Tuesday, October 31, 2017

Keletah Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung minggu di rumah aja.. Tak kemana pun..
Amani dan Imani pun berekesperimen..
Imani memang suka main sepit baju Sha ini..
Tapi kali ini dia dah maju ke depan..
Bukan setakat main sambung-sambung je..
Habis dilerai-leraikannya sepit baju itu..
Adoilah.. Inilah jadinya bila sel-sel otak berhubung dengan aktif..

Bila tengok muka, nak marah pun tak jadi.. Hahaha..
Sabar jelah menengok perangai anak-anak ini..
Sudahnya Sha suruh mereka betulkan balik dan simpan balik sepit itu..
Kalau biar kan aja, memang macam-macam nak dibuatnya..
Sepahkan rumah tu perkara biasa..
Tu belum lagi meluahlan perasaan dengan melukis dinding di rumah.. Hehehe..
Kalau nak cat balik dinding memang kena tunggu mereka besar dulu..

Kejadian yang berlaku.. Pandai pula dia susun berkawan-kawan macam ini..

Muka bersalah.. Hehehe

Komplot Seram & Thriller : Waadat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komplot Seram & Thriller : Waadat ini menghimpunkan 15 cerpen pendek..
Ada 176 muka surat..
Bayangkan ye..
Okay.. Cover buku memang tak cantik..
Tapi cerita dalam dia.. Not bad..

Antara cerita yang ada dalam ini ialah:-
1. Daging Manusia oleh Asraf Shaari - Ceritanya walaupun pendek, mampu menimbulkan perasaan ngeri dan seram.. 

2. Demi Cinta oleh Sri Wahyuni - Sedih cerita ini walaupun ngeri..

3. Janji Dengan Darah oleh Emma Kasim - kerana ingin cantik Allah dilupakan.. 

4. Kelepet oleh Muhammad Hamizi - Kerana kepentingan diri, habis semua pernacangan hancur..

5. Kerana Mungkir Janji oleh Mohd Asyrafie - Jangan sesekali mungkir janji yang dibuat, nyawa jadi taruhan..

6. Umaya oleh AjiWA
7. Waadat Tersirat oleh Rosnariah Ola
8. Si Darus Puaka oleh Faraheen Noor
9. Kau Milikku oleh Fatim Khairani
10. Reunion oleh Shafiq Shafie
11. Kesumat Silang Kata oleh Shu Adulu
12. Dendam oleh Madinah Ripin
13. Kalung Permata Biru oleh Anggerik Camelia
14. Pedofilia oleh Syahida Hassan

15. Janji Dengan Aira, Ya? oleh Miera Nur Maniff - Jangan bermain dengan janji.. Kerana janji, roh terseksa..

Cerpen-cerpen dalam kompilasi ini, ada yang best dan terkesan.. Ada juga yang tergantung tanpa penyebab dan penamat.. Tahu-tahu je dah habis.. Ada juga cerpen yang punya pontasi untuk dijadikan novel..

Sha baca pada 17.10.2017 dan selesai pada 27.10.2017..
Lambat sebab baca buku lain dulu.. Hahaha..

Drama Melayu | Saka Sister (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada drama barulah..
Tetibe tersuka pula nak tengok..
Padahal penakut je.. Hahaha..

Tajuk drama itu Saka Sister..
Arahan Yusry KRU..
Sha tengok online sebab drama ini main dekat Channel Astro Warna..
Rumah Sha tak ada siaran ini.. Hehehe..
Drama ini komedi seram tau..
Lakonan Sara Ali, Cik Manggis, Luqman Hafidz dan Abam Bocey..
Tayangan drama ini setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam..
Setengah jam je drama ini..

Sha tertarik nak menonton sebab ada Abam Bocey dan Sara Ali..
Mesti lawak, seram dan kelakar.. Hehehe..

Sinopsis drama ini:-
Kisah pengembaraan dua beradik tak seiras, Suri dan Laila yang terpaksa menerima saka milik arwah Pak Jaber. Melalui saka itu mereka menyelesaikan kes-kes misteri, paranormal dan hantu.

Sha baru dapat tengok episod 1 & 2..


Monday, October 30, 2017

Apps YouGov

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom jawab survey dan kumpul point dengan YouGov..
Soalan dan survey yang disediakan sangat mudah dan tak membebankan..
Boleh juga muat turun aplikasi ini di telefon anda..

Yang paling best point itu boleh ditukarkan dengan
Topup, duit dan loyalty point air asia..
Berbaloi-baloi tau..

Nak joint? Jom klik SINI.

https://my.yougov.com/en-my/refer/MgvJXSV0o6bmeslKg6X5EQ/

Koleksi Buku Bulan Oktober 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..
Yeah!! Koleksi bertambah lagi..
Setelah sekian lama asyik menyimpang je, akhirnya berjaya juga..
Novel Pesakit 701 oleh Khairul Zaman Khobin berjaya Sha beli..
Lama sangat tertangguh..

Kali ini Sha beli novel genre seram tapi dari penerbitan lain..
Sha tambah dengan genre thriller..
Sha tertarik dengan semua buku ini disebabkan sinopsisnya yang ohsem..
Berserta review yang memberansangkan dari pembaca di Goodreads..

Pada Sha novel-novel yang ada di pasaran sekarang dah tak sama macam dulu..
Terlalu banyak genre dan pelbagai gaya penulisan..
Kita sebagai pembaca kenalah pandai memilih..
sudah tidak ada istilah novel cinta meleweh-leweh lagi..
Cinta yang disajikan lebih bersifat pelbagai..

Sha sebagai pembaca juga telah mula meluaskan pembacaan..
Bukan setakat genre seram semata-mata..
Malah Sha juga mula membaca novel cinta, thriller dan genre lain..
Untuk penulis yang Sha tak biasa, Sha akan tengok pada sinopsis dan juga review pembaca lain, sebelum Sha membeli..
Ada penerbitan yang memang Sha tahu membawa kelainan dalam setiap terbitannya..

Jadi jangan kata novel hanyalah tertumpu pada cinta sahaja..
Cuba pergi duduk dalam kedai buku..
Macam-macam jenis novel ada.. Pilih saja mana yang menepati selera..
Dalam banyak-banyak itu mesti ada yang kena dengan minat kita sebagai pembaca..
 
Buku-buku ini sampai pada 27.10.2017.. Cepat..
Ganggu oleh Ayumi Syafiqah
Pesakit 701 Khairul Zaman Khobin
Aku Lelakimu oleh Sara Aishah
Split oleh Nurul Ain Syuhada

Pendawaian Demi EKSA

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Demi melaksanakan EKSA secara berterusan, makanya akan sentiasa ada proses pelupusan, pembaik pulihan.. Dan macam-macam lagi..
Jumaat (27.10.2017) Sha, rakan sekerja dan bos membuat pelupusan kepada sistem pembesar suara..
Selain itu kami buat pendawaian supaya wayar-wayar sambungan berada dalam keadaan kemas dan tidak berserabut serta mengundang bahaya..

Sha tak ada basic wiring pun.. Demi melakukan perkara yang betul, Sha ambil gambar kedudukan wayar supaya bila pemasangan semula tak kan ada kesilapan..
Seronok juga bila berjaya buat sesuatu yang bukan bidang kita..
Satu lagi ilmu baru dapat hari ini.. Alhamdulillah..
 
