Sunday, October 20, 2019

Novel | Jalan Terakhir oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mulanya agak sedih.. Bercerita mengenai perasaan seorang ayah (Pak Idris) yang diabaikan oleh anaknya.. Dibawa dari kampung untuk duduk bersama namun tak dijaga dengan betul.. Kemudiannya dihantar ke Rumah Penjagaan Orang Tua dengan alasan mengganggu privasi si menantu.. Masuk separuh novel bermulalah kisah misteri di rumah penjagaan orang tua itu.. Kematian berlaku berturut-turut.. Disebabkan yang mati itu orang tua, tak ada siapa pun yang tergerak nak menyiasat punca kematian.. Semua menerimanya sebagai kematian disebabkan dah sampai masa.. Sehinggalah Pak Idris ternampak kelibat manusia keluar dari sebuah bilik dan keesokkannya ada penghuni bilik itu yang mati.. Keraguan disuarakan pada kawan-kawan, namun mereka menganggap Pak Idris berhalusinasi.. Sampailah perkara tersebut diketahui oleh pekerja bernama Seri.. Apakah sebenarnya yang menyebabkan kematian di rumah penjagaan itu?? Adakah memang betul mereka mati sebab dah sampai masanya ataupun sebenarnya ada yang membunuh mereka?? Jawapannya memang mengejutkan dan berkaitan dengan kumpulan ajaran sesat.. Bila manusia ingin menjadi tuhan, nyawa manusia tak berharga langsung..

Sha baca pada 18.10.2019 dan selesai pada 19.10.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2003 by Alaf 21

4 comments:

  1. Ada kena mengena dgn ajaran sesat? Uish cam best niii

    ReplyDelete
  2. fuhhhh misteri ni. Kesian jugak bila orang tak endah langsung sebab usia dah tua.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »