Seven Collar T-Shirt - Lines - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, January 23, 2018

Seven Collar T-Shirt - Lines

Assalamualaikum..
Hye semua..

Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018. Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4

SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

10 comments:

  1. Salam selasa Sha, semoga sihat hari ni

    ReplyDelete
  2. Ingat pasal T shirt rupanya pasal kumpulan muzik haha.... Lagu apa diaorang femes ni ek Hakak tak berapa nak perasanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga lagu dia yang best kak.. selalu sha dengar dekat youtube je.. hehehe

      Delete
  3. thanks for this Seven Collars info,. Sha..baru tahu siapa depa.

    ReplyDelete
  4. tak tahu pulak pasal diorang ni. Mati2 ingatkan tshirt hahaha

    ReplyDelete
  5. Tengok tajuk ingatkan akak nak review pasal t-shirt, sekali kumpulan pemuzik daaa... hihi nie band yang banyak nyanyi lagu Inggeris kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..