Monday, October 31, 2022

Goodreads | Bacaan Oktober 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi meneruskan pembacaan dan Sha dah berjaya tamatkan sasaran yang Sha letak di Goodreads.. Semuanya kerana ebook yang menarik di aplikasi Oakbee Buffet dan juga Sha cuba kurang ebook di rak maya Sha.. 






Mak Senah (Leman & the Geng) oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini jenuh Leman menahan rasa taku sebab membantu Tok Guri dan Tok Ketua menghalau saka Mak Senah yang nak kan Esah menjadi tuan barunya.. Memang kelakarlah.. Takut takut pun tetaplah si leman tu berusaha nak bantu.. 

Mak Senah yang tahu hayatnya tak lama, tak nak saka tu diwarisi Esah namun bukan mudah nak melarikan diri dari syaitan.. Sekali terpedaya selamanya terikat.. Dalam masa yang sama, ada yang berdendam dengan Tok Guru mencari peluang untuk mengenakan Tok Guru..

Sha baca dan selesai pada 31.10.2022..

Published May 29th 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Filem English | Section Eight (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Ganas gila filem ini.. Jake ini asalnya askar tapi disebabkan satu peristiwa masa bertugas, dia dah tak jadi askar.. Kerja dekat bengkel baiki kereta kepunyaan pakcik dia.. Sekali adalah samseng jalanan buat kacau.. Bila Jake melawan.. Anak dan isteri dia kena bunuh.. Jake ini naik anginlah, terus dia gi bunuh penjahat tu.. Jake pun dipenjara.. Adalah mamat nama Ramsey ini jumpa Jake dan nak tawarkan pekerjaan tapi Jake tak layan.. Ramsey pun culik Jake dan paksa kerja dengan dia.. Bila tengok kerja yang Ramsey dan geng dia ni buat, Jake dah rasa tak sedap hati.. Bila misi gagal, Ramsey arah orang untuk bunuh Jake pula..

Rupanya kematian anak dan bini Jake ini adalah satu konspirasi.. Bengang lah kawan.. Babak paling ganas bila Ramsey suruh Locke bunuh Jake.. Locke ini memang sakai betul.. Hahaha..

Section Eight
2022 ‧ 1h 38m
Action | Thriller
Sentenced to prison for avenging the murder of his family, a former soldier gets a second chance when a shadowy government agency recruits him for an assignment. However, he soon realizes that the very people who freed him are not what they seem.

Sunday, October 30, 2022

ebook | Kisah Seram : Dabaq oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduhai.. Tu lah padah bila terlebih berani dan gila.. Walaupun dah dilarang dan dipesan, tetaplah nak juga kotak tu dibeli.. Padah lah jawabnya.. Siap dipermainkan dan ditipu syaitan lagi.. Memang pendek dan padat ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 30.10.2022..

Published January 1, 2022
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Filem US | Pearl: An X-traordinary Origin Story (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini ganas gila.. Pearl tu memang kureng betul.. Awalnya ingatkan kenapa, tapi memang nature dia tak betul.. Berkawan dengan alligator dan asyiklah nak naik angin.. Cara dan sebab dia membunuh tu memang tak disangkalah.. Hahaha.. Ganas sangat filem ini.. Tak sesuai ditonton bersama keluarga.. Watak utama dia si Pearl yang dalam poster tu.. Pearl ini bercita-cita nak sertai dunia glomour jadi penari tapi malangnya tak disokong mak dia.. Sebaliknya kena duduk di ladang membantu jaga mak dan ayah dia yang lumpuh.. Bila pergi ujibakat pun Pearl tak diterima dengan alasan tak blonde.. Lagilah angin kawan tu..

Pearl
2022 ‧ Horror/Slasher ‧ 1h 42m
Trapped on an isolated farm, Pearl must tend to her ailing father under the watch of her mother. Lusting for the glamorous life she's seen in movies, Pearl's temptations and repressions collide.

ebook | Sketsa Seram 2 (Leman & the Geng) oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sebuah lagi ebook yang dihasilkan sebagai spin-off kepada novel Ummu Sibyan.. ebook ini menjadikan Leman, Samad, dan Berahim sebagai watak utamanya.. Ada beberapa cerpen bonus yang pernah tersiar di Facebook penulis turut diselitkan didalam ebook ini.. Keseluruhannya, terdapat 10 buah cerpen bergenre seram dan komedi termuat dalam ebook ini.. Ada cerita yang memang lawak hingga berdekah Sha ketawa, dan ada juga yang betul-betul seram hingga terbayang-bayang..

Sha baca dan selesai pada 30.10.2022..

Published 2020 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Random Photo #10 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama rasanya tak kongsi entry bergambar.. Jomlah layan..

Susah betul nak cari Prego Ayam Cendawan ini di pasaraya.. Sudahnya Sha beli di shopee je.. RM4.83 untuk satu tin.. 

Sekarang kan tengah trend Snickers BTS ini.. Terjumpa dekat 7 Eleven dengan tawaran harga RM3.50 (Harga asal RM4), maka belilah yang ada quote kesukaan Sha.. Bila sambung jadi "Make It Right For You, Life Goes On"..

Rezeki.. Ada yang belanja.. Coklat Hershey's badam..

Keluar dating dengan encik suami.. Makan Yong Tau Fu Sup dekat pekan Slim.. Sedap dia punya Yong Tau Fu sup ini..

Lama sebenarnya tak makan dekat kedai mee rebus ini.. Awal bulan Oktober tu, Sha pun singgahlah dengan encik suami.. Alhamdulillah.. Mee rebusnya dah makin sedap.. Mee banyak, ada isi ayam dan tauhu.. Tak macam sebelum ini.. Kali ini baru berbaloi bayar dan makan..

Rezeki hari Rabu.. Orang bagi, kita ambil.. Kebetulan memang belum makan nasi lagi..

Dapat 2 sachet kopi vietnam.. Orang bagi kita terima je..

Saturday, October 29, 2022

ebook | Aku Di Sini oleh Ieya Sya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha ingatkan novel ini pasal cinta tapi bila baca menarik rupanya.. Ada konflik yang besar antara Ara dan Iyan.. Konflik yang mereka tak minta pun.. semuanya bermula dengan tragedi melibatkan kematian Lara kakak Iyan dan juga ayah Ara.. Memang tragedi tu menyebabkan Iyan dan Ara tersiksa.. Selain konflik tu penulis turut memasukkan babak-babak seorang psiko yang membalas dendam akibat kematian kakak dia.. Memang menariklah sebab ada thrill dan percintaan..

Paling Sha suka setiap babak berkaitan perasaan antara Ara dan Iyan memang sampai ke hati.. Olahan dan penyampaiaan penulis sangat menusuk.. Menangis Sha dibuatnya..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2022..

Published 2018 by Kasih Aries
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Filem US | Under Wraps 2 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

filem ini untuk tontonan dewasa ye walaupun pelakonnya dan isi ceritanya lebih pada budak-budak.. Ada topik tak sesuai dalam ini.. Sha tengok sebab dah tengok yang awal tapi tu lah.. Filem pertama tu tak ketara sangat berbanding filem yang ini.. Kalau tak ada, pasti filem ini lebih gempak dan seronok ditonton..

Kali ini muncul mumia ketiga yang berdendam dengan Harold walhal asalnya mereka kawan baik.. Semuanya kerana terpikat juga pada Rose.. Dalam masa yang sama hubungan persahabatan antara Marshall, Gilbert dan Amy teruji bila Gilbert dan Amy terlalu sibuk melakukan aktiviti berdua hingga Marshall tersisih.. Namun bila saling meluahkan semuaperkara jadi baik..

Under Wraps 2
TV Movie | 2022 | 1h 23m
Fantasy, Family
While Amy is preparing for her father's Halloween-themed wedding, she, Gilbert and Marshall discover that Harold and Rose may be in danger. An evil mummy is unexpectedly awakened and out for revenge.

ebook | Sempadan 2 Dunia oleh Nurharyati Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini berjaya buat Sha rasa menyampah dengan watak heroinnya.. Fiona sangat marah bila tahu ditunangkan dengan Baim.. Keputusan yang dibuat ayahnya buatkan Fiona rasa tak adil.. Namun kerana ugutan ayah dia, Fiona balik.. Berkenalan pula dengan Syeikh yang handsome dna baik tanpa Fiona sedari itulah Baim tunangnya.. Bila rakan baik Syeikh iaitu Hakim muncul, Fiona ingatkan itu Baim.. Mengamuk dna marah-marah sekali lagi.. Bapa Fiona tetaplah tak bagi tahu perkara sebenar.. Makan malam yang sepatutnya membuka rahsia menjadi tragedi bila ayah dan mak Fiona kemalangan bersama Syeikh dan atuknya.. Fiona pula dah lari kerumah kawan dia.. 

Bila tragedi menimpa, Syeikh membawa diri ke negara asal atuknya.. Nak salahkan Syeikh seratus peratus pun tak boleh juga sebab malang bertimpa-timpa.. Fiona merajuk sebab syeikh tak layan dia yang minta maaf bila dah tahu Syeikh dan Baim orang yang sama.. Hati dah ada Syeikh tapi bila terjumpa lelaki bunian, eh boleh pula dia jatuh cinta dengan si Megat tu...

Pening gila tengok perangai Fiona ini.. Sha baca jugalah bagi habis sebab dah baca tapi tu lah.. Memang stress dibuatnya.. Hahaha..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2022..

Published January 1, 2018 by Kaseh Aries Publication
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Filem US | Under Wraps (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menghiburkan, sedikit menyeramkan cukup untuk menjadikan filem ini seronok ditonton.. Kisah 3 sekawan yang terjumpa mumia dan tanpa sengaja menghidupkan mumia tersebut.. Mereka perlu berkerjasama memastikan mumia itu kembali ke keranda nya supaya mumia tersebut tak menjadi debu dan memulangkannya semula ke muzium.. Filem ini remake tahun 1997 punya filem.. 

Memang layanlah filem ini.. Kelakar.. Awalnya macam seram tapi bila mumia bernama Harold tu cuba menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dia jadi kelakar.. 

UNDER WRAPS | 2021
Genre: Kids & Family, Holiday, Comedy, Fantasy
Director: Alex Zamm
Runtime: 1h 31m
Three friends try to save their mummified friend, Harold, from greedy criminals by returning him to his resting place before midnight on Halloween.

Friday, October 28, 2022

ebook | Mantra Janda Beranak 7 (Leman & the Geng) oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini sambungan dari Rombongan Berhantu (Leman & the Geng) oleh Del Osmera.. Tapi masih okay untuk dibaca secara terus sebab ada je penulis masukkan imbas semula sedikit dari ebook sebelum ini.. 

Sha suka baca siri Leman ini sebab perangai penakut Leman yang dasyat dan juga kenakalan orang disekeliling Leman yang menyakat Leman.. Memang ebook seram komedi yang ohsemlah.. 

Kali ini Leman disakat saka yang tak bertuan.. Semuanya bermula semasa merekamenyertai rombangan ke KL.. Balik dari rombongan tak jadi, Leman tetap demam dan sakit-sakit badan.. Malah Leman terdengar suara perempuan sampailah kemuncaknya si saka menunjukkan diri.. Mujurlah ada Tok Guru memulihkan semangat Leman dan menghalau saka yang mengusik manja..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2022..

Published March 20, 2022 by Del Osmera Publication
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Mokti's Special Blend: Chocofee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mokti's ada Special Blend perisa baru.. Chocofee.. Gabungan coklat dan kopi yang padu.. Sha tengok dia buat.. Mula-mula dia bubuh aiskrim coklat, masukkan ais, lepastu 2 shot kopi, sos coklat dan sedikit caramel.. Akhir sekali adik tu masukkan susu.. Lepas tu dia tutup bekas tu.. Memang pekatlah air dia.. Gabungan coklat dan kopi yang mantap.. Berbaloi okay bayar harga tu.. Rasa dia pula memang power lah.. Serius.. Aiskrim coklat dan kopi dia memang ngam betul.. Boleh beli lagi nanti..

Mokti's Special Blend: Chocofee
RM15.90

ebook | Pendiam? oleh Aiman Amri, Aqila Masri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertarik dengan tajuk, sebab tu Sha baca.. Sha ini bukanlah pendiam tapi tak juga peramah tapi tak  juga mudah nak bergaul dengan orang.. Ada masanya memang tak nak bercakap.. Hahaha..

Ibarat membaca artikel yang diselang selikan dengan situasi sebenar dalam kehidupan.. Cuma gaya penceritaan penulis mengenai kisah hidup seorang introvert itu, nampak terlalu kosong dan agak membosankan.. Secara keseluruhannya, ada masa Sha boleh relate dengan apa yang disampaikan penulis dan ada masanya seperti mengenali perkara baru..

Sha baca dan selesai pada 27.10.2022..

Published March 17, 2020 by Iman Publication
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Thursday, October 27, 2022

Buah Strawberry Apples

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saiz yang comel.. Sha terjumpa masa beli barang rumah.. Memang menariklah warna dan saiz dia.. Merah gila.. Besar sikit je dari Strawberry.. Rasa dia pula ada masam manis straberry dan rangup epal.. Memang bestlah tambah saiz dia comel.. hehehe..

RM10.90

Comel gila buahnya..

ebook | Aminah Tempo oleh Sara Hezra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah percintaan yang diselitkan dengan babak sengal-sengal ubi si Harraz.. Harraz ini jejaka yang dah berusia 34 tahun tapi bercinta dengan Fira yang baru berumur 23 tahun.. Memang teruklah Harraz kena buli.. Lepas tu Harraz berkenalan dengan Aminah Tempo yang juga bosnya.. Aminah ini tegas tapi kadang-kadang melayan juga perangai sengal Harraz ini.. Bila Fira buat hal, Harraz terus cari Aminah untuk diajak kahwin.. Atuk Aminah setuju namun tanpa Harraz sedari, Aminah ada rahsia besar yang disembunyikan.. Masa inilah konflik bermula..

Bila berkahwin, sepatutnya tak ada rahsia diantara pasangan supaya tak timbul konflik di kemudian hari..

Sha baca dan selesaikan pada 26.10.2022..

Published January 1, 2020 by Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Filem Korea | Arahan (2004)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahahaha.. Memang kelakar gila bila tengok filem tahun 2004 pada 2022.. Pelakon dia biasa-biasa je tapi aksi dan penceritaan dia memang boleh layan lah.. Hero ini polis, lepas tu tak pandai berlawan namun suka menegakkan keadilan.. Malangnya ditindas penjenayah.. Terjumpa heroin masa heroin kejar pencopet.. Heroin tersalah tembak kuasa angin dari tangan terkena hero bukannya penjahat.. Jadinya heroin bawa balik hero jumpa bapa dan kawan-kawan bapa dia yang juga tenaga pengajar ilmu lawan-lawan.. 

Hero ini awalnya belajar sebab nak tunjuk lagak dekat penjenayah tapi bila musuh sebenar muncul, terus bertindak dengan cemerlang.. hehehe.. Memang kelakarlah filem dia.. kikiki..

Movie: Arahan
Also Known As: Arahan jangpung daejakjeon, Urban Martial Arts Action, Employer, 아라한
Screenwriter & Director: Ryu Seung Wan
Screenwriter: Lee Hae Joon, Yoo Seon Dong, Lee Hae Young
Genres: Action, Comedy, Martial Arts, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Apr 30, 2004
Duration: 1 hr. 54 min.
When a thief driving a motorcycle steals a purse of a pedestrian, the clumsy, naive and honest rookie policeman Sang Hwan runs after him, but the skilled specialist in martial arts Wi Jin captures the criminal, and Sang Hwan is severely injured. She brings Sang Hwan to her home, where the six Masters of Tao heal him and believe that he has a powerful Qi, the spiritual energy of the universe, and could be a powerful warrior.

Sang Hwan begins his training to ascend to a Maruchi, while the evil and ambitious Heuk Woon is accidentally released from his imprisonment. The powerful Heuk Woon attacks the masters, searching a key that they protect, which would permit him to become an Arahan and dominate the world. When the masters are defeated, Sang Hwan and Wi Jin are the only and last hope to mankind.

(Source: Cinecurry Tamil)

Wednesday, October 26, 2022

Mokti's Hazel Kakao

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah lama tak ke Mokti's, semalam petang Sha pun menyinggahlah masa cari printer baru.. Wah, mokti keluarkan rasa baru iaitu hazel kokoa.. Memang bestlah rasa coklat dia.. Mewah gila.. Puas makan walaupun beli cup paling kecil.. Sangat-sangat best, tambahan pula makan masa hujan.. Padu gitu..

Mokti's Hazel Kakao - RM5 (small)

Mokti's Apung saiz besar ini pula percuma.. hehehe.. Tetap best.. Tak terlalu manis.. ngam ngam je dengan tekak..

ebook | Senyuman Nadia oleh Izatul Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk buku ini dengan jalan cerita dia tak kena langsung.. Tak pasti kenapa penulis buat tajuk ni.. Lepastu awalnya bercerita mengenai Nadia, Nabil dan ayah mereka Cikgu Zainal tapi lepas tu macam ada konflik melibatkan penjenayah bertopeng emas.. Nabil keseorangan dan ada diselitkan juga kisah Nabil menyertai pertandingan band bersama rakan-rakan namun kemudiannya mereka bergerak solo.. Jalan cerita dia menariknpada Sha cuma tajuk dan penyampaian agak kurang kena..

Sha baca dan selesai pada 25.10.2022..

Published January 1, 2021 by Izatul Husna Resources
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, October 25, 2022

Coretan 25 Oktober 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani ke Jabatan Radiologi, Hospital Teluk Intan untuk buat xray 3D bahagian mulut dia.. Keluar awal sebab nak selesai awal.. Memang rezeki betul, 9.30 dah selesai.. Lepas xray, terus sarapan dan pergi TF Value Mart untuk beli barang rumah.. Alang-alang dah sampai Teluk Intan kita shopping dekat pasaraya besar lah.. Best sebab tak ada orang tapi penat sebab berpusing-pusing.. hahaha.. Banyak jugalah selesai pembelian tingal 2,3 barang je lagi nak cari kat 99 Speedmart..

Lepas selesai terus gerak balik sebab nak ke Tanjung Malim, ambil desktop yang dah 3,4 hari bermalam di kedai.. Sempatlah singgah menukar kad atm yang dah nak expired bulan depan dan menggunting rambut Amani..

Budak ini terpaksa ambil gambar.. hahaha.. Mak nak simpan kenangan..

Filem Monster High: The Movie (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem muzikal tentang Clawdeen yang merupakan separuh manusia dan separuh serigala.. Berada di dunia manusia membuatkan Clawdeen merasa terasing sehinggalah beliau mendapat jemputan untuk menyertai sekolah untuk raksasa.. Berada di kalangan raksasa tetap membuatkan Clawdeen gelisah sebab dia bukanlah raksasa sepenhnya.. Malah ada ketikanya Clawdeen akan bertukar menjadi manusia.. Semasa sesi pembelajaran Clawdeen dapat tahu Professor Hide & Jakyl pernah mencipta satu ubat untuk menjadikan mereka yang separuh raksasa separuh manusia bertukar sepenuhnya raksasa.. Maka bermulalah misi Clawdeen mencari makmal tersebut.. Tanpa Clawdeen sedar, dirinya dipergunakan oleh seseorang yang ingin menghapuskan sekolah tersebut..

Filem remaja yang menarik dan menghiburkan..

Monster High: The Movie
2022 ‧ Fantasy/Action
When Clawdeen begins attending Monster High, she discovers a devious plot that would not only destroy her school, but it would also reveal her half-human, half-werewolf identity.



ebook | Dari Alam Angker: Mamai (Dari Alam Angker) oleh Oga (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang dipaparkan didalam ini memang mengundang perasaan ngeri dan seram.. Jalan cerita setiap stau komik tu berjaya memberi impak pada Sha yang membaca.. Memang ngeri dan terbayang-bayang.. Okaylah nak baca dan layan waktu siang.. Kalau malam, risau termimpi-mimpi je.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 24.10.2022

Published December 2003 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Monday, October 24, 2022

Hadiah Giveaway Contengan Cuya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sha dah terima hadiah dari blogger Cuya.. Hadiah sebab menang Giveaway Contengan Cuya.. Terima kasih Cuya untuk hadiah yang ohsem ini.. Korang kalau berminat boleh ke Blog Cuya tau..

Cantikkan??? Terus jadikan profile picture di FB tau.. 

ebook | K-pop Girl: iKONIC yang berbakat oleh Husna Azman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah cerita mengenai peminat kumpulan iKON.. Menarik namun masih boleh diperbaiki lagi.. Bacaan santai untuk remaja dan anak sekolah kerana ada kebaikan yang berjaya penulis selitkan..

Kisah bagaimana Yuna yang bersemangat ingin menyertai pertandingan menulis lirik demi kumpulan kesukaannya tapi dihalang ibunya.. Ayah Yuna memberi semangat dan galakan kerana penyertaan Yuna tu membolehkan Yuna mencari pengalaman.. Namun malang bagi Yuna bila liriknya ditiru.. Bukan mudah mencari semangat yang hilang.. Mujurlah kumpulan iKON sendiri yang memberikan semangat..

Sha baca pada 23.10.2022 dan selesai pada 24.10.2022..

Published January 1, 2022 by Bookiut
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Filem Norway | Ragnarok (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang ohsem.. Sebab ada kisah arkeologi dan juga hubungan antara bapa dan anak.. Bukan mudah untuk Sigurd meneruskan kerja dia sebagai pencari gali selepas kehilangan isterinya akibat kanser.. Anak-anak pun tak beri kerjasama.. Sampailah rakan sekerjanya menemukan batu bersurat.. Sigurd bersama Allan dan anak-anaknya telah pergi ke Finnmark untuk mengkaji dengan lebih lanjut lagi.. Di Finmark, mereka bertemu dengan Elisabeth dan pemandu mereka iaitu Leif..

Mereka berjaya menemukan helmet Vikings dan beberapa objek lainnya.. Namun Leif tela melarikan diri bersama objek-objek tersebut, malangnya Leif diserang semasa cuba menyeberangi tasik.. Semasa Sigurd dan Allan terus menyiasat di dalam gua, anak-anak Sigurd dan Elisabeth yang tidur didalam bunker telah diserang haiwan purba.. Tanpa mereka sedar haiwan tersebut mencari sesuatu yang ada dalam tangan mereka..

Drachenkrieger: Das Geheimnis der Wikinger
Gåten Ragnarok (lit. "The Riddle Ragnarok")
2013 ‧ Adventure/Action ‧ 1h 40m
An archaeologist and his team investigate mysterious evidence of Vikings in Norway. However, their exploration soon turns into a confrontation with an ancient and dangerous entity.

Sunday, October 23, 2022

ebook | Miss Makeover oleh Izanor Sharif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita remaja yang comel.. Kisah Ozelyn yang kasar dan suka membuli cuba berubah kerana terpaut pada Tengku Ian.. Perkenalan Ozelyn dengan Leia bermula dengan teguran dari Leia yang kasihankan Ozelyn.. Leia merasakan yang Ozelyn keseorangan dan itu menjadikan Leia ingin membantu Ozelyn untuk berubah ke arah yang lebih baik.. Maka bermulalah misi makeover mereka.. Walaupun niat mereka tak sama namun tujuan mereka sama.. Tapi Tengku Ian langsung tak pedulikan Ozelyn yang baru.. Namun berlaku satu peristiwa besar yang betul-betul menjadi titik tolak perubahan Ozelyn hingga dirinya disanjung sebagai penyelamat.. 

Sha baca dan selesai pada 21.10.2022..

Published January 1, 2022 by Bookiut
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Filem China | The Dragon Nine (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Sakan betul filem ini.. 9 anak naga keluar dari perut Feng Zheng.. Memang kelakarlah sebab Feng Zheng tu lelaki.. Syaitan jahat nak kan 9 anak naga tu tapi tu lah bukan senang.. Syaitan jahat berjaya tangkap 3 dan pukau menjadi jahat.. Terpaksalah 6 lawan 3.. Namun kerana darah baik dari seorang mak, mereka berubah jadi baik dan bersatu menentang syaitan jahat..

The Dragon Nine (2022)
89 min | 3 Sep 2022
Genre: Action, Fantasy, Comedy
Sub-genre: Martial Arts
Director : Benben Kan
Cast(s) : Kan Benben Benben Kan,Wei Lee,Tian Ge,Lin Haoyang Daniel Liao

ebook | Boyfriend For Hire oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya Neil si pembunuh kena bunuh Fred tapi disebabkan sikap Neil yang suka menawarkan perkara terakhir yang ingin dilakukan mangsa sebelum dibunuh, hidup Neil jadi kacau bilau.. Walaupun da dibagi amaran, Neil tetap melakukannya.. Sudahnya Neil pula yang perlu menyelamatkan diri dia dan Fred serta anak perempuannya.. Memang pening kepala si Neil.. Dari jadi pumbunuh untuk diupah kepada teman lelaki untuk diupah.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 19.10.2022..

Published by Lawa Lingo Publication
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Saturday, October 22, 2022

Filem US | The School for Good and Evil (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ohsem.. Memang layan habislah.. Kau cantik tak bermakna hati kau baik dan kau hodoh tak bermakna kau kena jadi jahat.. Manusia ini sebenarnya rumit bukan mudah nak tentukan siapa jahat siapa baik dengan mengikut standard tertentu..

Bila Agatha dan Sophie tercampak ke Sekolah Baik dan Jahat, merekaperlu melalui ujian persahabatan yang sukar.. Sophie sangat ingin menjadi puteri namun tercampak di sekolah Jahat.. Agatha yang disangkakan ahli sihir pula tercampak ke sekolah Baik.. Tanpa mereka sedari ada satu kuasa yang cuba mengacau bilaukan keadaan sebenar dan ingin menguasai dunia serta mewujudkan kejahatan dan menghapuskan kebaikan..

Syoklah tengok kesungguhan Agatha menyelamatkan kawan baik dia Sophie yang dah tersasar jauh..

The School for Good and Evil
2022 ‧ Fantasy/Drama ‧ 2h 27m
Best friends Sophie and Agatha find themselves on opposing sides of an epic battle when they're swept away into an enchanted school where aspiring heroes and villains are trained to protect the balance between good and evil.

ebook | Remedi oleh Dayana Amerda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan pelbagai puisi yang sangat menyentuh perasaan malah merawat hati Sha yang berduka.. Ada satu puisi yang sangat dekat dengan jiwa dan diri bertajuk Rindu.. 

Buku ini berjaya memberikan Sha rasa yang pelbagai.. Sha baca dan merenung diri sendiri kerana setiap puisi umpama teguran dan peringatan buat Sha.. Malah setiap puisi disertakan gambar atau warna yang menarik.. Ya, buku yang berwarna lebih memikat mata sebenarnya..

Sha baca dan selesai pada 19.10.2022..

Published 2020 by Karya Bestari
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Menang Giveaway Contengan Cuya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Yeah!! Sha menang GA yang dianjurkan Cuya.. Boleh semak pemenang di Pemenang Giveaway Contengan Cuya.. Sha dah pun menghantar Whatsapp kepada Cuya untuk pemilihan hadiah.. Nanti Sha kongsikan hasilnya di entry lain ye.. Tahniah juga Shaucapkan pada semua pemenang yang tersenarai..

Terima kasih pada Cuya sebab tela memilih Sha sebagai pemenang..

Alhamdulillah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com