Thursday, December 14, 2017

Buku Paling Rare

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah berusaha mencari, akhirnya Sha berjaya juga dapatkan novel cetakan terhad ini.. Kebetulan joint group WhatsApp yang bercerita pasal buku.. Memang rezeki yang tak disangkalah.. Cetakan pertama (Julai 2014) dalam 1000 atau lebih, Sha tak pasti.. (Masih menunggu jawapan dari Admin group Ramlee Awang Murshid Fan Club).. Nanti Sha update.. Buku Mitos Cetakan Kedua (Ogos 2014) hanya 750 naskah sahaja..

Kebetulan masa mereka tengah sembang pasal mitos ini Sha tengah membaca..
Terus Sha mesej dekat pemilik tu kata Sha nak..

Alhamdulillah.. Berjaya juga urusan membeli Mitos..

 
 Buku Sampai pada 13.12.2017 tapi Sha tak sempat ambil.. Buku yang dekat tangan Sha ini Edisi Koleksi - Cetakan Pertama Julai 2014... Memang Rare sangat tau..

Sinopsis Mitos oleh Ramlee Awang Murshid - Permusuhan antara dua jurai keturunan sejak zaman berzaman dari Jambi hingga ke Malaysia tidak pernah berakhir. Dua guliran baka yang wujud di Nusantara sentiasa berdendam. Misteri pembunuhan perompak di Kuala Lumpur rupanya menggamit perhatian.

Kehilangan Haikal penuh misteri terselit rahsia yang tidak terungkai. Kepulangan yang dinanti memberi seribu hikmah. Juga cinta Haikal kepada Umairah akhirnya terhalang. Haji Daud dan Dato' Adib terpaksa bersemuka dengan Asmiah dan Zamberi.

Inspektor Zaheran berusaha untuk merungkai kes tetapi tidak mendapat sokongan penuh ASP Kamarul. Begitu juga dengan Azizi yang tidak mahu membantu.

Apakah dendam yang tersemai akan terlerai? Adakah peperangan akan berlaku lagi? Siapakah pihak yang berdendam? Mengapa cinta antara Haikal dan Umairah terhalang? Dapatkah Inspektor Zaheran menjalankan tugasnya?

Mitos bukan sekadar dongengan pasca-idealis, tetapi menyajikan jawapan kepada yang mencari. Garapan dan sentuhan Ramlee Awang Murshid tidak pernah mengecewakan.
 
 
Buku ini diberi secara percuma kepada Sha..

11 comments:

  1. alhamdulilah dapat jugak ye

    ReplyDelete
  2. wahh..kemain payah nak dapat yer..tapi alhamdullilah akhirnya dapat juga...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, bertambah koleksi Sha. Karya-karya RAM memang best best!

    ReplyDelete
  4. Terbaik sis... rajin memabaca amalan baik....

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya belum baca la MItos ne

    ReplyDelete
  6. Wah.. Seronoknya.. Bila kita kumpul something, seronok bila dapat kan. Kepuasan diri tu

    ReplyDelete
  7. Ramai bagitau karya Ramlee Awang Mursyid ni mmg best & tak mengecewakan...

    ReplyDelete
  8. Salam shahida, saya pun berminat nak dptkan buku mitos. Kat mana boleh beli ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Buku ini dah tak dicetak.. kalau ada yang jual pun, harganya mahal..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com