Monday, September 23, 2019

Zine | Sketsa Lawak Seram: Leman & The Geng oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Zine ini nipis je.. 70 muka surat.. Menceritakan kisah si Leman yang penakut ya amat.. Leman ini selalu disakat oleh hantu Milah yang balik semula ke rumah akibat perbuatan khianat.. Seram kelakar zine ini.. Kalau dibuat dalam versi novel yang tebal mesti menarik.. Leman dan kawan-kawannya yang penakut tapi selalu terjumpa makhluk tak sepatutnya.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 22.09.2019..

Koleksi peribadi Sha

Filem Korea | Exit (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Dua oran manusia yang terpaksa ditinggalkan sebab helikopter pasukan menyelamat tak boleh nak bawa kalau muatan lebih dari yang ditetapkan.. Maka berusahalah dua orang manusia ini menyelamatkan diri dati asap beracun ke tempat yang tinggi.. Mendebarkan, mencemaskan dan juga kelakar.. Cerita yang simple tapi usaha gigih untuk menyelamatkan diri tu sangat menarik.. Fokusnya pada dua watak utama ini.. Mujurlah kedua-duanya suka aktiviti memanjat dan itu merupakan kelebihan mereka.. Masa bencana ini memang boleh tengok perangai sebenar manusia di sekeliling kita.. Sifat pentingkan diri tu usah cakaplah..

Movie: Exit
Country: South Korea
Release Date: Jul 31, 2019
Duration: 1 hr. 43 min.
Also Known As: Eksiteu
Directors: Lee Sang Geun
Genres: Action, Thriller, Comedy
Sinopsis: Yong Nam was one of the best rock climbers in college but hasn’t had much luck elsewhere after graduation. He has failed to get a job for many years and has to rely on his parents just to get by. For his mother’s 70th birthday, he insisted on having the party at Dream Garden because his old crush, Eui Ju works there. When a disaster strikes, covering an entire district in Seoul with mysterious white gas, he has to use all of his rock climbing skills with the help of Eui Ju to get everyone to safety.
(Source: CJ Entertainment)

Sunday, September 22, 2019

Drama Korea | Class Of Lies (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menakutkan.. Bukan drama seram tapi cerita yang disampaikan sangat menyeramkan.. Perangai manusia lagi menakutkan dari hantu sebenarnya..

Semuanya bermula dengan kes cubaan membunuh oleh Kim Han Soo kepada Jung Soo Ah/Yoo Sun dan peguam yang membela Kim Han Soo di gantung kerja sebab anak guam menyerang beliau, mengaku bersalah dan terjun bangunan hingga menyebabkan koma.. Tak lama lepas tu Jung Soo Ah/Yoo Sun disahkan mati.. Pergh!! Dari sini cerita bergerak pantas.. Peguam tu menyamar jadi cikgu demi menyiasat kes sebenar..

Sepanjang Sha tengok drama ini, macam-macam perasaan ada..Memang tak sangkalah.. Sebuah sekolah dipenuhi dengan bermacam jenayah.. Paling mengejutkan bila jenayah dilakukan oleh seorang pelajar yang dianggap baik.. Jenayah dilakukan tanpa rasa bersalah pun.. Sangat menakutkan..

Class of Lies @ 미스터 기간제 @ Mr. Temporary @ Undercover Teacher @ Mr. Fixed Term
Kdrama | Aired: 17 July ~ 5 September 2019 | 16 Episodes | Genre: Drama, Crime, Mystery |
Sinopsis | The drama is about a highly successful lawyer who falls from grace because of one case. He becomes a fixed term teacher at a high school that is tied to that case in order to regain his honor. Though he goes into the classroom for selfish reasons, he begins to see the crimes that take place and he takes matters into his own hands to help protect victims from their peers. The drama will shine a spotlight on the reality of teenagers facing little to no repercussions after committing a crime because they are teenagers, providing no protection for those who become a victim to these crimes. (Source: Soompi)

Filem China | Detective Dee: The Four Heavenly Kings (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain membaca dan melakukan kerja rumah, hujung minggu juga dihabiskan dengan menonton filem dan drama.. Anak-anak menonton filem animasi, manakala Sha pula menonton filem dari pelbagai negara.. Antaranya ialah filem ini.. Detective Dee: The Four Heavenly Kings ini dah lalu lalang banyak kali dah cuma baru ini tergerak nak tengok.. Filem yang menarik.. Sha suka watak utamanya iaitu Detective Dee yang dilakonkan oleh Mark Chao.. Sangat menarik.. 

Filem ini mengisahkan niat jahat Permaisuri Wu yang tak bersetuju dengan tindakan maharaja yang memberikan Tombak Penjinak Naga kepada Detektif Dee.. Dari situ bermulalah konspirasi permaisuri dalam mengenakan Detektif Dee.. Selain Permaisuri, ada satu puak yang berdendam dengan kerajaan dan ingin menjatuhkan kerajaan.. Bila dendam menguasai jiwa, sihir hanyalah loncatan.. Hati yang hitam sangat mudah terpedaya.. Dengan bantuan sahabat-sahabat beliau, Detektif Dee berjaya menyelesaikan krisis yang berlaku dengan jayanya..

Filem ini menarik sebab dari awal sehingga ke hujung cerita penuh aksi.. Satu lagi yang buat Sha teruja ialah Sha terjumpa filem ini yang mempunyai subtitle bahasa melayu dan menggunakan sedikit loghat Kedah.. Bayangkan tengok filem China tapi ayat kat bawah loghat Kedah.. Memnag menghiburkan.. Hahaha.. ending credit filem ini..

Movie: Detective Dee: The Four Heavenly Kings
Country: China
Release Date: Jul 27, 2018
Also Known As: Detective Dee and the Four Kings , Di Ren Jie Zhi Si Da Tian Wang
Directors: Chui Hak
Genres: Action, Suspense, Adventure, Mystery, Crime, Detective

Sinopsis: Detective Dee is forced to defend himself against the accusations of Empress Wu while investigating a crime spree.
This marks the return of Detective Dee after the success of the first release 7 years ago. Main character Di Renjie is a former detective from the Tang Dynasty that was ordered by Empress Wu Zetian to solve mysterious murder cases.

Komik Seram | Aku Dengar Kat Tangga Ada... oleh Aku Dengar Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita mengenai tangga yang berhantu.. Selain komik, ada juga cerpen seram dan lagenda dari China.. Hanya tangga tapi mampu memberikan variasi cerita seram.. Memang menarik dan mengujakan.. Hehehe.. 128 muka surat je tapi berjaya menimbulkan rasa seram.. Hahaha.. Ini marathon komik seram namanya.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published December 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Saturday, September 21, 2019

Komik | Aku Dengar Kat Lorong Belakang Ada... oleh Mr. Children

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri Aku Dengar.. ini memang seram.. Hahaha.. Baca masa siang pun boleh mengganggu jiwa.. Tambah ada illustrasi lagilah.. Hahaha.. Tapi dah beli, kenalah baca kan.. Sekejap je baca komik ini.. Saja ambil mood dengan baca komik.. Ada baca novel tapi tersekat.. Untuk mengembalikan mood membaca, Sha baca komik..

Untuk tema lorong ini, pelukis berjaya menyampaikan mesej yang bagus.. Ada cerita yang berasala dari lagenda semata-mata.. Ada yang terjadi akibat ingin membalas dendam kerana dianiaya.. Ada yang berpunca dari ketaksuban dan akhirnya terperangkap.. Begitulah manusia, sentiasa ada yang tersalah pilih dan ada juga yang menyesal dan kembali kepada kebaikan.. Silalah baca.. Selain komik, ada cerpen pendek dan juga permainan teka..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published July 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Korean Variety | Three Meals a Day: Mountain Village (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan rancangan ini pula.. Kalau sebelum ini mereka gunakan aktor lelaki, kali ini perempuan pula.. 3 orang perempuan di kawasan pergunungan.. Sebuah rumah yang di kelilingi kebun sayur dan reban ayam.. Menggunakan tumbuhan sedia ada, berkerja dan mendapatkan upah demi menyediakan 3 hidangan setiap hari.. Sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.. 

Sha suka tengok diorang sediakan makanan untuk 3 kali hidangan itu.. Usaha mereka untuk membeli makanan tambahan dengan melakukan kerja-kerja bercucuk tanam.. Sangat menarik.. Bayangkan masak guna kayu api ye.. Bukan guna dapur gas.. Nasi pun tak guna rice cooker..

TV Show: Three Meals a Day: Mountain Village
Native Title: 삼시세끼 산촌편
Also Known As: 3 Meals a Day: Mountain Village
Directors: Na Young Seok
Genres: Food, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Aug 9, 2019 - ?
Aired On: Friday
Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
“Three Meals a Day – Mountain Village” will follow Yum Jung Ah, Yoon Se Ah, and Park So Dam as the first all-female cast as they head off to a quiet home in the mountains of Gangwon province. As this will be the first season in two years, the show will go back to basics and follow the trio as they collect vegetables from their garden and search for food in the nature around them.
(Source: Soompi)

Komik | Antologi Komik Puris: SIFU oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang ada dalam ini semuanya menarik.. Mempunyai mesej yang berbeza.. Ada yang menyentuh hubungan seorang anak dengan mak, seorang abang dengan adik.. Perkara buli yang terjadi semkain kerap zaman sekarang.. Perubahan diri dari nakal kepada baik.. Memang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Antara Karya yang ada dalam komik ini..
1x10=10? Karya Abeben, Buli Karya Khairul Asyraf, Only One Karya Miiraimi, Projek Hati Amir Karya Nash Shahri, Jangan Tinggalkan Aku, Shaheed Karya Oz Ishak & Khairul, Ya Rijal Karya Abemat Usul, Yang Lebih Aku Cintai Karya Abeben & Syafy Zahin

Sha baca dan selesai pada 20.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published September 2018 by Buku Puris

Komik yang sangat menarik dan menyentuh hati..

Friday, September 20, 2019

Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint giveaway ini Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini.. 
Senang je syarat-syarat dia.. Boleh klik gambar dibawah untuk turut serta Giveaway ini.. Lagipun hadiah dia semua comel-comel okay.. Rugi kalau tak joint.. 

Sha pilih Sayo Pack sebab ada Handmade Buncho Poster Colour Pallete, sesuai sangat dengan Amani dan Imani.. hehehe.. Bolehlah mereka berkreativiti di rumah pada waktu cuti..


Slim River | Makan-makan di Secret Recipe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tadi tengahari, kawan pejabat ajak ke Secret Recipe yang baru di buka di Slim River.. Rehat panjang, maka ke Slim Riverl ah kami.. Konsep kedai di Slim River ini lebih hipster dan menu yang ditawarkan lebih menarik.. Ada Boba Series, menu Korea, Jepun yang menarik.. Disebabkan Sha memang nak cari sesuatu yang lain, Sha order Boba Kopi-C dan Kimchi Fried Rice.. 

Nice concept..

Boba Kopi-C
Sedap untuk penggemar kopi.. Tak manis..

Kimchi Fried Rice
Pedas untuk Sha (Sha memang tak makan pedas) tapi sedap.. Kimchi dengan nasi tu memang ngamlah.. Kalau tak pedas, ini akan jadi menu kegemaran Sha.. Sebab pedas, sekali ini jelah cuba.. Perut Sha tak tahan..

15 minit kemudian.. Hehehe.. Berjaya juga habiskan walaupun pedas.. Hehehe..

Selain dari Nasi goreng, ada juga Kimchi dan ayam goreng untuk dicuba dari rangkaian menu Korea..

Boba series by Secret Recipe.. Lain kali boleh cuba yang lain..

Menu yang akan Sha cuba kalau datang lain kali.. Nak cuba Unagi dengan Teriyaki tu.. 

Rantaian Alasan Tidak Membeli dan Membaca Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian dari Facebook yang menarik untuk tatapan semua..

Artikel asal boleh tengok di SINI ye..

Thursday, September 19, 2019

Filem Korea | The Divine Fury (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat Awesome.. Park Seo Joon menyerlah dalam filem ini.. Selalu tengok beliau macam sweet-sweet je.. Kali ini lebih serius dan tak ada adegan cintan cintun.. Cuma babak melawan demon je.. Pergh!! Real dan ganas.. Memang mengancamlah.. Tak terasa dua jam itu.. Babak lawan dia tak berhenti.. Bila Yong Hoo mula percayakan Father Ahn maka gabungan mereka memang mampu mengalahkan setan yang kejam.. Cuma cerita dia nampak macam akan ada sambungan.. Gitu.. hehehe.. Thrill dan ada adegan ganas.. Tak sesuai ditonton dengan anak-anak..

Filem ini mengisahkan Yong Hoo yang kehilangan ayahnya seorang polis semasa bertugas.. Disebabkan itu dia menyimpan rasa marah kepada tuhan kerana mengambil ayahnya.. Kerana perasaan marah yang sangat kuat, syaitan mula mendekati Yong Hoo dan memberikan bisikan yang menyebabkan Yong Hoo bertindak ganas bila ternampak lambang salib.. Sampailah dia dijumpakan dengan Father Ahn, barulah perlahan-lahan kemarahan itu hilang dan Yong Hoo membantu Father Ahn melawan manusia yang bertuhankan syaitan.. 

The Divine Fury @ 사자 @ Saja
K-Movie | Released: 31 July 2019 | Runtime: 129 Minutes | Genre: Horror, Action, Mystery, Exorcism, Thriller | Rated: PG-13 |
Sinopsis | After waking up with mysterious wounds on his hands, a champion fighter finds himself in an otherworldly battle against evil forces that wreak havoc in the human world.

Buku | Mistik Alam Melayu oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik.. Penulis berjaya mengupas mengenai perkara-perkara seperti ritual mistik, mitos, lagenda, perubatan kuno menggunakan jampi serapah, sihir dan perkara-perkara ghaib di Tanah Melayu.. Seronok juga belajar pasal tarian yang berkaitan dengan ritual dan perkara mistik, upacara perubatan dan lagenda zaman dahulu yang diturunkan dari mulut ke mulut.. Bahagian pantang larang dan adat pun menarik dibaca.. Memang bestlah.. Buku ini bagus untuk dijadikan bacaan sebagai pengetahuan tambahan bukanlah untuk dijadikan amalan.. Banyak yang boleh dipelajari daripada sejarah dahulu..

Baca pada 18.09.2019 dan selesai pada 19.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 2019 by Patriots Publication

Wednesday, September 18, 2019

Komik | Antologi Komik Puris: GEN Y oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik dari Buku Puris ini sangat menarik dan Sha galakkan untuk bacaan anak-anak juga.. Isi dalamnya memberi pengajaran.. Komik yang disampaikan dalam antologi ini memang berjaya menyentap hati.. Setiap komik menyampaikan mesej dan teguran dengan cara yang sangat ohsem.. 

Aktivis oleh If Moses
Ekslusifkan Keindahanmu oleh Wazif Bakhtiar
Karipap Frozen oleh Irfan Kartunis
Keliru oleh Amnrshid
Nikmat oleh Flan
Read It Feel It oleh Nzh & Tsuyu Nada
Pause oleh Abeben

Sha baca dan selesai pada 18.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published September 2018 by Buku Puris

Drama Melayu | Orang Gaji Puaka (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak tahulah kenapa Sha tengok drama seram ini.. Walhal bukannya berani sangat.. Hahaha.. Okaylah menarik olahannya.. Drama ini diadaptasi dari novel bertajuk Orang Gaji oleh Daisy Zahra, terbitan Dear Novels.. Sha tengok waktu siang.. Tak fokus sangat pun sebab penakut.. Hahaha.. Drama nya memang seram okay.. Bayangkan kalau novelnya pun dah seram, bila diterjemahkan pula ke drama.. Pergh!! Hahaha.. Memang tutup-tutup matalah Sha menengoknya.. Kalau nak baca review buku Orang Gaji boleh klik SINI.. 

Lakonan Marissa Yasmin memang berjayalah pada Sha... Sangat kejam dan menakutkan.. Hahaha.. Menjiwai betul wataknya.. 

JUDUL : ORANG GAJI PUAKA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 7 September 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Riz Amin, Sasqia Dahuri, Marisa Yasmin, Meor Mohd, Puteri Rafasya

SINOPSIS ORANG GAJI PUAKA
Sara dikatakan hanya jatuh tangga, tapi kecederaannya yang membawa kepada koma menimbulkan tanda tanya. Tanpa mereka sedari, segalanya berpunca daripada orang yang sangat dekat dengan mereka.

Wordless Wednesday #book


Tuesday, September 17, 2019

Komik | Pokemon The Movie: Aku Pilih Kau! 01 oleh Ryo Takamisaki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menarik.. sesuai dibaca semua peringkat umur.. Pengembaraan pertama Ash bersama Pikachu.. Komik ini bersambung.. Tapi okay je kalau baca yang ini.. Dalam buku ini Ash ada 3 pokemon termasuk Pikachu.. Perlawanan terakhir, Ash kalah dengan Cross.. Ash dapat jumpa Pokemon lagenda.. Bagus juga usaha Gempakstarz dalam mencetak semula komik ini menggunakan Bahasa Melayu.. Lebih seronok dibaca..

Sha baca dan selesai pada 17.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published August 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Drama Korea | I Picked Up A Celebrity On The Street (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Korea ini ada 10 episod je.. Stress juga Sha tengok heroinnya.. Asyik kena buli je.. Buli di tempat kerja.. Sebab dia bukan pekerja tetap maka dipermain-mainkan.. Sampai satu tahap dijadikan kambing hitam dan diberhentikan.. Marah punya pasal dia serang ketua pejabat, sekali salah serang.. Artis yang diserangnya.. Nak lari, tertinggal kad pekerja pula dekat mayat tu.. Patah balik dan ada pula orang nampak, siap nak call ambulans.. Nak tak nak, kenalah dia bawa balik mayat tu dan fikirkan apa nak buat.. Sekali mayat tu bukan mayat.. Artis tu masih hidup rupanya.. Hahaha.. Part ini memang lawak.. Masuk episod pertengahan baru tahu rupanya memang ada orang cuba bunuh artis tu.. Bukan salah heroin pun.. Heroin tu berada di tempat yang salah pada waktu yang salah je.. Maka bermulalah misi mencari pembunuh.. Episod akhir barulah pembunuhnya muncul.. Memang tak sangkalah bila tengok siapa pembunuhnya.. Dari awal cerita memang tak boleh nak teka.. Hahaha.. Rasa macam dah betul dah, sekali salah.. Drama pendek yang sangat menarik..

I Picked Up A Star On The Road
Also Known As: I Picked Up A Celebrity On The Street; I Picked Up The Star; I Picked Up A Celebrity From The Street
KDrama | Thriller, Comedy, Romance, Youth | 10 Episodes | 1 Nov 2018 - 14 Dec 2018 |
Sinposis | Contract worker Lee Yeon Seo daydreams about teaching her manager a lesson, but accidentally acts out her fantasy on none other than top Hallyu star Kang Joon Hyuk. Thinking she killed him but afraid to be labeled a murderer, she takes him home and prepares to get rid of the body. But Joon Hyuk wakes up and seeing her preparations thinks he has been kidnapped by a murderous psychopath. Seeing no other option, she keeps him hostage so he doesn't turn her in to the police. How long can she keep him hidden and can she ever convince him she's not an evil person?

Filem Inggeris | Spiderman: Far From Home (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok juga tengok filem ini.. Memang Spiderman yang baru ini lebih menarik dan nampak real penyampaian emosinya.. Spidermen yang sebelum ini lebih dark.. Filem ini lanjutan dari The Avenger End Game, jadinya boleh nampaklah emosi Peter yang kehilangan Tony.. Emosi seorang budak yang kehilangan father figure.. Awal filem ini nampak sangat real hinggakan tak perasan rupanya ada penipuan.. Bila penipuan tu terbongkar Sha dah syak, takkan semudah itu penjahat tu dikalahkan.. Pasti akan ada muslihat yang digunakan untuk menganiaya Spiderman.. Tekaan Sha betul bila sampai ke ending credit pertama.. Ending credit kedua pula agak mengejutkan.. Tak sangka yang benar itu palsu.. Adoi.. Makin complicated hero hero ini punya perjalanan lepas Tony Stark tak ada.. Musuh yang pandai memanipulasi adalah lebih bahaya dari musuh yang terang dan nyata.. Gitu.. hehehe..


Monday, September 16, 2019

Novel | Projek Seram: Gua oleh Suzani Nadzir, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel kedua yang dihadiahkan Kak Adda oepada Sha.. Novel dari siri Projek Seram ini memang menjadi Koleksi Sha.. Kali ini menggunakan tema Gua..

Korban Hitam oleh Suzani Nadzir
"Kupersembah korban yang kuseru..."
Cerita yang memang mengejutkan.. Tak sangka hanya kerana bertuhankan syaitan yang menyamar menjadi ular, manusia lain menjadi korban.. Penangan ajaran agama sesat memang bahaya.. Nyawa manusia langsung tak berharga..

Suara oleh Ebriza Aminnudin
"Ia mengalir di dalam urat nadi..."
Kisah yang menarik.. Merentasi dua zaman.. Zaman moden dan zaman lampau.. Semuanya berpunca dari dengki dan khianat.. Hanya kerana cinta tak diterima, kawan baik sendiri dianiaya dan dibunuh.. Kematian yang tragis mengundang petaka yang dasyat dan keturunan harus menerima akibatnya.. 

Jin oleh Eqbal Mohaydeen
"Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya!"
Penamatnya sangat mengejutkan.. Manusia memang sentiasa terpedaya dan melakukan kesalahan namun Allah itu maha pengampun.. Hanya kerana tidak sanggup melaluu penganiayaan Jepun, ada yang melepaskan makhluk terkutuk dari gua kelam itu.. Apa kaitannya dengan Karim.. Kenapa Karim merasakan seolah-olah ada yang tak kena dengan kampungnya itu??

Sha baca pada 15.09.2019 dan selesai pada 16.09.2019..

Koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari Kak Adda..
Published 2019 by Buku Prima

Drama Taiwan | The Fearless (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha terjumpa drama ini sebenarnya.. Baca sinopsis macam menarik.. Cuba tengok 1 episod.. Eh, macam best.. Teruslah tengok sampai episod akhir.. Drama ini ada 13 episod je..

Drama ini mengisahkan seorang gangster yang mati dah diaahkan mati tapi tiba-tiba bernyawa semula.. Ditembak di belakang kepala hingga menyebabkan darah beku.. Dari kemalangan itu, gabgster ini diberikan mata yang boleh melihat roh orang mati.. Mujurlah roh yang muncul tak berwajah hodoh.. Hahaha.. Cantik keadaan rohnya.. Semuanya mangsa yang ingin meminta tolong supaya kematian mereka terbela.. Gangster ini berkerjasama dengan seorang doktor forensik dan pegawai polis.. Drama yang ringkas tapi berjaya menyampaikan bahawa hubungan kekeluargaan itu sangat pebting walau bagaimana sekalipun keadaan sesebuah keluarga itu.. Mesej yang sangat menyentuh..

The Fearless
Also Known As:
Genres: Suspense, Thriller, Supernatural, Investigation
Tags: Paranormal, Ghost-seeing Male Lead, Ghost
Country: Taiwan
Type: Drama
Episodes: 13
Aired: Jul 19, 2019 - Aug 30, 2019
Aired On: Friday
Network: GTV LINE TV 
Sinopsis: A reborn gangster accidentally found himself being able to see ghosts, which led to a life-changing experience. "Guests" came to him for help one after another... Started from death, what did they want him to see?

Selamat Hari Malaysia 2019



Saturday, September 14, 2019

Novel | Perawan oleh Noorfadzillah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Karangkraf menggunakan kertas jenis lain.. Tak sama macam buku-buku sebelum ini.. Novel ini dihadiahkan kepada Sha oleh Kak Adda pemilik Blog Mamapipie..

Novel yang penuh kejutan.. Dari segi plot, keseraman dan juga pelakunya.. Awal cerita mengisahkan mereka yang menjadi mangsa kepada sindiket penjualan organ dan manusia.. Salah seorang mangsanya adalah adik kepada Citra Hana.. Kerana kejadian yang menimpanya, Citra Hana berubah seratus peratus.. Tapi betul ke Citra Hana berubah atau sebenarnya ada dalang lain disebalik semua kejadian.. Bila baca penghujungnya memang membuatkan Sha tergamam sebab pelakunya bukanlah orang yang Sha sangka.. Manusia memang akan berubah bila menyimpan dendam dan berpaling kepada makhluk yang dilaknat..

Sha baca pada 13.09.2019 dan selesai pada 14.09.2019..

Koleksi Sha dihadiahkan oleh Kak Adda..
Published August 2019 by Buku Prima

Koleksi Buku September 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saya tak kuat.. hahaha.. Bila buku datang menyerah di depan mata, nak tak nak kenalah beli sebuah dua.. Ye tak.. Hahaha.. Alasan.. kemain kan.. Masalahnya bukan sebuah tapi 11 buah.. hahaha.. Gitu..

11&12 September 2019, ada Program Jom Baca kat Perpustakaan tempat Sha kerja ini.. Ada panggil penerbit buku untuk sertai Program ini.. Kebetulan memang dah lama mengidam nak beli buku terbitan The Patriots.. Bila dah datang menyerah, teruslah Sha beli 4 buah.. Dari penerbit Gempak Starz Sha beli novel ringan untuk Sha dan komik untuk Amani dan Imani.. Yang 3 lagi buku tu Sha beli sebab pembekal jual dengan harga yang sangat-sangat murah..

Dari Booth Galeri Ilmu
1. Antologi Komik Puris: SIFU oleh Abeben
2. Antologi Komik Puris: GEN Y oleh Abeben
3. Somniphobia Sumpahan Syaitan oleh Iwan Reaz
(Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan)

Beli di Booth IQ Premier
1. Dunia Tanpa Tembok oleh Ayman Rashdan Wong
2. Dunia Tanpa Tembok II oleh A.R.W, Ayman Rashdan Wong
3. Jangan Selewengkan Sejarah Melayu oleh Helmi Effendy
4. Kitab Tamadun Melayu oleh Panel Penulis The Patriots, Helmi Effendy,  Moustapha Abbas, Raja Ariff Danial

Beli di Booth Gempak Starz.. (dapat beg dan 2 buku nota comel..)
1. Sekali Lagi oleh Shiki Mizuchi (novel alih bahasa)
2. Dahaga Darah oleh Taufan (komik seram)
3. The Movie Pokemon Aku Pilih Kau! oleh Ryo Takamisaki (komik alih bahasa)
4. 3-Minit Fakta: Ciptaan Hebat (komik fakta)

Friday, September 13, 2019

Komik Seram | Dahaga Darah oleh Taufan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada seram, penyiasatan dan thriller.. Sesekali layan komik macam ini, ohsem juga.. Nipis dan bergambar.. Lagi cepatlah bacaan.. Tak sampai sejam dah selesai.. Misteri mayat yang muncul di merata-rata tanpa kesan luka kecuali hilang darah.. Siapakah pembunuhnya?? Mengapa setiap hari ada sahaja mangsa baru.. Pemhunuhan yang sangat misteri.. Penyiasat yang menyiasat kes diganggu mimpi pelik hingga membawa penyiasat tersebut ke saluran pembentung.. Apa sebenarnya yang ada dibawah tanah?? Jomlah membaca..

Sha baca dan selesai pada 12.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published July 2019 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd

Shopee 9.9 | Blouse Denim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli blouse.. Memenuhi keperluan pakaian seragam di pejabat.. Nak beli di kedai yang berdekatan dah tak jumpa, nak cari bazir minyak kereta pula.. Jalan mudah, cari di Shopee.. Kebetulan tengah ada sale 9.9 pula, memang rugilah kalau tak belikan.. Beli tu memang harap saiz, warna dan kain okaylah.. Sebab sebelum ini pernah beli tapi tak muat.. Gambar dan baju tak sama.. Huhuhu.. Alhamdulillah kali ini baju yang sampai menepati citarasa dan kehendak Sha.. Berbaloi bayar RM33.20 tanpa caj penghantaran.. Kalau kat kedai, tak dapat harga ini dengan kualiti kain tu..


Sha amik warna Dark Blue.. Maaflah pencahayaan tak berapa cantik.. hehehe..

Hadiah Top Commentor dari Mamapipie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah yang tak dijangka dari Kak Adda.. Lepas Sha bagi butiran dekat Kak Adda melalui email, terus Kak Adda Mesej Sha.. Beliau suruh Sha pilih buku Karangkraf Mall.. Masa ini jiwa dah kacau bilau.. Hahaha.. Kebetulan Karangkraf memang ada keluar novel baru, Sha pun terus bagi tajuk dekat Kak Adda.. Karang kalau jalan lama-lama sangat dekat Karangkraf Mall tu, rambang mata pula nak pilih.. Hehehe.. Nak tahu sha pilih buku apa?? Boleh tengok dekat bawah.. Terima kasih sekali lagi pada Kak Adda.. sha doakan semoga Allah murahkan rezeki Kak Adda sekeluarga.. Aamiin.. Aamiin.. 

Perawan oleh Noorfadzillah
Projek Seram Gua oleh Suzani Nadzir, Ebriza Aminudin, Eqbal Mohaydeen

Thursday, September 12, 2019

Popular Post Di Blog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka entry Suamiku Mr. Blind oleh DanishaRahmat tahun 2015 trending dua,3 minggu ini.. Semunya sebab novel itu diadaptasikan menjadi drama dan ditayangkan Unifi TV saluran HyppSensasi 116.. Sha pun dah tak berapa ingat jalan ceritanya.. Tapi drama tu memang tak tengoklah.. Mana ada Unifi TV.. hehehe.. Tak sangka trending post ini.. 

 Masuk carta popular post..

Pageview untuk Sehari

 Pageview untuk seminggu

Pageview untuk sebulan..

Drama Korea | Love Alarm (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang unik.. Ending dia tergantung.. Kalau tak suka ending tergantung, seeloknya jangan tengok.. Ada beberapa bahagian dalam drama ini yang menarik dan memberi kesan pada emosi Sha.. Cinta ini bukanlah satu perasaan yang boleh ditentukan oleh aplikasi dalam telefon.. Namun bila perasaan kita berjaya dikawal dan ditentukan aplikasi dalam telefon, memang tak terkawallah jadinya.. Bayangkan kita suka A tapi A tak suka kita.. Namun disebabkan aplikasi tu, perasaan kita bukan sahaja diketahui oleh A malah orang sekeliling kita disebabkan aplikasi tu.. Impaknya pada kita, A dan orang disekeliling kita.. Tu belum lagi perasaan suka atau admire sesama jantina.. Drama ini nampak macam tak logik tapi tak mustahil satu hari nanti akan ada yang membangunkan aplikasi seperti ini.. Berharap pada aplikasi untuk kesempurnaan cinta.. Memang gila.. Dalam drama ini juga ditunjukkan kesan aplikasi ini pada masyarakat.. Bagaimana manusia menyalahkan aplikasi ini bukan diri sendiri seperti kelaziman sifat manusia..

Drama: Love Alarm
Also Known As: Joahamyeon Ullineun ,
Screenwriters: Lee Ah Yeon, Seo Bo Ra
Directors: Lee Na Jung
Genres: Friendship, Comedy, Romance, School, Drama
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Aug 22, 2019
Aired On: Thursday
Network: tvN, Netflix
Duration: 50 min.
Cellphone app Joalarm is created. If someone likes you and they are within 10 meters of you, the alarm for the app rings. The app also shows how many people like you, but the app doesn't reveal specific details on who likes you. Kim Jo Jo is a high school student. She is pretty and smart. She seems like a cheerful person, but her parents died when she was young. Since the death of her parents, Kim Jo Jo has lived with aunt's family. Living there is not easy for Kim Jo Jo. She doesn't download the app Joalarm. Meanwhile, Hwang Sun Oh is a popular male student at the same high school where Kim Jo Jo attends. He is the son of a wealthy family, but he is not loved by his parents. His best friend Lee Hee Yeong also attends the same high school. Hwang Sun Oh notices that his best friend Lee Hee Yeong likes Kim Jo Jo. Hwang Sun Oh wants to know if his friend really likes her, so he kisses her.
(Source: Dramanice)

Novel | Abang Khai Tomboi oleh Nuraqilah Syuhaida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini ada komedi, sedikit penyiasatan dan romantik.. Walaupun penceritaanya agak tak tersusun dengan cantik tapi masih menarik dibaca.. Khai seorang tomboi yang baik.. Prihatin terhadap anak-anak buahnya dan seorang pelakon.. Berkenalan dengan Rizal tanpa sengaja sewaktu melakonkan adegan ragut.. Dari situ mereka sering bertembung dan kebetulan mempunyai pertalian melalui anak-anak saudara yang kehilangan mak ayah.. Rizal seorang polis yang tegas dan masih bujang menerima wasiat dari arwah abangnya untuk menjaga 3 orang anak buah.. Bagaimana Rizal menangani anak-anak buahnya, melakukan penyiasatan dan juga memenangi hati Khai.. Kenalah baca ye tak..

Sha baca pada 09.09.2019 dan selesai pada 11.09.2019..

Pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia
Published 2011 by Fajar Pakeer

Wednesday, September 11, 2019

Filem Korea | The Tooth and the Nail (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Pembunuhan tanpa mayat.. Hanya cebisan jari sahaja yang dijumpai dan kesan darah di ruang bawah tanah.. Cerita disampaikan secara berselang seli antara imbas semula dan juga perbicaraan dimahkamah.. Suspek yang ditangkap diawal cerita dibicarakan.. Walaupun filem ini berselang seli antara masa kini dan imbas semula, Sha suka dia punya penamat.. Jangan sangka kita dah cukup bijak sebab manusia yang punya sebab akan jadi lebih bijak untuk memerangkap bila menggunakan otak.. Mangsa akhirnya menjadi pemangsa.. Pergh!!

Movie: The Tooth and the Nail
Also Known As: Iwa Sontob , seok-joo-jeo-taek sal-in-sa-geon , 이와 손톱
Directors: Kim Hwi
Genres: Thriller, Drama, Investigation
Country: South Korea
Release Date: May 9, 2017
Duration: 1 hr. 49 min.
Set in the 1940's. When his fiance Ha Yeon dies in a fall, magician Suk Jin soon realizes her death was not a suicide, but a murder. Because she seemed to have a secret, Suk Jin seeks out the truth and so he meets Do Jin.

Shopee 9.9 | Susu Formula Dutch Lady 456 (Biasa)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Shopee tengah buat sale gila-gila sekarang ini.. Kebetulan susu Imani dah nak habis stock, Sha pun surveylah dekat Shopee.. Mudah sebab tak keluar duit minyak.. Pilih, bayar dan susu pun sampai dekat rumah.. hehehe.. sangat mudah.. Free postage pula tu.. Kali kedua Sha beli susu Imani secara online.. Harga kat kedai semua RM20 ke atas..

Kemain kotak dia.. hehehe..

3 peket susu 900g dan sepeket wet tisu (free gift)..

Harga untuk 6 peket tu RM60 dan pos percuma..

Wordless Wednesday #83


Tuesday, September 10, 2019

Hari ke 7 Cuci Luka Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila menggunakan pembalut kalis air dekat luka Amani, ada satu jenama itu menyebabkan Amani elergi.. Habis naik ruam dan kulit Amani jadi merah.. Gatal pula tu.. Masalahnya Amani tak cakap gatal, kalau dia cakap awal, boleh Sha buka dan ganti pembalut lain.. Adoilah.. Misi kata kulit Amani tak tahan dengan pembalut luka tu.. Sha terus stopkan tapi kesan alergi tu tak mudah untuk hilang.. Hurm.. Sudahnya suruh misi tampal guna pembalut biasa je.. Sha kena tukarlah tiap kali basah.. misi bagi Lotion Calamine untuk sapu dekat tempat yang naik ruam.. Dan Alhamdulillah.. Hari ini las Amani pergi buat dressing.. Luka Amani dah okay dah Misi kata.. Baik dengan cantik.. Cuma jangan bagi basah je..


Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »