Saturday, September 7, 2019

Drama Korea | Hotel del Luna (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Emosi betul tengok drama ini.. Episod 1 je dah cukup mengharukan dada.. Bila tengok episod-episod seterusnya rasa macam sayang pula nak tengok sekali hadap.. Maka Sha layanlah 2 atau 3 episod sehari.. Lambat sikit habisnya.. Hehehe.. Cerita yang bergenre supernatural ini sangat menarik.. Sarat dengan macam-macam emosi..

Drama ini antara drama terbaik yang Sha tonton.. 1 jam lebih tu tak terasa langsung.. Lakonan terbaik oleh IU.. Lakonan beliau sentiasa memberi impak yang luar biasa.. Walaupun drama ini hanyalah fantasi tapi setiap episod memberi positif vibes.. Ada kebaikan yang boleh diambil buat kita yang menonton.. Hotel yang digambarkan dalam drama ini sangat cantik.. Setiap pakaian yang ditampilkan IU juga sangat bertepatan dengan emosi watak.. 

Cerita mengenai seorang lelaki dan seorang perempuan yang pernah bertemu lama dahulu dan bertemu semula di kehidupan sekarang.. Seorang perempuan yang rohnya terikat di sebatang pokok dan terpaksa menguruskan hotel untuk roh sebelum transit ke alam lain.. Seorang lelaki yang membesar dengan hati yang baik dan diikat dengan janji si ayah untuk berkerja di hotel Del Luna.. Pertemuan pertama mereka kelakar.. Dari tak suka kepada suka dan bersama namun akhirnya terpaksa melepaskan.. Tak mudah tapi setiap kita akan melaluinya.. Kenangan bersama itu yang patut dihargai.. Hidup dan hargai semuanya di masa sekarang, namun masa lalu sentiasa diingatan.. Hidup ini sentiasa kena memilih dan lalui pilihan yang telah kita buat..

Drama: Hotel del Luna
Native Title: 호텔 델루나
Also Known As: Hotel Delluna
Directors: Oh Choong Hwan
Screenwriters: Hong Jung Eun, Hong Mi Ran
Genres: Action, Suspense, Mystery, Horror, Comedy, Romance, Drama, Fantasy, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Jul 13, 2019 - Sep 1, 2019
Aired On: Saturday, Sunday
Network: tvN
Duration: 1 hr. 20 min.
Sinopsis: Jang Man Wol is the CEO of Hotel del Luna. The hotel is situated in downtown in Seoul and has a very old appearance. She made a big error many years ago and, because of this, she has been stuck at Hotel del Luna. She is beautiful, but she is fickle, suspicious and greedy.

Goo Chan Sung worked as the youngest assistant manager ever at a multinational hotel corporation. He is a sincere perfectionist. He looks level-headed, but he actually has a soft disposition. Due to an unexpected case, he begins to work as a manager at Hotel del Luna. The hotel's clientele consists of ghosts. (Source: AsianWiki)

14 comments:

  1. uish daebak, cepatnya habis..hehe

    drama ni memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tunggu nak tengok drama ni dari mula nampak teaser dia.. Berkenan sangat tengok IU tu berlakon..

      Delete
    2. saya ada 3 episode lg nak habiskan tapi boleh pula start tengok drama lain.. rasa sayang pula nak habiskan hotel del luna ni..haha

      Delete
  2. Ohh dah hbis dah ke cerita ni? Boleh la layan. Ain tak bekenan sgt kalau nak follow cerita yg on going ni sbb malas nk tggu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.. memang tunggu habis tayang dulu baru tengok.. tak suka tunggu tiap2 minggu.. hehehe..

      Delete
  3. Try tengok jg, opening ok menarik, tapi entah bila masuk zmn moden, rasa mcm boring sikit..

    Ramai yg kata drama ni best..hotel tu mmg sangat cantik..

    ReplyDelete
  4. Nak kena tengoklah drama ni. Tapi, entah bilalah nak menontonya. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. Teringin plak mama nak tgk bila baca sinopsis

    ReplyDelete
  6. kat twitter beberapa hari trending drama ni... lbh2 lg last episod sbb kim so hyun buat cameo....so diorg predict ada HDL 2 dan heronya mungkin KSH hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm.. kalau sha lebih suka setakat ini je drama ini.. hehehe

      Delete
  7. Akak dari hari tu nak tengok sebab baca review best2...masuk senarai tontonan ni :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com