Assalamualaikum..
Hye semua..
Kebetulan yang tak dijangka.. Ketiga-tiga buku dari penulis ini berada depan mata Sha untuk dipinjam dan dibaca.. Memang rezeki.. Ini buku pertama dari penulis.. Tajuknya saja dah memikat dan menimbulkan tanda tanya..
Membaca novel ini memang berjaya membuatkan Sha menangis.. Sedih yang dirasakan oleh Ainnur dalam melalui kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu dan juga ayah.. Tinggal bersama ibu sendiri tak bermakna Ainnur disayangi.. Malah dirinya tak pernah wujud dalam kehidupan ibunya.. Yang menyayanginya hanyalah bapa tiri.. Sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang tak dijangka dan Ainnur mengambil keputusan membawa diri.. Bukan melarikan diri tapi mengikut kehendak si ibu yang tak pernah megakui dirinya anak..
Penulis memberikan impak yang besar pada Sha sebagai pembaca.. Meletakkan diri Sha pada kedudukan Ainnur memang menginsafkan.. Walau bagaimana pun ibu dan ayah kita, mereka tetap ibu dan ayah kita.. Apa sahaja yang berlaku hubungan darah tak akan putus.. Memaafkan dan mengakui kesilapan tak bermakna kita kalah sebaliknya merapatkan ukhwah..
Baca dan selesai pada 27.10.2019..
Published January 2011 by Jemari Seni
Baca review Kak Sha pun dah terasa sedih😢.
ReplyDeleteMemang sedih.. verapa kali akak nangis..
Deletemenarik cerita ni kak Sha, kalau shu yang baca pasti nangis sedu-sedu.
ReplyDeletekalau sy baca mau teriak je yg lbh hehehe
ReplyDelete