Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama tak menaip dan buat entry dekat blog ini.. InsyaAllah Sha akan kembali menaip.. Sha mulakan dengan ulasan buku dulu lah ye.. Nanti perlahan-lahan Sha naikkan entry sepanjang sebulan yang lepas.. Sha okay ja cuma 'lost' sekejap dalam emosi encik suami.. Kehilangan dan rutin yang biasa kami lalui selama 13 tahun akhirnya mula berubah..
Sejujurnya, buku ini memang berada dalam senarai nak baca Sha.. Alhamdulillah minggu ketiga bulan September, ada doktor yang mendermakan buku ini ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Rezeki Sha dan juga pengunjung lain..
Buku ini bermula dengan misi tujuh individu ke sebuah tembok purba di Banjaran Caucasus.. Cerita ini perlahan-lahan berubah menjadi semakin pelik dan mendebarkan.. Ada unsur thriller, misteri, sejarah, survival dan sedikit horror yang buat Sha rasa nak teruskan membaca sebab nak tahu apa sebenarnya yang berlaku..
Pendapat Sha, konsep cerita ini memang menarik dan agak berani.. Sha suka idea penulis yang menggabungkan kisah Yakjuj Makjuj dengan dunia moden.. Ada beberapa bahagian yang buat Sha terfikir, “Okay, yang ni memang lain macam.” 🤠Cuma bagi Sha, bahagian awal agak mengambil masa untuk cerita bergerak kerana pengenalan watak dan situasi watak yang agak panjang..
Tapi bila cerita dah mula masuk bahagian misteri dan kejadian pelik, Sha rasa lebih susah nak letak buku ni.. Ada beberapa bab yang berjaya buat Sha rasa seram sambil tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini..
Secara keseluruhannya, Sha suka konsep dan dunia yang dibina dalam buku ini.. Bukan bacaan yang santai-santai sangat, tapi kalau korang suka thriller, misteri dan cerita yang pelik serta penuh tanda tanya, boleh cuba baca buku ini..
Sha baca dan selesai pada 25.09.2026..
Published January 1, 2026 by Mahakarya


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..