Koleksi Buku Sha 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, December 7, 2018

Koleksi Buku Sha 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan ada yang buat permintaan nak tengok koleksi buku Sha, makanya Sha buatlah entry ini.. Ini adalah gambaran buat masa ini.. Tak ada sudut atau bilik yang betul-betul menyimpan buku.. Pengemasan semula mungkin akan ada sebab cadangnya nak pindah ke rumah bawah.. Mungkin masa tu lah baru Sha kumpulkan semua buku di satu tempat.. Ada sebahagiannya Sha simpan dalam Stor.. Tak dapat nak dipunggah.. Hehehe.. Kalau berkesempatan nanti Sha akan kongsikan mengikut kategori dan terbitan secara terperinci ye.. Sebab Sha nak kemas dan balut buku-buku ini dalam plastik.. Nak elakkan dari buku ini kuning dan berabuk..

Rak buku ini dah hampir penuh.. Dua layer ini.. Yang banyak dah tentulah koleksi seram terbitan Buku Prima.. Projek Seram, Projek Thriller, solo seram, thriller cinta, koleksi penulis tertentu, novel cinta dan motivasi..
Projek Seram - 22
Seram - 21
Projek Thriller - 6
Thriller - 8
Lain-lain : 83

Yang ini pula buku-buku yang belum sempat Sha baca.. Ada 3 layer tu.. Beli je dulu.. Sampai kat tangan Sha, Sha balut.. Nanti nak baca, capai je.. Macam-macam genre tapi yang utama dah tentulah seram dan thriller.. Ada 93 buah buku yang belum dibaca.. banyak tapi tetap nak membeli.. Hahaha

Buku yang dah baca dan belum baca.. Layer ini ada buku motivasi.. Yang ini dah baca 29 buah dan belum baca ada 19 buah..

Dalam box ini pun ada buku, ada 41 buah.. Buku yang Sha simpan dalam ini, Sha dah baca..

Jumlah keseluruhan buku yang Sha ada ialah 322 buah buku.. Inipun tak campur komik dan buku cerita Amani..

13 comments:

  1. wah.. banyak tu. cantik & kemas je.. senang bila nak baca ye.

    ReplyDelete
  2. Fuyoooo kak shaa. Banyak gila buku. I like 😍😍😍

    ReplyDelete
  3. Banyaknya kak sha. Semua buku macam best je ni. Ada yang kinah tak baca lagi ni

    ReplyDelete
  4. Banyaknya buku Kak Sha. Baguslah terapkan budaya membaca pada budak-budak.Boleh dijadikan contoh kepada Amani dan Imani supaya rajin membaca.

    ReplyDelete
  5. Banyaknya buku kak Sha. Hihi.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya...moga terus bertambah koleksi buku-buku Sha ya..

    ReplyDelete
  7. banyaknya..dah kena buka library kat rumah ni..hihi

    ReplyDelete
  8. bestnya koleksi2 buku kak sha..

    ReplyDelete
  9. seronok tengok buku...hehehe pasni ad library mini sendiri lah...

    ReplyDelete
  10. wow 300 lebih buku kaksha! Rak saya beli haritu dah nak patah dah so jual separuh dekat orang

    ReplyDelete
  11. Tu dia. Boleh buka.library dah ni sha

    ReplyDelete
  12. tuuu diaaaaa... tp kn perangai beli buku tp x sempat baca tu mcm sama je dgn org yg taip ni hahahahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..