December 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, December 13, 2018

Persiapan Sekolah Amani & 2019 #2

December 13, 2018
Persiapan Sekolah Amani & 2019 #2
Assalamualaikum..
Hye semua..

Persiapan yang seterusnya.. Untuk entry sebelum ini boleh tengok
Persiapan Sekolah Amani & Imani 2019
Persiapan Sekolah Amani & Imani 2019 #1

Walaupun ramai yang share dekat Tesco tengah ada jualan murah, Sha lebih suka beli online.. Sebabnya tak berkeperluan nak ke Tesco.. Paling dekat pun dekat Rawang.. Kalau kira duit minyak semua memang tak berbaloi.. Lainlah kalau memang nak ke Rawang sebab ada urusan lain.. Jadinya Sha survey dekat Shopee je.. Lazada pun mahal.. dan tak banyak pilihan.. Sha beli pensil box, pensil, pemadan dan pensil warna secara bundle.. Pembaris masih ada stock lagi.. Sha beli di penjual yang berlainan.. Ada yang kena caj pos, ada yang tak.. Sha beli barang-barang ini pada 22.11.2018.. Ada yang sampai awal dan ada yang sampai lambat..

Alat Tulis yang Sha beli di Shopee ialah
Pensil Warna (12pcs - panjang) - 10
Pensil warna (36pcs) - 2
Pemadam (50pcs) - 1 kotak
Pensil (12pcs) - 12 kotak
Pencil Sharpener - 1pcs
Coin Purse - 3
Pensil case - 8

Yang ini Sha beli dengan harga RM54.20 tapi Sha hanya bayar RM51.91 sebab redeem shopee coin RM1.29 dan voucher RM1.. Manakala untuk postage Sha dapat Free sebab pembelian melebihi RM30.. Barang sampai pada 24.11.2018.. Terbaik penjual ini.. Pembukusan barang pun bagus..
Pensil (12pcs) - 12 kotak (RM29.30)
Pencil Sharpener - 1pcs (RM24.90)

Pensil warna Stabilo (12pcs) 10 kotak RM39
Pensil warna Luna (36pcs) 2 kotak RM26
Pemadam Stabilo 50pcs RM7.50
Free shipping dan redeem shopee coin RM1.87..

Ini yang paling lama kena tunggu.. Sha tak perasan masa order tu, barang ini dari China.. Order pada 22.11.2018 dan barang sampai pada 10.12.2018.. Lama menunggu.. Dah lah lambat, lepas tu tak cukup pula.. sabar jelah..
Coin Purse - 3
Pensil case - 7 je.. sepatutnya 8.. 
Read More

Wednesday, December 12, 2018

Drama Festival 2013: Rebellious (2013)

December 12, 2018
Drama Festival 2013: Rebellious (2013)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini bukanlah drama bersiri.. satu episod je dah habis.. Cuma berepisod sebab dibuat untuk Drama Festival oleh MBC.. Ada 10 episod dengan tema yang berbeza-beza.. Episod 1 Sha tak tengok.. Tak berapa minat.. Yang Sha tengok ini Episod 2.. Drama zaman Joseon.. Sha suka tengok drama lama ini sebab pakaian dia.. Hehehe..

 MBC 2013 Drama Festival | Kdrama Special | 10 Episodes | 

EPISODE 2 : Unrest @ Rebellious | Genre: Period, mystery, political, action |

Review Sha: Drama ini menarik.. Kisah Joon Kyung yang ditindas sebab dia anak gundik.. Kira anak yang tak diiktiraflah.. Dia tak dibenarkan belajar dan selalu dibuli sampailah ada satu cikgu ini ajar dan ajak dia joint group pemberontak.. Bila dia dah besar, dia jadi pegawai kerajaan dan dalam masa yang sama bantu cikgu dia merancang untuk menggulingkan raja.. Namun semuanya berubah kerana satu mayat perempuan yang dijumpai dihutan.. Satu kebenaran yang pahit di sebalik kumpulan pemberontak terbongkar.. Peristiwa yang menyakitkan hati Joon Kyung.. Nak tahu kenapa?? Kenalah tengok drama ini.. Sha tengok online je..
Read More

Segmen Bloglist " THE LITTLE FELLA'S"

December 12, 2018
Segmen Bloglist " THE LITTLE FELLA'S"

100 Hari Mengenal Cinta oleh Syu Ariani

December 12, 2018
100 Hari Mengenal Cinta oleh Syu Ariani
Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku seterusnya untuk bulan Disember.. Koleksi Sha sendiri ini.. Berselang seli Sha membaca, lepas seram, Cinta.. Lepas tu seram balik.. Gigih ini nak susutkan jumlah buku yang perlu dibaca.. Hahaha..

Sha ada baca buku penulis yang sama bertajuk Aku Ada.. Aku Ada adalah buku kedua beliau.. Buku 100 Hari Mengenal Cinta ini pula buku pertama beliau.. Buku Aku Ada lebih pada seram cinta, 100 Hari Mengenal Cinta pula lebih tertumpu sepenuhnya pada genre cinta.. Buku ini pun Sha beli terus dengan penulis bersama satu lagi buku terbaru beliau bertajuk Anastasia.. Boleh tengok SINI..

Buku ini mengisahkan Airina yang dipermainkan oleh adik dan tunangnya.. Disaat lagi berapa hari sahaja majlis Airina akan berlangsung, satu kejadian tidak terduga berlaku.. Maka berkahwinlah Airina dengan Hazizul.. Perkahwinan yang pada mulanya diberi tempoh 100 hari untuk saling mengenali namun perasaan wujud antara mereka tanpa disedari.. Syida adik kepada Airina diburu rasa bersalah dan benci pada Airina, cuba untuk mengucar kacirkan hubungan Airina Hazizul.. Berjayakah Syida melaksanakan rancangan jahatnya akibat cemburu yang tak bermakna? Apakah kesudahan cerita cinta antara Airina dan Hazizul??

Buku yang menarik dan membawa tema percintaan lepas perkahwinan itu lebih bahagia dan halal dilalui bersama.. Penulis juga berjaya membawa tema kekeluargaan dan hubungan yang ikhlas pasti bahagia..

Sha baca pada 09.12.2018 dan selesai pada 10.12.2018

Read More

Massimo Diletto's: Blueberry Burst

December 12, 2018
Massimo Diletto's: Blueberry Burst
Assalamualaikum..
Hye semua..

Misi mencari Massimo Diletto's: Tangy Mango pula..

Sebelum ini Sha share pasal Massimo Diletto's: Dreamy Chcolate kan.. Kali ini nak share pasal Massimo Diletto's: Blueberry Burst pula.. Masih ada terjual di 7Eleven walaupun katanya Limited Edition sempena Mother's Day.. Sha tertarik nak beli sebab packaging dia.. Cantik sangat pada Sha.. Kalau coklat memang kegemaran Sha lah.. Tapi yang Blueberry ini sebab teringin nak rasa.. 

Packaging dia yang sangat sweet ini berjaya menarik Sha untuk membeli.. 

Keknya rasa coklat dengan bau blueberry.. Di bahagian tengah kek ada sos blueberry.. Kek yang ini bukan pilihan Sha.. Sebab kalau makan kek dia je tak berapa best.. Tapi bila gigit sekali dengan sos blueberry tu baru beat.. Tapi tu lah.. Sosnya sikit je.. kat tengah.. Huhuhu.. Sesekali makan okaylah.. Sha lebih suka coklat..
Read More

Tuesday, December 11, 2018

Rampant (2018)

December 11, 2018
Rampant (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..


Sha penakut.. Bukannya berani sangat pun.. Tapi memang suka baca novel seram.. Filem seram Sha hanya tengok Korean dan Jepun je.. Hahaha.. Sebab hantu dia jauh.. Tak boleh datang Malaysia.. 藍藍藍 Boleh gitu..

Baru ini Sha tengok Rampant lakonan Hyun Bin.. Sambil tengok, sambil pegang dada dan tutup muka.. hahaha.. Tapi nak tengok juga.. Okaylah.. Sama je debaran dia dengan Train to Busan.. Cuma Rampant ini best sebab dia buat zaman lama jadinya baju dia cantik-cantiklah.. Walaupun penuh darah.. kikiki..

Yang jahatnya Menteri Tentera dia.. Sebabkan gila kuasa, sanggup bagi rakyat dia bertukar jadi zombie @ "Night Demon".. Memang gilalah.. Mujurlah ada hero yang nakal tapi berjiwa rakyat.. hahaha.. Ayat tak boleh blah.. Dengan datangnya Hyun Bin @ Prince Lee Chung yang menjadi tawanan politik Qing bersama pembantu beliau dan bantuan Deok-Hee, Eul-ryoung serta seorang sami, mereka berjaya melawan zombie dan Menteri Tentera tu..

Memang habis terus lah filem ini.. Tak ada sambungan nengok gayanya.. Sesekali tengok zombie muncul di zaman lampau menarik gak.. hehehe..

RAMPANT @ OUTBREAK @ RAGE | 25 October 2018 | Action, zombie, period |
Lee Chung (Hyun-Bin) is a Prince of Joseon, but he has been taken hostage to the Qing Dynasty. He enjoys boozing, womanizing and gambling. He is also an excellent swordsman. His older brother Lee Young will succeed to the throne and brings Lee Chung to Joseon. He returns after more than 10 years. Soon, Lee Chung faces monsters that run rampant in the night.
Read More

Aku, Kau & Hantu oleh Artis-artis Komik-M

December 11, 2018
Aku, Kau & Hantu oleh Artis-artis Komik-M
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang ohsem dan menarik dibaca.. Kisah mengenai hantu yang dipaparkan di dalam komik ini bukanlah kisah hantu yang menyeramkan.. Sebaliknya kisah penuh sindiran dengan sikap manusia zaman sekarang.. Mesej dan pengajaran diselitkan bersama lawak jenaka sinis.. Sesuai dibaca semua umur..

Sha baca dan selesai pada 09.12.2018..

Sambil membaca kita makan spaghetti goreng..

9 tajuk dengan penyampaian yang berbeza..
Read More

Nestle Breakfast Cereals Box

December 11, 2018
Nestle Breakfast Cereals Box
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ada nampak orang post pasal Nestle Breakfast Cereals Box ini.. Tapi tak tahu dekat mana diorang isi sampai boleh dapat kotak bahagia ini.. Sampailah ada satu hari tu ternampak dekat timeline Facebook.. Ini link dia https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1198355903650102&id=194379614047741 Sha dapat kat sini lah.. Tapi tak pasti lah ada lagi ke tak.. Cuba jelah tau.. Tapi kena guna handphone tau..

Alhamdulillah.. Ada rezeki Sha.. Dapat juga 1 kotak yang membahagiakan ini..

Kotak sarapan yang membahagiakan..

Meriah isi dalam dia.. Ada misi terakhir yang perlu dilaksanakan.. Ambil gambar secara kreatif dan share di Facebook..

Isi dalam kotak ialah:
Koko Krunch 330g (1 kotak), 25g (2 kotak) dan 30g (6 pek)..
Koko Krunch Cereal bar 6 ketul..
Honey Star 330g (1 kotak) dan 25g (2 kotak)..
Milo 25g (2 kotak)
Read More

Monday, December 10, 2018

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

December 10, 2018
Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Shopping di Shopee #1

December 10, 2018
Shopping di Shopee #1
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bershopping lagi di Shopee.. Kali ini beli susu untuk Imani.. Selalu memang Sha beli pasaraya je.. Tapi kali ini bila survey harga susu mahal sangat.. Kebetulan tengah sale 12.12 kan.. Sha cubalah tengok di Shopee.. Yeah!! Harga berbaloi.. 4 pek cuma RM83.20, free postage dan percuma beg comel.. Memang terus bayarlahkan.. Beli pada 06.12.2018, susu sampai pada 08.12.2018.. Memang terbaiklah seller ini.. Packaging pun kemas.. Lepas ini beli online jelah.. Murah, cepat dan mudah...

4 pek susu.. Expired pada tahun 2020..

Percuma beg comel ini..
Read More

Bantuan Sara Hidup 2019

December 10, 2018
Bantuan Sara Hidup 2019
Assalamualaikum..
Hye semua..

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2019. Namun begitu tidak semua penerima BRIM layak menerima bantuan kali ini. Pendaftaran Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka pada bulan Januari 2019. Pengumum sah akan dibuat oleh kementerian kewangan negara.

Kerajaan akan terus memberikan bantuan dan menambah baik BSH 2019 kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar serta bergantung kepada saiz isi rumah. BSH juga menyediakan tambahan RM120 kepada penerima yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah.

Mereka yang layak mendapat BSH ialah:
1. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah - Jumlah BSH RM1000 + RM120/anak
2. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000 - Jumlah BSH RM750 + RM120/anak
3. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000 - Jumlah BSH RM500 + RM120/anak

(Jumlah kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiapa anak berumur 18 tahun kebawah namun ianya terhad kepada 4 orang anak kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka)

BSH 2019 diteruskan dengan tujuan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup walaupun ianya merupakan pemberian satu kali sahaja. Usaha ini bertujuan membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana sedikit sebanyak dapat menampung keperluan hidup yang semakin meningkat pada masa kini. Namun begitu diharapkan mereka yang menerima bantuan ini dapat merancang perbelanjaan dan menggunakan dengan sebaik-baiknya serta tidak membazirkan bantuan yang diberikan ini dengan perkara yang tidak berfaedah.


Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup 2019 boleh ke https://bantuansarahidup.my.
Read More

Pusaka oleh Ebriza Aminnudin

December 10, 2018
Pusaka oleh Ebriza Aminnudin
Assalamualaikum..
Hye semua..


Menyambung pembacaan, Sha memilih buku di rak sendiri.. Buku bertajuk Pusaka oleh Ebriza Aminnudin.. Kena susutkan sikit buku-buku yang belum dibaca supaya boleh ditambah yang baru..
Pusaka ini memang bikin Sha panas je.. Jenuh nak meneka siapa Atuk dan Nenek yang muncul mengganggu Ezra.. Geram dengan mak si Ezra pun satu hal.. Nak berahsia sampai menyusahkan anak sendiri.. Mujurlah Ezra tak putus asa dan dibantu orang-orang yang ada disekeliling beliau.. Namun bila balik ke Malaysia, misteri menjadi semakin rumit.. Pusaka berjaya ditemui namun Ezra terperangkap di masa silam.. Peristiwa lampau bermain semula dan semua misteri akhirnya terungkai.. Namun berjayakah Ezra kembali ke masa kini? Apakah Pusaka yang perlu Ezra selamatkan? Memang terbaiklah novel ini.. Owh ya.. Dihujung novel Pusaka, penulis menyelitkan sedikit mengenai Novel puaka, seolah-olah memberitahu akan ada sambungan.. Ada ke?? Kenalah tunggu ye tak..

Sha baca dan selesai pada 08.12.2018..

Read More

Sunday, December 9, 2018

Di Kala Cinta Terdetik oleh Ebriza Md. Aminnudin

December 09, 2018
Di Kala Cinta Terdetik oleh Ebriza Md. Aminnudin
Assalamualaikum..
Hye semua..


Novel yang menarik.. Tak rugi dibaca.. Walaupun tajuknya mengenai cinta namun penulis berjaya menyelitkan misteri dan aksi penyiasatan yang mendebarkan.. Memang teruja Sha membacanya.. Watak Ezmira sangat menarik.. Seorang yang lasak dan tidak mudah berputus asa.. Saat misteri menjelma di depan mata beliau berusaha merungkaikan misteri itu.. Tapi Ezmira kecundang dalam cinta.. Isyarat yang diberikan kepada Hezriq tidak difahami Hezriq.. Apakah misteri yang mengujakan Ezmira? Siapakah akhirnya di hati Ezmira? Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 07.12.2018..

Read More

Wall's Solero Split Mangga & Vanilla

December 09, 2018
Wall's Solero Split Mangga & Vanilla
Assalamualaikum..
Hye semua..


Disebabkan ternampak pos blogger Mama Tisya mengenai aiskrim ini, petang tu juga Sha gi cari.. Petronas tak ada.. 99Speedmart pun tak ada.. Sudahnya jumpa dekat 7Eleven.. Itupun dah tinggal 2 je.. Memang berbaloilah harga RM1.80 tu.. Puas hati Sha.. Sedap betul gabungan Mangga dan Vanilla tu..


Read More

Menang Giveaway #1 by YEASLMN

December 09, 2018
Menang Giveaway #1 by YEASLMN
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha Menang Giveaway #1 by YEASLMN.. Sha menang tudung.. Pengumuman pemenang boleh tengok di SINI.. Bertuah rupanya jadi peserta pertama ini.. Kikiki.. Terima kasih Yeaslmn sebab pilih Sha sebagai pemenang..

Jangan lupa terjah Blog Yeaslmn ye.. Klik SINI @ gamabr dibawah..


Read More

B Untuk Bunuh oleh Hazira Hanapi, Aman Wan

December 09, 2018
B Untuk Bunuh oleh Hazira Hanapi, Aman Wan
Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua dari siri Akademik Thriller.. Sebelum ini A Atau Mati oleh Aman Wan..

Allah.. Menakutkan betul novel ini.. Membunuh demi mendapatkan biasiswa.. Bila seorang pelajar yang dihimpit kemiskinan dan diejek rakan sekolah.. Syaitan pula menghasut maka kewarasan hilang dari akal.. Walaupun di didik dengan agama namun saat pilihan salah yang diteruskan maka kegelapan sahajalah yang mampu menjadi masa depan.. Saat kesedaran datang semuanya telah hilang..

Sangat menakutkan kalau ini realiti yang perlu dihadapi oleh anak-anak kita.. Usaha Sha untuk anak-anak ialah dengan menabung dan cuba memberikan pelajaran dan juga Agama.. semoga mereka tak tersalah pilih..

Sha baca dan selesai pada 07.12.2018..

Read More

Saturday, December 8, 2018

Siri Novel Akademik Thriller

December 08, 2018
Siri Novel Akademik Thriller
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share mengenai 2 buku dari siri ini yang Sha beli semasa sale di Bookcafe.. Boleh baca SINI.. Kali ini Sha nak share siri yang ada dalam Akademik Thriller ini.. Kesemuanya ada 4 tajuk setakat ini.. 2 Sha dah ada.. Tinggal nak beli lagi 2.. Kikiki.. Tunggu Slae lah baru beli.. kikiki.. Buat koleksi.. 

Tajuk-tajuknya ialah:-
B Untuk Bunuh oleh Hazira Hanapi, Aman Wan
C Untuk Culik oleh Fazla Idha, Azanil Fitri
D Macam Dajal oleh Haryani Kamilan, Azanil Fitri

Nak beli? Klik SINI..
Read More

A Atau Mati oleh Aman Wan

December 08, 2018
A Atau Mati oleh Aman Wan
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambung pembacaan.. Kali ini Sha pilih novel akademik thriller.. Novel ini memang menakitkan walaupun bukan thriller.. Bila guru tidak dihormati maka pelajar yang wujud adalah mereka yang tak berguna.. Mengundang kejadian jenayah di mana mana.. Bukan menjadi manusia sebaliknya menjadi sampah masyarakat.. Kes juvana juga menjadi-jadi hingga terciptanya hukuman yang mengerikan.. Manusia hilang kemanusiaannya bila dipaksa dan dikerah untuk menjadi yang terbaik.. Hasilnya wujudlah manusia yang patuh dan mengikut arahan.. Semoga ini tidak menjadi realiti.. Ngeri tau.. Dalam pada itu ada juga penulis menyentuh hubungan kekeluargaan, persahabatan dan juga pengorbanan..

Sha baca dan selesai pada 06.12.2018..

Read More

Room Laundering (2018)

December 08, 2018
Room Laundering (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..


Ingatkan ada Money Laundering je.. Rupanya Room Laundering pun ada..
Miko seorang perempuan yang boleh melihat hantu.. Beliau berkerja sebagai Room Laundering dimana beliau akan tinggal di dalam rumah yang mempunyai hantu dan menyelesaikan masalah hantu tu supaua hantu tu boleh Croseover.. Kemudian rumah tu pun bersih dari hantu.. Barulah boleh dijual/disewakan.. Cuma yang tak bestnya, pendek sangat.. Berjaya Laundering 2 tempat je.. Mujurlah hantunya baik dan tak hodoh..

Room Laundering
Also Known As: Rumu Rondaringgu
JDrama | Suspense, Drama, Supernatural | 4 Episodes | 4 Nov 2018 - 25 Nov 2018 |
Sinopsis: Yakumo Miko’s father died when she was 5 years old. The next year, Miko mother went missing. Miko then moved in with her grandmother, but, at the age of 18, Miko's grandmother passes away. She shuts herself away from others. One day, her uncle from her mother's side, Ikazuzi Goro appears. He sets up a place for Miko to live and also a place for her to do part-time work. Her part-time job is "room laundering." 

After starting her job, Miko sees ghosts. She struggles to solve the worries of the ghosts who are staying in rooms. Ikazuzi Goro tells Miko that her mother was able to see ghosts which affected her. Miko asks him to find her mother.
Read More

Friday, December 7, 2018

Aku, Kau & Hantu: Dua Dunia oleh Artis-Artis Komik-M

December 07, 2018
Aku, Kau & Hantu: Dua Dunia oleh Artis-Artis Komik-M
Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik komik ini.. Seram jenaka namanya.. kikiki.. Tapi dalam pada berjenaka pada setiap akhir komik, ada #notaberhantu yang menyelitkan nasihat dan petikan yang bernas.. Serta cadangan buku lain untuk bacaan..

Komik ini tak seram pun.. Lebih pada menyindir sikap manusia.. Memang menarik dan sesuai dibaca semua peringkat umur.. Ada 8 komik dari 8 penulis berbeza..

Sha baca pada 05.12.2018 dan selesai pada 06.12.2018..


Isi kandungan komik ini..
Read More

The Vanished (2018)

December 07, 2018
The Vanished (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang suspen dan ada sedikit seram.. Mulanya Sha ingatkan filem ini filem seram sebab awal-awal filem ada sedikit gangguan di National Institute of Scientific Investigation.. Rupanya filem ini filem balas dendam.. Memang ohsemlah..

Bermula dengan kehilangan mayat seorang perempuan iaitu Seol-hee, gangguan dan pembongkaran si suami iaitu Kang-woo yang dituduh bunuh isteri (seol-hee) dia dan ada hubungan sulit dengan perempuan lain tapi berakhir dengan plot twist yang diluar jangkaan.. Cara polis tu tekan lelaki yang menjadi suspek itu memang berjaya buat kita ini meneka yang beliau itu jahat.. 

Cerita ini ohsem.. Memang menarik.. Sha suka cuma cara tu salah.. Tapi ialah bila dah dikuasai perasaan dendam dan pihak berkuasa pun tak berjaya mencari bukti maka manusia hilang rasionalnya.. Wah.. Suspen kan..



THE VANISHED @ VANISHED NIGHT | 07 March 2018 | Thriller | KMovie |
The body of Yoon Seol-Hee disappears at the National Institute of Scientific Investigation. Detective Woo Joong-Sik (Kim Sang-Kyung) seeks clues on her disappearance, while her husband Park Jin-Han (Kim Kang-Woo) claims she is alive.
Read More

Koleksi Buku Sha 2018

December 07, 2018
Koleksi Buku Sha 2018
Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan ada yang buat permintaan nak tengok koleksi buku Sha, makanya Sha buatlah entry ini.. Ini adalah gambaran buat masa ini.. Tak ada sudut atau bilik yang betul-betul menyimpan buku.. Pengemasan semula mungkin akan ada sebab cadangnya nak pindah ke rumah bawah.. Mungkin masa tu lah baru Sha kumpulkan semua buku di satu tempat.. Ada sebahagiannya Sha simpan dalam Stor.. Tak dapat nak dipunggah.. Hehehe.. Kalau berkesempatan nanti Sha akan kongsikan mengikut kategori dan terbitan secara terperinci ye.. Sebab Sha nak kemas dan balut buku-buku ini dalam plastik.. Nak elakkan dari buku ini kuning dan berabuk..

Rak buku ini dah hampir penuh.. Dua layer ini.. Yang banyak dah tentulah koleksi seram terbitan Buku Prima.. Projek Seram, Projek Thriller, solo seram, thriller cinta, koleksi penulis tertentu, novel cinta dan motivasi..
Projek Seram - 22
Seram - 21
Projek Thriller - 6
Thriller - 8
Lain-lain : 83

Yang ini pula buku-buku yang belum sempat Sha baca.. Ada 3 layer tu.. Beli je dulu.. Sampai kat tangan Sha, Sha balut.. Nanti nak baca, capai je.. Macam-macam genre tapi yang utama dah tentulah seram dan thriller.. Ada 93 buah buku yang belum dibaca.. banyak tapi tetap nak membeli.. Hahaha

Buku yang dah baca dan belum baca.. Layer ini ada buku motivasi.. Yang ini dah baca 29 buah dan belum baca ada 19 buah..

Dalam box ini pun ada buku, ada 41 buah.. Buku yang Sha simpan dalam ini, Sha dah baca..

Jumlah keseluruhan buku yang Sha ada ialah 322 buah buku.. Inipun tak campur komik dan buku cerita Amani..
Read More

Thursday, December 6, 2018

Mak Aku Ada Saka oleh Zhar Aruzi Hairi

December 06, 2018
Mak Aku Ada Saka oleh Zhar Aruzi Hairi
Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku atau zine ini Sha beli dengan Karangkraf Mall.. Boleh tengok entrynya di SINI.. Terbitan Buku Pojok.. Ada 32 muka surat je.. Sha tertarik nak beli sebab cover dia.. hehehe.. Ceritanya lebih pada seram komedi.. Tak adalah seram melampau pun.. saka nya kelakar.. Tapi memang menariklah dan masih ada pengajaran dihujung cerita.. Jangan percaya selain Allah.. Itu penegasan ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 05.12.2018..

Buku ini terbitan Buku Pojok
Read More

Amani & Imani Tuisyen

December 06, 2018
Amani & Imani Tuisyen
Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah sudah bermula.. Main dan juga menonton tv antara yang seronok dilakukan.. Namun Sha tetap selitkan aktiviti mengulangkaji.. Sha minta adik Sha untuk buat tuisyen pada Amani dan juga Imani.. Seminggu sekali je.. Bermula hari Jumaat (30.11.2018) minggu pertama cuti sekolah.. Disebabkan pengasuh Sha cuti hari ini Sha bergilir dengan suami untuk jaga bebudak ini.. Sha amik shift petang.. Teruslah Sha bawa mereka rumah adik Sha..

Amani memang semangat nak belajar.. Imanilah agak rumit sedikit.. Imani ini tak boleh belajar lama-lama.. Dia mudah bosan.. Sha cuma nak dia boleh membaca saja.. Sebabnya bila dia tengok kakak dia membaca, dia asyik kacau sebab dia tak boleh membaca.. Imani juga selalu minta ajarkan untuk membaca.. Masalahnya bila mak ajar dia suka main-main dan menyakat mak.. Kalau ayah ajar, dia mahu dengar.. Sabar jelah mak nengok perangainya.. hahaha..

Read More

ezbuy PRIME: RM8.80 Penghantaran kadar rata tanpa had

December 06, 2018
ezbuy PRIME: RM8.80 Penghantaran kadar rata tanpa had
Assalamualaikum..
Hye semua..


Sha sekarang ini lebih suka membeli belah secara atas talian.. Sebab lebih jimat masa dan boleh dilakukan dimana-mana pada bila-bila masa.. Lagipun semua keperluan sudah boleh didapatkan secara atas talian.. Yang paling best lagi bila harga yang ditawarkan secara atas talian jauh lebih murah dari di kedai.. Tambah-tambah bila hujung tahun ini bermacam-macam tawaran hebat dengan harga yang tak masuk akal ditawarkan.. Terutama sekali di ezbuy.. Jangan tunggu lagi, jom serbu ezbuy dan beli barang pada harga yang sangat berbaloi dengan bermacam-macam voucher yang istimewa..


Apa itu ezbuy MALAYSIA
ezbuy ini sama macam laman membeli belah seperti Zalora, Lazada dan lain-lain.. Perkara terbaik mengenai ezbuy ialah mereka ada perkhidmatan sesuai yang memberi banyak manfaat kepada pelanggan seperti Perkhidmatan Keahlian PRIME, Buy For Me dan banyak lagi. Penghantaran yang bijak, dengan harga terendah dari mana-mana platform membeli-belah dalam talian yang lain.. Macam sekarang ini tengah berlangsung jualan akhir tahun yang sangat meriah.. Bermacam-macam tawaran menarik yang di sediakan ezbuy untuk anda semua.. Bukan kata barangan dewasa, barangan kanak-kanak dan perabut juga dijual dengan harga yang sangat berbaloi.. Selain tawaran voucher yang meriah untuk anda dapatkan..


Antara yang menarik ialah Flash Deal yang berlangsung setiap hari dengan tawaran harga yang tak masuk akal.. 

Tawaran harga RM12 dengan penghantaran percuma.. Yang ini memang menarik.. Beg tangan, kasut, blouse dan barangan lain dijual pada harga RM12 sahaja.. Memang rambang mata tau memilih..

Barang terbaik dengan tawaran harga bawah RM30 diperbaharui setiap hari hanya untuk anda.. Jangan lepaskan peluang ini.. 

Perkhidmatan Keahlian PRIME
Perkhidmatan Keahlian Prime merupakan program keahlian yang memudahkan pengguna berbelanja dengan banyak tanpa perlu bimbang tentang kos penghantaran tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. Perkhidmatan Keahlian Prime menawarkan kos penghantaran tanpa had dengan harga RM8.80 sahaja.. Murah dan Sangat berbaloikan.. Sebelum mendapatkan keistimewaan ini, pelanggan kenalah mendaftar Perkhidmatan Keahlian Prime terlebih dahulu dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam Prime List.. Terdapat lebih dari 4 juta barangan yang boleh dipilih di dalam list tersebut.. Selain itu pelanggan yang mendaftar sebagai ahli Prime secara tahunan juga akan mendapat voucher dan promosi eksklusif..

Terdapat 3 jenis keahlian Prime.. Buat yang ingin mencuba pertama kali, bolehlah mendaftar untuk tempoh percubaan dengan bayaran RM18.80 untuk tempoh 5 hari. Prime Trial ni, keistimewaannya terhad pada 'Wishlist'. 'Wishlist' ini merupakan kelebihan buat ahli Prime, dimana ahli Prime boleh menukarkan barangan yang tidak di dalam senarai Prime kepada status Prime. Dengan keahlian Prime juga, TIADA agen fee yang akan dikenakan. Untuk harga dan jenis keahlian Prime boleh rujuk gambar di atas..

Ini pula ialah kelebihan PRIME LITE.. Pilihan ahli selama 6 bulan dengan bayaran RM99 selama 6 bulan anda akan dapat kadar rata penghantaran RM8.80 dengan 24 wishlists..

 Antara kelebihan ahli PRIME ialah melihat apa yang ahli PRIME lain beli sebelum ini melalui Shopping Inspiration dan juga peluang untuk menukar barang yang tidak berada dalam list PRIME kepada barang PRIME..

 Kelebihan menjadi ahli Prime, anda akan dapat berjimat dengan lebih banyak pada kos penhantaran.. Maka bolehlah shopping lebih lagi..

Selain itu, sekiranya ahli Prime menghadapi masalah atau ada persoalan, anda boleh bersembang secara terus dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan secara eksklusif di Livechat Support yang disediakan khas untuk ahli Prime.. Perkhidmatan Livechat Support ini disediakan pada waktu pejabat sahaja..

Jadi.. Tunggu apa lagi.. Jom mendaftar di ezbuy dan terima baucar tunai RM15 eksklusif bersama dengan tambahan 15% diskaun bayaran perkapalan semasa pendaftaran... Daftar untuk ezbuy melalui pautan ini https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId=xBATbs.. Tunggu untuk menerima baucar anda dalam akaun anda.

Jangan lupa pada 12.12 nanti ezbuy ada tawaran istimewa buat anda semua.. Nantikan kemunculannya pada 12.12..
Read More