulit yang dijamu darah demi memastikan ia terkenal.. Tapi tulah, yang melakukannya orang lain, namun yang menerima balasannya orang lain.. Bila kemarahan beraja di hati, mana yang salah dan benar pun tak akan kelihatan.. 

Dondang Sayang: Nyayian Puaka - Azy
Hanya kerana inginkan kemasyuran, Marina berjanji dengan syaitan.. Kerana kemasyuran itu jugalah Marina terbunuh.. Dengki manusia menyebabkan keturunan Marina terseksa.. Masakini, Delaila yang tertarik dengan Dondang sayang cuba mencari keturunan Primadona Marina namun ke alam lain pula perginya.. Mujurlah ada sahabat yang setia mencari.. Namun syaitan tak pernah berhenti menghasut manusia ke arah kesesatan..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2022..

Published September 1, 2022 by Karya Publika
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Wall’s Orange Blends

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim baru dari 7-Eleven.. Wall's Orange blends yang mengandungi tiga jenis oren iaitu oren Valencia, pulpa oren mandarin dan jus tangerine.. Aiskrim yang kaya dengan vitamin C.. Memang sedap gabungan 3 oren tu.. Warna oren dia pun mengancam.. 

Wall’s Orange Blends
RM3.00

Cepat cair.. Lambat makan dah jadi gini.. hehehe.. Tapi rasa oren dia tetap sama.. Cuma tak feel lah sebab kena makan pakai sudu.. hehehe..

Sunday, February 19, 2023

Cerpen | Syaitan Putih di Tanzania oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedihnya bila kecacatan menjadi satu isu berkaitan jembalang.. Manusia selalu memilih untuk takut pada perkara yang mereka tak tahu dan tak berusaha memahami.. Cuma tu lah, apa agaknya akan jadi pada adik Kiwale tu nanti..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Cerpen | Oyen Ganas oleh Nur Amynasuha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Sesuai betul tajuk dengan jalan cerita.. Memang ganas betul Amri si kucing oren.. Sekali serang je, habis dibelasahnya sekawan anjing..  Tak ada main-main punya.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2023..

Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com