Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini cerita baling belakang masa 31 Ogos hari tu..
Singgah makan tengah hari dulu dekat Itik Salai Masthar | Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.. Keseluruhan belanja makan dekat sini termasuk 2 air buah yang ditapau ialah RM70.. Pada Sha, lauk pauk dia okaylah dari segi rasa.. Masak lemaknya tak terlalu pedas.. Daging itik lembut.. Sayur kailan dia rangup.. Air buah dia memang berbaloilah terutama sekali jambu.. Tempak letak kereta pun banyak, meja untuk duduk pun banyak..
Menu Amani ayam goreng, nasi dan kuah sup.. Imani pula ambil kuah lemak pucuk manis dengan ikan keli goreng.. Sekali pandang memang nampak macam tak berkuah ja anak-anak ini makan..
Encik suami makan keli salai, ulam bendi dan sayur terung sambal.. Sha pula ambil itik salai dengan kailan ikan masin..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..