Friday, January 22, 2021

Random Photo #2 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry kedua untuk tahun 2021.. hehehe.. Kali ini pun banyak gambar makanan.. Nak buat macam mana, nak buat satu entry untuk setiap gambar tak berapa nak rajin..

Roti sosej (RM1.50) dan Roti Sarang Lebah (RM3) ini beli kat jiran kuarters.. Sedap rotinya.. Lembut je.. Buat minum petang bersama nescafe ais sambil baca novel..

Bunga Raya Putih sudah berkembang.. Alhamdulillah semoga pokok ini membesar dengan rimbunnya..

Rezeki di petang Isnin.. Sebekas spagheti oglio olio.. Jiran sebelah rumah yang bagi..

Roti dengan inti kari ayam.. Dalam ini ada dua ketul roti.. Memang berbaloilah beli.. RM2 je.. Sedap karinya.. Puas hati dimakan..

Antara menu hidangan potluck kami di pejabat.. Pulut kuning, rendang ayam, kek butter, karipap sardin, nasi goreng dan donut..

Brownies ohsem RM40.. Ada adik praktikal bawa untuk potluck kat pejabat.. 

Tomyam ayam campur kimchi.. Pergh!! Marvelous dan mengancam okay.. Puas makan kimchi ini.. hehehe.. 

Mee kari tanpa sayur.. Ye kawan-kawan, ada masanya memang Sha tak makan sayur.. hehehe.. Kalau rajin, Sha biar ada sayur dan makan.. Bila datang perangai tak nak makan sayur, beginilah rupa mee kari Sha.. hehehe..

23 comments:

  1. Roti Sarang Lebah tu sedapnya. Murah betul RM3. paling murah pernah jumpa RM5. Tomyam campur kimchi memang mabeles kak Sha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah selalu memang orang jual RM5, Alhamdulillah kali ini jumpa yang murah dan berbaloi..

      Delete
  2. Roti dengan inti kari ayam, ramai share smlm !! huaa nak cubaaaaa

    ReplyDelete
  3. Bestnya potluck di pejabat. Rindu nak gi pejabat dan jumpa kawan-kawan opis. Diorang pun suka buat makan-makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindukan nak kerja macam biasa.. Inipun kami buat tak ramai yang datang..jaga SOP gitu.. hehehe

      Delete
  4. mcm2 menu makanan...suka brownies pelbagai topping tu

    ReplyDelete
  5. First time nampak kimchi dalam tom yam. Mesti sedap rasanya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha pun saja cuba.. EH sedap rupanya.. hehehe

      Delete
  6. wah sedapnya semua makanan ni, yg kenyang pun boleh jadi lapar balik..hehe

    ReplyDelete
  7. Brownies nampak menarik. Best dapat makan potluck dengan ofismate. Alhamdulillah, baik jiran, bagi spagetti. :)

    ReplyDelete
  8. nasib baik baru lepas makan jadi masih kenyang..
    kalau x berdondang sayang la perut..

    ReplyDelete
  9. semua sedap sedap...roti bungkusan baru tu belum ada masa nak try

    ReplyDelete
  10. Roti Sarang Lebah tu menggoda sungguh..ni nak cari ni

    ReplyDelete
  11. Dah 3 orang cerita pasal roti Puazz. Semua bagi komen positif.
    Haraplah dapat cuba kimchi bagaimana rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimchi tu lebih kurang macam sayur jeruk rasa dia.. masam-masam dan pedas sedikit..

      Delete
  12. Murahnya roti sarang lebah rm3 je.. roti Puazz tu x msk lg kt sarawak ni.. bilalah dpt nk ke semenanjung lg.. hmm

    ReplyDelete
  13. waduhhh tgk gmbr ni lamanyaaaaa x berpotluck kt opis

    ReplyDelete
  14. Sedap-sedap belaka semua menu-menu nih, puas hati betul dapat makan

    ReplyDelete
  15. aneka makanan :)
    hu hu hu baca ni, terkenang kan ofis.
    kerap ada makan-makan tau, Sha.
    enjoy rasa nyer bila jumpa ofismet.

    ni PKP, beribu plak kes nya.
    ntah kan bila PKP abis.

    ReplyDelete
  16. Allahhh sha..ditayang2 waktu malam..tergugat betoi lah! hahaha ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com