Ruler : Master of The Mask - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, February 1, 2018

Ruler : Master of The Mask

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Lama betul tak layan K-Drama.. Disebabkan mood membaca agak blur, kita layan hero comel ini dulu.. OST dia pun best.. Boleh klik SINI untuk dengar.. Cerita ini main 1/2 jam setiap episod, jadinya banyak la pula episod dia.. Selalu tu satu jam kan.. Jenuh nak memghabiskan sampai ke episod akhir.. Dah la setiap episod beri debaran yang dasyat.. Memang bergegar jantung dibuatnya..
Adoilah cerita ini.. Memang buat sakit jiwa.. Penjahat kemain lagi.. Tu belum heroin yang asyik bikin slack.. Adoilah.. Rasa terseksa nak sampai episod akhir.. Waaa.. Cuma masa episod 9 tu macam lost sikit.. Ke Sha yang salah epiaod.. Entahlah.. Tapi still maintain tengok.. Sebab boleh ikut lah apa yang berlaku.. 

Drama ini mengenai raja yang menjadi boneka pada satu mamat tak guna ini (Dae Mok).. Bila raja ini dapat anak, dia taknaklah anak dia ini jadi boneka juga.. Dae Mok tu pun racunlah anak raja ini.. Raja terpaksa serahkan hak air kepada Dae Mok demi menyelamatkan anak dia dan pakaikan topeng kononnya anak dia sakit akibat racun tu.. Raja juga cari pengganti anak dia tapi malangnya rancangan tu gagal sehingga menyebabkan raja terbunuh.. Anak raja pun nyaris mati tapi cucu Dae Mok berjaya selamatkan.. Maka dapatlah Dae Mok menguasai pengganti raja.. Jadilah raja boneka.. Manakala anak raja yang sebenar hidup di jalanan..

Sha suka cerita ini satu sebab pelakon dia.. Second sebab cerita ini cerita lama.. Zaman Joeson.. Baju dia cantik-cantik.. Perempuan yang second lead pun tak nampak terlalu jahat.. Siap rasa keaian lagi dekat watak perempuan yang second lead tu.. Memang dia sayang habislah dengan putera raja tu.. Memang menariklah.. Suka cerita yang ada kelainan.. 



6 comments:

  1. Dah habis juga tengok cerita nih, terpegun tengok Hwangja yang sangat bijak dalam cerita ni. Dan ada byk pengajaran yang boleh kita gunapakai dalam kehidupan sekarang :)

    ReplyDelete
  2. lama tak layan saeguk drama ni sebab selalunya ending dia tak best..huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..