Saturday, October 19, 2019

Shopping di Shopee #10

Assalamualaikum..
hye semua..

Khamiskan dah gaji untuk penjawat awam.. Sha pun apa lagi.. Teruslah membayar barang yang dah memang ada dekat shopping cart Shopee.. Kain Koshibo warna Putih Nila dan Hijau untuk sesi persekolahan Amani dan Imani tahun hadapan dan pendrive 128gb untuk kegunaan Sha di pejabat.. Kelebihan shopping online ini tak payah bayar duit minyak.. Buka telefon, pilih, bayar dan barang sampai.. Ada 3 trip lagi barang yang Sha tunggu.. hehehe..

Kebetulan harga kain jatuh dari RM10 kepada RM8.90 jimat RM1.10 tu.. Tapi tersalah meter pula.. Terlebih beli kain hijau.. Patutnya kain putih nila kena beli lebih.. Hadoilah.. Tak perasan.. Tapi takpe.. Boleh simpan guna tahun akan datang..
Sha bayar pada hari Khamis (17.10.2019), hari Jumaat (18.10.2019) kain sampai.. Memang cepatlah berurusan dengan penjual ini.. Ini kali kedua Sha beli kain dengan penjual yang sama..

Redeem voucher dan shopee coins, Sha cuma perlu bayar RM70.28 sen sahaja termasuk postage.. Harga asal RM83.13 termasuk postage.. Jimat 12 ringgit lebih.. hehehe.. Berbaloilah kan..

10 comments:

  1. berbaloi sangat tu! kita belum ada teringin nak beli apa2 lagi kat shopee..tengah menahan diri..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menahan diri tu yang kadang2 payah.. hahaha..

      Delete
  2. 128gb besaq tu. Jimat2 berbaloi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. kalau kat kedai tak dapat harga tu.. duit minyak lagi..

      Delete
  3. bagusnya sehari je dah sampai dah.

    ReplyDelete
  4. suka sy service yg pantas2 ni. sy order baju lps 15 hari br dpt hangin satu badan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »