Thursday, January 4, 2018

Pengalaman Melalui Rawang Bypass

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ye.. Sha naik juga.. Walaupun dah bnayak kali cakap tak nak lalu dekat situ.. Sebab Sha gayat pada ketinggian.. Bukan buat-buat ye.. Memang betul-betul gayat.. Tapi Sha lalu juga.. Namun begitu, bukan Sha yang memandu.. Tapi encik suami.. Memang betul-betul singkat masa yang diperlukan untuk sampai ke Selayang dari Serendah.. Lebih kurang 10 ke 15 minit je.. Memang gayat tau.. Sha rasa betapa tingginya kita bila lalu atas lebuhraya itu.. Pening sekejap la.. Udahlah gayat, boleh pula encik suami ulang lalu dekat lebuhraya tu tiga kali.. Wargh!! Rasa cam nak nangis.. Memula lalu sebab nak ke Selayang.. Lepastu masa balik, encik suami tersalah simpang.. Patutnya lalu bawah nak ke Rawang tapi dia gi naik Rawang Bypass.. Lepas itu encik suami patah balik ke Selayang sebab nak pergi juga Rawang.. Jadinya dalam takut dan gayat, Sha berjaya berada di atas lebuhraya Rawang Bypass sebanyak 3 kali.. Yeah!! Mujur tak muntah-muntah.. Sha lalu pada 31.12.2017.. Penghujung tahun 2017.. 

" Lebuh raya sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bertujuan bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang. Dengan ketinggian maksimum 60 meter, Rawang Bypass adalah antara projek yang paling kompleks dan paling sukar dalam sejarah pembinaan lebuh raya di Malaysia. " Petikan dari -  http://says.com/my/seismik/rawang-bypass-lebuh-raya-tertinggi-dan-paling-gayat-di-malaysia 

 

26 comments:

  1. terasa gayat ek...hah smp 3 x tu husband sha lalu..nasibaik tk muntah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang tak suka tinggi, gayat.. Tu lah.. mujur tak muntah..

      Delete
  2. tinggi ada perasan takut gayat tempat tinggi...

    ReplyDelete
  3. pengalaman tu sis.. mujur tak muntah. hahaha

    ReplyDelete
  4. Perasaan je tu Sha

    Sama macam Sha naik lif kat klcc tingkat 60

    Kita tak rasa tinggi

    Tapi cuba duduk tepi tingkap lihat bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sis.. memang terasa gayatnya walaupun tak tengok bawah..

      Delete
  5. Alahai!! kesian dia sabar ajelahkan...
    Betul-betul tersalah exit ke sengaja tu nak ulang lalu sekali lagi hiks!.
    Mrs.A pun teringin juga nak ikut Rawang bypass ni tapi tak tahu nak pergi mana kah..kah..kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Sabar jelah..
      Saja-saja jalan pun ok je Mrs A..

      Delete
  6. tak pernah naik lagi rawang bypass ni tapi selalu jugak lalu masa tak siap lagi. Tengok dari bawah pun dah gayat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Bawah pun dah gayat.. bila lalu lagilah.. hehehe

      Delete
  7. Kinah dah lalu dah. Kalau nak pergi KL memang ikut bypass je. Jimat masa. Mula-mula je kak sha rasa gayat. Bila selalu ok la tu. Nasib tak muntah hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suruh lalu lagi, memang taklah.. seram..

      Delete
  8. terasa ea gayat dia? teringin nak lalu tapi tak da tujuan pulak nak lalu situ

    ReplyDelete
  9. tak pernah lalu lagi Rawang bypass ni..

    ReplyDelete
  10. Masa dalam pembinaan, pernah lalu jalan yg kat bawah..nampak jalan ni dlm pembinaan..mak aih..gayatt..sayup tingginyaaa

    ReplyDelete
  11. Kita geng bab2 gayat ni...hehe.

    ReplyDelete
  12. Rumah Ayu kat Sungai Buaya, Rawang. Syukur sangat bila bypass ni dah siap. Pergi kerja ulang alik KL jimat 20minit. Kalau tak sangkut dekat pekan Rawang.

    Dulu tengok dari bawah memang gayat. Bila dah naik, tak nampak bawah pun. Rasa macam naik highway biasa je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Boleh jimat masa kan ayu.. takde jem lagi..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »