Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Thursday, May 18, 2023

Kerja Ubahsuai Rumah yang Menambah Nilai Yang Paling Besar

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Apabila anda mengubahsuai rumah anda, anda perlu mengambil kira dua perkara utama.
Pertama, bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengalaman apabila anda sendiri
menetap di rumah, dan kedua, berapa banyak nilai pengubahsuaian akan menambah nilai
rumah anda pada jangka masa yang lama. Anda tidak akan tahu bila anda mungkin perlu
berpindah, jadi adalah penting untuk berfikir tentang nilai rumah anda.
Pengubahsuaian berikut akan memberi penambahan nilai yang paling banyak untuk rumah
anda.

Tingkap Baru
Tingkap di kediaman berfungsi sebagai mata kepada rumah anda, membolehkan anda melihat
pemandangan di luar dan orang lain melihat ke dalam ruangan rumah anda. Tingkap akan
membantu melindungi rumah anda daripada cuaca sambil membenarkan cahaya matahari
masuk ke dalam rumah. Tingkap boleh menjadikan rumah anda kelihatan lebih besar jika
jumlah tingkap mencukupi dan ia diletakkan pada kawasan dengan betul.

Dapatkan servis pasang tingkap rumah yang moden dan baru lebih menjimatkan elektrik
daripada tingkap yang lama, jadi ia boleh membantu mengurangkan jumlah bil elektrik anda.
Selain itu, ianya boleh meningkatkan penampilan rumah anda.

Grill Rumah Baru
Jika grill rumah anda sudah lama, maka ia boleh menurunkan nilai keseluruhan rumah anda.
Grill pintu dan tingkap rumah anda adalah salah satu benda yang dilihat oleh tetamu apabila
mereka datang melawat ke kediaman anda dan memainkan peranan utama dalam tanggapan
pertama mereka tentang rumah anda. Oleh itu, dapatkan perkhidmatan pasang grill rumah
untuk meningkatkan estetika dan nilai rumah anda.

Harga grill rumah yang baru bergantung kepada jenis grill yang anda ingini. Bahan yang lebih
tahan lama dan lebih tahan karat mungkin lebih mahal, tetapi ia juga boleh menambah nilai
pada rumah anda sebagai pertukaran.

Kerja Ubahsuai Ruang Tamu
Anda boleh mempertimbangkan untuk menjalankan kerja pengubahsuaian kecil yang boleh
dilakukan di ruang tamu oleh tukang profesional termasuk perkhidmatan pasang bracket TV
dan servis pasang kipas siling baru. Pengubahsuaian kecil sebegini boleh dinikmati oleh
keluarga dan tetamu anda.

Cara Memilih Servis Pengubahsuaian Terbaik
Penambahan nilai selepas pengubahsuaian rumah hanyalah salah satu faktor kenapa
kebanyakan orang menjalankan mengubahsuai rumah. Melainkan anda merancang untuk
berpindah dengan segera, anda harus mempertimbangkan perkara yang paling memanfaatkan
untuk anda. Keluarga anda merupakan orang yang tinggal di kediaman tersebut, jadi adalah
penting untuk anda menikmati masa bersantai di rumah. Oleh itu, nilai tambahan kepada rumah
tersebut adalah bonus apabila anda akhirnya berpindah ke tempat baru.

Apabila anda perlu membuat keputusan untuk mengubah suai rumah anda, ingatlah perkara
berikut:

Nilai Tambahan Kepada Rumah Anda
Jumlah nilai tambahan yang akan ditambahkan daripada pengubahsuaian pada rumah anda
bukanlah satu-satunya pertimbangan, tetapi ia masih penting. Mengetahui amaun yang anda
boleh perolehi daripada pelaburan boleh membantu anda menentukan jumlah yang perlu anda
belanjakan untuk kerja pengubahsuaian rumah.

Bajet Anda
Jumlah nilai yang boleh tambahkan pada rumah anda adalah ditentukan oleh jumlah yang anda
boleh belanjakan untuk pengubahsuaian. Jika anda mempunyai bajet yang lebih besar, anda
akan mendapatkan nilai yang lebih banyak untuk rumah tersebut. Bakal pembeli rumah anda
perlu dapat melihat nilai yang ditambah oleh kerja pengubahsuaian yang telah dijalankan.

Keselesaan Penghuni Rumah
Jika anda akan tinggal di rumah itu untuk satu tempoh sebelum anda menjual rumah tersebut,
anda juga perlu memastikan bahawa pengubahsuaian yang ditentukan adalah sesuatu yang
anda inginkan untuk diri anda sendiri. Sebelum anda memutuskan apa yang perlu diubah suai,
jangan lupa mempertimbangkan perkara yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah.

Sila berbincang dengan tukang baiki rumah yang profesional di Tukang SerbaBoleh. Pasukan
mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengubahsuai pelbagai rumah di Lembah
Klang dan boleh bekerjasama untuk menjadikan rumah anda lebih selesa dan boleh didiami
dengan perkhidmatan pengubahsuaian dan pembaikian rumah mereka.

Monday, January 30, 2023

Gan Cubes

Assalamualaikum..
Hye semua..

GANCUBE Inc. telah diasaskan oleh Encik Jiang Ganyuan pada 2014.. Beliau merupakan pemegang NR pertama Speed Cubing di China.. Perniagaan syarikat berkembang dengan meluas daripada penyelidikan kepada pembangunan, reka bentuk, pembuatan, pemasaran dan juga promosi.. Semuanya adalah mengenai cubing.. Syarikat itu memegang banyak paten dan teknik pada speedcubes.. 

Melalui siri yang disediakan ada 4 pilihan yang boleh anda buat bermula dengan Beginners, Professional Kit, Advanced Training dan Intelligent Campaign.. Pasti akan ada satu yang sesuai dengan anda..

Kalau sebelum ini kita hanya melihat rubik kiub yang biasa tapi dengan Gan Cube, ada banyak jenis kuib lain Malah pilihan yang ada mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa.. Anda boleh pelbagaikan cara permainan dengan Gan Cubes mengikut kesesuaian.. Antaranya ialah:-

Intelligence
Menguasai Speedcubes,
menyelesaikan dengan cepat dan tenang

Ia mempunyai prestasi speedcube yang luar biasa,
dan ia juga menyokong fungsi pengajaran/Penyelesaian AI,
dalam APP Stesen Cube. Malah mereka yang baru bermula boleh menguasai dengan mudah;
Selain itu, ia juga boleh membantu anda dengan latihan..
Anda juga boleh mengadakan perlawanan dengan rakan di seluruh dunia.. Lebih hebat daripada sebelumnya..

Magnetic Cubes
Teras bermagnet
Mempunyai 64 magnet untuk sistem kedudukan teras profesional ini. Rintangan permulaan yang rendah, konsistensi yang hebat pada kekuatan magnet dan membantu membuat kelajuan lancar seperti ini.
24 jenis penalaan.
Lebih terperinci, lebih tepat dan lebih pantas
Ada pilihan tekstur iaitu lembut dan bersalut uv
Dengan 3 tenik yang luarbiasa iaitu kekal lancar, kekuatan anti retak dan mantap serta stabil..
Paling penting lebih padat dan bijaksana..

Antara bentuk yang ada di bahagian bermagnet..


Anda juga boleh dapatkan Gancube dalam bentuk set seperti gambar diatas.. Antaranya Intelligence combo, Robot set dan pelbaai pilihan gift box..

Terdapat juga aksesori tambahan buat anda seperti bag, baju, rak pameran dan lain-lain lagi.. Malah anda juga boleh membeli cube yang berbentuk seperti piramid, megaminx dan beberapa jenis lagi.. 

Jangan lupakan Gan cube yang cantik ini.. Ada pelbagai pilihan dan ianya edisi terhad..

Selain itu, Gan Cube juga menawarkan beberapa variasi pilihan cube yang lebih ringan, boleh juga dibuat mengikut kesesuaian anda.. 

Tuesday, June 25, 2019

Pra Tempah Novel Terbaru Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat yang meminati novelis Maria Kajiwa, beliau ada keluarkan novel terbaru dibawah penerbitan Love novel bertajuk Lara Wirang.. Pre-Order sangat terhad, jadi kalau berminat boleh klik link WhatsApp kat bawah.. Sha dah buat bayaran pagi tadi.. hehehe.. Teruja nak baca buku baru beliau.. Lagipun dah lama tak membeli.. Kikiki..

TAJUK: LARA WIRANG
PENULIS: MARIA KAJIWA
HARGA: RM 22 (sem)
KAPSYEN: Kerana janji hati nuraninya mati...
BLURB: Ustaz Muiz, seorang guru agama berhasrat untuk mendirikan sebuah madrasah di kampungnya sebagai pusat mengajar ilmu agama yang lebih tersusun. Dia mendapat sokongan daripada isteri, kawan dan penduduk kampung tetapi ditentang oleh Sahir Zub-yan dan konco-konconya.

“Kita akan buat apa sahaja asalkan rancangannya gagal.” – Sahir Zub-yan

Sahir Zub-yan, seorang ahli sihir Kaum Kan. Dia tinggal di Gunung Dayan dalam daerah Hasam Hurang, salah sebuah daerah dunia gelap. Sejak dahulu dia menentang segala usaha Ustaz Muiz untuk menghidupkan syiar Islam dan menyebarkan dakwah.

Bersama pembantunya yang setia bernama Derani, mereka menghasut seorang guru silat untuk menentang dan mengkhianati Ustaz Muiz sekeluarga dengan menggunakan ilmu hitam. Tapak madrasah, isteri dan anak Ustaz Muiz menjadi sasaran.

“Engkau sanggup menukar imanmu dengan nyawanya?” Sahir Zub-yan.

Adakah Ustaz Muiz akan tunduk kepada segala seksaan dan ugutan mereka bertiga? Mampukah dia mempertahankan pendiriannya? Ikutilah sebuah pertarungan antara dua pegangan dan dua dunia yang berbeza.

TAJUK: KAMPUNG HILANG
PENULIS: ROSLI MOHD. SAH
HARGA: RM 24 (sem)
KAPSYEN: Datangmu dialu-alukan, tetapi pemergianmu tak dibenarkan…
BLURB: Demi dendam dan kasih sayang, pertaruhan yang dibuat terlalu besar. Kampung Hilang menjadi saksi kekejaman silam akan berulang dengan watak berbeza.

“Kalau kamu masih berhajat juga nak ke kampung puaka tu, baik hentikan. Jangan cari masalah. Kami di kampung ni dah cukup letih dengan masalah dari kampung tinggal tu. Dah tak larat nak hadap masalah yang berulang-ulang.”

Sesiapa pun boleh datang, tetapi tiada sesiapa pun yang boleh meninggalkannya. Mereka akan diraikan tetapi mereka juga akan diperangkap.

“Kau berdua tidak dapat keluar dari kampung ini. Kau berdua sudah terperangkap di sini!”

Kampung Hilang sentiasa menantikan kehadiran waris-warisnya.

“Kau datang, anak puanku...”

Penghuninya tidak pernah mati walaupun terpaksa mengharungi kehidupan yang berulang-ulang.


Order di Sini..

Syarat Pembelian:-
- PRE-ORDER bagi novel Lara Wirang dan Kg Hilang sehingga 07.07.2019 sahaja.
- Harga ada di dalam gambar. Ada DISKAUN untuk semua pembeli pre-order ini. Pesanan hanya SAH apabila pembayaran dibuat.
 - Cara pembayaran akan diberikan kepada yang berhajat.
- Pembayaran mesti dibuat mulai 24.06.2019 sehingga 07.07.2019 sahaja supaya dapat keluarkan stok dan mulakan proses penghantaran secepat mungkin.

Monday, April 1, 2019

Sponsor - Books Giveaway by JJM & Friends

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jemput joint Books Giveaway by JJM & Friends di SINI.. Sha dan beberapa orang blogger yang gemarkan buku telah menyumbangkan hadiah untuk GA ini.. Maka dengan suka hatinya, Sha jemput korang untuk joint GA ini di SINI.. Jomlah ramai-ramai meriahkan GA ini..


Thursday, October 18, 2018

Undercover Wife oleh Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa-siapa yang berminat dengan genre thriller romance bolehlah dapatkan Novel Undercover Wife oleh Zura Rahman ini.. Novel ini diterbitkan sendiri oleh penulis.. Memang eksklusif la..
Harga RM36.00 (belum termasuk postage)..
Berminat?? Boleh klik SINI ye..
Boleh tengok juga buku-buku lain penulis ini di SINI..

https://www.facebook.com/zura.novelis
Apabila detektif berdedikasi berubah menjadi penjenayah berbahaya;
Apabila orang yang dikatakan telah mati muncul kembali; dan
Apabila teman sejiwa kini menjadi teman lelaki wanita lain...
Devastated. Despair. Desperate.
Elena ke Itali dengan niat untuk melupakan kisah lalu namun ia membawanya kepada sesuatu yang tidak dijangka. Kepercayaan tentang kematian suaminya goyah apabila dia terlihat seseorang yang menyerupai Roman di ROm. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Elena nekad untuk menyiasat. Lelaki itu diekori.
Roman Iskandar, mengapa dia langsung tidak mengenalinya? Dan siapa pula si cantik jelita berambut kuning emas di sisi Roman?
Pertemuan seterusnya membuahkan lebih banyak persoalan. Pencariannya telah membawa Elena ke daerah lain, yang tidak pernah terlintas olehnya, walaupun di dalam mimpi.
"You are the woman in Rome. What are you doing here?" ~ Wolfe
Wolfe, lelaki bertatu serigala yang menyerupai Roman. Jika benar lelaki itu adalah suaminya, mengapa Elena umpama orang asing di matanya? Kata hati Elena, itu lelaki yang dinikahinya empat tahun yang lalu. Satu tanda lain yang tersorok, akan membuktikan bahawa dia adalah Roman, cinta hatinya. Elena nekad untuk membuktikan.
"Sepatutnya aku yang berada di sisi Roman, bukan Si Blondie itu. Dan Roman yang sepatutnya memburu, bukan diburu!"
Tapi benarkah Roman sudah mati? Jika benar, di mana mayatnya? Siapakah Wolfe, lelaki bertatu serigala yang punya pandangan menyorot it? Pencarian Elena telah mencungkil satu konspirasi. Satu persatu rahsia mula terdedah, sehingga tiada siapa lagi yang selamat!
"You looked as if you have just killed someone."

Saturday, July 14, 2018

Pre Order Zine Kisah Seram

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

 Pre order secara rasmi telah dibuka.. Jangan tunggu-tunggu lagi Jomlah order.. Zine kisah seram part 1 ini berharga RM15 sahaja untuk SEMENANJUNG MALAYSIA. RM17 sebuah untuk SABAH SARAWAK. HARGA TERMASUK POSTAGE. Murah kan? apa lagi, jomlah order sekarang. Zine ni Print On Demand tau. Siapa cepat, ada sesuatu menanti anda.. Confirm tak rugi sebabnya kisah seram yang ada dalam ni semuanya meletup-letup. Tempahan dibuka sehingga hujung bulan Julai 2018.. Jangan lambat-lamabat nanti terlepas..

Macam mana nak order??
PM je admin di Facebook Tulip Press
https://www.facebook.com/tulip.press.96

Thursday, April 19, 2018

Carrie Junior Funtime Wipes

Assalamualaikum..
Hye semua..
Carrie Junior Funtime Wipes ini sangat berguna bagi Sha.. Walaupun anak-anak Sha dah besar tapi bab kebersihan memang Sha jaga sangat-sangat.. Bila ada Carrie Junior Funtime Wipes ini memang mudah sangat.. Boleh simpan dalam handbag, kereta untuk dibawa berjalan.. Bila-bila perlu Carrie Junior Funtime Wipes sentiasa ada.. 

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta. 

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.

Monday, April 2, 2018

Promosi Beli 5 Buku Percuma 1 Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada yang berminat dengan buku keluaran KTR Press?? Sekarang ada promosi baik punya..

*5 Buku RM100*
+ free postage
+ sebuah buku free.


Buku-buku yang termasuk dalam pakej ini ialah:
- Anugerah
- Akhirnya Aku
- Bebas
- Bayang
- Trauma
- Sarkas
- Sarkas II
- Komplot Anekdot
- Mana Tunang Aku
- Awek-awek Sengal
- Cinta Undercover
- Touchkill
- Route to IPB
- Menyingkap Tabir


Tawaran sehingga 30 April 2018
WhatsApp - 0192673703



Thursday, March 29, 2018

Jom Beli Kisah 3 Beradik oleh Kakak Sado

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini adalah kisah benar penulis.. Pernah disiarkan di https://www.facebook.com/fiksyenshasha/.. Tapi Sha tak pernah baca.. Sha share sini pun tak adalah dapat komisyen ke apa.. Sha share sebab Sha suka buku.. Dan Sha rasa buku penulis ini bagus untuk dibaca.. Owh ya, Sha belum beli lagi buku ini.. Fulus agak terhad.. Jadi dengan berkongsi artikel mengenai buku ini, Sha berdoa semoga dilapangkan rezeki Sha.. Aamiin.. Sha rajin ziarah page Kakak Sado ini dan baca komen serta review pembaca mengenai buku ini.. Ternyata buku ini bagus untuk korang milik.. Jadi.. Jangan tunggu lagi.. Pergilah terjah dan beli buku ini ye...

Untuk belian, boleh hubungi penulis di:
WhatsApp - http://www.wasap.my/60132296514
Facebook -  https://www.facebook.com/kakaksado/
Instagram - https://www.instagram.com/kakaksado_therealks/?hl=en

Kisah 3 Beradik oleh Kakak Sado

Siapa mahukan kaca sedangkan permata itu lebih bermakna?
Siapa yang mendambakan derita tatkala bahagia itu terang bercahaya?
Siapa yang dahagakan neraka dunia saat pilihan syurga dihadapan mata?
Persoalan ini membuatkan aku menjadi bingung

Oleh itu, aku memilih untuk menulis kisah hidup aku.
Bukan untuk simpanan aku semata tetapi untuk dikongsi bersama.

Coretan ini aku coretkan buat pembaca setia.
Aku inigin kalian menilai kisah aku dengan mata hati bukan emosi atau indera yang tuli.

-Kakak Sado-

Thursday, March 8, 2018

Bookcafe : Dari Wanita untuk Wanita

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan lepaskan tawaran istimewa dari Bookcafe..
Sempena Hari Wanita Sedunia pada hari ini, 8 Mac 2018. Bookcafe.com.my mengambil peluang ini untuk mengiktiraf peranan wanita dalam masyarakat. "Didik Wanita Terdidik Generasi." Kami telah menyenaraikan buku-buku "Dari Wanita untuk Wanita" kepada semua wanita-wanita di luar sana. Diskaun 15% untuk semua buku-buku berkaitan wanita, sempena Hari Wanita Sedunia pada hari ini. Klik SINI ataupun Banner di bawah..


Antara buku Sempena Hari Wanita Sedunia..
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337

Saturday, January 27, 2018

Promosi Besq Publication - Beli 1 Percuma 1 Buku


Assalamualaikum..
Hye semua..
 
Promosi BESQ Publication datang lagi.. Kepada peminat buku, jangan lepaskan peluan.. (sha juga yang tak boleh nak membeli.. Huhuhu)

Apa!!! Beli 1 percuma 1, beli 2 percuma 2 dan beli banyak lagi banyak percuma.. Hanya di BESQ Publication.. Promosi bermula dari 26/01/2018 hingga 31/01/2018 sahaja.. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku-buku BESQ sekarang..



Lost oleh Vessbroz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu? Sibuk ke? Jom layan lagu-lagu dari album Lost oleh Vessbroz ini.. Dalam album ini ada 11 buah lagu.. Antara 11 ini, Sha paling suka lagu yang bertajuk Lost Cause dan Fleeting..  Menarik tau lagu-lagunya.. Dia punya beat tu bila kita dengar walaupun strong tapi mengasyikkan.. Tambah bila Sha dengar sambil membaca novel thriller.. Pergh!! Buat jiwa lagi bergetar tu.. Hehehe.. Tak caya, cubalah dengar sambil membaca.. Memang layan tau..


Dalam album ini ada 11 buah lagu antaranya:-
Lost cause ft Kyle Davis
Nothing ft Kyle davis
Show You ft Black Gs
Fleeting ft Zainal Abidin
Never Know ft Farahdiya
Strong Word ft Britney Nieves & Kyle Davis
Horror Film ft Kyle Davis
Better Than This ft Dylan Thomas
Fearless ft Arastella
Fallen Feathers ft Mehrdad Mozart
Like She Does It ft Nadeera

Klik je link dekat bawah ini untuk dengar dan jangan lupa like..

 Follow Vessbroz: Website: http://vessbroz.com 

Friday, January 26, 2018

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

Assalamualaikum..
Hye semua..

Carrie Junior datang bersama figura comel yang akan disukai anak-anak.. Seius comel okay figuranya.. Lepas tu tersembunyi dengan sangat jelas.. Sha memang tak perasan, anak Sha Imani yang tunjuk dekat mana figura tu bersembunyi.. Jom dapatkan dan kumpul kesemuanya...



MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

********
Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Tuesday, January 23, 2018

Seven Collar T-Shirt - Lines

Assalamualaikum..
Hye semua..

Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018. Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4

SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

Friday, January 12, 2018

ENCHANTEUR Paris - Set Hadiah

Assalamualaikum..
Hye semua..

ENCHANTEUR Paris datang lagi dengan set hadiah yang sangat cantik dan menawan... Sesuai sangat-sangat untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.. Dengan dua jenis wangian yang memikat, dalam setiap rekaan kotak yang sangat menawan pasti Si Dia tersenyum gembira..


Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. Dengan rekaan kotak yang sangat menawan, anda boleh terus bagi sahaja hadiah ini.. Memang akan memikat dan menawan hati penerima..

 SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian - LAZADA


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com