February 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, February 23, 2018

Along With the Gods: The Two Worlds (2017)

February 23, 2018
Along With the Gods: The Two Worlds (2017)
Assalamualaikum..
hye semua..

Filem yang menarik.. Dibuat berdasarkan webtoon oleh Joo Ho-min, Along With the Gods.. Filem ini dibuat dua bahagian.. Yang kedua bertajuk Along With the Gods: The Last 49 Days..

Okay, untuk bahagian pertama filem ini menceritakan mengenai Kim Ja-Hong yang mati semasa bertugas.. Rohnya kemudian dibawa untuk pengadilan sebelum diberi penentuan sama ada layak dilahir semula atau tidak.. Menurut undang-undang Kehidupan Akhir, semua orang yang meninggal dunia mesti menjalani 7 percubaan selama 49 hari yang dibahagikan kepada 7 kategori dosa: pengkhianatan, kekerasan, ketakwaan keluarga, pembunuhan, ketulusan, penipuan, dan ketidakadilan. Inilah yang terpaksa dilalui oleh Ja-Hong dengan bantuan tiga malaikat iaitu Gang-rim, Haewonmak dan Lee Deok-choon.. Dalam usaha tiga malaikat ini untuk menyelamatkan Ja-Hong, adik Ja-Hong mati dan menjadi roh yang ingin membalas dendam.. Maka bermulalah pembongkaran tentang kehidupan Ja-Hong dan hubungan beliau dengan adik dan ibunya..

Epik fantasi mengenai kehidupan, kematian, kelahiran semula, dan kuasa ghaib.. Cerita ini fantasi, jadi janganlah terpengaruh pula ye.. Tonton sekadar untuk hiburan sahaja.. Owh ya dekat hujung filem keluar abang sado yang berlakon dalam Train to Busan iaitu Ma Dong-seok..

 

Along With the Gods: The Two Worlds (2017) | KMovie | Release Date: Dec 20, 2017 | Genres: Action, Drama, Fantasy
Read More

Anarkis oleh Khairul Nizam Khairani

February 23, 2018
 Anarkis oleh Khairul Nizam Khairani
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang sangat menarik.. Perjuangan Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas dalam menyelamatkan diri beliau dari konspirasi yang tidak diduga.. Kerana perasaan bersalah Sarjan Awai mengakui perbuatannya namun ada musuh lain yang mengambil kesempatan.. Maka berlakulah pertembungan antara Sarjan Awai dengan penjahat dan musuh dalm selimut..

Sha suka novel ini sebab aksi dan debaran yang diberikan.. Bila dah mula membaca memang tak boleh nak berhenti.. Novel ini dikeluarkan dengan dua cover dan dua penerbit.. Sha suka edisi terkini.. Nampak lebih serasi dengan isi yang disampaikan..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
 
Published March 2016 by Penerbit-X

 
 Published June 14th 2010 by PTS Fortuna Sdn Bhd
Read More

Home Made Sosej oleh Bedah Lip Lap

February 23, 2018
Home Made Sosej oleh Bedah Lip Lap
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sini Sha share resepi buatan sendiri sosej.. Resepi ini Sha dapat dari Facebook Bedah Lip Lap.. Sha share juga di sini untuk simpanan Sha dan tatapan pembaca.. Mana tahu ada yang mencari resepi ini.. Pada Sha resepi yang beliau buat ini agak mudah dan senang.. Cuma kesemptan belum ada untuk Sha cuba.. Kalau ada yang dah cuba, bolehlah share link di bahagian komen ye.. Buat korang yang ada di Melaka dan berdekatan dengan sis Bedah kita, bolehlah membuat pesanan makanan dengan beliau.. Wrap dan Sandwich beliau memang mendapat sambutan..

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=827466084080656&id=100004518167629
Kredit Gambar dari pos Facebook Bedah Lip Lap..
- Isi ayam bahagian dada
- bawang besar sebiji
- bawang putih
- sayur ikut suka (optional)
- sebiji telur
- garam
- lada sulah
- serbuk kari (optional)
- 2 sudu besar tepung ubi/tepung jagung *
Cara-caranya :
1. Blend kesemua bahan kecuali tepung.
2. Tuang dalam bekas, kemudian masukkan tepung ubi/tepung jagung.
3. Piping ke dalam plastik aiskrim atau apa saja bekas dan bentuk yang dimahukan.
4. Kukus dalam 20 minit.
5. Boleh makan terus atau kalau nak grill dan goreng selepas tu pun boleh juga.
Read More

Thursday, February 22, 2018

JUALAN GUDANG KARANGKRAF AWAL TAHUN 2018!

February 22, 2018
JUALAN GUDANG KARANGKRAF AWAL TAHUN 2018!
Assalamualaikum..
Hye semua..

Karangkraf kembali lagi dengan Jualan Gudang.. Bermula esok tau.. Jangan lupa pergi serbu.. Sha tak tahulah dapat pergi ke tak.. Hehehe..

Buku-buku dengan harga diskaun yang tak masuk akal! Ada buku yang berharga RM1, RM3 dan juga yang RM5.
.
BONUS! Anda juga berpeluang untuk dapatkan tandatangan, bergambar dan bertemu mesra bersama penulis-penulis terkenal dan bestseller yang kami bawakan.
.
Pastikan anda meluangkan masa untuk hadir ke pesta membeli belah novel, buku dan Al-Quran di JUALAN GUDANG KARANGKRAF AWAL TAHUN 2018 akan berlangsung selama 10 HARI.
.
BILA & DI MANA LOKASI??
================================
TARIKH: 23 FEBRUARI - 4 MAC 2018
LOKASI: KOMPLEKS KARANGKRAF, SHAH ALAM
MASA: 9.00 PAGI - 7.00 MALAM


Read More

Evolusi Si Nakal oleh Almar Nalea

February 22, 2018
Evolusi Si Nakal oleh Almar Nalea
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta mereka bermula saat Awin melihat pembunuhan berlaku di depan mata.. Sang hero datang menyelamatkan dirinya.. Firdee walaupun tegas namun bersikap pelindung.. sentiasa menyakat dan mengusik Awin.. Awin hidup dalam persembunyian dan dijaga Firdee.. Namun saat rasa sayang berputik, tragedi menimpa mereka.. Dugaan datang sekali lagi bila mana salah faham berlaku.. Memang menariklah.. Kesudahannya pun ohsem..

Sha baca pada 17.02.2018 dan selesai pada 18.02.2018..
(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Siri Novel Ringan Magic Bean

February 22, 2018
Siri Novel Ringan Magic Bean
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Siri Novel Ringan Magic Bean ini keluaran GempakStarz.. Sha mula berkenalan dengan siri ini melalui novel yang bertajuk Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? oleh Sharina Elisa.. Menarik sebagai bacaan santai.. Lagipun Sha minat juga penulis ini.. Tu yang cuba baca novel-novel tulisan beliau.. Kemudian Sha beli pula novel yang kedua bertajuk Buruan Imprint Buat Arviena oleh Natasha Najmin.. Yang ini Sha beli sebab cover dan sinopsis novel ini.. Nampak macam misteri dan menarik je.. Hehehe.. Kalau okay, bolehlah Sha buat koleksi.. Bertambahlah lagi buku-buku Sha..


 

Magic Bean Series
Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? by Sharina Elisa 
 Jangan Curi Lautan Cita-Cita Aku! by Jekyll Gyzma
Jom, Kita Cari Bahagia Kita! by Ana Hairuna
 Kau Simfoni Hatiku by Shahaini Zahar
 Sayang Kita Sampai Bila-bila! by Shahaini Zahar
 Oh, No! Jangan Cakap Aku Dah Jatuh Cinta... by Izzaty Razak
 Kirimkan Impian Aku Kepada Kau by Joi
Shh... Aku Tau Rahsia Korang by Jekyll Gyzma
Buruan Imprint Buat Arviena by Natasha Najmin

Boleh juga follow mereka di Facebook : https://www.facebook.com/SiriNovelRinganMagicBean/
Read More

Wednesday, February 21, 2018

Nescafe & Wonda Coffee

February 21, 2018
Nescafe & Wonda Coffee
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila sesekali dapat minum coffee, Sha pun memboronglah.. Sha dah kurang minum Coffee segera atau 3in1.. Nak kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.. Sesekali dapat peluang, memang tak beragaklah Sha membeli.. Macam manalah nak kurangkan gula tu ye.. hehehe...

 
Review Sha untuk Smoovlatte, sedap tak pekat sangat rasa coffee dia.. Smooth je.. Untuk Smoovlatte Mocha pula rasa dia macam berkacang sedikit.. Sedap juga.. Hehehe..

 
Review Sha untuk Wonda Mochaccino, sedap.. Rasanya yang memikat memang buat Sha rasa nak beli lagi.. Wonda Kopi Susu pula seumpama minum kopi susu di kedai.. Nak lagi umpph!! Kena sejukkan dulu.. memang best..
Read More

Dendam Cinta oleh Nurul Ain Syuhada

February 21, 2018
Dendam Cinta oleh Nurul Ain Syuhada
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini memang mengenai dendam.. Dendam akibat ditinggalkan hingga membuatkan heronya mencari semula heroin.. Demi membalas dendam, hero memaksa heroin berkahwin dengannya.. Perkahwinan yang terbina atas tiket dendam tapi dalam pada itu, mereka saling jatuh cinta.. Tapi masih ragu-ragu antara satu sama lain.. Dan komunikasi membantu hubungan mereka jadi lebih baik.. 

Sha baca pada 14.02.2018 dan selesa pada 16.02.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Wordless Wednesday #love

February 21, 2018
Wordless Wednesday #love

Tuesday, February 20, 2018

Intouchable / Untouchable (2015)

February 20, 2018
Intouchable / Untouchable (2015)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik.. Mengenai mereka-mereka yang punya kuasa istimewa.. Datangnya dari satu sumber tapi terpaksa dipisahkan demi melindungi tuannya yang satu.. Maka bermulalah permainan mendapatkan cap jari berdarah daripada kuasa yang terpisah untuk penyatuan semula.. Drama ini pendek je.. Dalam 10 ke 13 minit je setiap episod dan ada 10 episod.. Rasanya macam bersambung.. Tapi okaylah ditonton di waktu senggang.. hehehe..

Intouchable / Untouchable | CH Drama | Genres: Drama, Fantasy, Mystery, Romance, Vampire, Manga | Date aired: Jul 16, 2015 to Sep 17, 2015
Sipnosis : Tian Na is a normal high school girl until the school's most handsome guy, Jie, confesses to her. For their first date, Jie brings her to a space-time video store and suddenly disappears on their way home. Tina's necklace that she has been wearing since she was young also disappears, leaving Tina with only a card that says, "Game Start". In order to find Jie and her necklace, she goes on a journey under the guidance of Yu Zao Chuan, a man she found at the video store who claims to be her handsome deacon. He tells her, "In order to find Jie, you need to complete the contracts of 10 deacons."
Read More

Alexa Ranking #9

February 20, 2018
Alexa Ranking #9
Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah lama tak check, tadi Sha check.. Kikikiki... Jatuh tau.. Sadis je rasanya... Kenalah usaha lagi nak bagi naik balik..

Sebelum ini boleh tengok SINI..
Read More

Cerpen Seram Sihir oleh Illya Abdullah, Ninie Othman, SyaSya Bellyna

February 20, 2018
Cerpen Seram Sihir oleh Illya Abdullah, Ninie Othman, SyaSya Bellyna
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Dalam ini ada 3 cerpen mengenai sihir dari 3 penulis.. Kisah pertama bertajuk Serong oleh Illya Abdullah, kisah mengenaiperempuan yang tamak dan kejam.. Hanya kerana cintanya beralih arah.. Kejam juga.. Mujurlah sempat dirawat..

Kisah kedua pula bertajuk Sasau oleh Ninie Othman.. Hanya kerana kepandaian dan disenangi ramai orang, dirinya dihir menjadi Sasau.. Macam-macam perangai manusia ini.. Malang pada yang berniat jahat..

Kisah ketiga pula bertajuk Abadi oleh SyaSya Bellyna.. Kisah yang ini pada Sha agak sedih walaupun seram.. Hanya kerana anaknya terbuka hijab, bermacam cara dilakukan demi menghalang kelebihan si anak sehinggakan sanggup anak itu dishirkan.. Seram tapi sedih.. Huhuhu..

Ketiga-tiga cerpen pendek ini memberikan pengajaran kepada pembaca.. Sesungguhnya sifat tamak, dengki dan juga takut tidak patut membuat kita berpaling dari Allah.. Macam mana pun keadaan sepatutnya kita makin dekat dengan Allah..

Sha baca dan selesai pada 14.02.2018..

Read More

Black Panther (2018)

February 20, 2018
Black Panther (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dapat juga tengok filem ini di panggung.. Sha booking awal tiketnya, kebetulan jatuh hari pertama cuti sekolah.. Memang berpeluanglah nak menonton di wayang..

Pada Sha ceritanya walaupun cliche superhero tapi seronok ditonton.. Seragam yang dipakai oleh Hero dan juga penjahat memang ohsem sangat... Cantik tau.. Pemandangan dalam cerita ini pun cantik.. Suka watak adik hero.. Nakal dan bijak.. Owh ya, ending credit ada dua.. Sila tunggu sampai habis.. Berbaloi tau tunggu..


 
Dapat sampul duit raya bila beli tiket wayang Black Panther..
Read More

Monday, February 19, 2018

My Date

February 19, 2018
My Date
Assalamualaikum..
hye semua..

Semalam Sha keluar dating dengan encik suami.. Sambil-sambil tu singgah INTAN, Bukit Kiara.. Ambil buku sumbangan untuk Perpustakaan.. 

Disebabkan wayang main pukul 11.30 pagi, maka sempatlag singgah sarapan di Burger King R&R Sg. Buloh.. Modal tak banyak pun untuk dating berdua sekali sekala ini.. Minyak 15 liter (rm33.45), sarapan di Burger King (rm31.30 - Set Whooper Double & Set Beef Supreme Kingwich), Tiket wayang (rm21.00 - tempah online) dan lunch RM22.70 (set kenny rogers - makan kat umah dengan anak-anak).. 

Dengan mintak 15 liter tu, Sha ke INTAN, Bukit Kiara dulu.. Ambil buku.. Kemudian baru gerak ke R&R Sg. Buloh untuk sarapan.. Lepas tu baru ke Aeon Rawang untuk tengok wayang.. Owh ya.. Sempatlah membeli sebuah novel remaja keluaran GempakStarz..

 
Beza berger Encik Suami dan Sha..
 
 
 Nie set breakfast Sha.. Sha suka salad dan berger tu.. Kenyang sampai ke petang.. Hehehe..

 
 Yang ini Sha tebus kupo petronas (boleh baca SINI) Beli satu set, percuma satu set lagi..
Sedap juga.. 

 

 
Novel remaja Gempakstarz yang Sha beli..
Read More

Whispers from a Crime Scene / Higanbana - Keishicho Sosa Nana ka (2016)

February 19, 2018
Whispers from a Crime Scene / Higanbana - Keishicho Sosa Nana ka (2016)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan drama Jepun pula.. Drama ini ada 10 episod sahaja.. yang paling best, watak utamanya wanita.. Drama ini mengenai 5 polis wanita yang diletakkan dibawah division baru yang dipanggil Higanbana (A flower with a poison root).. Kelima-lima ditektif wanita ini punya kepakaran atau kebolehan yang sangat bagus dalam bidang masing-masing.. Detektif Kinomiya Nagisa adalah ahli Higanbana, beliau mempunyai keupayaan istimewa untuk mengesan niat penjenayah.. Dengan dibantu rakan-rakan yang lain mereka berkerjasama menyelesaikan setiap jenayah yang berlaku.. Dalam pada itu, ada satu wartawan lelaki yang selalu mengekori detektif Kinomiya.. Siapa wartawan itu?? Apa kaitan beliau dengan Kinomiya..? Kenalah tengok drama ini..

Sha suka drama penyiasatan macam ini.. Ada misteri, penyiasatan dan penyelesaian.. Memang kegemaran Sha lah..


Whispers from a Crime Scene/Higanbana - Keishicho Sosa Nana ka (2016) JDrama | 10 Episodes | 2016 | Genres: Crime, Drama, Detective, Investigation
Sipnosis : Nagisa Kinomiya (Maki Horikita) is a detective for the 7 Investigation Division. The team consists of female detectives and they seek out female criminals and to help female victims. Nagisa Kinomiya has a special ability to hear the mind's of others. To shutout other people's emotions, she wears a headset, but, when working on a case, she uses her special ability. At crime scenes, Nagisa Kinomiya can hear the left behind voicesof criminals and victims.
Read More

Tisu Lembap Antibakteria Aiken

February 19, 2018
Tisu Lembap Antibakteria Aiken
Assalamualaikum..
hye semua..

Produk yang ini memang kesukaan Sha untuk sentiasa ada, sama ada di rumah, dalam tas tangan mahupun di dalam kereta.. Pelbagai jenis yang Sha guna bermula dari ada baby sehinggalah anak Sha dah besar.. Tisu lembap ini memang satu keperluan yang wajib dan kena sentiasa ada walaupun anak-anak dah besar..

Kini jenama AIKEN mengeluarkan tisu lembap antibakteria dengan dua kegunaan iaitu perlindungan ekstra dan pelembapan ekstra.. Memang menjadi kesukaan Sha lah.. Tambahan pula warna bungkusan tisu tu menawan.. Hijau dan Oren.. Saiznya pun mudah untuk diselit dalam beg tangan.. Tisu lembap ini boleh dipelbagai gunakan.. Tu yang Sha suka.. Bila ada extra perlindungan lagilah bagus, ye tak..

 
BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

 
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

 
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara..

Read More