Monday, February 19, 2018

Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Assalamualaikum..
hye semua..

Produk yang ini memang kesukaan Sha untuk sentiasa ada, sama ada di rumah, dalam tas tangan mahupun di dalam kereta.. Pelbagai jenis yang Sha guna bermula dari ada baby sehinggalah anak Sha dah besar.. Tisu lembap ini memang satu keperluan yang wajib dan kena sentiasa ada walaupun anak-anak dah besar..

Kini jenama AIKEN mengeluarkan tisu lembap antibakteria dengan dua kegunaan iaitu perlindungan ekstra dan pelembapan ekstra.. Memang menjadi kesukaan Sha lah.. Tambahan pula warna bungkusan tisu tu menawan.. Hijau dan Oren.. Saiznya pun mudah untuk diselit dalam beg tangan.. Tisu lembap ini boleh dipelbagai gunakan.. Tu yang Sha suka.. Bila ada extra perlindungan lagilah bagus, ye tak..

 
BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

 
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

 
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara..

7 comments:

  1. Tak pernah lagi try tisu basah Aiken. Selalu guna yang biasa dari Guardian saja. Sebab tak la selalu beli tisu basah. Tapi ada nampak jenama Aiken ni. Tak terdetik lagi nak beli. Thankyou for sharing kak :)

    http://ikashoid.blogspot.com/2018/02/book-review-projek-seram-hotel.html

    ReplyDelete
  2. wet tisu ni mmg wajib bawak ke mana-mana kan. lagi2 kalau ada budak kecik.

    ReplyDelete
  3. samala...sy pon wet tisue ni mesti ada dlm beg...kadang2 kat luar panas muka berpeluh pun lap pakai wet tisue...

    ReplyDelete
  4. bagusnya aiken dah ada wet tissue sebab memang suka sangat guna wet tissue ni. Lepasni boleh la try :D

    ReplyDelete
  5. sabun mandi aiken ni memang wangi
    plus tisu ni bagus untuk sanitze
    mcm mek yg ada ank kecik ni memang benda ni agk penting dan must have dalam beg

    ReplyDelete
  6. cikyan xpnah lg try ni..lepas ni boleh la cuba kan..mcm best je ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com