 
Kepala plug perlu dibuka supaya wayar boleh melalui tempat yang sempit..
 
 
Bila tersalah kedudukan, terpaksa pula buka di bahagian sambungan..
Mujurlah kedudukan wayar tidak susah..
Alhamdulillah, berjaya pasang semula..

Sunday, October 29, 2017

Menang GIVEAWAY BY MUSHYZAINI

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah rezeki hari Jumaat..
Sha dapat tahu Sha Menang GIVEAWAY BY MUSHYZAINI..
Bersyukur sangat-sangat.. Lama dah tak menang apa-apa..
Bila dapat tahu kemenangan memang terharu sangat..
Semak senarai pemenang di SINI.

Sha menang Bubble Shawl Printed by Naurah.Anggun..
Alhamdulillah.. Bertambah koleksi shawl Sha.. Hehehe..
Bolehlah ber OOTD nanti..

 
Mesej dari Musfirah mengenai pengumuman pemenang..

http://mushyzaini.blogspot.my/2017/10/the-end-senarai-nama-peserta-giveaway.html
 Nama saya di no dua.. Alhamdulillah..

Hadiah yang saya menang.. Alhamdulillah..

Membeli dengan Karya Seni

Assalamualaikum..
hye semua..

Ini pertama kali Sha berurusan dengan pihak Karya Seni..
Semuanya sebab cover novel yang dikeluarkan cantik-cantik belaka..
Sha target nak beli Split dan Aku Lelakimu..
Sebab sinopsis dan juga review di Goodreads..
Penting tau review pembaca ini..

Malangnya website Karya Seni problem..
Sha try muat turun aplikasi Karya Seni ini ke telefon bimbit..
Tapi tak mesra pengguna.. Sedih tau..
Rasa cam nak putus asa saja..

Sudahnya Sha komen dekat Facebook Penerbitan Karya Seni..

Atas cadangan penulis Sara Aisha, maka Sha pun Mesejlah Makcik Karyaseni untuk pembelian Novel Split dan Aku Lelakimu..
Yeah!! Sangat mudah urusannya.. Cuma maklumkan pembeli dari mana (Semenanjung / Sabah Sarawak) dan buku apa yang nak dibeli, lepas itu beliau akan bagi link untuk buat bayaran.. Isikan detail dan bayar.. Mudah sangat..
Sekarang kita tunggu buku sampai.. Owh ya, Sha beli pada 25.10.2017..

SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang zaman teknologi.. Semuanya dihujung jari sahaja..
Begitu juga dengan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak..
Semuanya boleh disemak secara terus menggunakan sistem SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. Tidak akan ada lagi mak bapa yang tak tahu keputusan peperiksaan anak-anak..

Ibu bapa zaman kini sememangnya perlu tangkas dalam mengikuti perkembangan anak-anak kerana pengaruh zaman sekarang sangat berbeza berbanding zaman dahulu. Melalui SAPS, ibu bapa sendiri boleh mengenal pasti kelemahan anak masing-masing yang perlu ditingkatkan dan dibaiki. Setiap perkembangan anak-anak ketika berada di dalam sesi pembelajaran sekolah sememangnya tidak mampu untuk diawasi oleh ibu bapa pada setiap masa, jadi dengan adanya sistem SAPS ini, pasti memudahkan ibu bapa.

Mari Sha terangkan apa itu SAPS atau penuhnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem dalam talian yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara dalam talian. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah.

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

Mula-mula anda perlulah pergi ke laman sesawang SAPS iaitu : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/5



Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir..
Kemudian pilih negeri..
Klik butang Cari di Sini.. Nanti akan dipaparkan senarai sekolah bagi negeri yang dipilih..
Pilih sekolah anak anda..

Kemudian tekan butang Semak untuk paparan yang seterusnya..

Paparan mengenai anak anda, sekolah, cikgu yang mengajar dan kelas apa akan dipaparkan..
Untuk melihat keputusan peperiksaan pilih dahulu tahun peperiksaan..

Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin dilihat..
Lepas itu bolehlah pilih sama ada, anda nak tengok slip ataupun markah keseluruhan anak-anak anda..

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan terperinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Melalui sistems SAPS ini, ibu bapa juga dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mengikut subjek. Ini akan memumudahkan ibu bapa melakukan perbincangan bersama guru-guru tersebut.. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.

Ibu bapa juga boleh melayari laman sesawang ini http://sistemkpm.com/t/login-saps-ibu-bapa-dan-nkra/27 dan ini http://sistemkpm.com/ untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai SAPS..

Sangat mudah, betul tak? Dengan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini, ibu bapa akan lebih mudah untuk mengetahui perkembangan ataupun prestasi akademik anak-anak mereka.. Selain daripada peperiksaan biasa, keputusan peperiksaan yang besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di kemaskini dalam sistem SAPS ini.. Jadi, akan datang semua peperiksaan dah boleh disemak secara online.. Sistem SAPS ini betul-betul dapat membantu ibu bapa untuk mengetahui dengan lebih cepat dan pantas sebelum ke sekolah berjumpa dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.

Semoga dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa akan lebih mengambil berat tentang akademik anak-anak serta dapat merancang plan pembelajaran dengan lebih baik dan sempurna.. Tambahan zaman teknologi, semuanya memerlukan kepantasan, sekiranya lambat anak-anak kita akan jauh tertinggal.. 

Perkhidmatan Penilaian Tidur Hospital Slim River

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian bersama buat yang tinggal berhampiran Hospital Slim River..
Pihak Hospital Slim River ingin menjemput semua warga kerja di kawasan Muallim & Batang Padang yang mempunyai Masalah Ketika Tidur untuk hadir membuat saringan berdengkur, obesiti dan kencing manis secara percuma pada ketepatan seperti di flyers yang dilampirkan.

Tarikh : 30 Oktober 2017
Hari : Isnin
Masa 8.00 pagi sehingga 1.00 petang
Tempat : Lobi Hospital Slim River, Perak

Saturday, October 28, 2017

Projek Beg Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian buat semua..
Sama-samalh kita membantu..
 
PROJEK BEG SEKOLAH BUAT ANAK-ANAK YATIM PIATU,  ASNAF, LUAR BANDAR DAN DIJAGA OLEH IBU/BAPA TUNGGAL DI SARAWAK.
ADAKAH ANDA #PEDULI KEADAAN MEREKA YG DAIF? 
JIKA YA, #VIRALKAN POSTER INI.
MASIH JAUH LAGI UNTUK KITA MENAJA 1000 ANAK-ANAK KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK KE SEKOLAH..

Setakat ini hanya 204 beg sahaja yang dapat dikumpul setakat ini sedangkan WLC kesuntukkan masa untuk mengumpul baki beg sekolah.
JIka tidak sampai pada target 1000 beg, WLC hanya menghantar berapa sahaja beg yang dapat dikumpul dan besar kemungkinan tidak ramai pelajar yang akan mendapat bantuan beg sekolah ini...
Anda yang membaca jom bantu WLC untuk jadikan ini adalah satu CABARAN MENAJA 1000 ANAK-ANAK SARAWAK YANG KURANG BERKEMAMPUAN...

DANA YANG DIPERLUKAN:
1000 BEG X RM30.00 =RM 30,000.00
DANA TERKUMPUL SETAKAT INI : 204 BEG X RM30.00 = RM 6120.00
BEG YANG MASIH LAGI BELUM DI TAJA SEBANYAK 796 BEG
PELUANG UNTUK MENAJA BEG SEKOLAH BERAKHIR PADA 15 NOV 2017 TETAPI AKAN DILANJUTKAN SEGINGGA 30 NOV 2017.

Anda hanya perlu viral atau menaja seorang atau lebih utk WLC bawa segala amanah anda semua ke Sarawak pada awal bulan Disember ini.
Jangan berlengah lagi kerana tajaan anda adalah bekalan dihari akhirat nanti....
======================================
Jom jadi salah seorang penaja beg sekolah untuk anak-anak yang kurang bernasib baik menggalas ilmu ke sekolah..

BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Terdapat 2 cara sama ada menggunakan akaun rasmi WLC

5621 0666 0054
WE LOVE CHARITY CLUB
MAYBANK

ATAU

Klik URL dibawah , sumbangan anda akan ditolak melalui Kad Kredit/kad debit atau menggunakan internet banking

TARIKH TERAKHIR
Projek ini akan ditutup pada 30 NOV 2017

PERLUKAN RESIT RASMI?
Email kepada : admin@welovecharity.org
atau hubungi : En Faizal Pengurus projek WLC Sarawak 016-579 2088
=========================================
Jom sebarkan mesej ini kepada keluarga , kawan-kawan, teman ofis mahupun di media sosial seperti whatsapp atau wall FB anda agar kita semua dapat melihat 1000 senyuman anak-anak ini menerima sumbangan dari anda semua.
“Bagi mereka yang suka bersedekah, dia sangat dirindukan oleh Allah SWT, para rasul, syurga dan seluruh makhluk. Malah seluruh alam akan mendoakan buatnya termasuk burung-burung, semut, ikan serta pohon-pohon bumi yang dipijak senang dengan dirinya yang bersifat dermawan,”

TAJA 1 BEG SEKOLAH UNTUK 1 PELAJAR..
KERANA ANDA SEDANG MENGUBAH NASIB HIDUP MEREKA SERTA AKHIRAT ANDA..

#spreadthelove
#welovecharity
#bagtoschool
#sarawak

Membeli di Dearnovels

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hari ini gaji..
(walhal dah masuk 11.10.2017 aritu lagi)
Disebabkan hari ini baru boleh guna, makanya...
Jomlah shopping buku..

Disebabkan website Karangkraf Mall, Karya Seni crush..
Makanya jalan-jalan di Lazada.. Pergh!! Mahal..
Akhirnya tersinggah dekat Page Dearnovels..
Bila tengok ada diskaun Rm3 untu setiap novel dan penghantaran percuma..
Tunggu lagi.. Sha beli dua buah je..
Sebab dah rancang nak beli novel Karya Seni..

Sha beli novel Pesakit 701 & Ganggu..
Dua novel ini memang dah lama aim..
Cumanya banyak sangat dalam list nak dibelikan..
Adoilah.. Kaki buku dan buku memang tak boleh dipisahkan..

Sha beli pada 25.10.2017..
Kenalah tunggu bila buku-buku ini nak sampai..
First time beli di page Dearnovels..

Mudah je.. Pilih buku apa yang kita nak beli..
Lepas tu buat bayaran di Maybank2u..
Kemudian upload slip bayaran dan isi detail kita..
Hantar dan tunggu novel sampai.. Yeah!!

http://www.dearnovels.my/

Goodreads - 2017 Reading Challenge #5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Cukup 200 buah buku..
Senget dah Sha sebab banyak sangat membaca..
Taklah.. Gurau je.. Hehehe

Sha memang tak sangka akan berjaya baca buku sebanyak ini...
Dengan kerja hakiki, kerja sampingan.. kerja di rumah..
Tu belum lagi nak tengok drama korea lah, filemlah..
Memang tak sangka..
Tahun 2017 masih ada lagi 2 bulan beberapa hari..
Tak tahulah boleh membaca lagi ke tak.. Hehehe..
Macam nak berhenti kejap..
Mood membaca macam down sikit..

Tengoklah 31 Disember 2017 nanti..
Ada penambahan atau statik je..

Cabaran ini berjaya dicapai pada 24.10.2017

Friday, October 27, 2017

The Dark Tower (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom menonton..
Kali ini filem sains fantasi amerika barat..
Tajuknya The Dark Tower..

Cerita yang menarik..
Mengenai menara tang melindungi dunia dari ancaman makhluk jahat.. Menara itu cuba dimusnahkan oleh seorang ahli sihir dengan mencari budak-budak yang ada kuasa psikik sebab sinaran mereka boleh memusnahkan menara itu..  Perbuatan ahli sihir ini dihalang oleh Penembak Handalan (gunslinger).. Jack pula seorang budak yang mempunyai kuasa psikik yang sangat kuat dan menjadi buruan ahli sihir.. Dalam pencarian Jack, beliau bertemu dengan Gunslinger yang terakhir.. Maka bermulalah pengembaraan mereka dalam menyelamatkan Menara dari dimusnahkan.. Kisah yang simple tapi menarik ditonton.. 


The Midnight Library : Shut Your Mouth (VI) by Nick Shadow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang seterusnya dari Koleksi Midnight Library..
Dalam ini ada cerita yang bertajuk Shut Your Mouth, Good Luck Bad Luck & Ghost in the Machine..
Cerita-cerita dari koleksi Midnight Library ini mampu membuatkan sha merinding..
Cerita dia pendek-pendek je tapi menyeramkan.. Wargh!!
Trylah baca satu kalau korang jumpa..

Shut Your Mouth
Disebabkan mulut yang jahat dan perangai yang nakal.. Tak pasal-pasal mulut tu hilang.. Memang ngeri tau.. Jadi sila jangan ikut rakan anda yang tak baik perangainya..

Good Luck, Bad Luck
Tujuan asal adalah ingin mengemas rumah datuk.. Tetapi terjumpa pula board game.. Disebabkan terlalu teruja, mereka pun main.. Malangnya apa yang ada di board game terjadi secara real.. Seram..
 
Ghost in the Machine
Bila hantu duduk dalam mesin GPS, kerjanya nak menarik manusia ke jalan mati.. Bila tak berjaya habis satu rumah dihuru harakannya..

Sha baca dan selesai pada 24.10.2017..

 
Buku ke 200 untuk tahun 2017

Klip 25 Rasul

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pernah dengar pasal Klip 25 Rasul?
Sha terjumpa Video Klip 25 Rasul ini di Youtube..
Rancangan ini bawah Astro Oasis..
Sha kongsikan disini..
Menarik tau.. Kalau nak tengok klik je Nama-nama Nabi yang Sha senaraikan ini..

Klip 25 Rasul
  1. Faizal Tahir - Adam
  2. Nabi Ismail A.S - Zahiril
  3. Kisah Nabi Hud A.S - Muadz Zulkefly 
  4. Mira Filzah : Klip 25 Rasul Ep. "Muhammad SAW & Siti Khadijah" 
  5. Hazama - KekasihNya
  6. Nabi Saleh A.S - Waris
  7. Aizat Amdan - Al Masih
Rasanya macam ada lagi.. Tapi Sha jumpa yang ini saja..
Kalau korang ada jumpa bolehlah taip di ruangan komen..
Nanti Sha tambah di sini..

Thursday, October 26, 2017

Tajuk Lagu Nama Lelaki

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Saja nak share dengan korang..
Kalau ikutkan dekat Malaysia ini banyak lagu yang menggunakan nama perempuan tak kisahlah sebagai tajuk mahupun lirik.. Nama lelaki jarangkan.. Hehehe.. 

Jom Sha share dengan korang lagu yang menggunakan nama lelaki sama ada pada tajuk ataupun lirik.. 

Ahmad - Arrora Salwa
Anakku Sazali - P Ramlee
Bujang Merempat - P Ramlee
3 Abdul - P Ramlee
Lagu Lanang Tunang Tak Jadi - P Ramlee
Mengapa Abang Merajok - P Ramlee
Ya Habibi Ali Baba - P Ramlee
Abang Zaidi - Ways
Pak Hitam - R Azmi
Wak Jono - Loloq
Sani - Boney M / Uji Rashid
Pak Ngah balik bulan mengambang
Luqmanul Hakim - Mestica
Salahuddin Al Ayyubi - Mestica
Muhammad Al Huda - Mestica
Aku Hanya Umar - Hijaz
Lelaki Ini - Anuar Zain
Lelaki - Yuna

Lelaki Buaya Darat - Ratu
Lelaki Idaman - Melly Goeslow
Adam - Faizal Tahir

Ini Saja yang Sha jumpa.. Hehehe..
Kalau ada yang korang nak tambah atau ada yang Sha salah bolehlah sebut di komen..

The Midnight Library : No Escape (X) by Nick Shadow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang seterusnya dari koleksi The Midnight Library..
Dalam ini ada cerita No Escape, The Caretaker & Finders Keepers..

No Escape
Rombongan sekolah ke taman rekreasi bertukar menjadi mimpi ngeri.. Semuanya disebabkan tidak mempercayai sejarah.. Kerana menari diatas kubur ahli sihir, mereka terperangkap di masa lalu dan dibakar..

The Caretaker
Mulanya hanyalah menonton sebuah filem seram pembunuhan.. Pembunuhan yang mampu memberikan keseraman yang dasyat.. Malangnya dari filem pembunuh tersebut keluar dan membunuh penontonnya pula.. seram..

Finders Keepers
Kesusahan bermula bila terjumpa dompet di tepi jalan.. Bila duit dalam dompet itu digunakan, maka bertimpa-timpalah kemalangan.. Bila kita guna duit bukan hak milik kita memang tak berkatlah kan..

Baca dan selesai pada 24.10.2017..

Hadiah GA Selamat ke Tuannya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah-hadiah GA Sha baru ini dah sampai ke tuannya..
Lega rasanya bila hadiah selamat sampai..
Sha tak pakai pos laju.. 
Sha guna pos daftar je..
Lambat sikitlah sampai..
Maaf ye pada penerima..

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jom ke Jualan Gudang Karangkraf..
Harga serendah RM1 katanya..
Sha memang tak dapatlah nak joint..
Gaji bulan Oktober keluar awal..
Kemudian 30 & 31 Oktober Sha ada mesyuarat luar..
Alahai.. Sedihnya..

Kenapalah dia buat Hujung bulan Oktober..
Sedih.. Hahaha..

Wednesday, October 25, 2017

Bila Kuda Merah Meragam

Assalamualaikum..
Hye semua.

Khamis (19.10.2017) masa balik dari temujanji Amani di Hospital Teluk Intan, encik suami cakap air bateri kena tambah..
So kami singgah di Petronas.. Encik suami terus bubuh air bateri..
Kereta okay semua, terus gerak balik Behrang..
Esok paginya masa nak hantar anak ke rumah pengasuh, kereta tak boleh start..
Sedih.. Bateri kong, encik suami kata tak cukup caj selepas penambahan air semalam..
So lepas hantar anak, encik suami buka bateri dan bawa pergi kedai untuk caj..
Petang masa nak ambil, orang dekat bengkel tu kata tak boleh ambil.. Kena ambil esok..
So tinggal jelah..
Sabtu petang bila ambil balik bateri, orang bengkel cakap bateri dah kong.. Tak boleh pakai.. Huwaaa.. Stress..  Baru rasa macam nak relax, nampak gayanya kena keluar duit lagilah..

Ginilah gayanya bila pakai kereta..
Kalau nak rosak, bukan dia nak bagi signal.. Terus rosak je.. So memang kena standby sentiasa duit..
Maka tersadailah kuda merah Sha.. Encik suami kata dah alang-alang nak tukar bateri dia nak buat sekali yang lain-lain.. Sebab ada beberapa perkara lain yang perlu dibuat dekat kereta itu..

Robert Mendoza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa tengok Selamat Pagi Malaysia hari Ahad (22.10.2017) baru nie..
Mereka jemput Robert Mendoza ini..
Lagu mula-mula yang dia mainkan dengan violin dia Despecito..
Sha dengar terus jatuh cinta..
Terus tengok dekat youtube..

Banyak juga lagu dia dah cover..
Antara yang Sha suka dengar Despecito, Love Me like You Do dengan See You Again..
A Thousand Years pun best juga..

Menarik juga dengar gesekan violin beliau..
Buat teman masa membaca buku, memang layanlah..
Laju je mata membaca sambil elinga mendengar gesekan violin..
Memang best..

Kalau korang nak dengar bolehlah search dekat Youtube..
Cari je nama Robert Mendoza..
Mesti Ada punya..



Drama China - Rakshasa Street (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita tukar-tukar selera lak..
Sambil-sambil baca novel, Sha tengok drama bersiri dari China ini..
Ceritanya ada 24 episod tapi 1/2 jam saja setiap episod..
Drama ini Live Action dari manga..

Memang menarik.. Kisah pasal seorang requiem general (Cao Yan Bing) yang menjaga Rakshasa Street.. 
Kiranya jalan ini letaknya dekat dunia lain.. Nama dunia ini Ghostdom.. 
Roh jahat yang buat kacau akan dibunuh oleh general ini.. 

Kebetulan ada perempuan ini, nama dia Xia Ling.. Boleh hidup dekat dua dunia dan boleh nampak roh jahat juga.. Mereka mengembara untuk menyelamatkan dunia manusia.. Merwka berdua juga menjadi pasangan dalam usaha melawan kejahatan yang bergelar Kingdom.. 

Drama bergenre fantasi aksi yang sangat menarik.. Sebab setiap pahlawan ada Guardian Spirit yang membantu perlawanan mereka.. Guardian Spirit dia ohsem okay.. 

Tapikan.. Drama nie macam bersambung je.. Sebab misi diorang tak selesai lagi.. Episod last banyak pula masalag dan penjahat yang muncul.. 


Wordless Wednesday #69

Tuesday, October 24, 2017

Kingsman The Secret Service (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah lama cerita ini, baru dapat tengok.. Hehehe..
Ketinggalan sungguh..
Cerita yang ohsem..
Tak terasa masa berlalu.. 

Kejahatan yang ditunjuk pun agak unik..
Serupa heronya..
Tapi dia punya ganas dasyat..
Siap boleh meletup jadi bunga api..
Part ini memang ohsem.. Hahaha..
Layan okay bila orang jahat mati dengan cara yang wow macam nie..

Keseluruhan cerita ini pada Sha, okay..
Perjalanan seorang anak muda dalam usaha menjadi seorang ejen..
Sambil tu mentor nya berusaha mencari maklumat untuk menyelesaikan kes..
Bila part babak pergaduhan dalam gereja tu memang ngerilah..
Sempoi je dia buat..
Hanya kerana sekeping kad sim, manusia bertukar menjadi ganas..
Memang sempoi habislah, cara penjahat dia.. 

Tu belum lagi cip yang ditanam dekat leher menyebabkan kepala meletup umpama bunga api..
Perlawanan antara Eggsy dengan Gezele pun not bad..
Tak terlalu mudah, dan tak terlalu susah..
Kelebihan hero sebab pisau dia ada racun..
Cepatlah penjahatnya mati..

Tak sabar nak tengok yang second..
Tak tahulah tahun bila.. Hahaha..

Goodreads - Currently Reading

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan Oktober ini Sha pelik sikit..
Tak tahu kenapa..
Sha tak boleh stay dengan sebuah buku je..
Belum habis baca novel Dark Celebration, Sha dah sibuk baca novel lain..
Bukan sebuah tapi 4 buah berlainan genre..

Tak cukup dengan novel, drama pun camtu juga..
Tengah tengok drama Thailand (cerita dia 1jam 40minit untuk setiap episod) baru episod 3 dah tengok drama China pula..
Tu belum lagi campur dengan filem..
Dan drama english bertajuk The Good Doctor.. Ohsem okay drama ini..

Balik pada novel tadi..
Sekarang ini currently reading ada 4..
Novel cinta, seram, fantasy dan biografi..
Ada yang progress​ dia laju, ada yang slow..
Bergantung pada mood Sha..

Ini adalah senarai currently reading.. 
Dua tu memang stuck.. Kikiki.. 
Sebab tak nak lupa bila start baca, sha save dekat Goodreads.. 
Senang juga bila ada Goodreads ini.. 
Buku apa dan page berapa boleh update online je.. 
Agak-agak hilang penanda, check je dekat Goodreads.. 

The Hitman Bodyguard (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab tajuk dia ada perkataan Hitman..
Ingatkan hero pujaan yang berlakon..
Rupanya Ryan Reynolds dan Samuel L. Jackson..
Memang cerita aksi komedi yang menarik ditonton..

Seorang bodyguard terpaksa menjaga pembunuh upahan demi menghukum penjenayah berbahaya..
Bayangkan perjalanan mereka yang huru hara, adegan tembak menembak dan kejar mengejar..
Memang penuh dengan kata-kata makian dan juga lawak jenaka..
Kejam dan penuh darah.. Hehehe..
So memang tak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak ye..
Sangat-sangat tak sesuai..
Sesekali layan cerita macam ini okaylah juga.. 

Seronok.. Ryan Reynolds jadi bodyguard yang logik..
Manakala Samuel L. Jackson pula jadi pembunuh upahan yang main redah je..
Tembak orang ikut suka hati dia..
Sepanjang perjalanan menuju ke mahkamah, kedua-duanya susah nak menerima kehadiran antara satu sama lain..
Lepastu terbongkar pula kisah client Ryan Reynolds ditembak Samuel L. Jackson..
Lagilah member bengang..
Tapi akhirnya happy ending..

Tak rugi menonton sebab aksi komedikan.. Hehehe..

Monday, October 23, 2017

Projek Seram : Kolej oleh Fazrin Fauzi, Zyra Safiya & Jessy Mojuru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang dah lama Sha miliki..
Sha beli preloved sahaja..
Baru rasa macam nak baca..
Kolej menghimpunkan 3 orang penulis iaitu Fazrin Fauzi, Zyra Safiya & Jessy Mojuru..

Sumpahan oleh Fazrin Fauzi
"Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa."
Kisah yang tak terduga.. Kerana ketamakkan manusia, anak sendiri sanggup dianiaya.. Disebabkan kematian yang tragis maka syaitan mula mengambil kesempatan.. Tanah tersumpah, pembangunan tersekat..

Tiga oleh Zyra Safiya
"Darah sama merah. Hati lain-lain!"
Kisah mengenai manusia.. Walaupun lahirnya dari rahim yang sama, hati tetap tak sama.. Bagaimana seorang manusia itu boleh menjadi gila dan membunuh serta bersekutu dengan syaitan demi menjadi lain dan luar biasa.. Bila fikiran mula tak waras, banyak nyawa jadi korban..

Roh oleh Jessy Mojuru
"Kau milikku setelah kau cabut nyawaku!"
Roh yang mengikut akibat perkara yang berlaku secara tak sengaja.. Roh yang meminta bantuan kerana tiada siapa yang tahu kebenaran sebuah tragedi.. Cerita yang ketiga ini kena baca betul-betul, kalau tak memang huru hara jadinya..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2017..

Filem Melayu | Yasmine (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini memang ohsem..
Sha tengok dekat TV2
Yasmine adalah filem produksi internasional yang pelakon dan kru filmnya berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Australia, dan Polandia.

Rupanya drama ini diterbitkan dah lama..
Tahun 2014..
Ditayangkan di TV2 pada Sabtu (21.10.2017) baru ini..

Kisah pasal Yasmine..
Seorang anak gadis yang jatuh cinta dengan Adi.. Pesilat antarabangsa..
Namun Adi berkawan dengan musuh Yasmine, Dewi..
Maka Yasmine ambil keputusan untuk masuk kelab silat bersama kawan dia Adi dan Nadia..
Yasmin belajar silat ini tanpa pengetahuan ayah dia Fahri tapi akhirnya ayah dia tahu juga..
Masa kejohanan Silat, Yasmine telah melakukan jurus yang berbahaya dan mencederakan pihak lawan serta berjaya membawa kumpulan dia ke final..
Tapi malangnya kawan-kawan Yasmine tidak bersetuju dan mereka bertengkar..
Yasmine juga telah bertengkar dengan ayah dia..
Masa ini barulah rahsia terbongkar mengenai ayah Yasmine dan silat..
Rahsia apa ye? Kenalah tengok..

Sha suka sebab cerita dia lain dari biasa..
Mengenai silat,persahabatan dan hubungan kekeluargaan..
Sesuai ditonton bersama anak-anak..
Imani tengok cerita ini bersama Sha..
Memang menonton sambil menjawab soalan Imani.. Hehehe..

Kalau nak tengok boleh klik link INI.

Pelakon-pelakonnya ialah Liyana Yus, Nadiah Wahid, Arifin Putra, Aryl Falak, Reza Rahadian, Carmen Soo, Dian P. Ramlee, Nabila Huda, Roy Sungkono, Agus Kuncoro, Mentari De Marelle, M. Nasir, Jazz Hayat, Lim Ching Miau, Soo Wincci & Maharasyi..

The Good Doctor (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa pernah tengok drama Good Doctor (Korea)??
Versi Korea ini keluar pada tahun 2013..
Ada 20 episod..
Tahun ini keluar versi English..
Masa tengok dia punya trailer, not bad..

Sekarang ini baru episod 4..
Sha tengok online je.. Nak langgan Astro memang tak lah kan..
Sha harap janganlah drama nie dia buat jadi berseason-season macam drama-drama yang sebelum ini..
Bila terlalu banyak season, drama tu akan jadi tak best..
Sebab banyak sangat drama dalam drama..
Kalau nak tahu lebih detail pasal drama ini boleh klik SINI.

Pelakon yang bawa watak doktor yang autism tu ohsem okay..
Nama dia Freddie Highmore..
Memang lakonan beliau sangat berkesan pada Sha..
Tajuk sama, fokus pun sama.. Cuma jalan cerita dan macam mana mereka potraykan sahaja yang berbeza..

Episod pertama je dah mengacaubilaukan emosi..
Disebabkan doktor Shaun ini tak pandai nak berpura-pura, maka soalan yang diajukan beliau tepat menusuk ke hati..
Masa episod satu ini nak habis, dia tanya ketua pembedahan dalam bilik bedah tu soalan yang menusuk ke jiwa..
Memang meninggalkan kesan..

Bila seorang yang kurang upaya diberi tempat dalam masyarakat yang kononnya sempurna..
Mujurlah Good Doctor versi Korea Sha dah tak ingat sangat..

Detail Good Doctor (2017)
Pelakon: Freddie Highmore, Nicholas Gonzalez, Antonia Thomas & Chuku Modu
Sinopsis: A young surgeon with autism and Savant syndrome is recruited into the pediatric surgical unit of a prestigious hospital. The question will arise: can a person who doesn't have the ability to relate to people actually save their lives?

Sunday, October 22, 2017

The Midnight Library : Liar (V) by Nick Shadow

Assalamualaikum..
Hye semua.

Buku kelima dari koleksi Midnight Library..
Buku ini ada 3 cerita iaitu Liar, Ticket Please & Killing Time.. 
Koleksi cerita pendek yang boleh menyebabkan kita terbayang-bayang..
Liar
Bermula hanya dengan menipu di laman chat akhirnya mengundang penipuan secara besar-besaran.. Akhirnya yang ditipu menjadi perkara betul.. Penipuan mengatasi realiti.. Memang menakutkan..

Ticket Please
Pengajarannya, jangan naik keretapi kalau penjual tiket kata jangan.. Pastikan anda ada tiket baru naik.. Tak pasal-pasal hilang tanpa dikesan.. 

Killing Time
Kisah yang bermula dengan lakonan drama, namun akhirnya menjadi tragedi.. Kematian yang tidak diduga.. Kebenaran disebalik kematian, sangat menakutkan..

Baca pada 20.10.2017 dan selesai pada 21.10.2017..

Dewan Bahasa & Perkataan Bunyi Aneh

Assalamualaikum..
Hye semua.

LejenPress:
DEWAN BAHASA DAN PERKATAAN BUNYI ANEH

Swafoto, tunafoto, nirtunai, mencicip -- kedengaran perkataan ini begitu asing dalam kalangan kita. Terasa seperti perkataan yang direka-reka; kedengaran pelik, dan tidak pernah digunakan dek orang. Ramai dalam kalangan kita rasa janggal, malah terasa kelakar pun ada. Tidak kurang yang mengkritik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana mencipta atau menggubah (atau apa saja yang sepadan dengannya) perkataan yang pelik-pelik dan entah dari mana asal-usulnya ini.

Pandangan sinikal netizen terhadap DBP bukanlah situasi baru. Pandangan sinikal ini berakar daripada pendapat konsensus bahawa bahasa digubah DBP jarang sekali menggambarkan bahasa yang digunakan oleh orang awam - bahasa Melayu yang sering kita guna dan dengar sama ada di pasar malam, di jalanan atau di rumah.

Orang ramai beranggapan bahasa dan perkataan-perkataan yang digubah dan diputuskan DBP seolah-olah bukan berakar daripada bahasa Melayu yang dituturkan oleh kebanyakan orang ramai. Itu belum mengambil kira pertembungan ideologi antara 'bahasa indie' dengan 'bahasa DBP' lagi.

Kurang lebih setahun yang sudah, sebuah forum  menemukan Lejen Press dan DBP dengan tajuk perbincangan 'Karya Indie Merancu Bahasa' telah dianjurkan di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Hasilnya, dapatlah kami bersemuka berbicara tentang pendirian, bahasa dan hala tuju masing-masing di samping mengenal hati budi antara satu sama lain sambil disaksikan bakal-bakal guru yang comel-comel belaka.

Selaku penulis dan penggiat novel alternatif sejak 2010, pertembungan idea ini bukanlah sesuatu yang baru bagi saya. Seringkali karya-karya daripada novel alternatif ditohmah dalam media arus perdana, malah buku kami juga turut terkena tempiasnya. 

Sehinggakan beberapa tahun sudah, sebuah raja lama syarikat penerbitan negara melancarkan kempen 'Awasi Bahan Bacaan Anak Anda' yang jelas mensasarkan kami penerbit-penerbit buku alternatif. Kami yang ketika itu masih bertatih dalam dunia penerbitan buku tertanya-tanya apakah dosa kami hingga diperlakukan sebegitu rupa? 

Seyogia, saya suka melihat langkah DBP sejak akhir-akhir ini yang aktif merekayasa bahasa Melayu - sejajar dengan persediaan penutur bahasa ini dalam menghadapi abad ke-21 yang melangkau perubahan serba-serbi dengan cukup pantas.

Saya menyukai perkataan 'swafoto', sebagai terjemahan langsung perkataan 'selfie' dalam bahasa Inggeris. Walaupun saya percaya  majoriti penutur bahasa Melayu sendiri lebih biasa dan masih selesa menggunakan perkataan asal daripada bahasa Inggeris itu. 

Perkataan-perkataan lain yang saya 'ok' adalah seperti nirtunai - iaitu 'cashless' - dalam istilah transaksi perniagaan melalui ruang maya dan fizikal - adalah perkataan yang saya setujui dan wajar digunakan dengan lebih meluas.

Tahukah anda, nir itu bermaksud 'tiada' dalam bahasa Sanskrit? Tak tahu? Tak apa. Teruskan membaca.

Nirvana bermaksud 'tiada kecelaruan dan kegelapan' (ironinya kumpulan grunge Nirvana peminat-peminatnya ramai yang bercelaru dan sentiasa rasa hidup ini penuh kegelapan - tidak semua).
Nirmala pula bermaksud 'tiada cacat cela'. Perkataan 'mala' bermaksud cacat cela dan mempunyai kaitan dengan perkataan malapetaka yang membawa erti 'kejadian buruk yang mencetuskan cacat cela'.

Tetapi ada juga perkataan yang dipertikaikan dan kedengaran agak buruk untuk digunakan orang ramai (sekurang-kurangnya pada peringkat awal ini), seperti baru-baru ini yang tular di media sosial iaitu 'tunafoto' yang merujuk kepada 'photobomb' dalam bahasa Inggeris.

Ramai yang beranggapan bahawa perkataan tuna itu berkait dengan spesis ikan yang selalu dimakan dengan roti. Memang lazat dalam bentuk ikan, tapi ia masih janggal untuk bergabung digubah menjadi perkataan baru yang tidak berkait dengan ikan.

Perkataan tuna itu turut membawa maksud 'rosak'. Dalam bahasa Indonesia, banyak perkataan yang didirikan daripada penggunaannya. Sebagai contoh, tuna busana yang bermaksud tidak berpakaian sempurna (bukan telanjang atau bogel). 

Jadi, tunafoto membawa maksud "gambar yang dirosakkan". Mudah dan logik bunyinya jika dinilai daripada maksud lain perkataan itu. Nah, memang sesuai untuk menggantikan perkataan photobomb, bukan?

Saya percaya skeptikalnya masyarakat terhadap usaha DBP merekayasa perkataan-perkataan baru dalam bahasa Melayu ini datang daripada sikap DBP sendiri yang skeptikal dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat secara umumnya.

Bak kata ahli fizik, Sir Isaac Newton, "every action will create reaction". Daripada sikap diktator bahasa DBP inilah datangnya sifat memberontak lalu terciptanya karya-karya indie yang mahu lebih dekat dengan jiwa pembaca daripada segi penggunaan dan pendekatan karyanya.
Begitu juga apabila perkataan-perkataan ini dikeluarkan oleh DBP, orang ramai pula menyambutnya dengan sinis dan ketawa.

Karya magnum opus George Orwell, Nineteen-Eighty Four, ada menegaskan bahawa bahasa yang dikawal oleh pihak pemerintah adalah bahasa yang mencengkam pemikiran rakyatnya sendiri.
Jika kita mahu melihat masyarakat yang demokratik, bahasanya harus demokratik juga. Tidak perlu ada satu badan yang menentukan perkataan ini boleh, perkataan itu tak boleh. Jika ada pun, sedarlah dan terimalah bahawasanya bukan sahaja manusia dan muzik berevolusi dari zaman ke zaman, tetapi bahasa juga sama.

Pada ketika DBP mahu merekayasa bahasa Melayu dalam menghadapi cabaran abad ke-21, badan itu haruslah sedar bahawa pada akhirnya, kelangsungan bahasa itu bergantung pada penuturnya. Dekatkan bahasa itu pada jiwa penuturnya, bukan sekadar dekat di hati penggubahnya.

Apalah gunanya jika DBP sekadar memberanakkan perkataan-perkataan ini, yang pada akhirnya hanya digunakan untuk ujian lisan SPM atau mesyuarat rasmi kerajaan, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh dan penuh bangga oleh masyarakat di jalanan, baik ketika bercanda dengan kekasih, atau ketika berbual dengan kawan atau keluarga?

Saya menyokong niat murni DBP dalam menjadikan bahasa Melayu bahasa yang disanjungi, tetapi usaha ini harus diterapkan secara menyeluruh dan dari bawah iaitu dari rakyat jelata. Bukannya sekadar dari kerusi empuk (empukkah?) Ketua Pengarah semata-mata.

Dan saya percaya, majoriti orang awam yang bertutur dalam bahasa Melayu tidak menggunakan perkataan 'rekayasa' dalam pertuturan mereka, sebaliknya mungkin renovate, atau reinvent. Sama seperti perkataan 'download', 'smart phone' dan 'loading' (sekadar menyebut beberapa contoh) yang amat jarang sekali digunakan menggunakan perkataan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian.
Mungkin orang masih selesa dengan perkataan Inggeris. Kita baru merdeka 60 tahun, dan kuasa-kuasa dunia masih lagi bertutur dalam bahasa Inggeris.

Biarkan bahasa itu membesar secara organik. Biarkan ia berkembang dengan penuturnya.
Namun, selagi mana DBP tidak mengiktiraf 'aq' atau 'ak' sebagai kata seerti untuk perkataan 'aku', DBP masih relevan.

Ikhlas walau sering dipandang serong,
Lejen Press 
Artikel asal boleh baca di SINI.

Semoga perkongsian ini bermanfaat..
Kena lebih banyak membaca dan menggunakan perkataan yang disebut diatas..
Awalnya memang nampak pelik.. Lama-lama pasti akan jadi kebiasaan..

Saturday, October 21, 2017

Sunan Cinta Nan Sakti oleh Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum...
Hye semua..

Novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid ini mengenai Laksamana Sunan (Saifudin).
Permulaan kepada semua kisah..

Novel setebal 662 muka surat ini mengisahkan permulaan hidup Laksamana Sunan..
Perkenalannya dengan Sang Ratu..
Pertembungan kepada beberapa kuasa jahat..
Legasi Sunan bermula dengan sangat megah..

Bagaimana Saifudin diangkat menjadi Laksamana Sunan..
Pengembaraan yang bermula dengan pelbagai pancaroba..
Perjanjian Maharani dalam usaha menghancurkan Acheh..
Pertembungan Sang Ratu dan Saifudin yang tak terjangka..
Ingatan yang hilang dari Saifudin dan Ratna..

Kalau baca novel ini dulu sebelum baca novel yang awal-awal pun okay je..
Sebab novel ini permulaannya..

Senarai novel Bagaikan Puteri.
    1. Bagaikan Puteri (Bagaikan Puteri, #1)
    2. Cinta Sang Ratu (Bagaikan Puteri, #2)
    3. Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri, #3)
    4. Cinta Sufi (Bagaikan Puteri, #4)
    5. Sutera Bidadari (Bagaikan Puteri, #5)
    6. Sunan Musafir (Bagaikan Puteri, #6)
    7. Sunan Nanggroe Sang Kembara (Bagaikan Puteri, #7)
    8. Sunan Cinta Nan Sakti (Bagaikan Puteri, #8)

      Goblin (Second Time)

      Assalamualaikum..
      Hye semua.

      8TV tengah mainkan cerita Goblin rupanya..
      Encik suami tahu tapi sebab dia tak amik port, tak adalah dia bagi tahu isteri dia..
      Kebetulan cuti Depavali hari itu balik kampung dan tertengok Goblin dekat channel OhK!..
      Baru episod 1&2..
      Tengok dengan MIL.. MIL sha pun suka layan drama Korea..
      Masa inilah encik suami bagi tahu drama ini tengah main dekat 8TV..

      Dekat 8TV episod 8 (19.10.2017) yang Eun-tak tahu pasal pedang tu.. Sedih owh..
      Feel tengok drama ni tetap sama macam masa first time tengok..
      Perasaan itu masih ada..
      Rasa macam baru first time tengok..
      Goblin, Malaikat Maut dan Eun-tak..
      Ketiga-tiga watak ini memberi emosi yang berlainan..

      Hubungan love hate antara Goblin dan Malaikat Maut..
      Hubungan cute dan comel antara Goblin dan Eun-tak..
      Perempuan berbaju merah yang ohsem (Samshin)..
      Adik Goblin yang sangat comel..
      Deok Hwa yang tak seperti disangka..

      Kejutan demi kejutan..
      Walaupun dah tahu tetap memberi kesan pada emosi..
      Sha tetap suka tengok..
      Walaupun diulang tayang..

      Rasanya drama ini yang terbaik pernah Sha tengok..
      Dari jalan cerita.. Permainan emosi dan juga pelakonnya..
      Memang sangat meninggalkan kesan.

       
      Tengah sembang pasal kemalangan yang tak sepatutnya Eun-tak lalui..
      Malaikat maut tengah amrah Goblin sebab kacau takdir manusia.. Hahaha..
       
      Eun-tak sedih bila dapat tahu kebenaran yang sebenar mengenai pengantin Goblin.. 
      Masa ni memang sedih sungguh..

       
      Malaikat Maut tengah terangkan mengenai peranan pengantin Goblin/Kim Shin..
      Kononya bila dah bagi tahu Eun-tak, tak adalah Eun-tak cabut pedang tu.. 

      Every moment I spent with you... Shined
      Because the weather was good,
      because the weather was bad,
      and because the weather was good enaugh...
      I loved every moment of it.

      Wanita Syurga Bidadari Dunia - Oki Setiana Dewi

      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Sudah beberapa kali Sha dengar lagu ni..
      Sha suka.. Lirik dia simple saja..
      Mengenai wanita muslimah..
      Semoga lirik dalam lagu ini menjadi inspirasi kita semua..

      Wanita bukanlah insan yang lemah..
      Kekuatan kita mampu menggoncang dunia..
      Jadikanlah serikandi Islam sebagai inspirasi hidup..
      Jangan jadikan kegagalan sebagai kejatuhan hidup..

      Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya..
      Kesusahan kita bukanlah penamat kehidupan kita..
      Atasinya dengan berusaha sebaik mungkin.. Mohon pertolongan dari Allah..
      Insya Allah, kesusahan pasti dapat diatasi..

      Teruskan berjuang ye kawan-kawan..
      Jangan pernah mengalah..
      Kebahagiaan itu milik semua..
      Kita yang tentukan bahagia yang macam mana kita nak..
      Insya Allah.. Orang yang bersyukur sentiasa bahagia..

      Wanita Syurga Bidadari Dunia - Oki Setiana Dewi
      Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
      Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
      Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
      Laksana surga di dunia

      * Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
      Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
      Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
      Sejukmu menentramkan jiwa

      Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
      Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
      Engkau wanita syurga
      bak permata berharga
      berbinar indah dalam kesucian jiwa

      back to *
      back to reff
      back to reff

      Onigiri

      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Lama dah teringin nak cuba..
      Masa pergi Aeon Rawang itu, tiba-tiba keberanian datang..
      Terus amik Roasted Eel Onigiri..
      Alamak.. Sedap la pula..
      Nyesal tak beli lebih.. Hahaha..
      Balik manjung.. Singgah lagi Aeon..
      Tapi tak ada pula Eel.. Sedih..
      So belilah Tuna Mayo, Salty Salmon dan juga Ebikko Mayo..

      Ebikko Mayo sedap..
      Rasa dia sedang-sedang..
      Macam makan sushi Ebikko.. 

      Salty Salmon pula, walaupun namanya salty tapi tak adalah masin pun.. 
      Disebabkan salmon mahal, maka isinya tak adalah banyak.. Hehehe.. 
      Pun sedap juga.. 

      Tuna Mayo banyak gak isinya.. Macam Ebikko.. Berbaloi-baloi.. 

      Yang paling best bila anak-anak Sha pun suka Onigiri ini.. Lepas ini adalah geng nak makan sama.. Encik Suami memang tak suka.. Hehehe..

      Friday, October 20, 2017

      US | Blade Runner 2049 (2017)

      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Cerita yang sangat panjang dan detail..
      Kisah mengenai replicant yang cari dan bunuh replicant versi lama..
      Memang seronok tengok watak K/Joe..
      Bagaimana dari seorang yang hanya ikut arahan bertukar menjadi seorang yang mempersoalkan..
      Memang ohsem..

      Babak masa K/Joe sangka dialah budak replicant yang dilahirkan itu pun best..
      Buat pertama kalinya Sha dan suami berbincang secara berterusan mengenai filem yang kami tonton..

      Filem ini memang sangat-sangat menarik..
      Bayangkan manusia klon yang dicipta bercinta dan mengandung..
      Melahirkan dan baby tu survive.. Pergh!!
      Polis nak semua pasal baby tu di hapuskan..
      Syarikat yang cipta manusia klon nie pula nak kan baby tu..
      Kiranya nak tengok hasil yang mengagumkan..

      Cerita dia boleh buat kau termenung dan berfikir.. Berfikir..
      Dalam cerita ini watak hero dia nampak biasa je.. Tapi semangat dia luar biasa..
      Watak perempuan jahat tu pula memang jahat gila.. Ganas okay..
      Bukan ganas sikit-sikit.. Ganas hati kering punya, tau..
      I'm the best katanya tapi mati gak.. Kikiki..

      Sha masuk panggung pukul 2.20pm.. Wayang habis pukul 5.15pm camtu.. Wargh!! Nyesal!? Taklah.. Hehehe..

      Selasa (17.10.2017)

      Filem Melayu | Tombiruo : Penunggu Rimba (2017)

      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Satu kepuasan yang tak dapat nak diungkapkan..
      Buat pengetahuan semua, Sha tak pernah menonton filem Melayu di pawagam..
      Tapi Tombiruo berjaya menarik Sha ke pawagam..
      Gigih tau pujuk encik suami..
      Encik suami macam tak setuju nak menonton filem ini..
      Namun pujukan seorang isteri berjaya mencairkan hati seorang suami.. Hahaha..
      Nak tengok juga kan..
      Nak pergi sendiri memang taklah..

      Filem Tombiruo : Penunggu Rimba ini Sha bagi 4 bintang..
      Sha tengok filem ini dengan fikiran yang tenang..
      Sebab Sha dah tak ingat jalan cerita novelnya..
      Jadinya, tidaklah Sha meletakkan pengharapan bahawa filem ini akan sebiji seperti novelnya..
      Walaupun diadaptasi dari novel namun Sha kena terima akan ada kelainan..

      Perkara kedua yang Sha kena lapang dada ialah pelakonnya..
      Zul Arrifin dan Farid Kamil bukanlah pelakon kegemaran Sha..
      Tapi bila ada yang bagi tahu bahawa dari awal cerita sehingga penamat tak akan ada muka Zul Arrifin maka Sha lega.. Wakakaka.. Maaflah memang serius tak minat..
      Farid Kamil tetap Farid Kamil..

      Sha sedih sebab dapat tengok Faizal Hussien dan M. Nasir sekejap je.. 
      Watak yang te
      Bah. Jaga-jaga kamu tu MONSIRUI aka Bobohlian masuk Unduk Ngadau (Ratu Cantik Kaamatan Sabah) sudah dia rupanya. Punya cantik dia. MONSIRUI inilah yang berperanan utama dalam filem TOMBIRUO. Dikatakan ramai memuji lakonan beliau pertamanya sebagai narrator cerita dan keduanya seakan berpuisi indah dalam bahasa Kadazan-Dusun..

      Kenapa hanya 4 bintang.. Yang ini biarlah Sha simpan sendiri..
      Sha suka kelainan yang dibawakan dalam filem ini..
      Walaupun ada kekurangan tapi masih boleh diperbaiki..
      Sha harapkan semoga andai ada filem yang seterusnya akan lebih baik dan bagus dari yang first ini..
      Tapi memang satu kelainan yang sangat ketara..
      Perbezaan yang sangat menarik..
      Semoga akan ada lebih banyak filem yang macam ini..
      Part ending credit tu pun ohsem..
      Mungkinkah legasi Sunan pula lepas ini?
      Kenalah tunggu, ye tak..

      Selasa (17.10.2017)
      Daisypath Anniversary tickers

      Goodreads

      Sha's bookshelf: read

      Dia Trouble Maker
      Bara
      Pelukis Jalanan
      Kelibat Setan
      Mila’s Big Splash
      Dheo's
      Misi Budak Tahfiz
      Puaka Jambatan
      Saat Aku Berpaling
      Cikgu Kelas Sebelah
      Surihati Encik Pembunuh
      Aneh
      Kasyaf Ain
      Jadikan Aku Yang Terakhir
      Cik Isteri Dan Encik Suami
      Projek Seram: TOYS
      Lamaran Di Taman Nakajima
      Pemburu
      Misi Hero
      Pinjam Sayap


      Sha Mohamed's favorite books »

      Review & Rating

      Sha's bookshelf: read

      Disergah Penunggu Pokok Ara
      really liked it
      Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
      Dijenguk Hantu Penanggal
      really liked it
      Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

      goodreads.com