Sunday, October 27, 2019

Giveaway Lelaki Langit Bumi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mujurlah sempat joint Giveaway Lelaki Langit Bumi di Wattpad dan juga Instagram.. Semalam last day.. Asyik terlupa je.. Mujurlah petang semalam teringat.. Terus jawab soalan yang diberikan dan post di Wattpad dan juga Instagram.. Disebabkan giveaway ini jugalah Sha baru perasan boleh share quote yang kita suka dari Wattpad ke IG dengan backgound yang cantik.. Ohsemlah.. Jangan lupa klik Lelaki Langit Bumi untuk baca novelnya.. Novel yang sangat berbaloi korang luangkan masa dan baca.. Sha cadangkan untuk bacaan..

Untuk Watpadd
Soalan 1
Watak yang paling digemari dalam LLB? Mengapa?
Saya sangat menggemari watak Diha 'Afina.. Pada saya Diha seorang yang sangat kuat.. Sangat menjaga ikatan kekeluargaan, Tidak berputus asa, setia malah sentiasa berusaha.. Saat Diha berusaha meraih kasih sayang Ariyyan tanpa lelah dan bila Ariyyan merajuk kerana salah faham mereka, Diha berusaha sehabis baik untuk berbaik semula dengan Ariyyan.. Ini antara sebab kenapa Diha 'Afina akan sentiasa menjadi heroin hati Sha..

Soalan 2
Satu perkara baharu yang dipelajari melalui LLB
Membaca LLB, seolah-olah membaca novel yang dilengkapi petua dan pelbagai resepi.. LLB juga berjaya memberi impak dan membuat Sha berfikir hidup ini singkat, maka menghargai setiap insan yang ada di sisi itu sangat perlu..

Soalan 3
Pilih satu babak/bahagian/dialog yang paling anda suka atau telah memberi impak pada diri ketika baca LLB? Mengapa?
"Kangen pada insan yang telah sememangnya merupakan rasa yang paling perih. Sesakit manapun, mustahil rasa itu dapat kita hapuskan sama sekali. Tetapi, kita harus bertahan."
Dialog ini mengingatkan Sha pada rasa rindu yang tak akan pernah hilang untuk arwah abah.. Sangat memberi kesan dan menguatkan semangat Sha.. 

Soalan 4
Ada satu watak (yang buat penampilan istimewa dalam LLB) yang akan dijadikan watak utama untuk karya seterusnya. Cuba teka siapa? (Muncul 2-3 kali)
Sha teka Suci.. Ini je watak yang Sha rasa tak banyak muncul..
Untuk Instagram
1. Screenshot mana-mana babak/bahagian/dialog yang paling anda suka dalam LLB.
2. Muat naik ke akaun Instagram dan jelaskan mengapa suka babak/bahagian/dialog yang dipilih.
3. jangan lupa tag @girangfashli pada gambar letakkan juga tanda pagar #giveawaylelakilangitbumi #lelakilangitbumi

Ayat penuh dia - "Mati itu memang sesuatu yang pasti. Kau sangat-sangat bertuah, Marsha. Allah telah pilih agar kau dapat tahu bila masanya kau akan pergi. Bukankah kita harus sentiasa siap untuk meninggalkan dan ditinggalkan?"

12 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »