Shoplinks.Asia

Thursday, June 22, 2017

Birthday Nur Amani #7

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sambut birthday Nur amani..
Amani dah siap-siap request nak kek sama macam adik..
Mujurlah orang yang buat kek tu masih terima order..
Kek Cheese dia memang sedap..
selain kek Amani request nak mainan doktor-doktor..
Ajak pergi kedai RM2 untuk beli mainan..
Mainan tu nanti dulu..
On the way nak balik kampung kot baru singgah..
Takpun masa perjalanan balik dari kampung ke rumah..
sebab kedai tu bukan dalam laluan harian..
Kenalah Amani bersabar.. Hehehe..

Besar dah Amani..
Dah sekolah.. Dah mula belajar puasa dan solat..
Rasa macam baru je semalam Amani keluar dari perut Sha..
Bila tengok Amani dah pandai pilih baju apa nak pakai..
Dah mula bertudung dan ikut ayah pergi masjid..
Terasa tuanya Sha.. Hahaha..
Begitulah kita punya cycle kan..
Anak-anak makin besar..
Kita makin tua..

Membaca di Wattpad #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jun ini sha kurang membaca buku fizikal..
Kekangan masa dan keterlupaan membubuh buku dalam beg tangan..
Jadinya Sha membaca di Wattpad..

Ada satu karya yang Sha baca hasil tulisan Blogger Mai..
Best tau karya beliau tu.. Tajuknya Izinkan Aku Bahagia..
Kalau korang nak baca boleh Follow beliau kat SINI.
Sha bagi 4 bintang untuk karya beliau ini..
Kalau beliau kembangkan dan jadikan Novel bercetak, Sha beli..
Ceritanya sangat menarik mengenai seorang budak bernama Aqif..
Perjalanan hidup Aqif bersama emaknya..
Berjayakah Aqif mengecap kebahagiaan dan meraih kasih sayang emaknya..
Kenalah baca..

ebook kedua yang Sha baca bertajuk Dendam, tapi yang ini macam tergantung..
Penulis dia tak update.. Huhuhu..
Best gak cerita ini.. Kisahnya agak misteri dan seram jugalah..
Ada pontianak dan gangguan..
Tapi berhenti sampai bab 10 je.. sedih.. hehehe

Wattpad ini pilihan lain Sha untuk membaca..
Kena pandai cari cerita yang dah complete..
Ada sesetengah tu memang penulis tak habiskan sebab nak dibukukan..
Ada juga yang buat sampai habis..

Nanti Sha update lagi ye..

Rezeki Ramadhan #4

Assalamualaikum..
Hye semua..


Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan ini..
Ada orang belanja Sha buku..
Bukan satu tapi empat buah tau..
Memang buku Rayalah..
Sampai pada 20.06.2017..
Buku-buku ini, memang Sha aim nak beli..
Bila ada yang sudi nak belanja, bersyukur sangat Sha..
Semua ini buku baru keluaran Buku Prima..
Ada seram dan thriller..
Walaupun Sha puasa membeli bulan ini, tapi bila ada orang offer takkan nak lepaskan..
Haruslah diterima dengan hati dan tangan terbuka.. Ye tak..
Sha doakan semoga makin murah rezeki orang yang belanja Sha buku ini.. Aamiin.. Aamiin..

Klimaks oleh Helmi Effendy
Projek Seram Pokok oleh Ebriza Aminnudin, Aziah Zainal dan Syasya Bellyna
Marina oleh Saidee Nor Azam
Novel oleh Ebriza Aminnudin

Whisper (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok drama ini separuh jalan je..
Sampai episod tiga..
Mood ke laut.. Tak pastilah kenapa..
Tapi dari episod first lagi Sha dah tak boleh nak follow..
Gigih jugalah nengok, sebab kadang-kadang episod 1 tak best..
Masuk episod dua baru best..
Tapi sampai episod 4 tak berapa ngam dengan Sha..
Terus stop dan tengok drama lain..
Korang ada yang tengok drama ini? Boleh komen ye..

Shin Young-Joo (Lee Bo-Young) is a female detective with charisma and Lee Dong-Joon is a righteous judge. They uncover corruption at the nation's biggest law firm Taebaek

Wednesday, June 21, 2017

Hadiah Top Commentor Mei-Jun 2017 di Blog Starlavenderluna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadiah Top Commentor Mei-Jun 2017 di Blog Starlavenderluna dah sampai..
Hadiah sampai pada 20.06.2017..
Teruja Sha buka bungkusan..
Ada Lipstik dan juga nota dari Shikin..
Sha doakan semoga makin murah rezeki Shikin.. Aamiin..

Hadiah dan Nota..

Dual colour.. My feveret kaler pula tu..
Red & Pink..

Terus pakai and selfie.. Hehehe..
Lama tak berlipstik..

Rezeki Ramadhan #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Murah sungguh rezeki bulan Ramadhan ini.. Isnin (19.06.2017) ari tu ada kengkawan bagi kuih raya dekat Sha.. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki yang memberi..

Ini cikgu sekolah Pasti yang bagi.. Comel betul kuih rayanya.. hehehe..

Yang ini pula kawan opis bagi.. Kawan Sha nie memang rajin baking-baking ini.. Kadang-kadang dia bawa brownies la, kek la, cookies la.. Jamu kami kat opis.. 

Membaca di Wattpad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom membaca..
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Selain dari buku yang boleh dipegang..
Sha juga membaca di Portal Ilham dan Wattpad..
Selalunya bila lupa bubuh buku dalam handbag..
Pastu kena menunggu.. Memang nak membaca..
Cara paling mudah scroll kat Ilham or Wattpad lah..
Apps ini memang ada dekat handphone Sha..
Boleh juga di baca di komputer tau..
So ikut koranglah.. Sha fail download e-book..
So Sha guna dua apps ini..

Paparan yang Sha share kat sini dari komputer..
Kalau dekat hp, dia lain sikit je..

Ini page depan dia..
Boleh guna Facebook, Google or daftar dengan email..

Bila dah login, bolehlah browse nak baca genre apa..

Ini bila Sha pilih genre Myster/Thriller

Boleh juga cari dengan menggunakan nama..
Macam yang ini, Sha search menggunakan nama Anna Lee..

Bila kita klik Anna Lee yang kita nak, paparan mengenai page Anna Lee akan keluar serta karya beliau.. so boleh klik tajuk untuk baca..

 
Ini paparan profile kita..

Ini pula paparan buku yang kita save dekat library..
Nampak tak line hijau dekat bawah gambar tu.. 
Itu penanda kita dah baca sampai mana..

Bila kita voted buku yang kita baca, Wattpad akan paparkan buku yang seakan-akan yang kita voted tu... So bolehlah pilih..

Bila nak baca, anda cuma perlu klik tajuk..
Kemudian akan keluar paparan macam dalam gambar diatas..
Klik perkataan read tu..

Kalau nak save dekat library klik tanda + yang ada dekat atas belah kanan tu..
Nanti dia keluar nak save dekat mana..

Mudah je kan..
Dekat Wattpad ini ada macam-macam jenis buku..
Sebagai pembaca, anda kenalah bijak memilih...
Buku BM, Buku BI..
Buku tak senonoh pun ada..

Wordless Wednesday #Ramadhan


Tuesday, June 20, 2017

Amani & Puasa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tulis entry ini untuk kenangan Amani dan juga Sha..
Alhamdulillah tahun ini tahun pertama Amani mula berpuasa..
Amani sendiri yang request nak puasa..
tiada paksaan atau suruhan dari kami..
Dua minggu sebelum puasa lagi Amani dah excited..

Jadinya bila mula puasa memang Sha akan suruh Amani tidur awal..
Senang nak bangunkan dia sahur..
Tapi tu lah.. Menu feveret dia Telur mata, kicap dengan nasi..
Kalau tukar pun ayam goreng, nasi dengan kicap..
Sesekali Sha buat nasi goreng, dia terpaksa makan..

Adalah beberapa hari yang Amani tinggal puasa..
Sha pun tak adalah nak suruh dia puasa penuh..
Ikut kemampuan dia..
Tak puasa ini pun sebab godaan Imani..
Imani ni boleh tahan nakal juga nyakat kakak dia..
Kadang saja je dia sua airlah.. Rotilah..
Manalah kakak nak tahan.. Hehehe..
 
Semoga Amani akan terus berpuasa untk tahun-tahun yang akan datang..
Aamiin.. Aamiin..
 
 
Muka baru bangun tidur, pastu kena makan.. Hehehe

Roti John Tornedo di Bazaar Behrang 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

First time nampak roti John cengginie..
Mengancam dan penuh isi..
Berbaloi dengan harganya..
Ayam/daging RM7
Kambing pula RM10
Sha cuba daging.. RM7
Banyak gak isi dia..
Dah nak ujung-ujung Ramadhan ini, rasa macam nak cuba makanan yang ohsem-ohsem pula.. 

Bungkusan yang ohsem..
Since 2015 tu..

Isi dalam dia..

Nampak tak sos dan ketulan daging tu..
Memang meriah dan berbaloilah dengan harga.. Sha mampu makan separuh je..
Pastu kenyang.. hahaha..

Cinta Seorang Kekasih oleh Elee Mardiana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini tak banyak sangat masa nak membaca..
Mood membaca ke laut je..
Ini pun jenuh nak habiskan..
Kisah mengenai kehidupan Nadia dari zaman sekolah hinggalah berkahwin..
Suka suka zaman sekolah..
Persahabatan dan permasalahan remaja..
Usaha meningkatkan kemajuan diri dan menggapai impian..
Ada juga diselitkan konflik keluarga dan gangguan yang nampak remeh tapi sebenarnya bahaya..
Isu aib orang jangan disebarkan dan ada sesetengah perkara memang perlu dilaporkan kepada polis..

Sha baca pada 17.06.2017 dan selesai pada 18.06.2017..

A Bit About Me

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja suka-suka try game ini..
Ada sedikit yang sama dengan kerekter Sha..

Kadang-kadang berwarna warni.. Tapi boleh juga jadi hitam dan putih..

Monday, June 19, 2017

Bila Anak Dara Shopping Kasut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa anak-anak cari kasut raya..
Masing-masing nak pakai kasut..
Jenuh juga nak memilih..
Masing-masing dah ada pilihan sendiri..
Bila Sha atau suami pilih, muncung je memasing..
Bila disuruh pilih sendiri, kemain dia punya senyum..

Besar dah anak-anak dara Sha ini..
Terasa makin berumur Sha.. hehehe..

Kasut pilihan Amani pula wedges..
Kakak dah pandai melaram.. hehehe..

Kasut pilihan Imani..
Imani pilih yang flat je..
Dengan stoking Hello Kitty..

House of the Disappeared

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang suspen..
Mula tu ingat cerita hantu..
Tapi bila tengok sampai habis..
Filem ini lebih pada suspen dan fenomena pelik..

Mengisahkan seorang perempuan yang kehilangan anak, suaminya dibunuh dan dia dituduh melakukannya..
Bila tengok memang pelakunya sangat misteri..
Serta menyeramkan.. Bila sampai ke hujung, barulah tahu siapa pelakunya..
Rumah itu sendiri memang misteri..
Seorang paderi berjaya membongkar misteri rumah itu..

Setiap 25 tahun pasti berlaku kehilangan dalam rumah tu..
Satu keluarga Jepun..
Seorang perempuan dan dua anaknya..
Dan yang terbaru anak perempuan tu..
Kemanakah agaknya mereka menghilang..
Kenalah tengok filem ini sampai habis..

#Quran Hour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Majlis Quran Hour masuk tahun kedua. Pasti kita semua pun tahu kehebatan Al Quran dan tidak mahu ketinggalan. Betul kan!
3 hari lagi Malaysia #QuranHour jom kita share kepada semua #sahabatQuran supaya tersebar kebaikan keseluruh alam‬
Ada rezeki semuga usaha kita dapat redha ALLAH di malam #Lailatulqadr

Jom Balik Raya : Ramadhan Raya Blogger Contest

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tinggal tak lama je lagi nak rayakan..
Raya kat mana??

Sha macam biasa akan balik ke Kampung Gajah terlebih dahulu..
Kemudian baru ke Ayer Tawar..

Selalunya bila nak balik kampung ini, macam-macam nak kena prepare..
Baju anak-anak, Baju suami dan baju Sha..
Kuih raya untuk Mak mertua dan juga Ayah Sha..
Goodies untuk anak-anak makan dalam kereta..
Duit raya untuk anak buah..
Kelengkapan peribadi dan my books.. Hehehe.. Sempat lagi tu..

Untuk memastikan perjalanan balik ke Kampung lancar,
Maka jomlah shopping dulu di Lazada..


http://www.lazada.com.my/travel-star-230-cross-design-hard-case-luggage-set-2024-inchesmaroon-free-passport-holder-17144173.html?spm=a2o4k.campaign-1242.0.0.IvCFJj&ff=1&sc=IdoE 
Beg untuk baju-baju kami

http://www.lazada.com.my/bagstationz-premium-lightweight-and-water-resistantmulti-compartment-bag-in-bag-organizer-navy-blue-12289725.html?spm=a2o4k.campaign-1242.0.0.IvCFJj&ff=1&sc=IdoE 
Ini beg peribadi untuk buku dan juga Tab Sha..
Senang nak update blog nanti.. Hehehe..
 
http://www.lazada.com.my/milo-stick-energy-cube-25stick-100cubes-27136730.html?spm=a2o4k.multiple-campaigns.0.0.RAeDxr&ff=1 
Ini untuk jamu anak-anak kecil yang datang beraya..

http://www.lazada.com.my/blue-ribbon-hari-raya-gift-box-27773398.html?spm=a2o4k.multiple-campaigns.0.0.8MhYsb&ff=1
http://www.lazada.com.my/fn-cordial-2l-grape-29666015.html?spm=a2o4k.multiple-campaigns.0.0.RAeDxr&ff=1 
http://www.lazada.com.my/chocolate-chip-cookies-180g-12073751.html?spm=a2o4k.multiple-campaigns.0.0.e8BqkP&ff=1
Yang tiga ini pula khas untuk Mak mertua dan Ayah tersayang...
Mudahlah nanti nak jamu tetamu yang datang beraya..

Korang pun nak shopping dekat Lazada? Klik je banner kat bawah ini..
Dengan diskaun sehingga 90%, jangan tunggu lagi..
http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/?offer_id=493&affiliate_id=5003&offer_name=MY+-+PB+Data-feed&affiliate_name=Involve+Asia+Technologies+Sdn+Bhd&transaction_id=10275e28e79ff322e9b0bc9f9eeeb5&aff_source=11528
Buat blogger, jangan lupa joint ye.. Ini minggu terakhir..

Sunday, June 18, 2017

Laporan Kemajuan Sekolah Pertengahan Tahun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (17.06.2017) sekolah Amani buat ganti sekolah sebab Jumaat (23.06.2017) cuti..
Tapi tak belajar pun..
Kebanyakkan sekolah rendah buat sesi mak bapa tengok laporan kemajuan anak..
Sha pergi dalam pukul 8..
Cikgu tunjukkan keputusan, Sha tandatangan..
Alhamdulillah Amani okay dalam kelas..
Main tu adalah juga tapi biasanya mendengar kata..
Teruja pula bila melalui semua ini..
First time kan..

Amani kena banyak buat latihan..
Sebab ada sedikit penurunan..
Terutama sekali matematik..
Subjek Agama dia okay..
Lepas tandatangan laporan kemajuan dah boleh balik..
Bukannya belajar pun..
Tapi sekolah menegah belajar macam biasa..

Alexa Ranking #4

Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari tu check Alexa..
Sedih sebab menurun rankingnya..
Boleh tekan SINI.
Tapi Ahad (18.06.2017) Sha check menaik semula..
Alhamdulillah.. makin bagus..
Kena tingkatkan usaha nie...

Yeah!! Ada peningkatan..



SGShop : Sending To Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki dari 3 GA SgShop..
Sha gunakan credit tu untuk beli barang dan bayar kos penghantaran..
Yang paling mahal dah tentulah rak buku..
Hehehe.. Tapi berbaloilah..
Tak sabar nak susun buku dekat rak..
Sha check hari Ahad (18.06.2017) bungkusan dah dalam perjalanan ke Malaysia..

Memula nak bayar kos penghantaran ke Malaysia tu pening juga..
Sha muskil sangat kenapa dia tak terima poskod yang Sha masukkan..
Rupanya bila Sha tengok balik.. Hehehe.. Sha yang salah..
Dekat pilihan tempat tu, tak ada Behrang..
So Sha kena pilih Tanjung Malim.. So poskodnya Tanjung Malim lah..
Tapi pandai sangat, pergi bubuh poskod Behrang..
Memang kena rejectlah.. Hahaha..
Mohon SGShop tambah Behrang ye dalam pilihan tempat tu..

Tak sabar nak terima ini..

Fisioterapi Pinggang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang ada masalah dekat bahagian pinggang dan tulang punggung..
Kebetulan bulan dua hari tu Sha jatuh motor..
Lepas tu kena buat fisioterapi untuk lutut..
Lutut dah okay tapi pinggang pula sakit..
Teruk juga kali ini.. Sebelum ini pun ada juga sakit..

Cuma kali ini berlarutan lama sangat..
Dekat seminggu jugalah sakit berdenyut-denyut..
Tak tahan, Sha pergi klinik untuk cucuk tahan sakit..
Doktor suruh X-Ray dulu.. Risau patah or retak..
Alhamdulillah, tak ada apa..
Jadinya doktor tulis surat rujukan ke bahagian fisioterapi..
Lepas tu dapat cucuk tahan sakit..
Tak sampai 10 minit, sakit pun lega..
Malam tidur lena.. hehehe..

First fisioterapi Sha pada 29.05.2017..
Rawatan sama macam masa fisio lutut..
Terapi menggunakan hotpad, elektrik, kayuh basikal dan juga senaman..

Kali kedua pula pada 15.06.2017..
Kali ini ada kelainan sikit..
Sha mulakan rawatan dengan hotpad selama 15 minit..
Lepas tu, dalam keadaan menerap, doktor tu tekan/urut belakang pinggang Sha..
Pergh!!! Kena kat tempat yang sakit memang rasa macam nak menjerit...
5 minit juga dia urut.. Lepas tu baru letak terapi elektrik..
Memang legalah lepas tu.. Serius best..
Last sekali Sha buat kayuhan basikal..
Berpeluh-peluh kali ini sebab kayuh guna mod lost weight... Lega..
Next fisio lepas raya..

Express Kad Raya GA by Nina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Giveaway ekspress by Nina nie..
Jomle joint..

GA bersiaran dari 16 - 18 Jun 2017 (6 PM)

The Cartieca Giveaway#2

Assalamualaikum..
Hadiahnya lumayan you alls..
10 pemenang dicari..


Cantik-cantik okay tudungnya..
Geram Sha nengoknya..








Keputusan akan diumumkan pada 20 Jun 2017.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI