Shoplinks.Asia

Thursday, July 27, 2017

Opie dan Jaja oleh Bophairy, Nazri M. Annuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah baca komik..
Relakskan minda..

Komik Opie dan Jaja  oleh Bophairy, Nazri M. Annuar ini seronok tau..
Walaupun ianya komik namun penuh tauladan..

Kisah dua beradik iaitu Opie dan Jaja..
Mereka ini selalu bergaduh, bersain tapi kemudiannya berbaik..
Macam-macam keletah mereka..
Seronok membacanya..

Sha baca dan selesai pada 26.07.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia

Lazada : Barang Sampai #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini barang sampai tanpa notifikasi dari Lazada..
selalu itu dapat tracking nombor dulu..
Tapi kali ini, tau-tau je barang sampai..

Dua lagi barang yang Sha pesan di Lazada dah sampai..
Satu mainan untuk Imani..
Satu lagi baju baru untuk telefon bimbit Sha..

Barang-barang ini sampai pada 26.07.2017..

Mainan untuk Imani..
Tunggu Imani buka baru Sha share kat entry lain ye..

Casing baru.. Sha suka sebab boleh selet duit..
Tak yah bawa wallet bila nak gi kantin atau ke mana-mana..

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom joint
Tamat 5 ogos 2017

GA : Jom Menang Barangan Lazada Bernilai RM20 by S.K

Assalamualaikum..
hye semua..

Jomlah ramai-ramai GA yang ohsem ini..


Nampak tak.. Sha dan Buku Berpisah tiada..
Hehehe.. Lebih Sha tambah sendiri..
Yang penting dapat buku ini..

Goodreads - 2017 Reading Challenge #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom menari joget-joget.. Hehehe..
Teruja pula rasanya..
Sha punya misi membaca dah semakin ke penghujung..
Bulan Julai dan Sha dan membaca 140 buah buku..
Sukses.. Nanti sha tambah lagi kot..
Korang membaca?? Sehelai pun membaca juga tau..
Teruskan usaha.. Jangan mengalah..
Anda pasti berjaya...

Update kali terakhir pada 26.07.2017

Teknik Bercakap & Memeluk Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa tips ini dalam group WhatsApp..
Semoga bermanfaat pada rakan-rakan ye..

Teknik Bercakap & Memeluk Anak
Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)


1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki
Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula 'memandang ke tengah antara kening' tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?

Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras 'telinga kirinya'. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata2 perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang2 kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.


2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. K.Rehan tepuk dan gosok2an di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila2. Best kan..bila tahu tekniknya ni

Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok2lah beberapa saat. Bagi lah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak2 pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama2 kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)

#RehanSidik
#MendidikGenerasiAlQuran
#AnnurRaudhahPublication
#TadikaPermataRaudhah

Wednesday, July 26, 2017

Bukan Isteri Simpanan oleh Mia Kiff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik baca novel seram je..
Malam-malam rasa macam diganggu lak.. Kikiki..
Jadinya kita layan novel cinta pula..
Tak adalah cinta yang sweet-sweet..
Tapi menarik pada Sha..
Sebab membawa isu yang agak berat..

Berkahwin tapi tak macam berkahwin..
Apa sebenarnya yang dimahukan sang suami..?
Meresahkan hati sang isteri bila layanannya lebih kepada roomate..
Bila perkahwinan sekadar menutup perangai suami yang luar tabii,
Memang runtuhlah akhirnya perkahwinan tersebut..

Konflik yang diberikan terlalu berselirat dan agak kelam kabut..
Perkahwinan yang pelik.. Bercerai..
Kemudian berkahwin dengan adik.. Bercerai..
Lepas tu kahwin balik dengan abangnya..
Adoilah.. Pening kepala Sha..

Ada satu persoalan dalam novel ini yang Sha musykil..
Bila Dania bercerai dengan Afif (talak tiga), dia mengandung..
Lepastu Khaliff kahwin dengan Dania.. Sah ke ek perkahwinan tu..
Padahal belum habis tempoh edah lagi.. Confuse Sha sekejap..

Start baca pada 25.07.2017 dan selesai baca pada 26.07.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia

Menang Saya Nak Duit Raya By Opzzpinky

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah.. Menang duit raya dari Opzzpinky..
Tapi rupanya tak add FB beliau..
Sedih rasa hati, sebab tak cukup syarat..
Rasa macam dah complete kan semua syarat..
Sha sedih.. Tapikan..
Beliau still accept kemenangan Sha..
Terima kasih sangat pada Blogger Sharina Elyana.
Jom semak kemenangan korang di sini.

No bertuah Sha ialah 24.

Alexa Ranking #8

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wargh!! Sedihnya..
Disebabkan lama tak check, ranking dekat Alexa jatuh..
Lupa la nak check.. huhuhu
Kena rajin check baru dia menaik..





Wordless Wednesday #62


Tuesday, July 25, 2017

Contest : Review Novel oleh Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint contest..
Bukan susah pun..
Cuma perlu baca Novel oleh Ebriza Aminnudin dan review di Goodreads..
Sha sudah.. Anda bila lagi..

Sampai 31 Ogos 2017..
Sempat lagi nak joint ini..

Review Sha di Goodreads..

Lazada : Barang Sampai

Assalamualaikum..
Hye semua..


Yeah!! Yeah!!
Menari joget-joget..

Tiga barang sudah sampai.. Seronoknya..
Makinlah Sha suka bershopping di Lazada..

Barang apa yang sampai??
Barang ganti untuk kereta merah Sha dan Novel Trio..
Suka sangat sebab kondisi memang best..

 Sampai Awal tu..
Order pada 20.07.2017..
Sampai pada 22.07.2017..

Barang dalam keadaan baik..
Berminat?? Klik SINI dan SINI.

Yang ini pula sampai pada 24.07.2017..

Buku dalam keadaan berbalut dan cantik..
Memang berbaloi-baloi..
Berminat? Klik SINI.

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Assalamualaikum..
hye semua..


Hadiah lumayan tau.. Hadiahnya coklat..

Buat penggemar coklat macam Sha, memang tak akan lepaskan peluang..
Adalah rezeki hendaknya.. Aamiin..

Giveaway ini berlangsung bermula 25 Julai - 15 Ogos 2017
Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad), Insya'Allah.
3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.
Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys.

Makkali oleh Phakinai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meremang bulu roma...
Memang agak mengerikan baca novel ini..
Walaupun hanya novel tapi kengeriannya seolah-olah sedang melihat kejadian sebenarnya berlaku..
Setelah agak lama memiliki buku ini..
Baru ini Sha berani membaca..

Memang seriouslly seram..
Novel ini telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu..
Jadinya bolehlah membaca..
Kalau dalam bahasa Thai mau Sha pitam.. kikiki..

Ceritanya mengenai lagenda Makkali yang menyerupai bentuk perempuan..
Kalau ikutkan ianya buahlah sebab keluar dari sebatang pokok tapi karekternya yang memakan organ dalaman haiwan mahupun manusia membuatkannya seperti haiwan..
Riwayatnya hanya 7 hari tapi bila bersetubuh dengan manusia akan mengeluarkan anak ataupun makhluk pemangsa yang kejam..

Okay... Seram tak???
Seram kan... Selamat membaca..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2017..

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my.

Assalamualaikum..
hye semua..
16 Julai 2017 hingga 16 Ogos 2017 (pukul 8 malam)

Monday, July 24, 2017

Jazbaa (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Hindi yang sangat menarik..
Lakonan ohsem dari Aishwarya Rai..
Suka sangat tengok kekuatan seorang ibu dalam menyelamatkan anak yang diculik..
Tajuk cerita pun dah menggambarkan ceritanya..
Jazbaa (translation: Passion or Emotion)

Kalau tengok cerita ini memang tak sangkalah siapa penculiknya..
Bila dah hujung-hujung memang terkejutlah..
Tapi ialah.. Kalau anak kena bunuh, seorang mak akan lakukan apa sahaja..
Termasuklah mempergunakan perasaan perempuan yang bergelar mak..
Penuh debaran betul filem ini..

Dua perjuangan oleh perempuan yang bergelar mak..
Kasih sayang mampu membuatkan manusia menjadi kuat..
Cerita yang ohsem..

Sumber : Google Image

Beautilicious Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017

JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Marina oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang dibawakan kali ini adalah lebih details mengenai Marina..
Marina yang bersahabat dengan Jamaliah..
Namun ketika kehidupannya semakin pulih..
Marina menerima gangguan lagi..
Adakah Jamaliah kembali mengganggu?
Siapa pula Wati yang muncul dan bermain dengan Mylin?

Bagaimanakah Marina menghadapi semua gangguan itu..
Berjayakah pengorbanan Marina menyelamatkan Mylin dan Shikin??

Ceritanya seram tapi penuh kesedihan..
Sha baca dan selesai pada 23.07.2017..

Origina Dairy : Susu Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa susu kurma jenama lain..
Packaging dia dalam plastik..
Keluaran bumiputera..
Sha jatuh cinta dengan rasanya..
Harga pun berpatutan.. RM3 je..
Pada tekak sha rasanya sedang elok je..
Tak manis dan serasi sekali..
Cumanya nak beli tu agak payah sikit..

Boleh tengok kat Instagram @origina_drinks..


Roommate oleh Khaidir Helmi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini dah lama berlegar-legar di Facebook..
Dipromosikan penulisnya..
Namun kekangan bajet dan juga list novel yang panjang membuatkan Sha hold dulu pembeliannya..
Tapi rezeki didepan mata..
Masa mencari kamus bergambar dan buku latihan untuk Amani dan Imani, Sha terjumpa Novel ini..
Tinggal sebuah dan ada diskaun..
Teruslah beli tanpa fikir panjang..

Novel ini memang menarik..
Macam baca novel Dari Tanah ke Tanah..
Cuma yang ini ada keseramannya..
Penuh mainan psikologi dan gangguan keseraman..
Bila dah nak hujung baru tahu keseluruhan cerita..

Memang perkara yang dibangkitkan dalam novel ini sedang berlaku pada masyarakat kita..
Kesannya pada mangsa..
Bukan sahaja dari segi emosi tapi fizikalnya..
Memang memberi impak..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2017

Sunday, July 23, 2017

Beg Dari SG Shop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari itu Sha ber OOTD dengan beg Pink..
Kali ini dengan beg maroon pula..
Nak buat macam mana..
Pink,  Merah, Maroon &  Hitam memang warna kesukaan..
Sila jangan muntah hijau ye..
Sha tak pandai sangat nak ber OOTD..
Yang dengan beg Maroon ini masa pergi Rumah Terbuka MSU..

Beg Pink ini memang Sha puas hatilah..
Walaupun material dia nipis, tapi compartment dia banyak..
Boleh main sorok-sorok barang..
Muat novel dalam ini.. Tu yang syok..
Boleh dipakai secara silang ataupun sangkut je..

Beg yang ini pula, besar..
Macam-macam boleh muat..
Yang best kalau jalan jauh, boleh bubuh telekung terus dalam ini.. So tak yah bawa banyak beg..

Ber OOTD..
Maaflah.. Tak pandai sangat..
Baru nak cuba-cuba..

Jemputan ke Jamuan Raya MSU

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Tahun ini dapat lagi jemputan ke Rumah Terbuka MSU..
Memang bestlah..
Terus booking bas dan blok jadual kerja encik suami..
Pergi dengan pelajar Kelab Sahabat Perpustakaan..
Bos pun ikut sama..

Kami gerak dari Politeknik jam 2.45petang..
Tak semua staf pergi..
Yang bertugas di kaunter kena tinggal..
Sebabnya Perpustakaan tak boleh tutup masa kuliah sudah bermula..

Pergi awal ini, baliknya pun awallah..
Bukan apa..
Kami-kami yang ada anak ini, memang nak balik awal je..
Tapi biasalah.. Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan..
Sampai memang awal.. Majlis baru bermula..
So tempat pun senang je dapat..
Makan pun tak payah nak beratur sangat..
Macam-macam stall ada..

Dalam 6.30 petang kami dah gerak meninggalkan Dewan MSU..
Tapi disebabkan perjalanan jauh lagi, maka singgah sekejap dekat R&R Elmina untuk solat..
Masa inilah peristiwa yang tak terduga terjadi..
Enjin bas mati dan tak boleh dihidupkan..
Nak tak nak, kenalah tunggu bas ganti datang..
Dekat pukul 9 lebih baru bas ganti sampai..
Pemandu bas yang sorang lagi tak ikut balik, dia tunggu dekat bas yang rosak sebab pomen kenderaan on the wat juga..
Kami je balik dengan bas yang baru datang..
Sampai Politeknik dalam jam 11 malam macam itu..

Jemputan dari MSU..

My friend dekat MSU..
Bersama pelajar Kelab Sahabat yang paling rajin..
Yang last tu takkan lah korang tak kenal..
Tak minat pun tapi saja nak bergambar.. Wak Doyok in the house you all.. 😂😂

Antara makanan yang sempat di fotokan..
Rojak buah, buah potong dan kuih sampan..
Kambing bakar.. Sos dia sedap..
Sate daging dan ayam..
Lemang bersama serunding daging dan ayam..
Spegheti, got dog dan wedges.. Spegheti dia memang best..

Puas makan.. Kita bergambar pula..

Cucur Bawang & 'Cupcake' oleh Hasrudi Jawawi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sambungan daripada novel Cucur Bawang &  Kopi 'O'..
Masih lagi berkisarkan kisah Iskandar dan Diana yang terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka..
Kali ini daripada papa dan adik-adik tiri Iskandar..

Perkahwinan yang bermula dengan rahsia memang akan sentiasa bermasalah..
Sebab itu dalam Islam disuruh menghebohkan perkahwinan..
Demi mengelakkan fitnah dan masalah..
Tak pasal-pasal rumahtangga Diana dan Iskandar menjadi huru-hara..

Selain masalah merahsiakan perkahwinan, penulis juga menimbulkan persoalan mengenai manusia yang hipokrit dan berbangga diri..
Buku ini ada pengajaran buat yang membaca..
Ambil teladan dan pengajaran didalamnya..

Sha ambil masa yang lama untuk habiskan novel ini sebab watak lelaki bernama Iskandar itu..
Serius geram gila dengan perangai ego dan tak berfikir panjang dia.. 

Sha baca pada 18.07.2017 dan selesai pada 22.07.2017..

Weekand Bersama Anak-anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila mereka berdua.. Tetiba jadi bertiga.. Sabar jelah melihatnya.. Cantik pula susunan itu.. Imani yang punya kerja.. Selalu sangat dah dia buat cengginie.. Tapi selalu itu dia tidurkan bear tu.. Kali ini dia susun bertiga pula.. Cantik je.. Sambil tengok cerita kartun.. Alahai anak..

Saturday, July 22, 2017

Sharing is Caring : Keperluan Darjah 1

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha share ini berdasarkan pengalaman Sha..
Korang boleh sesuaikan ikut keperluan korang..
Tapi memang kena prepare duit siap-siap..
Sebab darjah satu banyak nak kena beli.. 
Tambah anak pertama.. Memang semua kena beli..
Anak-anak belum pandai lagikan..
Jadinya barang akan hilang.. Kotor..

Anak Sha perempuan dan bersekolah dua sesi.. 
Pagi Kebangsaan, petang sekolah agama.. 

Yuran Sekolah kebangsaan
Yuran Sekolah Agama

Beli di koperasi (biasanya sekolah akan bagi senarai barang ini dalam surat mengatakan anak kita dapat masuk darjah satu)
Baju sukan & seluar sukan (Sha beli dua pasang sebab seminggu dua kali Pendidikan Jasmani)
Tudung sekolah material lycra
Nama dan lencana sekolah
Buku tulis
Fail

Perkakasan lain (Kedai dua ringgit / mydin - beli yang murah atau beli secara borong)
  1. Kasut sekolah - 2 pasang (sha beli yang jenis sarung, mudah)
  2. Stocking - beli 6 pasang (sebab nak guna sekolah pagi dan petang)
  3. Kapur kasut
  4. Botol air
  5. Bekal makanan
  6. Pensil
  7. Pemadam
  8. Pembaris
  9. Pengasah pensil
  10. Pencil warna
  11. crayon.
  12. gunting
  13. Pembaris
  14. Gam  
  15. Pensil 2b (bagi masa nak exam sahaja)
  16. Beg sekolah (dua -  sekolah pagi &  sekolah petang)
  17. Legging atau seluar tight (pakai dalam kain sekolah) 
  18. Anak tudung (beli banyak -  kemungkinan hilang tu tinggi)
  19. Singlet beli 6 ke 8 helai..
  20. Baju sekolah belilah 6 helai
  21. Kain biru 3 helai, kain hijau 3 helai (beli extra pun tak apa.. Kemungkinan untuk koyak tu ada.. Hehehe.. )
Penting ; Kena ajar anak guna duit untuk membeli makanan.
Mak ayah kena tengok dekat kantin ada jual apa. Ajar anak beli apa yang sesuai.
Boleh ajar anak / pesan kat anak beli makanan apa supaya tak beli jajan (tapi kadang dia beli juga - kena pesan selalu)
Siap sedia : Waktu orientasi... Selalunya ada ujian diagnostik... Sesetengah sekolah ada buat ujian lisan juga... Tujuan untuk mengenal pasti penguasaan anak dalam membaca , menulis dan mengira. Ikut sekolah..Ada juga sekolah yang tak buat.. 

Sediakan duit  kecil/rm1 @ syiling untuk belanja sekolah..
Stiker nama anak untuk tampal kat buku.
Tak perlu tulis tangan dah. (sha jenuh tulis tangan.. Siap gilir dengan encik suami)
Pembalut buku, salotape dan gunting.. Untuk membalut buku teks dan buku kerja anak.. 
Barulah buku cantik dan berjaga..

Ini perkongsian Sha mengenai keperluan untuk masuk darjah 1..
Setiap orang berbeza pendapat dan juga pandangan..
Sebagai panduan bersama..
Kalau memang ada anak yang akan bersekolah darjah 1..
Ibu bapa memang perlu menabung awal...
Tambahan pula dengan ekonomi sekarang..

Friday, July 21, 2017

Aku Diikat Cinta 13 Jam oleh Nhia DD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sha terbaca..
Eh.. Macam menarik pula..
So teruslah baca..
Mula itu ingatkan novel fantasi..
Rupanya bukan..

Topik yang dikupas memang menarik..
Isu mengenai mak dan ayah yang mengabaikan anak..
Pilih kasih dan tidak mempercayai anak..
Hubungan abang dan adim yang keruh hingga sanggup memfitnah..
Sebenarnya hal ini berlaku..
Cuma masyarakat kita tak amik kisah.
Satu lagi hal perkahwinan..
Suka sangatlah nak main kontrak-kontrak..
Walhal kahwin tu tanggungjawab bukan mainan..
Kalau dah suka.. Cakap jelah suka..
Lepastu kepercayaan dalam hubungan suami isteri memang perlu..

Sha baca dan selesai pada 21.07.2017..

Shopping Voucher Lazada

Assalamualaikum..
Hye semua... 

Alhamdulillah.. Rezeki menang voucher dari Lazada.. 
Sha dapat e-mail dari Lazada mengatakan Sha menang pada 10 Julai 2017..
Kod voucher lak dapat pada 19 Julai 2017..
Sebenarnya Sha dah pilih barang yang nak dibeli awal lagi..
Lepas tahu kemenangan lagi Sha dah survey siap-siap..
Letak dekat wishlist..
Tapi bila dapat voucher, tetibe rasa macam nak beli rak buku lagi..
Masalahnya.. Tak ada yang Sha berkenan..
Jadinya kita teruskan dengan wishlist sebelum ini..

Hari ini baru sempat nak membayar.. 
Tetap ada sebuah buku dalam bakul pembelian.. 
Nak buat macam mana.. 
Peminat tegar buku kan.. 

Barang-barang kat atas ini, 2 je Sha punya..
2 lagi untuk kereta merah kesayangan Sha..
2 lagi untuk anak-anak Sha..
Mainan wooden tu je ada caj penghantaran..
Selebihnya penghantaran percuma..

Program KaSTek'17

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Minggu ini (17-20.07.2017) ada aktiviti kat Politeknik tempat Sha kerja ini..
Ada pameran.. Aktiviti dengan pelajar sekolah..
Perasmian oleh Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Malaysia..
Dan macam-macam lagilah..
Perpustakaan cuma perlu kelihatan kemas, cantik dan menarik..
Sebab pagi Khamis (20.07.2017) ada perasmian bilik TECC di Perpustakaan.. 

 
Sempatlah jalan-jalan dalam dewan..
Jumpa pula pokok periuk kera pelbagai jenis..
Pameran oleh Jabatan Perhutanan..
Tapi periuk kera yang orang guna buat lemang, tak ada.. huhuhu..

 
Ada game dan pameran pasal robot..

AgroMas : Teh Tarik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan ada share dapat goodies beg dari FAMA.. Baca kat sini.. 

So hari ini, sha nak share pasal salah satu item yang sha dapat dalam goodies beg itu..
Teh Tarik (3 in 1 Premix Tea)..
Sedap rupanya.. Tak manis sangat..
Memang sedang elok je rasa dia..
Sha bukanlah peminat teh tarik..
Tapi rasa teh tarik dari AgroMas ini memang best..
Cukup rasa susu dan teh dia..
Memang terbaik..

Thursday, July 20, 2017

Goodies Beg FAMA

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Rabu (19.07.2017) encik suami bawa peserta kursus..
Alhamdulillah.. Rezeki buat Encik suami..
Dapat goodies beg dari FAMA..
Menarik juga goodies beg dia..
Ada 5 jenis barang keluaran AgroMas..
Air mineral, Biskut, Teh Tarik, Sos Pedas Berkicap & Cip Ubi Kayu..

 
Beg yang meriah dengan isinya..
 
 
 Alhamdulillah.. Rezeki..

 
Dua produk yang Sha memang teringin nak cuba..
Teh Tarik dan Sos Pedas Berkicap..

Pesan Abang - Sudirman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pernah dengar tak lagu ini?
Sha terdengar dekat Sinar..
Jenuh gak cari, sebab tak tahu tajukkan..
Mujur ada member share dekat telegram..

Lirik Pesan Abang - Sudirman

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

( korus )
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

( ulang korus hingga akhir )

Sumber dari Lirikami : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-pesan-abang-sudirman.html#ixzz4nGIIGvVp

Pre-loved Novel #2 Update

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ini update terbaru buku yang Sha preloved kan..
Kalau ada yang berkenan, bolehlah whatsapp (0192673703) ataupun email (coklat.funky@gmail.com) Sha..
Tinggalkan komen di entry ini pun boleh juga.. 

 Cinta seorang Kekasih - RM10
Alahai, Mat Salih! - RM10 (booked)
Imam Mudaku Romantik - RM10
 Kasih Bersulam Cinta - RM10
Aku Bukan Mistress - RM10
Cintamu Nadiku - RM10
Bloody Hell - RM15
Ada Hantu? - RM10
Akulah Si Jelita - RM10
Dia Bukan Arissa - RM10
Tempur - RM15
Fasad - RM15
Lindungi Aku - RM15

Wednesday, July 19, 2017

#ootd Bersama Beg SG Shop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga ber #ootd dengan Beg Pink ini...
Tak pandai sangat nak bergambar..
Sajalah testing-testing..
Tapi, macam biasalah..
Ada je yang nak menyelit..

Ini dekat bangunan pentadbiran..
Buaian tu cantikkan..

Ini depat Perpustakaan..
Pokok bunga yang dekat kepala tu, baru je beli..
Hehehe.. Sambil-sambil tu, kita bergambarlah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI