Thursday, February 28, 2019

Ipoh Boutique Hotel, Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sha menginap dan berehat disini untuk semalam.. Bertukar shift dengan encik suami.. Badan dah penat dan emosi dah tak berapa stabil.. Makanya encik suami datang untuk ganti dan bagi peluang Sha rehat dengan secukupnya sebelum kembali menyambung tugas menjaga Imani.. Boleh baca di SINI.. 

Macam biasa, Sha tempah melalui Traveloka.. Cuma kat hotel ini kena standby duit RM50 untuk deposit dan akan dipulangkan semula masa checkout.. Kalau lapar, sebelah hotel ini ada KFC.. Tapi Sha memang sampai terus mandi, makan roti sikit dan telan panadol.. Terus tidur.. Sedar je dah pukul 5 pagi.. Tidur balik dan jaga pukul 6 pagi.. Bangun sebab nak cari mesin ATM.. Keluar awal pagi ini kereta tak banyak.. Kalau bawa perlahan pun tak ada orang nak marah.. Jumpa mesin ATM, keluar duit dan singgah 7Eleven.. Beli barang mandian dan roti untuk alas perut.. Sampai bilik, mandi dan sarapan.. Telefon encik suami dan tanya perkembangan Imani.. Encik suami cakap Imani okay.. Pakar pun dah round dan tengok Imani.. Kena tahan satu malam lagi sebab nak tengok dia lepas makan, okay ke tak.. Pastu sambung tidur balik.. Pukul 11 pagi Sha checkout dan kembali semula ke hospital.. Menyambung semula tugas..

 Bilik tanpa tingkap, katil queen.. Ada Tv..

 Almari baju dan penyangkut baju..

 Air mineral, kopi 3in1, cawan dan cerek air elektrik..

Bilik air.. Ada tuala dan sabun mandi..

10 comments:

  1. cantik lantai kayunya tu..nmpk selesa..bilik air ada pili paip tu ok sgt

    ReplyDelete
  2. selesa hotelnya...mak perlu rehat, Alhamdulillah, hubby membantu..

    ReplyDelete
  3. Nampak macam okay hotel ni. Banyak juga kemudahan yang disediakan dalam bilik.

    ReplyDelete
  4. menarik tempat ni, sha.
    lom pernah stay ipoh lagi.
    biasanya prefer stay CH. next time kot.
    nak discover ipoh plak.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »