Monday, January 18, 2021

ebook | Misteri Batu Kristal oleh Mohd Fadzil Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Syahida yang tanpa sengaja terbeli sebiji batu kristal ajaib.. Batu kristal itu boleh memnacarkan semula gambaran perkara yang telah berlaku seperti sebuah projektor.. Dari situ Syahida mendapat tahu mengenai kes rompakan batu kristal dan dalang yang melakukannya.. Dibantu kawan-kawannya, Syahida mula menyiasat dan melapotkan kepada polis.. Malangnya Syahida diculik.. Berjayakah kawan-kawan Syahida menyelamatkan beliau denvan bantuan polis??

Melalui buku ini pembaca akan mendapat tauladan dimana kita hendaklah sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa kemana sahaja kita hendak pergi.. Kita juga janganlah sesuka hati mengikut orang yang tak dikenali..

Sha baca dan selesai pada 18.01.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published 2010 by Alaf21 Sdn. Bhd.

Drama Taiwan | Detention (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini 8 episod dan dibuat berdasarkan permainan video.. Ada juga dalam versi filem..

Mengisahkan seorang pelajar perempuan bernama Liu Yun Xiang yang mempunyai masalah kesihatan dan sejarah gelap berpindah ke sebuah sekolah dikawasan pendalaman.. Semasa di sini tanpa sengaja Liu Yun Xiang telah bertemu dengan satu roh yang berdendam iaitu Fang Rui Xin.. Bila Fang Rui Xin ini tengok Liu Yun Xiang ini bermasalah dan bantu beliau, Liu Yun Xiang mula menerima Fang Rui Xin sebagai kawan.. Namun apa yang ingin dilakukan oleh Fang Rui Xin ini melangkaui apa yang dimahukan oleh Liu Yun Xiang.. Dua jiwa yang merasakan diri mereka dipermainkan.. Walhal Fang Rui Xin sebenarnya menipu diri sendiri dan tak mampu menerima kenyataan atas kesalahan yang telah dibuat manakala Liu Yun Xiang pula merasakan dirinya tak berguna dan tak mahu lagi meneruskan hidup.. 

Sebuah drama yang menarik.. Kisah mengenai sekolah, pelajar dan guru.. Perkara yang selalu berlaku di mana-mana bila penindasan berlaku atas nama reformasi.. Hubungan suami isteri yang berantakkan memberi kesan pada tumbesaran seorang anak.. Semuanya saling berkaitan..

Detention (2020)
Also Known As: Fan Xiao , Detention: The Series
Genres: Suspense, Thriller, Psychological, School, Drama, Supernatural
Country: Taiwan
Type: Drama
Episodes: 8
Aired: Dec 5, 2020 - Dec 26, 2020
Aired On: Saturday
Original Network: PTS Netflix
Duration: 50 min.
Starts at Greenwood High School in the 1990s. Yunxiang Liu, a transfer student, steps into the forbidden area on the campus by accident, where she encounters the ghost of Ruixin Fang. Fang later unveils the hidden history and trauma over the past 30 years, and how a group of young students and teachers were persecuted as they fought for freedom in the era of censorship. Their stories keep coming back to the school like haunting nightmares, waiting to be told and revealed. (Source: Netflix)
'Based on a video game of the same name'


Makanan | Kimchee #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu beli yang 600g, kali ini beli 1kg terus.. Senang nak makan lama sikit.. hehehe.. Ini kali ketiga Sha beli dengan rakan Facebook ini.. Memang kimchee beliau paling kena dengan tekak Sha dan termimpi-mimpilah bila dah habis.. hahaha.. Sha sorang je yang makan kimchee ini.. Anak-anak dengan encik suami tak makan pun.. Kita tengok berapa lama 1kg ini bertahan.. hahaha.. Cepat betul penghantarannya.. Hantar hari Khamis, Jumaat dah sampai ke tangan Sha.. Malam kita makan dengan maggi.. hehehe..

1kg

Rupa kimchee ini..

Makanan | Kimchee - Pembelian pertama pada Julai 2020
Makanan | Kimchee dan Chillies Oil with Dried Shrimp - Pembelian kedua pada September 2020

Sunday, January 17, 2021

Novel | Antara Dunia oleh Salomaa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku fizikal pertama untuk 2021.. Kisah yang ringkas dan menarik.. Konflik kekeluargaan yang bisa berlaku walau zaman dah berubah.. Kisah Fira yang dilayan endah tak endah hanya kerana kulitnya berbeza.. Ayahnya membenci disebabkan Fira dilahirkan bersama kembar seekor ular.. Mak dan kembarnya kini menetap bersama kaum bunian dan dia bersama ayahnya.. Namun kerana jodohnya memang telah ditetapkan dengan kaum bunian hubungan yang dahulunya berantakkan semakin pulih..

Pembalasan pada manusia yang bongkak dan sombong.. Along yang terlalu sombong dan suka menghina ditimpa musibah, manakala Fira mendapat bahagia yang dicari.. Olahan yang sempoi dan bacaan santai dihujung minggu..

Sha baca dan selesai pada 17.01.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published September 2017

Filem Hindi | Nail Polish (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab tertarik dengan review Farhana 👉 Movie Review : Nail Polish.. Terus cari dan tonton.. Memang berbaloilah tengok.. Terima kasih Farhana untuk review yang ohsem.. 

Memang terbaiklah filem ini.. Ending dia tu, adoi.. Filem ini Sha mampu nak tengok sampai habis sebab berkisar dalam mahkamah berkaitan dengan jenayanh yang dibuat oleh Veer.. Tak ada babak dia menyeksa atau membunuh mangsa.. Babak Veer dirogol dalam penjara pun tak ditunjukkan secara nyata cuma bayang yang bila kita tengok kita tahu apa yang berlaku.. Walaupun Veer tu penjenayah tapi apa yang berlaku dipenjara tu tak sepatutnya berlaku.. Dimana-mana jenayah tetap berlaku.. 

Kisah penyiasatan membabitkan seorang lelaki yang agak dikenali dan mempunyai reputasi yang baik.. Semasa siasatan dan sebutan kes berlaku di mahkamah, lelaki ini sengaja mengakibatkan dirinya dicederakan dan dimasukkan ke hospital.. Kes beliau ditangguhkan dan selepas lelaki ini sedar dia mengaku yang dirinya seorang perempuan.. Mahkamah menangguhkan kes beliau dan memanggil pakar psikologi untuk melakukan ujian sama ada betul atau tidak lelaki tu bermasalah.. 

Nail Polish (2021)
Drama | 1 January 2021 (India)
Director: Bugs Bhargava Krishna
Writer: Bugs Bhargava Krishna
Stars: Arjun Rampal, Manav Kaul, Anand Tiwari
36 children have been brutally killed and burned in and around Lucknow. This crime wave lasts for five years without anyone being arrested or charged. A newly appointed police officer, faced with two more such killings, stumbles upon clues that lead him to arrest a very surprising suspect. The trial seems to be proceeding as expected when it takes a totally unexpected twist that throws the court room into turmoil, creating an emotional and psychological roller coaster that hurtles to an ending that will leave the audience thinking long and hard.

Minuman | Farm Fresh: Almond Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang sebelum ini ada nampak iklan pasal susu badam ini cuma tak jumpa je lagi dekat area rumah Sha.. Tertanya-tanya macam mana agaknya rasa dia.. Alhamdulillah akhirnya dekat kedai runcit area rumah Sha ini ada jual.. Sekotak RM3.50 dan berbaloi untuk dibeli lagi dan lagi.. Nanti nak cari kotak besar pula.. Rasa susu dengan badam tu memang diadun cantiklah.. Puas hati minum, terasa kekacang badam dalam susu tu..

RM3.50

Saturday, January 16, 2021

ebook | Puaka Tandas Sekolah oleh Aida Anggerik, Rhea, Ilmar Imia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekali lagi Sha pilih untuk baca koleksi Siri Cerita Hantu, cuma bukan buku fizikallah.. Sekarang ini lebih pada ebook.. Mudah nak simpan..

Apa di Dalam Tandas oleh Aida Anggerik
Kisah misteri yang berlaku di dalam tandas akhirnya dibongkar pelajar bernama Aisya bila beliau dapat masuk ke sekolah berasrama itu.. Rahsia yang sebenarnya bukan rahsia sebaliknya lebih pada fitnah yang dicipta manusia kerana sukakan sesuatu yang sensasi..

Dendam oleh Rhea
Dendam memang bahaya.. 5 orang pelajar mula diganggu.. Hanya mereka yang diganggu, pelajar lain sekadar usikan manja sahaja.. Namun mereka berlima diganggu sampai histeria.. Walhal tandas itu asalnya tiada perkara pelik pun.. siapa sahaja menggunakan tandas itu sebelum ini tidak pula diganggu.. Rupanya semua berlaku kerana dendam.. Dendam akibat tiada tindakan keadilan yang diambil pada mereka berlima..

Bunga Malam oleh Ilmar Imia
Lara suka mandi di waktu malam dan kurang percaya dengan perkara-perkara berkaitan hantu.. Semasa mandi Lisa terjumpa dengan Rose dan sejak itu Lisa mula diganggu.. Rupanya Lisa telah melakukan kesalahan tanpa sengaja hingga menyebabkan dirinya diganggu dengan teruk..

Sha baca pada 13.01.2021 dan selesai pada 15.01.2021..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published November 2020 by Penerbit-X

Filem | Fatale (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca sinopsis filem ini macam menarik.. Bila tengok memang puas hatilah.. Pelakon dia ohsem.. hehehe.. Bolehlah buat layan lepas marah.. hahaha.. Kisah seorang polis wanita yang psiko dan sanggup buat apa sahaja janji dapat bersama dengan anak dia.. Memang polis wanita tu gilalah.. Bekas suami dia tak bagi dia dekat dengan anak dia sebab kecuaian dia, anak dia tertembak diri sendiri dan lumpuh.. Bila jadi macam ini dia saja perangkap seorang lelaki ini untuk bantu dia bunuh bekas suami dia.. Itu je cara dia boleh dapatkan anak dia balik.. Tapi lelaki ini pun tak adalah bodoh sangatkan.. Dia siasat juga pasal polis wanita ini dan berjaya dapatkan pengakuan mengenai kejadian sebenar.. Tapi kalau tengok cerita ini, eloklah jangan tengok dengan anak-anak.. Cerita orang putihkan, ada je babak-babak yang tak sepatutnya.. hehehe..

Fatale
2020 ‧ Thriller/Mystery ‧ 1h 42m
Director: Deon Taylor
Writer: David Loughery
Stars: Hilary Swank, Michael Ealy, Mike Colter
After a wild one-night stand, a successful sports agent watches his perfect life slowly disappear when he discovers the sexy and mysterious woman he risked everything for is a determined police detective who entangles him in her latest investigation. As he desperately tries to put the pieces together, he falls deeper into her trap, risking his family, his career, and even his life.

Shopee | DAISO: Food Storage Bag With Seal for Fridge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya dihujung jarikan.. Bila nak ke pasaraya kena rentas daerah/negeri jadinya kita belilah secara atas talian.. Dekat Shopee, macam-macam ada.. hehehe.. Tapi tulah tengok stok juga.. Kalau ada stok, adalah barang yang nak dibeli.. Kalau tak kita kena tukar dan carilah yang lain.. Sha selalu beli plastik beg jenis seal ini dekat Daiso sebab murah dan berbaloi.. Sekotak RM5.90 je.. Selalu Sha beli yang kotak oren tapi saiz S dah habis.. Saiz S tu kalau kotak oren dia lebih 3pcs.. hehehe.. Takpelah, janji ada plastiknya.. Sha recycle je plastik ni.. Kalau rosak baru buang dan ganti baru.. Pakai ini senang nak simpan lauk basah dalam peti ais..

Double Zipper Sandwich Bags (60pcs)
Stock Bag For Food Cold Storage - S (40pcs)
Food Storage Bag With Seal for Fridge - M (37pcs)
Food Storage Bag With Seal for Fridge - L (20 Pcs)

Friday, January 15, 2021

Telefilem Melayu | Sihir Pemisah (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya sebab dengki dan cemburu.. Ingatkan bila dah jumpa pelaku, dah selesailah.. Rupanya ada dalang lain yang lebih kejam dan dekat sangat dengan suami isteri ini yang cemburu.. Tanpa disangka pelaku yang dituduh bukanlah dalang yang sebenar.. Mujurlah kemudiannya Musyid berjaya menemui orang yang betul dalam membantu dia dan suami.. Tak sangkakan manusia masih lagi mahu bersekutu dengan syaitan hanya kerana cemburukan kebahagian dan kelebihan orang lain.. Walhal kalau bersyukur dengan apa yang kita ada dan miliki tu lebih membahagiakan.. Drama yang menarik walaupun awal-awal dah boleh agak siapa dalang dia.. hahaha..

Sihir Pemisah (2021)
JUDUL : SIHIR PEMISAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Januari 2021, 9 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Naza Manas
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Shah Kimin, Zaid Aswan, Naza Manas, Danial Samad, Zuhaira Zahir

SINOPSIS SIHIR PEMISAH
Kebahagiaan Aryani dan Musyid telah menimbulkan rasa cemburu seseorang yang telah menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumahtangga mereka.

Hadiah Istimewa dari Blogger Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, Sha terima hadiah dari Blogger Anies.. Belum sempat buang plastik dan balut, imani dah cop dulu.. Hehehe.. Suka dia tengok komik ini.. Saja Sha usik cakap ini mak punya.. Terus dia merajuk.. Hahaha.. Sesekali mengusik anak kan.. Terima kasih ye Anies sebab bagi komik ini pada Sha.. Jom terjah blog Anies 👉 http://aniesandyou.blogspot.com/

Shopee | Novel [Clearance Stock]

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembelian buku fizikal pertama Sha untuk tahun 2021.. Buku Antara Dunia tu memang lama dah Sha cari.. Tak sangka jumpa dekat Shopee dengan harga yang berbaloi-baloi.. Sebuah harganya RM10 dan postage RM5.04.. Okaylah kan.. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak cantik ini memang sukalah bila dapat beli buku dengan harga mampu milik.. Cumanya Sha memang kurangkan beli buku fizikal, nak jimat ruang penyimpanan.. 

Antara Dunia - Salomaa
Goodbye Sweetheart - Ana Zaz

Thursday, January 14, 2021

Shopee | Bamboo Tissue Non Fluorescent 4ply

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Tisu memang antara perkakas yang wajib ada dekat rumah Sha.. hehehe.. Sebelum ini Sha beli sekotak (30pcs) dengan harga RM23 - RM30, kali ini Sha dapat 40pcs dengan harga RM26.80.. Kualiti tisu dia pun okay dan packaging yang kecil memudahkan untuk di bawa dalam beg tangan.. Bolehlah tahan 2 bulan kot.. hehehe.. 

Walaupun kotak dia kemek tapi isi dia okay..

Inilah rupa dia.. Satu pek ini ada 192pcs.. Lembut tisu dia..

Filem USA | RoboCop (2014)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Zaman sekolah dulu suka tengok cerita Robocop ini.. bila dia remake balik memang syoklah.. Walaupun jalan cerita dia berlaku pada tahun 2028 tapi tetap best.. Bezalah gambar dulu dengan sekarang kan.. Armour suit dia pun makin gempak dan cantik, tak macam yang tahun 1980an.. 

Cerita pasal seorang polis yang hampir mati dijadikan separuh robot.. Disebabkan ketamakkan syarikat OmniCorp dalam mengejar keuntungan dan ingin menjadikan robot sebagai satu kemestian mereka mengambil peluang dengan menjadikan seorang polis yang dalam kritikal sebagai separuh manusia dan separuh robot.. Walaupun telah dijadikan separuh robot, Alex masih lagi manusia yang berpegang kepada keadilan.. Sha suka layan filem macam ini, pada waktu-waktu macam ini.. Sesekali melarikan diri dari hakikat kenyataan.. 

RoboCop (2014)
PG-13 | 1h 57min | Action, Crime, Sci-Fi | 12 February 2014 (USA)
Director: José Padilha
Writers: Joshua Zetumer, Edward Neumeier
Stars: Joel Kinnaman, Gary Oldman, Michael Keaton
The year is 2028 and multinational conglomerate OmniCorp is at the center of robot technology. Overseas, their drones have been used by the military for years - and it's meant billions for OmniCorp's bottom line. Now OmniCorp wants to bring their controversial technology to the home front, and they see a golden opportunity to do it. When Alex Murphy (Joel Kinnaman) - a loving husband, father and good cop doing his best to stem the tide of crime and corruption in Detroit - is critically injured in the line of duty, OmniCorp sees their chance for a part-man, part-robot police officer. OmniCorp envisions a RoboCop in every city and even more billions for their shareholders, but they never counted on one thing: there is still a man inside the machine pursuing justice. Written by Sony Pictures Entertainment



MCO 2.0 GIVEAWAY

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Memanggil semua pencinta buku.. Jomlah sertai GA by AD ini..
Hadiah dia adalah buku.. Rugi kalau tak sertai..
Mana tahu rezeki anda.. Syaratnya mudah saja..


Tamat pada 01.02.2021..

Tempat Makan | Jom Dim Sum, Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali mencuba makan di Jom Dim Sum ini.. Sha pilih set Jom Union yang bersekali dengan air.. Ada 3pcs curry puff, 3pcs teochew mai dan 1 salted egg lava pau.. Pada Sha teochew mai dengan salted egg lava pau tu memang sedap.. Salted egg lava pau tu kena makan dengan berhati-hati sebab inti dia meleleh.. Rasa telur masin dan sedikit manis.. Tak berapa pandai nak terang tapi okaylah sedap.. Boleh repeat lagi.. Curry puff tu pula biasa je.. Air tu dah tentulah sedap.. White coffee kan.. Kenyang jugalah makan walau tak banyak... Kalau nak datang lagi mungkin Sha cuba set lain pula.. Tapi lepas ini kena tapau jelah.. Tak boleh makan kat sini.. hehehe..

Jom Union (RM13.90)
The best from different taste unites!
Teochew Mai
Curry puff
Salted Egg Lava Pau
White Coffee ais

Wednesday, January 13, 2021

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 6 (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk episod 6 ini ialah Husin Kembali Bersama Zombi (Part 1).. Drama ini bersambung ye.. hehehe.. Episod kali ini memang seronoklah sebab ada Awie.. hehehe.. Mayat hilang jadi lagi.. Zombifikasi menyerang Kampung Pisang balik.. Memang naya lah.. Cumanya zombie dia agak ganas sikit dalam proses menyerang tak seperti zombie-zombie sebelum ini.. Asal ada Husin je, ada zombie.. hahaha.. Pengzombian ini perlulah disiasat hingga ke akar umbinya.. Kemainkan dia punya ayat.. hahaha..

Makanan | Nestle KitKat Gold

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rajin pula KitKat keluarkan pelbagai jenis edisi coklat.. Kali ini Gold pula.. Yang ini sedap.. Memang akan beli lagilah.. Rasanya ngam je masuk ke tekak.. Warna dia pun cantik.. hehehe.. Coklat kitkat yang enak ini adalah gabungan wafer rangup dengan topping berperisa karamel masin.. Memang sedaplah.. Sha jarang suka coklat putih tapi yang ini memang sedap.. Memang boleh beli lagilah..


Inilah rupanya coklat tu.. Coklat putih tu sebab disaluti caramel tu yang warnanya tak putih.. Sedap..

PKPB 2021 / Pengisytiharan Proklamasi Darurat

 



Tuesday, January 12, 2021

Minuman | Wonda: Kelantan Edition Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab corak tin dia cantik.. Hehehe.. Harga untuk 1 tin ini RM2.. Okaylah rasa dia.. Sebab ada rasa kekacang dan kopinya tak manis.. Itu yang paling best.. Memang layanlah minumnya sambil membaca atau buat kerja.. 

Cantikkan corak pada tin kopi tu..

Setelah dituan ke dalam cup berisi ais..

Filem Taiwan | Our Times (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini bermula pada zaman kini dan imbas kembali oleh heroin ke zaman sekolahnya.. Lin Zhenxin Mengenang kembali zaman persekolahan yang membawa kepada perkenalan beliau dengan Xu Taiyu.. Mereka berkenalan kerana surat berantai yang diterima oleh Lin.. Bagi mengelakkan dari dikenakan sumpahan, Lin mula menghantar surat berantai kepada cikgu, rakan perempuan yang tak disukan dan Xu sebab Xu membuli lelaki yang disukai Lin.. Semasa Xu membaca surat berantai Lin, Xu telah dilanggar van.. Xu mula mencari penyebar surat berantai tersebut.. Bila Xu mengetahui yang surat tu dikirim oleh Lin, beliau mula menjadikan Lin sebagai hamba abdinya.. Mereka mula saling mengenali bila Xu menyelamatkan Lin dari lemas dan juga dihukum oleh guru akibat surat berantai.. Namun persahabatan mereka tergugat bila Xu kembali bergaduh.. Namun Ouyang telah menceritakan perkara sebenar kepada Lin mengenai Xu.. Kembali ke masa hadapan Lin mula membuat keputusan mengenai hidupnya.. 

Satu lagi yang cuba disampaikan melalui filem ini ialah sikap guru yang melebel pelajar bermasalah sebagai masalah tanpa mahu percaya yang mereka juga boleh berubah menjadi baik.. Cerita ini walaupun tak ada adegan cium or bersentuhan tapi kita tahu betapa Xu sangat menghargai Lin.. Nicelah filemnya.. Pelakon dewasa dan zaman sekolah adalah berlainan.. hehehe..

Movie: Our Times
Also Known As: Wo De Shao Nu Shi Dai, The Era of My Girl Teens, My Girl's Generation
Director: Frankie Chen, Chen Yu Shan
Genres: Friendship, Comedy, Romance, School, Youth
Country: Taiwan
Release Date: Aug 13, 2015
Duration: 2 hr. 14 min.
Lin Zhen Xin is an ordinary office worker who gets ridiculed by her subordinates. Dejected, she listens to a cassette recording of an old Andy Lau song. This brings her back to her high school days, where she was an ordinary high school girl. She has a crush on Ouyang Fei Fan, the school's most popular male student.
One day, Zhen Xin receives a chain letter, warning her of impending doom if she does not pass the message on. Naively, she passes it on to Hsu Tai Yu, the school's notorious gangster boss, her maths teacher, and Tao Min Min, the school's most popular girl. While Tai Yu was reading the letter, he gets injured in a car accident. After weeding out the letter's sender, the angry Tai Yu makes Zhen Xin his 'friend' and forces her to run errands for him in exchange for leaving Fei Fan alone, thus making her his errand-girl.

Monday, January 11, 2021

ebook | Imagikata: Daerah Sebalik Tembok (Snackbook) oleh Arif Zulkifli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah cebisan dari buku penuh dengan tajuk Imagikata.. Seperti biasa, Sha beli dan baca ebook ini menggunakan aplikasi Google Play Books..

Ceritanya pendek.. Dunia dimana manusia hidup dalam keadaan terdesak dan beras merupakan sesuatu yang sangat mahal.. Ben hidup berdua dengan ibunya.. Selepas kematian ayahnya, ibu Ben tidak lagi mampu berkerja hanya Ben seorang sahaja yang berkerja.. Itupun demi meneruskan kelansungan hidup.. Namun tiba-tiba ibu Ben muntah darah dan semakin lemah hingga menyebabkan Ben nekad untuk menyeberangi tembok yang mengelilingi daerah tempat tinggalnya.. Apa yang ditemui disebalik tembok sangat mengejutkan..

Sha baca dan selesai pada 11.01.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published February 2017 by Open Bridge Publications Sdn. Bhd.

Filem Jepun | My Teacher (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Jepun yang romantis.. Kisah pelajar sekolah terjatuh cinta dengan cikgunya.. Semuanya bermula bila dia tersalah letak surat cinta dalam peti cikgu tersebut, dengan sedikit keberanian dia meminta semula surat cinta itu.. Cikgh gersebut membetulkan salah ejaan yang terdapat pada surat tersebut.. Dari situ Shimada mula memberikan perhatian pada Mr. Ito.. Perlahan-lahan perasaan suka mula yimbul dihatinya namununtuk meluahkannya bukanlah mudah.. Sehinggalah seorang kawan memberikan nasihat untuk dia luahkan je.. Saat Shimada meluahkan perasaannya, Mr.Ito memberikan ciuman dan berlalu pergi.. Malangnya saat ciuman itu berlaku ada yang mengambil gambar dan menyebarkannya.. Kerana itu Mr. Ito ditukarkan dan Shimada mengetahui perasaan sebenar Mr. Ito kepadanya..

Cikguku Kekasihku.. hehehe.. Rasanya banyak drama dengan tema ini cuma jalan cerita je berbeza.. Sesekali layan movie sweet macam ini, syok juga.. 

Movie: My Teacher
Also Known As: Sensei! Suki ni Natte mo Ii Desuka?, Teacher! Is It Okay for Me to Love You?, Sensei!
Director: Miki Takahiro
Screenwriter: Okada Mari
Genres: Romance, School, Youth, Drama
Country: Japan
Release Date: Oct 28, 2017
Duration: 1 hr. 53 min.
Based on the manga series of the same name by Kawahara Kazune. Sophomore and representative of the archery club, Shimada Hibiki is a 17-year-old student who has never been in love. During her high school's entrance ceremony she sees Kosaku Ito, her 26-year-old world history teacher, who is well known to be a stern and cold person. Hibiki, rescued by Ito after a minor incident, discovers that their teacher is actually compassionate towards others and starts to develop romantic feelings for him. Hibiki confesses, and her honest and young love begins to slowly melt Ito's heart.  (Source: Written by MyDramaList)

My First Giveaway by Blog Sal

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem oleh Blogger Sal ini..

Tarikh tamat : 
8 Februari 2021

ebook | Pesona oleh Arif Zulkifli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini merupakan ebook percuma dari Buku Fixi.. Boleh dapatkan di Google Play Books sekiranya anda ingin membaca buku ini..

Kisah yang snagat menarik.. Dua bangsa iaitu Kahin dan Hobat.. Keduanya boleh menggunakan pesona dan saling bermusuhan.. Permusuhan yang berlaku sejak lama dahulu.. Namun sengketa mereka menjadi lebih dasyat bila antara mereka jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai zuriat.. Zuriat yang mewarisi dua darah dan menjadi rebutan bangsa Kahin kerana darahnya memberikan kuasa.. Namun kasih sayang seorang ibu berjaya melindungi zuriat itu.. Ketika semua rahsia terbongkar, peperangan berlaku dan muncul seorang gadis melarikan zuriat itu ke dunia tersembunyi.. Maka tunggulah kita sambungan buku ini.. 

Sha baca dan selesai pada 10.01.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. Boleh dapatkan ebook ini secara percuma di SINI..
Published November 30th 2018

Sunday, January 10, 2021

Filem Jepun | Koizora, Sky of Love (2007)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta yang menyedihkan.. Sad ending.. Lepastu ada babak buli yang sangat ekstrem..

Mika yang berkenalan dengan Hiro melalui panggilan telefon.. Namun bila berjumpa secara depan, Hiro bukanlah budak baik sebaliknya pembuli.. Mulanya Mika tak nak dengan Hiro namun bila nampak Hiro tanam bunga terus dia jatuh cinta.. Malangnya bekas kekasih Hiro culik dan aniaya Mika.. Lamalah juga Mika duduk menyembunyikan diri di rumah kerana malu tapi Hiro berjaya memujuk Mika untuk kembali ke sekolah.. Di sekolah Mika dibuli oleh kawan-kawan sekelas namun sokongan Hiro membantu Mika untuk terus ke sekolah.. Mika disahkan mengandung dan Hiro menyokong untuk Mika lahirkan anak mereka tapi akibat ditolak Mika kehilangan anaknya dan Hiro mula menjauhkan diri.. Ada rahsia yang disembunyikan Hiro dari Mika dan Mika mengetahuinya di saat akhir..

Owh ya, filem ini ada versi drama juga cuma tak pasti jalan cerita dia sama ke tak.. 

Also Known As: Koizora: The Movie , Sky of Love: The Movie , Koizora
Director: Imai Natsuki
Screenwriter: Watanabe Mutsuki
Genres: Romance, School, Drama, Tragedy
Country: Japan
Type: Movie
Release Date: Nov 30, 2007
Duration: 2 hr. 9 min.
Mika is in her first year of high school. While Mika accidentally met a flashily dressed boy called Hiro at school, she turns and flees. They soon fall in love each other. Their days pass happily, but the trouble is coming to them... 
(Source: TBS) - 'Adapted from the cell-phone novel'



ebook | Soulless: Inspector Mislan and the Faceless Girl by Rozlan Mohd Noor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan kedua Sha ini masih lagi ebook.. Kali ini ebook yang Sha beli di Google Play Books.. Sha memang minat karya penulis ini.. Antara buku penyiasatan Berbahasa Inggeris yang best pada Sha.. cuma lambat sebab mood membaca ke laut dalam.. hehehe..

Novel ini bermula dengan mayat seorang perempuan yang disimbah asid dengan teruk dan semua cap jarinya dihapuskan dengan tujuan supaya mayat tak dikenali.. Memang sangat kejam cara mayat diperlakukan, sampaikan usaha mencari tahu siapa mangsa terpaksa dilakukan dengan cara yang sedikit kejam.. Namun usaha mereka mula menampakkan hasil bila bertemu sebentuk subang dalam perut mangsa.. Subang tu membawa Inspektor Mislan ke Thailand dan menemukan satu sendiket yang melibatkan banyak negara serta orang besar-besar.. 

Membaca novel ini menemukan kita dengan kenyataan bahawa yang bersalah selalunya mereka yang tak punya apa-apa pengaruh mahupun duit.. Mereka yang berpengaruh pasti akan terlepas tanpa apa-apa tindakan..

Sha baca pada 02.01.2021 dan selesai pada 09.01.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. Sha beli buku ini dengan harga RM8.71..
Published October 31st 2017 by FIXI Novo

Shopee | 40GB Free Mobile Data From YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat notifikasi dari Shopee mengenai 40GB data free ini pada hari Jumaat (08.01.2021).. Terkejutlah juga.. hehehe.. Sha pula memang tak pakai YES jadinya tak terfikir pun nak tebus sampailah Sha baca keseluruhan notifikasi tu.. Kalau tak pakai YES, dia tawarkan simkad dengan harga RM1 sahaja tanpa caj penghantaran.. Teruslah Sha buat pesanan.. Jom tunggu simkad sampai.. hehehe..


Notifikasi dari Shopee..

Disebabkan tak ada sim kad YES, makanya bolehlah beli dengan RM1 je..

Selesai buat pesanan melalui Shopee.. Memang bayar RM1 je.. Tidak ada caj penghantaran..

Saturday, January 9, 2021

Makanan | Spicy Teriyaki Beef Bento

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah cuba bento set dekat Secret Recipe ini.. Nasinya keras.. Lepas tu telur tu patutnya tamagoyaki tapi dia bagi telur rebus.. huhuhu.. Sekali jelah.. Memang tak kena dengan tekak.. Sushi je okay dengan tekak ataupun cawangan yang Sha pergi ini tak pandai buat.. hehehe.. Tapi habislah juga walaupun nasi dia keras.. 

Jamuan Perpisahan Bos Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam tengahari pejabat Sha buat jamuan kecil di Secret Recipe.. Sha dah buat tempahan dan pesan makanan lebih awal.. Ini sebab nak menjimatkan masa dan memastikan kami dapat meja.. Cawangan yang Sha pergi ini kecil je, tak banyak meja.. Bos Sha akan ditukarkan ke tempat lain berkuat kuasa pada 04.01.2021 haritu.. Tapi beliau tangguh sampai 18.01.2021.. Sempatlah belikan dia hadiah dan buat jamuan kecil.. Kami-kami je.. Tak adalah ramai.. Berlima je..

"Setiap Pertemuan akan ada Perpisahan"

Cantik betul pekerja Secret Recipe ini hias pinggan kek ini..

Semoga menjadi kenangan indah kami..

Antara menu yang kami makan..

Friday, January 8, 2021

Pembelian Buku Sesi Pembelajaran 2021

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai sudah pembayaran duit buku tulis, buku kerja dan baju sukan untuk Nur Amani dan Nur Imani.. Walaupun sesi persekolahan masih di awang-awangan namun tetap kita selesaikan mana yang patut.. Kalau ikut jadual hari ini pembelian buku untuk darjah 2 sahaja namun disebabkan pihak sekolah telah menyelesaikan pembungkusan buku bagi semua darjah makanya bolehlah terus belikan untuk Amani sekali.. Pembayaran termasuk 2 baju pendidikan jasmani untuk Amani dan 1 untuk Imani ialah RM312 semuanya.. Baju pendidikan jasmani tu Sha beli sebab design baru dan cantik.. hehehe

Bagus bila pihak sekolah dah bubuh siap-siap dalam beg ini mengikut nama dan kelas.. Warna beg pun berbeza..

Buku tulis dan buku aktiviti Amani.. Tahun ini lengkap semua bukunya..

Yang ini Imani punya..

Jadual pembelian buku mengikut kelas..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »