Thursday, October 31, 2019

Filem United States | Maleficent: Mistress Of Evil (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kedua yang Sha tengok semalam..

Filem fantasi yang menarik dan ohsem.. Namun tak sesuai ditonton bersama anak-anak kecil.. Masa Sha tengok filem ini ada je yang bawa budak-budak kecil menonton sama..

Sha suka tengok busana dia.. Cantik-cantik.. Maleficent yang dituduh meletakkan sumpahan pada raja John semasa majlis makan malam antara dua keluarga terbang meninggalkan majlis namun ditembak dengan peluru besi yang mencederakan beliau sehingga jatuh menjunam ke dasar laut.. Namun Maleficent diselamatkan kaumnya.. Dari sini plot bergerak dengan lancar dan menarik.. Aksi, hubungan kekeluargaan dan sikap inginkan keharmonian sanagt menarik dipersembahkan.. Filem ini berpunca dari perasaan cemburu seorang perempuan yang kemudiannya menjadi dendam sehingga ingin memusnahkan kehidupan orang lain.. Betapa bahayanya cemburu seorang perempuan..

Filem United States | Terminator: Dark Fate (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini semalam.. Masa tayangan jam 10.30 pagi dan ini filem pertama yang kami layan.. Not bad tapi tak gempak sangatlah dari segi penceritaan..

Cerita ini cerita aksi dari mula hingga akhir dengan sedikit emosi.. Robot yang lebih ganas dan masa depan yang berbeza.. Heronya juga berbeza.. Kali ini dapat tengok hero lama beraksi kembali.. Ada Arnold Schwarzenegger dan Linda Hamilton sebagai Sarah Connor.. Musuh yang sama iaitu robot yang ingin menguasai dunia tapi berbeza syarikat.. Hero yang berbeza perlu diselamatkan.. Namun tetap berkisar tentang robot yang menakluki dunia..

Beli tiket melalui Aplikasi TGV, harga tiket couple seat hanya RM19 termasuk caj tempahan online.. Murah kan.. Hehehe.. Beli melalui aps ini dapat kumpul point.. Nanti points tu boleh tebus tiket wayang..

Wattpad | The Silent Killer: Permata oleh NurIzzahHani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan kepada Novel The Silent Killer oleh NurIzzahHani.. Boleh baca review Sha di SINI..

Novel ini tidaklah sepenuhnya sebab yang ini versi Wattpad.. Kalau versi novel lebih panjang dan ada kisah Furqan dan cinta hatinya..

Novel ini selepas Hani dan Irfan berkahwin.. Mereka punya 3 orang anak iaitu Furqan, Aqil dan juga Aqilah.. Furqan sering diketepikan kerana beliau anak sulung dan diletakkan tanggungjawab untuk menjaga mamanya dan adik-adik ketika Irfan keluar menjalankan tugas dan Hani melaksanakan kerja di syarikat travel.. Kerana sering diabaikan Furqan sering merasa rendah diri dan tak mampu meluahkan perasaannya dengan betul.. Masalah pembelajaran dan juga persekolahan tak dapat dikesan oleh Hani dan Irfan sehinggalah Cikgu Wan berjaya mengesan masalah sebenar Furqan.. Dari sini Furqan mula diberikan perhatian dan dibawa berjumpa dengan pakar psikologi kanak-kanak.. Barulah Hani dan Irfan peka tentang masalah Furqan..

Novel ini menceritakan tentang sikap dan perhatian ibu bapa kepada anak-anak.. Diselitkan dengan perangai gila-gila romatik Irfan terhadap Hani.. Menarik.. Teringin pula nak baca novel penuhnya.. hehehe..

Kalau berminat nak baca boleh klik link di bawah..
https://www.wattpad.com/story/93026010-tsk-permata

Bertemujanji Berdua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami keluar bertemujanji.. Lama tak dapat buat aktiviti berdua ini.. Lepas hantar anak sekolah, kami ke Gerai Seri Mawar untuk sarapan dulu sebelum gerak ke Rawang..

Breakfast kami.. Mee rebus dan kuih..
Ini alamat Gerai Seri Mawar tu.. 46, Kampung Baru B, Taman Seri Selat, 35900 Kerling, Selangor..
Lepas sarapan, kami terus gerak ke Aeon Rawang.. Disebabkan wayang mula pukul 10.30 pagi, kami lepak dulu di McD (boleh baca di SINI) untuk bincang plan percutian yang seterusnya bersama anak-anak dan MIL..

Lunch kami.. Satu set Mushroom Swiss King Extra Large Beef (large size) dikongsi berdua.. Kongsi sebab tak nak terlalu kenyang.. Cukup je makan berdua sebab burgernya size 5 inchi.. Memang puaslah.. Cendawan banyak.. Sos melimpah.. Puas hati..

Lepas makan dan solat, kami sambung tengok filem kedua yang mula pada 2.05 petang dan pukul 4.15 petang kami gerak balik.. Sampai Behrang kebih kurang jam 5.15 petang, ambil anak dan terus balik...

Wednesday, October 30, 2019

Shopping di Shopee #14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Niatnya nak beli lapik toilet duduk pakai buang, tapi bila nampak perkataan Free shipping for orders over RM9.00, terus jadi tak tentu arah.. Hahaha.. Sha beli sekali botol air dan pensil box untuk Amani dan juga Imani.. Hehehe.. Dari satu barang jadi 3 barang.. Gitulah belanjanya.. Bila dah bayar baru perasan pelapik tu beli 1 je.. Walhal kawan pejabat kirim juga nak beli, maka membeli lah lagi sekali.. Kali ini Sha guna akaun encik suami sebab diskaun tu sekali pembelian je.. hahaha.. Punya nak diskaun dan juga free postage tu.. Sabar jelah perangai tak boleh tengok diskaun tu.. hahaha.. Memang naya.. Mujurlah masih dalam perbelanjaan lagi.. Pesanan ini Sha buat pada 17.10.2019.. Barang dari China..


Harga satu pek RM1.10 (10pcs)..
Yang sha highlight tu yang penting.. hehehe.. Beli RM9 dapat free shipping..

Pembelian kedua yang sampai dahulu.. Buku nota tu ada bundle deal.. Beli 6 dapat 3% lagi diskaun.. Sha belikan untuk Amani.. Beli hari yang sama cuma yang ni bayar lambat sikit je.. Selamat sampai hari Sabtu (26.10.2019).. Sha bayar RM13.59 (diskaun rm2 dan free postage)..
 Ini pembelian pertama.. Sampai pada 29.10.2019.. Lambat beberapa hari kan.. Sha beli botol air pink tu 6 (bundle deal) 4 pensil case (bundle deal), 1 pensil case harga diskaun dan 1 lapik jamban pakai buang.. Sha bayar RM29.73 saja lepas tolak diskaun dan postage.. 

Santai di McDonald, Rawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sementara tunggu wayang start, kami lepak di McD dulu.. Mengunyah lagi sambil melihat tempat-tempat menarik untuk cuti sekolah Disember ini.. Order guna aplikasi McD je mudah dan murah.. Lepastu teringin nak cuba hotcake dengan aiskrim..

Beli guna McD Apps dengan harga RM5.50 (harga biasa RM8.77).. Kongsi berdua..

Dalam gambar.. Cantik dan menggoda sangat..

Realitinya.. Hehehe.. Harga dia RM5 (termasuk gov tax).. Walaupun tak cantik, tapi seriously sedap wei.. Untuk Sha lah.. Aiskrim dengan coklat tu dia bagi banyak.. Sedap makan dengan hotcakes tu.. Memang Sha repeatlah kalau datang McD.. Nanti nak cuba yang strawberry pula..

Masing-masing sibuk mencari tempat menarik untuk dilawati Disember ini.. Beginilah kami bila nak cuti.. Sebelum pergi, cari dulu tempat-tempat best.. Nanti tak adalah terpinga-pinga.. Gitu.. Lepas makan, kemas dan geraklah kami ke TGV..

Wordless Wednesday #85


Tuesday, October 29, 2019

Hujan Membasahi Bumi Behrang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini setiap hari mesti hujan.. Kalau kat tempat Sha ini hujan turun kadang waktu petang.. Kadang malam.. Kadang-kadang pagi.. Tapi memang setiap hari akan hujan.. Macam hari ini.. Hujan turun sebelah petang.. Sekejap je.. Dalam pukul 6 dah reda..

Gambar-gambar ini Sha ambil petang tadi.. Betapa cepat perubahan cuaca berlaku.. Mulanya cerah dengan matahari bersinar-sinar.. Tapi pukul 3.40 langit mula dihiasi awan kelabu.. Tak lama lepas tu guruh dan kilat mula sambar menyambar.. Di kejauhan masih ada sinar mentari mencerahi langit namun di tempat Sha awan kelabu yang sarat dengan air dah mula menumpahkan isinya.. Ini gambar yang Sha ambil sebelum hujan mula turun..

Awan hitam memenuhi langit di Behrang..

Sebelum hujan..

Selepas hujan.. Nun di kejauhan kabus mula menghiasi dada langit..

Animasi Bersiri Malaysia | BoBoiBoy Galaxy (2016-2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti Deepavali buat apa je..? Sha tak ke mana pun.. Duduk rumah dengan anak-anak je sambil layan animasi.. Seronok juga melayan BoBoiBoy Galaxy ini.. Animasi ini ada 24 episod dan setiap episod lebih kurang 25 minit.. Memang syok layan dengan Amani dan Imani.. Hehehe.. Sebab tak ada iklankan.. Kartun dia strait je.. Sesekali je ada iklan youtube keluar.. Kalau nak tengok boleh klik SINI, SINI dan SINI.. 


Cerita BoBoiBoy Galaxy fokus pada Sphera kuasa iaitu robot yang dibuat untuk memberikan kekuatan kepada pemiliknya.. Walau bagaimanapun, projek Sphera kuasa akhirnya dianggap berbahaya dan dibatalkan dan banyak Sphera Kuasa melarikan diri dan bersembunyi merentasi galaksi.. Sphera Kuasa menjadi dambaan ramai pihak.. Pelbagai makhluk asing telah cuba mencari dan menangkap Sphera Kuasa untuk kepentingan mereka sendiri.. Maka Boboiboy dan kawan-kawanya dilatih oleh Komander Kokochi untuk mencari dan menyelamatkan Sphera Kuasa..

Handsome betul Boboiboy bila dapat kuasa daun..

Gula-gula Mangga Pak Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal bulan aritu Sha ada pergi Penang kan.. Ada singgah dekat kedai Jeruk Pak Ali.. Masa tu lah Sha beli gula-gula ini.. Sedap wei.. Rasa mangga yang sangat menyerlah.. Ini gula-gula keras tau.. Bukan yang jenis lembut tu.. Selain mangga ada juga gula-gula buah salak.. Sebab tak berapa yakin, Sha tak beli yang itu.. hehehe.. Mangga ini memang yakin sedap punya.. Mangga kan.. Apa je yang dari mangga tak sedap.. hehehe.. Kalau korang ke kedai Jeruk Pak Ali, jangan lupa beli ye.. 


Monday, October 28, 2019

Novel | The Silent Killer oleh Nurizzahhani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membeli buku ini merupakan satu pilihan yang bijak Sha buat.. Cerita dua orang manusia yang tanpa sedar terjalin ikatan hati tanpa sengaja.. Bertemu dan berkenalan dengan cara yang unik dan menjadi sahabat akrab dengan cara yang luar biasa.. Membaca novel ini membuatkan Sha menghargai keamanan di Malaysia dan bersyukur dilahirkan dalam agama Islam..

Mesti pelikkan.. Tajuk bahasa Inggeris tapi impak yang diberikan selepas membaca novel ini memang luar biasa cuma Sha tak boleh nak bagi 5 bintang sebab kesalahan tatabahasa dan watak yang kalau diteliti dan diperbaiki pasti lebih memberi impak kepada pembaca.. Sha cadangkan untuk dibaca.. Sha beli buku ini pre love.. Pilihan kedua sebenarnya sebab nak cukupkan jumlah buku dan jimatkan postage.. Tapi memang bertuah..

Penulis berjaya menyelitkan betapa indahnya agama Islam dalam novel ini.. Bagaimana sepatutnya usaha tarbiah dijalankan dan jangan memandang rendah hanya kerana pemakaian seseorang itu.. Manusia ini dijadikan dengan pelbagai perangai dan juga pendirian.. Namun agama Islam dan kepercayaan kepada Allah berjaya menyatukan manusia tanpa mengira pangkat, perkerjaan atau keturunan.. Itulah yang cuba disampaikan penulis mengikut pemahaman Sha.. Dua watak utama dalam novel ini memang dicipta cantik dengan pelbagai kekurangan bukan kesempurnaan.. Puas hati Sha membacanya..

Sha baca pada 27.10.2019 dan selesai pada 28.10.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2018 by BesQ Publication (first published 2016)

Novel | Kaca Jendela Ainnur oleh Diya Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan yang tak dijangka.. Ketiga-tiga buku dari penulis ini berada depan mata Sha untuk dipinjam dan dibaca.. Memang rezeki.. Ini buku pertama dari penulis.. Tajuknya saja dah memikat dan menimbulkan tanda tanya..

Membaca novel ini memang berjaya membuatkan Sha menangis.. Sedih yang dirasakan oleh Ainnur dalam melalui kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu dan juga ayah.. Tinggal bersama ibu sendiri tak bermakna Ainnur disayangi.. Malah dirinya tak pernah wujud dalam kehidupan ibunya.. Yang menyayanginya hanyalah bapa tiri.. Sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang tak dijangka dan Ainnur mengambil keputusan membawa diri.. Bukan melarikan diri tapi mengikut kehendak si ibu yang tak pernah megakui dirinya anak.. 

Penulis memberikan impak yang besar pada Sha sebagai pembaca.. Meletakkan diri Sha pada kedudukan Ainnur memang menginsafkan.. Walau bagaimana pun ibu dan ayah kita, mereka tetap ibu dan ayah kita.. Apa sahaja yang berlaku hubungan darah tak akan putus.. Memaafkan dan mengakui kesilapan tak bermakna kita kalah sebaliknya merapatkan ukhwah..

Baca dan selesai pada 27.10.2019..

Sha pinjam Perpustakaan PSAS..
Published January 2011 by Jemari Seni

Sunday, October 27, 2019

Filem Korea | Bad Guys Always Die (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem lama ini.. Sha tengok sebab baca sinopsis dia macam kelakar je.. Filem ini gabungan China dan Korea.. Memang kelakarlah.. 4 lelaki China yang tengah bercuti cuba membantu seorang perempuan yang kemalangan tetapi terlibat dengan pembunuhan.. Memang kelakar bila perempuan tu sebenarnya dipergunakan dan lelaki-lelaki China itu membantu beliau.. Lelaki-lelaki China itu walaupun bernasib malang pada mulanya namun pada penghujung filem telah bertuah tanpa sengaja.. Cara orang jahat dia mati memang boleh buat korang gelak tak ingat.. Memang lucu dan sesuai sangat dengan tajuk filem ini.. Kalau nak relax dan bergelak ketawa sambil menonton aksi bolehlah tengok filem ini..

Movie: Bad Guys Always Die
Country: South Korea
Release Date: Feb 4, 2016
Duration: 1 hr. 50 min.
Also Known As: The Bad Man Must Die, Nappeun Nomeun Bandeushi Jukneunda
Genres: Action, Comedy
Four Chinese friends on a trip to Jeju Island stop to help an attractive young woman at the scene of a car accident, but that’s only the beginning of their troubles as their vacation turns into a crazy adventure.

Giveaway Lelaki Langit Bumi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mujurlah sempat joint Giveaway Lelaki Langit Bumi di Wattpad dan juga Instagram.. Semalam last day.. Asyik terlupa je.. Mujurlah petang semalam teringat.. Terus jawab soalan yang diberikan dan post di Wattpad dan juga Instagram.. Disebabkan giveaway ini jugalah Sha baru perasan boleh share quote yang kita suka dari Wattpad ke IG dengan backgound yang cantik.. Ohsemlah.. Jangan lupa klik Lelaki Langit Bumi untuk baca novelnya.. Novel yang sangat berbaloi korang luangkan masa dan baca.. Sha cadangkan untuk bacaan..

Untuk Watpadd
Soalan 1
Watak yang paling digemari dalam LLB? Mengapa?
Saya sangat menggemari watak Diha 'Afina.. Pada saya Diha seorang yang sangat kuat.. Sangat menjaga ikatan kekeluargaan, Tidak berputus asa, setia malah sentiasa berusaha.. Saat Diha berusaha meraih kasih sayang Ariyyan tanpa lelah dan bila Ariyyan merajuk kerana salah faham mereka, Diha berusaha sehabis baik untuk berbaik semula dengan Ariyyan.. Ini antara sebab kenapa Diha 'Afina akan sentiasa menjadi heroin hati Sha..

Soalan 2
Satu perkara baharu yang dipelajari melalui LLB
Membaca LLB, seolah-olah membaca novel yang dilengkapi petua dan pelbagai resepi.. LLB juga berjaya memberi impak dan membuat Sha berfikir hidup ini singkat, maka menghargai setiap insan yang ada di sisi itu sangat perlu..

Soalan 3
Pilih satu babak/bahagian/dialog yang paling anda suka atau telah memberi impak pada diri ketika baca LLB? Mengapa?
"Kangen pada insan yang telah sememangnya merupakan rasa yang paling perih. Sesakit manapun, mustahil rasa itu dapat kita hapuskan sama sekali. Tetapi, kita harus bertahan."
Dialog ini mengingatkan Sha pada rasa rindu yang tak akan pernah hilang untuk arwah abah.. Sangat memberi kesan dan menguatkan semangat Sha.. 

Soalan 4
Ada satu watak (yang buat penampilan istimewa dalam LLB) yang akan dijadikan watak utama untuk karya seterusnya. Cuba teka siapa? (Muncul 2-3 kali)
Sha teka Suci.. Ini je watak yang Sha rasa tak banyak muncul..
Untuk Instagram
1. Screenshot mana-mana babak/bahagian/dialog yang paling anda suka dalam LLB.
2. Muat naik ke akaun Instagram dan jelaskan mengapa suka babak/bahagian/dialog yang dipilih.
3. jangan lupa tag @girangfashli pada gambar letakkan juga tanda pagar #giveawaylelakilangitbumi #lelakilangitbumi

Ayat penuh dia - "Mati itu memang sesuatu yang pasti. Kau sangat-sangat bertuah, Marsha. Allah telah pilih agar kau dapat tahu bila masanya kau akan pergi. Bukankah kita harus sentiasa siap untuk meninggalkan dan ditinggalkan?"

Filem Korea | The Bad Guys: Reign of Chaos (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. yang ditunggu dah berjaya di tonton.. Sha memang follow filem ini sejak trailernya Sha tengok.. Sebab utama filem ini dari drama Bad Guys (2014) dan ada Ma Dong Seok.. Walaupun cerita ini agak ganas dari segi aksi berlawan namun ada a few babak kelakar yang boleh buat korang ketawa dan dalam masa yang sama enjoy babak perlawanan yang disajikan.. Filem kan jadinya tak logik tu silalah letak tepi.. 

Cerita dia pasal 3 orang banduan yang dikumpulkan oleh seorang polis lagenda untuk menangkap penjenayah berbahaya.. Tapi ahli kali ini hanya Park Woong Cheol (Ma Dong Seok) dan Oh Goo Tak (Kim Sang Joong) je ahli yang asal dari Bad Guys (2014).. Jung Tae Soo (Jo Dong Hyuk) tak nak joint mereka sebab dah bertenang di penjara dan Kang Yoo Mi (YoungYe Won) pula telah ditikam dan terlantar koma.. Maka terpaksalah Oh Goo Tak recruit ahli baru iaitu Go Yoo Sung (Jang Ki Yong) dan Kwak Noh Soon/Jesicca (Kim Ah Joong) untuk membantu mereka.. Memang seronoklah tonton filem ini.. Cukup rencah pada Sha..

Melangkah dengan penuh bergaya setelah mengalahkan penjahat..

Babak yang memang tak menahan nengoknya.. Boleh pula lepas serious berlawan ada babak kelakar.. 

Masa ini memang ohsemlah.. Park Woong Cheol muncul untuk membantu menyelamatkan mangsa wanita dari dibunuh.. Memang hero habislah kemunculan beliau..

Movie: The Bad Guys: Reign of Chaos
Country: South Korea
Release Date: Sep 11, 2019
Duration: 1 hr. 54 min.
Also Known As: Nappeun Nyeoseokdeul: Deo Moobi , Bad Guys: The Movie
Screenwriters: Han Jung Hoon
Directors: Son Yong Ho
Genres: Action, Thriller, Psychological, Crime
While transporting dangerous high-profile prisoners, a prisoner transport vehicle turns over. These prisoners escape and make a run for it. To catch these escaped prisoners, the police decide to regroup a special crime investigation team, which consists of prisoners like Park Woong Cheol, known to take out 30 people by himself; Kwak No Soon, who is a skilled con artist; Ko Yoo Sung, a former detective; and the legendary detective Oh Goo Tak.
(Source: CJ Entertainment)

Saturday, October 26, 2019

Drama Korea | Voice 3: City of Accomplices (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama Sha amik masa untuk tengok drama ini.. Gigihlah habiskan juga.. Sebab drama ini sangat gelap dan agak mengerikan.. Lebih tegang dengan watak Do Kang Woo / Kosuke yang blackout dan bertindak ganas.. Masa ini rasa macam boleh faham peperangan yang berlaku dalam diri Kang Woo.. Ingatan yang tak berapa lengkap dan emosi yang terpendam dan ingin keluar.. Tapi sokongan padu dari Na Hong Soo dan Kang Kwon Joo membantu untuk Kang woo kekal dalam kewarasan.. Tak ada romance dalam drama ini.. Banyak babak pembunuhan mengerikan.. Pembunuhnya agak scarylah juga sebab sangat disanjung tinggi masyarakat tapi mempunyai sisi gelap yang menakutkan.. Episod akhir ada sedikit babak yang macam nak bagi tahu ada lagi cerita tak habis.. Mungkin ada season 4 kot sebab Bang Je Soo tak mati lagi.. huhuhu..

Drama: Voice 3: City of Accomplices
Also Known As: Boiseu 3
Directors: Nam Ki Hoon
Screenwriters: Ma Jin Won
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Detective, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: May 11, 2019 - Jun 30, 2019
Aired On: Saturday, Sunday
Network: OCN
Duration: 60 min.
Sinopsis: The drama continues the events in Voice 2; following the lives of 112 emergency call center and dispatch team as they fight against an international evil cartel involved in the internet's dark web.

Shopping di Shopee #13

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membeli lagi.. Kali ini ganti power bank.. Power bank Sha ni dah kembung.. Dah tamat tempohnya.. hahaha.. Lama juga Sha guna power bank ini.. Kebetulan pengasuh anak sha pun nak beli power bank, maka bersama-samalah membeli.. Beli dua dapat extra diskaun.. hehehe.. Mencari diskaun je kerjanya.. Selagi boleh jimat, kita jimatlah kan.. Kali ini Sha beli brand Penang.. Beli produk yang tak ada review buruk langsung.. dengan harapan barang yang diterima okay.. 

Tengoklah dah kembang sampai nak tertanggal kulit hitam tu.. Baru je jadinya nie.. Bulan lepas..

Harga Sha beli RM106.76 (2pcs + postage) lepas diskaun, Sha bayar RM101.71 sahaja.. Power bank ini selamat sampai ke tangan pada 26.10.2019.. Itupun lepas jauh dia berjalan.. Sampai ke Terengganu..

Terdelete Pending Comment

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaf ye.. Sha betul-betul tak sengaja.. Kalau ada komen kawan-kawan yang tiada, itu sebab Sha tertekan delete.. huhuhu.. Ampunkan lah jari jemari Sha yang booolat ini.. Nak tekan Publish tapi tertekan delete.. Sedihnya..


Al Fateh Steak House, Hulu Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam semalam Sha ada gathering dengan pelajar dan juga rakan sekerja.. Sha pergi seorang.. Encik suami tolong jaga anak-anak.. hehehe.. Sesekalikan.. Kami berkumpul di Al Fateh Steak House.. 

Al Fateh Vision Steak House
25, Jalan Bahtera 1B, Taman Bahtera, 35900 Kerling, Selangor
013-441 2881

Salmon Steak RM20.90
Sedap.. Sangat sedap untuk tekak Sha.. Sos banjir yang sedap dimakan bukan saja dengan salmon tu tapi dengan fries juga.. Memang kenyanglah makan ini sepinggan..

Epal Asam Boi - RM4.00
Padu dan power.. Cukup rasalah senang cerita.. Memang puas hatilah..

Pilihan pelbagai makanan western..

Aneka minuman dan ais krim..

Friday, October 25, 2019

Shopping di Shopee #12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara barang yang Sha dan encik suami shopping di Shopee.. Macam-macam yang dibeli.. Bila semuanya dihujung jari, memang mudahlah.. pilih, bayar dan tunggu barang sampai.. sebab tu bila gaji masuk kena settlekan yang wajib dulu dan keluarkan duit dari akaun.. Kalau tak memang nak membeli jelah kerjanya.. Next week nak beli alat tulis untuk anak sekolah tahun depan pula.. Persiapan awal dan mencari yang berbaloi dibayar..

Beli dengan harga RM17.15 (termasuk postage).. Dah bayar baru perasan produk dari luar negara.. Patutlah tak sampai-sampai.. hehehe.. Beli pada 17.10.2019 dan sampai pada 23.10.2019.. Untuk senaman ringan di rumah.. hehehe.. Ini Sha punya..

Laptop memory ini harga dia RM39.30 (asal RM75.00, kalau kedai beratus).. Encik suami beli untuk tambah ram dekat Laptop di rumah.. Nak bagi laju sikit.. hehehe.. Okaylah.. Memang lebih laju loading dari sebelum ini..

Ini pula kali ketiga beli encik suami beli digital antenna.. Thaisat Digital Antenna MYTV 14e ini harganya RM59.76 termasuk postage.. Beli ini untuk pasang dekat rumah MIL..

#ORIGINAL# 10C-F2210-20 SHOCK ABSORBER ASSY WHITE EGO-S ini untuk motor ego encik suami yang digunakan oleh Sha.. hehehe.. Harganya RM45 termasuk postage.. Motor tu dah lama dah patutnya gantikan dia punya absorber, tu yang beli.. Usia motor tu dah 12 tahun lebih kurang.. hehehe..

Koleksi Tanpa Sengaja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli tanpa sengaja.. Satu ternampak dekat IG, yang satu lagi ternampak dekat 7Eleven.. Tajuk dan kuantiti memainkan peranan untuk memikat Sha membeli.. Menambah koleksi dan juga kutub khanah Sha..

Ada kawan IG yang juga mencintai buku kongsikan di IG.. Sha terlepas pra tempahan dengan penulis, makanya Sha beli terus dengan penerbit.. Sha beli sebab dwi bahasa.. Menggunakan tulisan rumi dan jawi secara sebelah menyebelah.. Bukunya comel sahaja.. Kalau besar sikit mungkin lebih okay.. Harganya termasuk postage tak sampai pun RM20..

Buku ini ada satu je dekat 7Eleven.. Kebetulan memang ada duit lebih sedikit, maka Sha tak fikir panjang terus je beli.. Ini adalah tajuk terbaru untuk siri Magic Bean.. Tajuk dan cover dia pun mengancam, sebab tu Sha beli.. Harga RM18..

Lemang To'ki, Bentong Pahang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad baru ini, encik suami bermotosikal bersama kawan pejabat dia.. Saja jalan-jalan menunggang motor ke Lemang To'ki, Bentong Pahang.. Dari Behrang dalam pukul 10 lebih macam tu dan sampai di Bentong lebih kurang tengahari.. Mereka makan tengahari dan gerak semula ke Behrang.. Dalam jam 4 lebih dah ada kat rumah.. Untuk #belijiwa isteri.. Encik suami bungkuskan lemang dengan dua jenis rendang.. Satu pek RM5 je.. Lemang dia lembut dan berlemak.. Memang sedap lah.. Mkaan lemang tanpa rendnag pun dah sedap.. hehehe.. Sha suka rendnag ayam dia.. Power tau..

Ini lemang dan rendnag daging
Dagingnya tak liat dan cukup rasa..

Yang ini pula lemang dan rendang ayam..
Yang ini memang best.. Terbaiklah..

Thursday, October 24, 2019

Komik | Aku, Kau & Badminton oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik menggunakan Badminton sebagai subjek.. Penceritaan yang menarik dari setiap penulis.. Sha suka semuanya sebab ada input yang berguna diterapkan dalam komik mereka.. Sesuai dibaca semua peringkat umur.. Memang best.. 

SS10: Tangkis Ego oleh Ben Wong
Juara Tangkis oleh Froggypapa
Pendek oleh Hiroshikee
Teori Badminton oleh Abu Huzaifah
Gelanggang Robowaja oleh Ardone
Kebangkitan China oleh Azhar Abdullah
Mahaguru Badminton oleh Bophairy
Hero Badminton oleh Jon Suraya

Sha baca dan selesai pada 24.10.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia
Published July 16th 2018 by PTS Pop Sdn Bhd, Komik-M

Wall's Asian Delight: Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak menjelajah 7Eleven.. Pagi tadi singgah nak cari tambah nilai telefon.. Nampaklah aiskrim Wall's ini.. Selain aiskrim ada juga beberapa produk baru yang menarik cuma budget tak banyak.. Maka kita beli aiskrim je dulu.. 

Berbaloilah bayar RM3.90 untuk aiskrim ini.. Puaslah makan.. Aiskrim dia sangat halus dan lembut tapi tak cair dengan cepat.. Memang betul-betul dinikmati oleh Sha.. Setiap gigitan tu mengingatkan Sha pada durian.. hahaha.. Senang citer, Sha memang akan beli lagi..

RM3.90 satu

Warna yang sangat menggoda dan memikat.. Bau durian yang wangi.. Tekstur yang halus.. Memang puaslah makan..

Top Komentar Bulan Ogos & September 2019 di Blog Azlinda Alin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah dari sis Linda dah selamat Sha terima semalam.. Ingatkan 1 je, rupanya dua sampul.. Terima kasih banyak-banyak sis Linda.. Terharu kita tau dapat kejutan meriah macam ini..


Hadiah untuk bulan Ogos ialah notebook dan 3 keping Bookmark Calender 2020.. Cantik design bookmark dia.. Dalam notebook tu ada business kad sis Linda..

Ini pula hadiah untuk September.. Satu buku himpunan solat sunat, satu lagi buku Surah Ar-Rahman, Al-Waqiah & Al-Mulk berserta terjemahan dan kad mummy linda..

Wednesday, October 23, 2019

Animasi Bersiri Malaysia | Ejen Ali (Musim 1)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung bulan November nak keluar filemnya, jadi sekarang ini tengah marathon dengan anak-anak animasi Ejen Ali ini dekat Youtube.. Mujurlah channel Ejen Ali dah bubuh semua episod.. Bolehlah layan sampai filem dia keluar.. 

Antara animasi terkini yang Sha suka selain Boboiboy, Upin Ipin, The Amazing Awang Khenit dan Puteri.. Kalau animasi dulu-dulu tak terkira banyaknya.. hehehe..

Untuk musim 1 ini, Ali telah tanpa sengaja mengaktifkan I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligent System) dan menjadi ejen M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency).. Budak umur 12 tahun, masih teruja dengan bermain maka agak sukarlah nak mengagak tindakan Ali.. Walaupun macam tu Ali berjaya membentuk dirinya menjadi ejen secara berdikit-dikit.. 

Sha suka animasi Ejen Ali yang tak terlalu fokus pada IRIS, misi dan juga penjahat.. sebaliknya ceritanya cukup semua rempah.. Dari perkembangan Ali, ejen dan rakan sebaya semuanya sangat menarik.. Animasi Ejen Ali juga lain grafiknya.. Keistimewaan dan kelainan yang membuatkan bukan sahaja bebudak tapi orang dewasa seronok melihat..

13 Episod
Ditayangkan bermula 8 April 2016 hingga 3 March 2017
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com