Biji Bunga Teratai - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, February 6, 2018

Biji Bunga Teratai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru pertama kali tengok secara langsung Bunga Teratai.. Sha memang tahu boleh dimakan cuma tak pernah beli dan cuba.. Bila Abah bawa balik dan bagi Sha.. Memang terus cubalah kan.. Makanan esoktik.. Hehehe.. Rasa dia macam kacang cuma kelat sedikit..

 
Bunga teratai..

 
Biji-biji yang telah dikopek keluar..

 
Bila kopek kulit biji teratai tu isinya berwarna putih.. Rasanya macam kacang tapi kelat..

 
 Bila biji terbelah ada biji kecil didalamnya berwarna hijau.. Sila jangan makan.. Yang bahagian hijau tu kena buang ye..

Khasiat Biji Teratai (Sumber di SINI)

Pokok herba aquatik ini tumbuh di dalam air dan menghasilkan rizom yang berkhasiat untuk kesihatan. Manakala bunganya pula menghasilkan biji yang boleh dimakan mentah.

Dalam perubatan tradisional Cina, biji teratai dikatakan dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai diminum untuk merawat cirit birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkat selera makan.

Dipercayai biji teratai mengandungi enzim anti penuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk anti-penuaan untuk kosmetik masa kini.

Sup Ayam Biji Teratai

Bahan-bahan:
1) 80g biji teratai
2) 1/2 ekor ayam kampung bahagian dada
3) 50g mentega
4) 1/4 tsp serbuk kasar lada hitam
5) 2~3 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air (lebihkan kalau suka pekat)
6) 50g daun bawang dihiris
7) 4 1/2 cawan air
8) Garam secukup rasa

Cara memasak:
1) Biji teratai direndam semalaman dan direbus sehingga masak dan lembut. (Mengambil masa agak lama untuk lembutkan biji teratai)
2) Ayam direbus dengan 4 1/2 cawan air sehingga mendidih dan kemudian reneh sehingga masak. Bila sejuk daging ayam dicarik-carik
3) Masukkan biji teratai dan daging ayam ke dalam air rebusan ayam. Masak di atas api kecil. Reneh selama 20 minit
4) Masukkan mentega, lada hitam dan tepung gandum. Kacau sehingga rata
5) Mendidih padam api. Masukkan daun bawang.

38 comments:

  1. Salam sis, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha

    Biji teratai orang cina memang suka makan kan sis sha. nak bagi sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ibu.. semoga kembali sihat ye.. Yup, orang cina suka dengan biji teratai ini..

      Delete
  2. nieyl pun first time tgk ni rupa bunga teratai....

    ReplyDelete
  3. bunga teratai pernah lah tengok. Wah banyak khasiat biji teratai ne

    ReplyDelete
  4. salam ziarah & follow sini..1st time baru tau yg ni boleh makan... hihih

    ReplyDelete
  5. first time tengok biji bunga terantai..

    ReplyDelete
  6. best nya dapat rasa makanan yang rare macam nih kan sha. Tq sharing :)

    ReplyDelete
  7. banyak jugak khasiat biji teratai ni..thanks for the info, Sha

    ReplyDelete
  8. Selalu tengok yang dah siap dimasak/digoreng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha tak pernah tengok yang di masak lagi..

      Delete
  9. First time tahu benda alah ni boleh makan... Hahahahaa

    ReplyDelete
  10. baru 1st time biji bunga teratai dari bunga dikeluarkan
    hehe
    thanks for this entry

    ReplyDelete
  11. tak gatal ke bunga teratai ni? boleh makan eh? first time tengok

    ReplyDelete
  12. dari dulu nak makan biji bunga teratai ni sebab diorang kata sedap macam kacang tapi tak pernah sampai rezeki yang satu ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah akak cakap, kena pergi pasar pagi dekat kawasan kampun or pasar yang ada orang lama meniaga.. mesti ada jual.. kadang diorang jual yang dah siap kopek..

      Delete
  13. dulu misskepeng ada baca komik yang menyatakan biji teratai ni boleh dimakan.. tak tahu pulak betul2 boleh dimakan.. hihihi..

    ReplyDelete
  14. gitu.. info baru ni.
    thanks for sharing kak sha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..