Thursday, January 4, 2018

Drama Melayu | Mandatori (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Berjaya juga tengok drama bersiri Mandatori yang dibuat berdasarkan novel Mandatori oleh Ramlee Awang Murshid.. Ramai yang tak puas hati dengan drama ini.. Ramai juga yang memuji.. Sha memang tak ingat dah jalan cerita novel ini.. Dah lama baca kan.. Tak terfikir pun nak baca balik novel ini sebelum tengok.. Tapi lepas tengok drama ini rasa cam nak baca balik novel tu..
Firstly drama ini gelap.. Tu buatkan cerita ini lagi suspen dan mendebarkan.. (walaupun stress la juga).. Lakonan Airiel Zafril memang ohsem lah.. Serius.. Gandingan bersama Alvin Wong memang nampak serasi.. Watak yang dibawa oleh Alvin sinis dan menyakitkan hati..

Drama ini menarik sangat pada Sha walaupun sedikit lari dari novel asalnya.. Tapi masih ada persamaan.. Kalau anda tak baca novel Mandatori, anda masih boleh menonton drama ini.. Tapi kalau anda dah baca novel, Sha rasa anda kena berlapang dada menonton drama ini.. Lakonan Aeril Zafrel memang sangat hidup.. Sha suka cara Aeril membawa watak Carlos dan Norman.. 

Cumanya drama ini sedikit gelap.. Gelap disini ialah suasananya.. Berlakunya pula bukan di Malaysia.. ada sindiran-sindiran tertentu.. hehehe.. Okay dan thumbs up untuk produksi..

Ini pendapat sha.. Pendapat anda, terpulanglah..

 
JUDUL : MANDATORI
EPISOD : 6 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Disember 2017
SIARAN : Astro First Eksklusif saluran 480 
PENULIS NOVEL : Ramlee Awang Murshid
PENGARAH : Razaisyam Rashid
PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah

Sinopsis : Mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.



Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (Alvin Chong), beliau berkenalan dengan Juliana (Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (Dato’ Ahmad Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yang berlaku menyukarkan lagi keadaan. Apa yang akan jadi seterusnya? Siapakah dalang di sebalik kes pembunuhan bersiri yang berlaku?

10 comments:

  1. wah.. menarik drama ni.. tv brp? jam brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lupa nak maklumkan di entry.. Mini drama ini ditayangkan di Astro First hari tu.. Kena langgan..

      Delete
  2. tak sempat nak layan lagi drama ni

    ReplyDelete
  3. Ooooo menarik .. alamak kena langgan, harap2 dpt cari kat online or beli cd ....

    ReplyDelete
  4. Ana dah baca novel mandatori tp xtgk movie ni lg. Harap cerita dia tak menghampakan peminat RAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm.. Pada Sha okaylah.. Cuma kena berlapang dada.. hehehe

      Delete
  5. ada alvin chong berlakon dalam cerita ni..wahh..mesti tengok ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com