Wednesday, October 2, 2019

Novel | Puaka Perpustakaan oleh Rhea, Balqis Jaz, Eve Naura

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terdapat tiga cerita dari tiga penulis didalam buku ini bertemakan Perpustakaan.. Garapan yang berbeza tapi sangat menarik.. Kalau dikembangkan menjadi novel penuh pun menarik..

Ulat Buku oleh Rhea
Johan sangat minat membaca dan selalu menghabiskan masa di dalam Perpustakaan.. Namun tanpa sengaja, Johan terjumpa Perpustakaan yang unik.. Buku-buku didalamnya adalah edisi lama dan susah dicari.. Kerana terlalu asyik dan diperdaya syaitan, Johan mula hanyut dengan buku dan mengabaikan pelajaran.. Walaupun dah diberikan amaran, Johan tak mengendahkannya.. Hinggalah Johan tahu kebenarannya dan akhirnya nyaris terperangkap didalam Perpustakaan itu..

Hantu Mati Anak oleh Balqis Jaz
Cerita mengenai seorang perempuan mengandung yang dibunuh dan kemudiannya dihidupkan semula untuk membalas dendam.. Berjaya dikurung tapi kemudiannya dilepaskan semula setelah memperdaya manusia dengan menjanjikan emas.. Dari situ, kejadian pembunuhan ibu mengandung pun berlaku di Perpustakaan.. Malah terbongkarlah peristiwa di zaman komunis pada pewaris yang tinggal..

Kauseru oleh Eve Naura
Kerana minat membaca, Mira tanpa sengaja telah melepaskan makhluk yang dikurung didalam sebuah novel.. Semuanya kerana secebis kertas.. Bagaimana novel tu berada di Perpustakaan, tiada siapa yang tahu.. Mujurlah ada Shah yang sudi membantu..

Sha baca dan selesai pada 01.10.2019..

Koleksi Peribadi Sha.. Bertandatangan penulis..
Published July 2019 by Penerbit X

7 comments:

  1. kalau sha nampak perkataan puaka takpegang dah 😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Dalam satu buku ada byk cerita ni yg best ni. Layan jee baca hehe

    ReplyDelete
  3. woo tajuk die menarik seyh..kne baca nih..tapi tu la tak tau bila haha

    ReplyDelete
  4. puaka kottt... dalam library plak tue.. saje jer tak nak kasi org dok library lelama kan ...
    dah lama tak masuk library .... huhuhuhhh

    ReplyDelete
  5. Seram jg perkataan puaka tu.. klu baca sorang2 kt rumah mau gak takutt.. haha

    ReplyDelete
  6. jgn ada yg xnk g library lps baca buku ni habis laa hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com