Saturday, December 30, 2017

Cinta Paling Agung oleh Umie Nadzimah

Assalamualaikum..
hye semua..

Novel ini Sha ambil masa dua hari untuk habiskan.. Sebab agak berat juga topik yang dibawakan oleh penulis.. Hubungan suami isteri yang hambar.. Kedatangan orang ketiga dan usaha isteri dalam menambat semula hati suami..

Kisah yang dipaparkan penulis memang sangat menarik.. Perubahan sikap seorang suami yang kononnya mencari kebahagaian.. Namun tanpa sedar telah merosakkan hati isteri.. sedangkan tanggungjawabnya sebagai suami tidak dilaksanakan.. Memang memberi kesan novel ini.. seronok baca usaha seorang isteri dalam memikat hati suami.. Setelah pelbagai cara digunakan namun tak berjaya sehinggalah bertemu dengan lawannya.. Dari situ timbul kesedaran untuk berubah dan kembali kepada Allah.. dan semuanya memberikan kebahagian pada si isteri..

Ada beberapa petikan yang Sha suka dalam novel ini:-
"Aku terima nikahnya itu.. Maksud tersiratnya ialah aku tanggung dosa-dosa isterimu dari kedua-dua orang tuanya, apa sahaja dosa yang mereka buat, bukan menjadi tanggungjawab orang tuanya lagi dan kamu juga akan menanggung dosa anak-anakmu"

" Akulah orang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah lahir dan batin, memberinya ilmu dunia dan akhirat dan juga memegang tangannya bersama-sama berlari bertemu-Mu, Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawab, maka aku menjadi suami yang gagal dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan menyeksa aku hingga pecah hancur badanku"

"Akad nikah itu bukan cuma perjanjian aku dengan si isteri dan kedua-dua orang tua isteri kamu tetapi juga perjanjian dengan Tuhan."

Perkahwinan bukanlah satu percubaan tapi satu tanggungjawab..

Sha baca novel ini pada 26.12.2017 dan selesai pada 27.12.2017

5 comments:

  1. Memang best ceritaa ni! Jarang nak minat novel ni, sebab malas nak membaca.

    ReplyDelete
  2. Best. Cerita ini memang best :)

    ReplyDelete
  3. GV belum pernah baca novel ini lagi kak. Tapi GV setuju, isu perkahwinan adalah isu yang sangat serius. Akad nikah tu bukan setakat sah menikah, tetapi tanggungjawab ketua keluarga tu paling utama dan penting. GV yakin novel ni mesti bagus. :)

    ReplyDelete
  4. bestnya..tnggjwb itu sgt berat

    ReplyDelete
  5. macam best~ harrap nanti dibuat drama hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com