Thursday, February 28, 2019

Samurai Melayu oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan Surihati Encik Pembunuh oleh Hilal Asyraf.. Memang ohsem dan terbaiklah.. Kalau nak baca buku ini sahaja tanpa turutan pun , okay je sebenarnya.. Tapi keseronokkan tu akan lebih berganda kalau baca dari buku awal tulisan Hilal Asyraf..

Kali ini kisah mengenai seorang lelaki yang didik menjadi Samurai namun berubah hati bila menjalani misi di Malaysia.. Cinta dan keindahan Islam itu sendiri berjaya menarik si Samurai untuk berubah dan menjadi lebih baik.. Bergabung pula dengan Azazil yang ohsem dan Bakri yang bijak.. Menang trio yang menggegarkan.. 

Sha baca dan selesai pada 24.02.2019..

(ebook : PNM e-Reader)

Ipoh Boutique Hotel, Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sha menginap dan berehat disini untuk semalam.. Bertukar shift dengan encik suami.. Badan dah penat dan emosi dah tak berapa stabil.. Makanya encik suami datang untuk ganti dan bagi peluang Sha rehat dengan secukupnya sebelum kembali menyambung tugas menjaga Imani.. Boleh baca di SINI.. 

Macam biasa, Sha tempah melalui Traveloka.. Cuma kat hotel ini kena standby duit RM50 untuk deposit dan akan dipulangkan semula masa checkout.. Kalau lapar, sebelah hotel ini ada KFC.. Tapi Sha memang sampai terus mandi, makan roti sikit dan telan panadol.. Terus tidur.. Sedar je dah pukul 5 pagi.. Tidur balik dan jaga pukul 6 pagi.. Bangun sebab nak cari mesin ATM.. Keluar awal pagi ini kereta tak banyak.. Kalau bawa perlahan pun tak ada orang nak marah.. Jumpa mesin ATM, keluar duit dan singgah 7Eleven.. Beli barang mandian dan roti untuk alas perut.. Sampai bilik, mandi dan sarapan.. Telefon encik suami dan tanya perkembangan Imani.. Encik suami cakap Imani okay.. Pakar pun dah round dan tengok Imani.. Kena tahan satu malam lagi sebab nak tengok dia lepas makan, okay ke tak.. Pastu sambung tidur balik.. Pukul 11 pagi Sha checkout dan kembali semula ke hospital.. Menyambung semula tugas..

 Bilik tanpa tingkap, katil queen.. Ada Tv..

 Almari baju dan penyangkut baju..

 Air mineral, kopi 3in1, cawan dan cerek air elektrik..

Bilik air.. Ada tuala dan sabun mandi..

Kenangan 23-27 Februari 2019 - Nur Imani

Assalamaulaikum..
Hye semua..

Ujian datang bila dikehendaki Nya.. Memang tak terduga dan tak bersedia.. Tapi kena lalui juga demi anak tercinta.. Pengalaman juga pada Sha dan Imani, menaiki ambulans dan bermalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selama 4 malam.. 

Disini, Sha kongsikan chronicle Imani diserang sakit perut dan dimasukkan ke wad 5D, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh... Untuk perkongsian dan juga ingatan Sha.. Sebab penyakit ini akan berulang sehinggalah umur Imani 10 tahun.. Harapnya taklah jadi lagi.. Sha juga amat berterima kasih dengan semua doktor dan misi yang membantu merawat Imani hingga Imani pulih.. Dari doktor pakar, doktor Wad 5D, Misi dan MA di Wad 5D.. Jasa anda semua sentiasa Sha hargai..

 22.02.2019 - Imani sakit perut on off.. Bawa hospital Slim River pukul 2 pagi tapi doktor suruh balik dan bekalkan sirap PCM sebab tiada muntah atau cirit birit.. Balik rumah, Sha bagi Imani makan ubat.. Imani tidur elok je sampai jam 6.30 pagi.. Terjaga dan mula sakit perut semula.. Sha urut bawah betis dan kaki dia dengan minyak..


23.02.2019 - Pukul 6 pagi Imani start sakit balik.. Bila makin kerap sakitnya dan dia dah mula menjerit dan menekan perut, Sha bawa semula ke Kecemasan.. Pukul 2 Imani muntah semua isi perutnya sebab terlalu sakit.. 2 lebih muntah sekali lagi.. Dekat pukul 3 baru dapat jumpa doktor dan doktor yang pertama syak appendix.. Ambil darah, urine dan buat Xray.. Lepas buat Xray jumpa balik 1st doktor, masa ini ada doktor lain.. 2nd doktor kata bukan appendix tapi Intusseption (masalah usus yang termasuk ke dalam usus).. Buat scan dan 3rd doktor pun syak perkara yang sama.. Lepas scan panggil doktor bedah untuk diagnosis.. Kena hantar Ipoh.. Pukul 5 lebih sementara tunggu ambulans, Imani muntah lagi.. 6.15pm gerak dari Slim ke Ipoh.. 7.15pm dah sampai.. Doktor pakar kanak-kanak Ipoh pun cakap Imani kena Intusseption, jadinya diorang nak scan lagi sekali untuk pengesahan sebelum jalankan rawatan.. Pukul 10.30 scan dan conform.. Jadinya doktor tak operate tapi tembak air melalui dubur untuk luruskan balik usus tu.. dekat setengah jam jugalah.. Lepas selesai proses itu, Imani berak cirit.. Banyak.. Kemudian kena tahan wad semalam untuk pemantauan.. Sebabkan kesan ubat tidur tu, Imani tidur je sepanjang malam..


 24.02.2019 - Pukul 2 pagi Imani start merengek sakit dalam dia tidur tu.. Makin lama makin kerap dia cakap sakit sampai doktor yang bertugas dekat wad kanak-kanak cadangkan untuk bagi PCM drips bagi mengurangkan rasa sakit.. Lepas PCM drip tu habis baru nampak dia okay.. Doktor pakar yang buat proses tembak air datang melawat jam 10.30 pagi dan tekan perut dia.. Tapi Imani dah tak sakit.. Tapi doktor tu cadangkan juga untuk scan dan tengok.. Sebab kemungkinan untuk jadi balik tu ada.. Kalau jadi balik, mereka akan tembak air lagi..

Pukul 2.30ptg Imani ditolak ke bilik ultrasound.. Bila scan, masih ada usus yang tertolak.. Maka proses tembak air kena buat lagi.. 3.10 petang proses tembak air tu bermula dan berakhir pada 3.30 petang.. Dan macam semalam, dia berak cirit dan kencing.. Harapnya kali ini okaylah..


 25.02.2019 - Imani dah boleh makan.. Bagi dia roti dan bubur.. Kemudian sakit tu datang balik.. Doktor yang tengok tu terus suruh masukkan tiub dekat hidung dia untuk keluarkan makanan dari perut dia.. Masa masukkan tiub ini, dia punya meraung satu wad boleh dengar.. Dan sekali lagi proses betulkan usus dilakukan.. Pukul 2.55 petang mula buat dan selesai pukul 3.05pm.. Kali ini sekejap je sebab yang termasuk tu sikit je.. Imani kena puasa balik.. Lepas je proses, pasti Imani akan berak.. Memang akan keluar cirit.. Disebabkan terlambat, Imani terberak atas katil.. Mujurlah nurse yang iring kami tu baik dan senyum je.. Tak ada pun muka masam ke apa.. Memang terbaiklah.. Siapa kata nurse hospital kerajaan muka ketat dan masam je.. Diorang okay je kalau kita okay.. Pukul 5 lebih, doktor datang lawat dan suruh cabut tiub dekat hidung.. Lepas cabut tiub dan mandikan dia, baru nampak keceriaan dia.. Lega rasa hati Sha.. Malam pun tidur lena sampai pagi..

Pukul 11 malam, encik suami datang dan tukar giliran dengan Sha.. Sha tidur hotel.. Istirehat untuk pulihkan tenaga semula..


26.02.2019 - Imani dah mula ceria.. Mulut pun dah macam bertih jagung.. Dah pergi toilet sendiri untuk berak dan kencing.. Makan dan minum pun dah banyak.. Lega rasanya.. Malam bila doktor datang check perut dia pun, okay dah.. Lega hati nengoknya.. Tapi Sha masih jaga pemakanan dia.. Bagi makan bubur nasi dan roti.. Banyakkan bagi dia minum air masak.. Supaya perut dia tak terkejut..

27.02.2019 - Alhamdulillah, akhirnya dibenarkan keluar.. Doktor pakar datang lawat jam 8 pagi dan bagi kebenaran balik tanpa ubat.. Penyakit ini memang tak ada ubat cuma ada dua rawatan sahaja.. Tembak air melalui dubur untuk betulkan usus ataupun operate.. Doktor juga pesan, Imani mungkin akan mengalami sakit ini lagi sehingga usianya 10 tahun baru Imani akan okay.. Kalau berulang memang kami kena terus pergi ke Ipoh atau kalau teruk diminta ke Hospital Slim dapatkan rawatan awal dahulu sebelum dirujuk ke Hospital Ipoh.. Pukul 12 kami pun check out.. Mujurlah ada GL (kerja kerajaan).. Tapi Sha rehatkan Imani dirumah dahulu.. Minggu hadapan baru dia pergi sekolah macam biasa..


Penyakit Imani ini namanya Intusseption

Intussusception ialah satu keadaan di mana usus menjadi seolah-olah teleskop.

Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat. Ia sangat menyakitkan dan boleh buat kanak-kanak kecil lesu dan bayi menangis tanpa sebab.

Tanda-tanda: Sakit pada bahagian abdomen yang datang sekali sekala selama 12 jam pertama, dan kemudian akan bertambah teruk.

(Najis mungkin menunjukkan darah dan lendir merah. Kanak-kanak mungkin muntah dan bahagian abdomennya nampak kembung.- ini sekiranya lambat dapatkan rawatan)

Wednesday, February 27, 2019

Selamat Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaf ye lama menyepi.. Anak Sha admit wad.. Hari ini baru keluar hospital.. Memang tak terjenguk blog sendiri dan blog kawan-kawan.. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog Sha.. Nanti Sha kongsikan cerita anak Sha ye..

Sekali lagi.. Terima kasih..


Sunday, February 24, 2019

YouTube Kids

Assalamualaikum..
hye semua..

Sha baru je muat turun aplikasi Youtube Kids ini di telefon.. Pada Sha aplikasi ini memang bagus.. Walaupun Sha tak bagi anak-anak pegang gadjet 24 jam tapi bila berjalan memang dikecualikan.. Tambah kalau kena jalan jauh.. Memang bagi diorang tengok video dekat youtube.. Guna Youtube Kids ini memang sangat membantu.. Untuk ruangan carian tu kita boleh tutup.. Video yang dipaparkan pun mengikut kesesuaian umur yang kita set upkan masa buat akaun.. Boleh buat lebih dari satu akaun.. 

Amani memang belajar melukis melalui video di youtube.. Imani pula belajar mewarna.. Sekarang Amani minat belajar menulis khat.. Memang carikan video-video khat jelah untuk dia.. Tak adalah belajar je.. Kadang-kadang diorang layan juga animasi.. Macam suami Sha cakaplah.. Kalau guna untuk kebaikan, jadilah baik.. Kalau guna untuk perkara tak elok, jadi tak eloklah.. Yang penting ada had dan pantauan..

Saturday, February 23, 2019

Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya dapat juga tengok filem ini.. Best dan magical.. Sha suka watak Grindelwald dan Newt.. Dua kerekter yang unik.. Tambah pula yang bawa watak Grindelwald tu pelakon Johnny Deep, lagilah suka.. Hehehe.. Aura jahat dia lain macam gitu..

Si Newt tu pula best sebab dia magizoologist.. Bila tengok dia dengan haiwan memang syok.. Sha suka filem sebab haiwan yang diorang create tu, selain jalan cerita dia.. Rasa terpesona je tengok magical creature dalam filem ini.. Walaupun pelik tapi ada keistimewaan dia.. Rasa macam masuk dunia lain.. Gitu.. Bahagian yang tak seronok bila, filem ini bersambung.. Warghh!! Stress.. Hahaha..

 Poster dia ohsem..

Pemilihan Untuk Lumba Lari (Imani)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani terlibat untuk pemilihan wakil lumba lari bagi kelas Pra 6 tahun.. Kemain semangat lagi beraksi di padang.. Kebetulan ada cikgu kongsikan gambar mereka di padang dalam group WhatsApp, tu yang Sha kongsikan di blog.. Ada pula terselit gambar seketul Imani.. Hehehe..

Tak lama lagilah ini acara sukannya.. Dah mula buat pemilihan dan latihan sukan dah nampaknya..

 Muka penuh keterujaan seorang Imani.. Tambah bila ada cikgu snap gambar dia..

Kemain laju lagi Imani berlari.. Hehehe.. cuba teka yang mana satu Imani..

Tarikh: 22.02.2019

Friday, February 22, 2019

Cerita Hilang ...atau Jumpa? disusun oleh Jannatun Nisa, Faizah Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha baca Cerita Gagal.. Kali ini kita baca Cerita Hilang pula.. Hilang ini boleh jadi perkara besar, benda ataupun manusia.. Setiap orang yang melalui kehilangan akan menerima dengan reaksi dan tindakan yang berbeza..

Paling terkesan di hati Sha ialah cerita bertajuk Umar & Qid oleh Fiy Suri, memang berjaya buat Sha menitikkan air matalah.. Manakala cerita bertajuk Nomophobia oleh Miefa Mohar pula menyedarkan Sha bahawa kita di zaman sekarang terlalu asyik dengan gadjet hingga terlupa untuk melihat orang disekeliling.. Cerita yang lain pun best juga.. setiap cerita ada mesejnya yang tersendiri.. baca dan persepsi mengenai Hilang pasti akan berubah..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2019..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Diterbitkan oleh Iman Publications.

Nagalusia oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Untung bila beli terus dengan penulis.. Ada titipan kasih dan tandatangan buat pembeli.. Istimewa rasanya.. Tambah dari penulis yang memang Sha suka..

Nagalusia mengisahkan dunia naga.. Manusia yang terperangkap dalam dunia peperangan yang tidak disangka.. Pateh Adam dan Pateh Awang dah tentulah berbeza orangnya.. Datang pun dari zaman yang berbeza memang pastilah ada perbezaan watak.. Malaila yang memerlukan pertolongan dari Pateh Adam tidak menyangka dengan perbezaan watak antara dua manusia ini.. Namun Pateh Adam bukanlah manusia yang tidak boleh berfikir.. Saat fikiran mula jelas, semangat ingin membantu timbul dalam diri.. Namun nyawa sahabat yang baru ingin dikenali menjadi taruhan.. Kesudahannya bukan seperti yang dijangka..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2019..

 Koleksi peribadi Sha..


Bunga Kertas Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani bawa balik bunga kertas.. Hasil kerja di Pra Sekolah.. Cantiklah pula.. Kreatif cikgu yang mengajar.. 

 Imani dan bunga kertas beliau..

Inilah rupa bunga kertasnya..

Koleksi Buku Februari 2019 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi kali ini adalah buku-buku yang Sha beli secara pra tempahan dan buku preloved yang Sha terjumpa.. Ada yang Sha tempah dari awal 2018 lagi dan ada yang Sha tempah pada awal 2019.. 

Buku ini Sha buat pra tempahan pada 20 Januari 2018.. Siap cetak Februari 2019.. Sampai ke tangan pada 15.02.2019.. Lama menunggu..

Planet-planet Cinta oleh Maria Kajiwa.. Terbeli tanpa sengaja.. Singgah dekat Novelhut, Ipoh.. Saja mencari.. Terjumpa yang ini, tu yang beli.. Buat melengkapi koleksi novelis Maria Kajiwa..

Buku ini buku baru, masih berbalut plastik tapi dijual dengan harga RM16 sahaja.. Sha beli secara atas talian.. Kalau nak cari novel murah-murah, boleh ke FB IzanSupian Pages.

Buku ini Sha pra tempah dengan penulis pada 6 Feb 2019.. 19 Feb 2009 buku pun selamat sampai ke tangan.. Yeah!! Dapat button badge dan tandatangan penulis..

Zine ini Sha pra tempah dengan penulis pada 20.12.2018 dan selamat sampai ke tangan pada 20.02.2019.. Tak sabar nak baca..

Thursday, February 21, 2019

Pewaris Senja (Bah 2) oleh Remy Ikmal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah sambungan kepada novel Pewaris Senja.. Boleh baca review Sha di SINI.. 

Walaupun sambungan ini berjaya akhirnya menghapuskan saka, namun ada beberapa persoalan yang pada Sha agak tergantung tanpa penjelasan yang jelas.. Selitan masalah yang berlaku pun tak berapa di perincikan penulis.. Namun buku ini menarik.. Kalau tak bersambung lagi ohsem rasanya.. Terus penceritaan dalam satu buku sahaja..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2019..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia

Terbitan Karnadya Solutions Sdn. Bhd.

Cucu Lanun oleh Cici Aida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang kelakar dan menarik dibaca.. Sampai muka surat 100 lebih, Sha dah berdekah-dekah ketawa sampai keluar air mata.. Perangai si cucu lanun memang tak semenggah.. Hahaha.. Adegan meminang yang dilakukan keluarga Naz Amsyar untuk Arin memang mengundang ketawa betul.. Dengan perangai tiga suku si Naz lagi.. Adoilah.. Sabar jelah.. Tu baru separuh.. Belum lagi bila si Naz dengan Arin bersama.. Memang huru hara jadinya.. Hahaha.. serius novel ini best..

Ceritanya santai.. Lebih pada konflink seorang datuk yang berusaha mengubah sikap cucunya yang tiga suku dan suka buat perangai tak semenggah.. Yang sempoinya bila watak mak ayah hero dan heroin pun sama sengal.. memang buku ini jadi seronok dibaca.. 

Sha baca pada 18.02.2019 dan selesai pada 19.02.2019

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia

Terbitan Kaseh Aries Publications

Bila Bomba Datang Melawat

Assalamualaikum..
Hye semua..


Semalam ada bomba datang ke Sekolah Kebangsaan Amani & Imani.. Seronok anak-anak ini tengok abang bomba.. Ada Latihan Kebakaran dan penerangan dari anggota bomba.. Berkumpullah anak-anak ini di padang.. Aktiviti hari Rabu (20.02.2019)

Imani tak berapa nak ceria kena duduk tengah panas.. Anak dara ini kalau tak suka memang nampak kat muka dia.. hehehe..


Wednesday, February 20, 2019

Star Wars: A New Hope & Star Wars: Attack of the Clones

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambil-sambil buat kataloging buku PNM, sempatlah mata Sha membaca dua novel Star Wars ini.. simple je ceritanya.. Mudah difahami dan berwarna warni.. Kalau bagi anak-anak baca pun mesti diorang suka..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2019..

Star Wars: A New Hope by Geof Smith
Star Wars: Attack of the Clones by Christopher Nicholas, Ethen Beavers (Illustrator)

Hantu Kutip Hutang oleh Ain Maisarah, Eima Manan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Cerita yang sangat memberi pengajaran.. Hanya kerana dengki dan iri hati Felizia dan Echah sanggup menganiaya Neeloma.. Neeloma dianiaya, dipulaukan dan terpaksa menanggung malu bila cerita tidak betul disebarkan.. Bila Hantu Kutip Hutang mula mengganggu dan menyebabkan kematian barulah cerita sebenar terbongkar.. Tapi Felizia tetap degil sehingga nyawanya jadi taruhan.. Manakala Echah pula insaf dan menjadi orang kurang upaya.. Manusia lupa bila hidup ini bukan sekadar di dunia tapi juga di akhirat.. Kesalahan yang nampak kecil tetap kesalahan..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2019..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Diterbitkan oleh Blink Book Sdn. Bhd.

Wordless Wednesday #bookcafe

The Book Cafe, Erbil Iraq




Sumber Gambar - https://www.visiterbil.com/listings/the-book-cafe/

Tuesday, February 19, 2019

Cerita Gagal: Penamat atau Pemula? disusun oleh Faizah Hamid & Fatin Syamimy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita gagal.. Gagal itu tandanya kita mencuba.. Berusaha untuk berbuat sesuatu walaupun kita tak pasti akan berjaya.. Dalam buku ini ada 19 cerita pendek mengenai kegagalan..

Banyak cerita yang dikongsikan mengenai kegagalan tapi sebenarnya usaha yang diteruskan lepas melalui kegagalan itulah yang lebih bermakna.. Sebeblum ini Sha selalu rasa yang diri Sha ini gagal.. Gagal dalam menjadi mak yang baik.. Gagal menjadi pekerja yang baik.. Gagal menjadi anak yang baiak.. Gagal menjadi isteri yang baik namun bila baca cerita gagal ini berjaya mengubah perspektif Sha terhadap gagal itu sendiri.. Iye kita gagal namun itu tidak bererti kita harus tunduk dengan kegagalan yang kita lalui itu.. sebaliknya kerana kita gagallah kita akan bangkin dan terus melangkah.. Dari kegagalan itu kita belajar untuk berjaya..

Tahniah buat semua penulis untuk cerita gagal yang berjaya memotivasikan pembaca..

Sha baca pada 17.02.2019 dan habis pada 18.02.2019..

Buku ini Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia

Terbitan Iman Publication

Unicornetto

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali makan aiskrim dengan anak-anak.. Rasa macam makan aiskrim pelangi padle pop.. Cuma yang ini sedap sikit sebab ada macam sos strawberry di bahagian tengah dia.. Anak-anak Sha memang sukalah sebab cantik warna aiskrim dia.. hahaha.. Lepas tu dia punya kon warna pink.. Memang terujalah mereka..



Aku, Kau & Sekolah oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat menarik.. Menggunakan Bahasa Melayu yang betul.. Bagus dibaca anak-anak.. 
Aku, Kau & Sekolah menampilkan 10 pelukis komik dengan 10 komik yang berlainan tapi bertemakan sekolah..

Tajuk-tajuk dalam komik ini:-
- Jaga Sekolah ( Reja )
- Hari Pertama ke Sekolah ( Poyo )
- Meon: Taman Hijau Sekolah ( Jas )
- Komik Bagus ( Bophairy )
- Misi 12 Malam ( Nazry dan Afiq )
- Opie & Jaja: Tukang Kebun Sekolah ( Bophairy )
- Misi 17 A ( Foner )
- Kembali ke Sekolah ( Azhar Abdullah )
- Dunia Didi: Jangan Tebang Pokok Itu ( Ard One )
- Kimia dan Resepi ( Anshari )

Sha baca dan selesai pada 18.02.2019..


Kimia dan Resepi ( Anshari )
Cerita ini sangat terkesan pada Sha sebab kisah seorang guru dan seorang chef.. Guru tu menjadikan sekolah sebagai batu loncatan untuk beliau mengejar cita-cita beliau ingin menjadi seorang Profesor.. Tapi tukang masak yang asalnya chef telah mengubah persepsi beliau.. Hanya dengan kata-kata "Di sini lebih ramai orang dapat merasa".

Monday, February 18, 2019

Monstrum (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Permulaan filem ini je dah dihidangkan dengan mayat.. Pergh!! Meloyakan.. Macam-macam keadaan yang mampu membuatkan selera makan hilang.. Tapi memang seronoklah tengok filem ini.. Pergerakan dia cepat.. Tak ada sembang sembang.. Dengan menteri yang jahat dan cuba menjatuhkan raja.. Raksasa yang asalnya comel kemudian berubah kejam sebab membesar dengan memakan mayat.. Pembongkaran aktiviti raja yang dulu suka membela haiwan ganas.. Yang pasti hero tak mati.. hehehe..

Monstrum
Also Known As: Moolgwoe; Jakseoui Byeon: Attack of Strange Object; Strange Object
KMovie | Thriller, Historical, Supernatural | 12 Sep 2018 |
Sinopsis | During a deadly outbreak of the plague, rumors of a terrifying creature in the mountains of Joseon spread. King Jungjong (Park Hee-Soon) calls upon his most trusted general Yoon Gyeom (Kim Myung-Min) out of retirement. Yoon Gyeom along with his daughter Myung (Hyeri), trusted right hand man Sung Han (Kim In-Kwon) and Heo (Choi Woo-Sik) set out to find the rumored beast.

Cerita hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekands kami agak sibuk.. MIL ikut adik encik suami jalan.. Maka kami pun meluangkan masa bersama.. Kami ke Ipoh hantar barang dekat rumah sewa Sha.. Singgah Novelhut cari novel.. Jumpalah sebuah.. Kemudian terus gerak ke Seri Iskandar, jemputan kenduri kahwin sepupu encik suami.. Alang-alang dah dekat, Sha terus balik rumah abah Sha.. Lama tak balik kan.. Singgahlah jenguk abah.. Tapi tak tidur sebab esoknya nak ke Hospital Sungai Buloh, melawat adik ipar abah masuk wad.. Wakil abah untuk pergi melawat.. Penat tapi anak-anak seronoklah.. Berjalan dari pagi Sabtu.. Sambung pula pagi Ahad..

Kalau berjalan macam ini memang Sha siap gosok baju anak-anak sebelah malamnya.. Kemas bag esok paginya.. Tak adalah kelam kabut sangat nanti pagi Isnin..

Balik rumah abah, abah hidang buah-buahan.. Buah bidara ini saiz besar.. Memang puas makan.. selalu jumpa yang comel-comel je..

Rak baju yang Sha letak dekat rumah sewa Sha di Ipoh.. Beli kat shopee je.. Murah dan berbaloi.. Campur postage baru 80 lebih.. Dekat kedai seratus lebih tu..

Selamat Pagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat pagi.. Buat apa tu? Dah sarapan ke? Makan apa? Hahaha.. Maaflah ye.. Banyak pula tanya Sha nie ye.. 

 Sarapan Sha pagi ini.. Kuih Keria 3 ketul.. Korang jangan lupa sarapan tau..

Sambung katalog buku Perpustakaan Negara Malaysia..

Sunday, February 17, 2019

Doodle Planner 2019 Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cantik tau doodle planner tu.. Rugi tak joint..


Tamat pada 28.02.3019

Sha tag

Sekali Lagi oleh Auni Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga pinjam novel ini dekat PNM e-Reader.. Rata-rata review yang Sha baca mengatakan novel ini best.. Usaha jugalah nak pinjam dan baca.. Lebih 5 ke 8 kali jugalah pinjam dan pulang sebab apps crush.. hahaha.. Lepas tu mengalah.. Reserved jelah.. Sampailah baru ini dapat email dah boleh pinjam.. Cuba lagi dan akhirnya dapat baca.. Usaha tangga jaya..

Cerita yang sangat menyentuh perasaan Sha.. Menghargai apa yang kita miliki saat kia miliki lebih bermakna dari berusaha untuk mengubah masa lalu.. Kisah Nadiah yang kembali ke masa lalu dan menyebabkan kematian kawan baiknya.. Menyebabkan juga seorang sahabat bertukar menjadi jahat.. Semuanya kerana dia tahu apa yang berlaku pada masa hadapan.. Semuanya kerana diari merah miliknya yang menjadi rebutan..

Sha baca dan selesai pada 17.02.2019..


Playlist Update #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Playlist Sha update lagi.. Owh ya.. Playlist ini dekat komputer sebenarnya.. Sha pasang bila nak katalog buku.. Tak adalah bosan menaip.. Ada halwa telinga.. Jangan terkejut tengok playlist ini.. Sebab kali ini jiwa kacau.. Hahaha..


Lagu hindustan bawah ini Sha tersuka lepas baca review filemnya di blog Farhanna.. Filemnya Sha tak tengok.. duk layan lagu dia je..

KGF : Gali Gali

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »