Shoplinks.Asia

Monday, April 30, 2012

Sharing is caring : Mahabbah

Assalamualaikum...

Hari ini tetibe teringin nak berkongsi pasal perkataan Mahabbah ini... Sebenarnya dah lama nak cari maksud Mahabbah ni tapi asyik terlupa je.. ini semua gara-gara tajuk drama bersiri di TV9 : Mahabbah Delaila lakonan Abby Abadi.. Hati selalu tertanya-tanya apa agaknya maksud Mahabbah ini.. Maka pencarian pun bermula...

Mahabbah = Cinta
Mahabbah = Kasih Sayang

Mawaddah, Mahabbah waRahmah

ye kengkawan... Mahabbah itu adalah perasaan kasih sayang atau cinta.. kita semua tahu cinta yang utama adalah pada Allah S.W.T... kemudian kepada Nabi Muhammad SAW... selepas itu kepada kedua orang tua kita... yang telah melahirkan dan membesarkan kita..

Kemudian kita berkasih sayang dengan lawan jantina kita.. lelaki kepada perempuan dan perempuan kepada lelaki... Dari sini kita mengembangkan zuriat.. Melahirkan dan membesarkan mereka... begitulah seterusnya...

selamat berkasih sayang... Sayanglah seikhlas hati kerana dengan keikhlasan pasti akan memberikan kebahagiaan...

Sunday, April 29, 2012

Info : Sawi Bunga

Ini adalah sayur feveret teman... masak tumis pun sodap... masak sup pun sodap... sekadar nak berkongsi info dan cerita mengenai sayur ini...

Nama Saintifik: Brassica chinensis var. oleifere
Nama Inggeris: Choy Sum

Sawi bunga atau Choy Sum adalah sayuran hijau dari Asia dan berhubung kait dengan keluarga tumbuhan Pak Choy. Dedaun hijaunya lembut dan berair. Jika dibiarkan matang, bunga-bunga bewarna kuning akan tumbuh dan tumbuhan ini menjadi lebih manis dan berair.
Keseluruhan tumbuhan ini boleh dimakan. Pucuk bunga dan daun muda digunakan dalam salad, digoreng, direbus sedikit, atau distim sebelum dicampur ke masakan. Rasanya boleh dikatakan di antara rasa bayam dan kubis.
Sawi Bunga sangat berkhasiat dan dikatakan tinggi dengan kalsium.

 

Credit to : http://www.tanamsendiri.com/2011/08/gambar-hari-ini-sawi-bunga.html
                http://www.trymasak.my/lihat-glossari.php?GID=TM-78fe31b08ec52dde1d918c7e4b4d327d

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger