Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, January 3, 2023

Resepi Ringkas: Tumis Sayur Pucuk Taugeh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak kongsikan resepi mudah lauk kesukaan Sha.. Tapi sayur ni susah jumpa.. Rezeki sangat bila terjumpa sayur ini.. 

Sha pakai bawang merah dan bawang putih je.. Lupa nak tambah stok cili merah.. hehehe..

Udang sebagai rencah..

Inilah dia sayur pucuk tauge.. Sebekas ini RM5..

Cara memasak seperti gambar dibawah..
Panaskan kuali kemudian masukkan minyak..

Lepas minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih.. Tumis hingga naik bau..

Masukkan udan dan biar sampai bertukar warna..

Setelah udang bertukar warna, masukkan satur.. Kacau dan biar seketika hingga sayur layu sedikit.. Boleh masukkan secubit garam dan perasa tambahan lain..

Dah siap.. Bolehlah dihidangkan..

Saturday, May 28, 2022

Resepi Nasi Serai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bukan Sha masak tau.. Sha tengok kawan sekerja Sha masak nasi serai ini dekat pantry.. Bila Sha makan, rasa dia memang mengancam.. Jadinya Sha pun kongsilah kat sini.. Mana tahu bila ada kerajinan, bolehlah Sha masak..

Resepi dia pun mudah je.. Nasi ini boleh makan dengan apa saja lauk yang kita suka.. 

Resepi Nasi Serai
Bahan-bahannya:
10 batang serai (5 blander untuk amik air & 5 diketuk untuk ditumis)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
4 sekawan
2 ketul kiub ayam Knorr
garam secukup rasa
minyak+marjerin untuk menumis
4 helai daun pandan
2kg beras basmathi / beras biasa pun boleh (beras basmathi lepas cuci kena rendam 10 minit)
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Blender serai 5 batang untuk ambil airnya.. (tapis ye)
2. Bawang besar, halia dan bawang putih, blander untuk ditumis.
3. Panaskan minyak campur 1 sudu marjerin
4. Masukkan 4 sekawan, serai yang diketuk dan daun pandan.. Tumis sampai naik wangi kemudian baru masukkan bawang dan halia yang diblender tadi..
5. Selepas bahan tumisan dah naik bau, bolehlah masukkan kiub ayam dan air serai yang diblander tadi.. Masukkan garam dan cukup rasa ikut kesesuaian tekak anda..
6. Kemudian curahkan ke dalam periuk nasi yang ada beras tadi.. Masak atas dapur atau periuk elektrik.. Sukatan air tu kena pandai agaklah.. Macam masak nasi biasa.. Kalau tak cukup air blander tu, bolehlah tambah air biasa.. 

Selepas masak bolehlah hidang bersama lauk kesukaan.. Nasi ini kalau makan tanpa lauk pun sedap.. Ini ikut tekak Sha lah..

Selamat Mencuba..

Beginilah hasilnya selepas dah siap masak..

Wednesday, May 11, 2022

Arabian Kitchen: Pes Mesri Bookhari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan ada kongsi pasal Pes Percuma Sempena Ramadan yang Sha dapat bulan lepaskan.. Ini salah satu pes yang Sha masak semasa tetamu datang beraya ke rumah.. Sha tambah ayam bakar dan sup ayam.. Anak-anak Sha suka makan nasi arab dengan sup ayam.. 

Rempah dan beras (500g)

Pes rempah..

Nak mudah didihkan dalam periuk nasi elektrik bersama 700ml air..

Bila dah menggelegak, masukkan beras yang dah direndam selama 30 minit..

Dah siap.. Bolehlah makan bersama ayam bakar atau apa-apa sahaja lauk yang anda suka.. Mudahkan..

Friday, February 11, 2022

Nasi Goreng Cili Kering

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha lama dah nampak resepi ini dekat Facebook.. Jadinya Sha cubalah buat untuk menu ini untuk sarapan.. Asyik makan nasi goreng cina je kan.. Kali ini kita tukar selera pula.. Makan nasi goreng cili kering.. Kikiki.. Tapi tersilap pula pergi kisar, patutnya tumbuk.. Hahaha.. 

Silap pula terkisar halus cili keringnya.. Hahaha.. Patutnya tumbuk je tapi sebab nak cepatkan.. Kisar memang tak nampaklah cili keringnya.. 

Nasi Goreng Cili Kering

Bahan-bahannya:-
Segenggam cili kering - buang biji dan basuh bersih (rendam air panas dulu tau)
Segenggam ikan bilis
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Telur 2 biji, goreng hancur

Cara-caranya:-
Tumbuk kesemua bahan, jangan bland ye. Tumis smpai naik bau, masukkan nasi sekali dengan telur goreng hancur. Perasakan dengan perencah nasi goreng ikan bilis..  Gaul rata, siap..Lagi umph rasa dia..

Kredit Resepi : Nur Fazilah Arifin (Resepi Memikat Suami) Post asal boleh tengok SINI ye..

Tuesday, September 21, 2021

Resepi Sup Ketam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Resepi asal Oleh: Azie Kitchen.. Sha olah ikut bahan yang ada dekat rumah je.. Janji jadi sup ketamnya.. hehehe.. Kita yang masak dia kan.. Lama dah Imani minta masakkan ketam.. Susah nak jumpa ketam biru ini.. Bila jumpa, Sha belilah 3 ekor.. Imani dengan Sha je yang makan ketam.. kikiki.. Jomlah tengok resepinya.. Tapi minta maaflah ye, lupa pula nak ambil gambar lepas dah siap.. Kikiki.. Teruja nak makan.. Gitulah..

Bahan bahan:
3 ekor ketam - potong 2
2 biji ubi kentang
Garam
Minyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji lada putih

Cara cara:
Tumbuk kasar semua bahan tumbuk.. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.. Masukkan air, ketam dan kentang yang dipotong dadu.. Biarkan sampai kentang empuk dan ketam masak.. Tutup api dan perasakan dengan garam..

Saturday, September 4, 2021

Nasi Goreng Tuna Petai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha nak kongsikan resepi menggunakan tun dan petai.. Kebetulan tengah musim petaikan, jomlah kita pelbagaikan menu berasaskan petai.. hehehe.. Anak-anak Sha makan petai kalau diletakkan dalam nasi goreng.. Selain tu memang diorang tak sentuhlah petai.. Sajalah Sha cuba gandingkan petai dan tuna.. Tak sangka menarik dan sedap.. Mudah pun mudah.. Jom tengok tutorial bergambar Sha ini..

Bahan-bahannya:-
Satu tin tuna jenama Ayam Brand (Ayam Brand Cili Tuna 160g - tahap kepedasan 3 cili)
2 butir telur
Semangkuk petai yang dihiris halus
Nasi malam tadi.. hehehe..
Tak ada dalam gambar mentega jenama Adele.. Sha guna dua sudu..

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega..

2. Masukkan petai dan goreng sekejap

3. Pecahkan telur 

4. Kacau bagi separuh masak.

5. Masukkan tuna.

6. Kacau bagi sekata

7. Masukkan nasi dan gaul rata.. Biarkan seketika dan perasakan dengan garam jika perlu..

Siap semangkuk Nasi Goreng Tuna Petai.. Jom sarapan..

Tips tambahan dari Sha, selain petai boleh je tambah sayur-sayuran lain ikut selera masing-masing.. Nak tambah cili padi atau kimchi pun sedap juga..

Tuesday, June 15, 2021

Nasi Goreng Cili Tuna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha saja try and error buat nasi goreng menggunakan tuna dalam tin ini.. Tuna ini lebihan Sha makan dengan roti.. Anak-anak Sha tak nak makan tuna ini dengan roti, jadinya Sha campurkan dalam nasi.. Bila buat nasi goreng, elok je diorang makan.. Bertambah-tambah lagi.. Cumanya tak adalah sayur atau bahan tambahan lain.. Nasi goreng ekspress je ni.. hehehe.. Rasa dia menarik pada Sha tambahan pula Sha guna Tuna Chili jenama Ayam Brand.. Jadinya adalah rasa pedas-pedas sikit.. Kalau nak tambah sayur pun okay je, lagi berkhasiat.. Masak ini kena try and error.. Kalau tak jadu, cuba lagi dan lagi.. Lama-lama mesti jadi.. InsyaAllah.. Sha pun bukanlah pandai sangat, lebih pada cuba-cuba.. 

Sha guna tuna ini.. Makan dengan roti sedap, campur dalam nasi goreng pun sedap.. Tak pedas sangat sebab kepedasannya 3 je.. hehehe.. Sebelum makan dengan roti, selalunya Sha akan panaskan dulu dalam kuali.. Kalau terus makan dari tin, rasa dia tak berapa menarik.. hehehe..

Nasi Goreng Cili Tuna
Bahan-bahannya
Nasi
Lebihan Tuna (Tuna Ayam Brand)
Telur
Sedikit minyak/mentega Adele/plant
Sedikit perencah nasi goreng cina Seri- Aji

Cara Memasak
1. Panaskan minyak/mentega Adele/plant kemudian pecahkan telur dan kacau..
2. Masukkan lebuhan tuna dan nasi ke dalam kuali.. Taburkan sedikit perencah nasi goreng dan kacau rata..
3. Siap untuk dihidangkan..

Tuesday, May 18, 2021

Resepi | Rendang Ayam Versi Khairul Aming

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya kan, memang ada cadang nak buat rendang masa 1 syawal tu.. Sha nak ikut resepi Khairulaming jelah, sebab bahan tak banyak, cara masak pun senang.. Janji ikut je step yang dia dah kongsikan dekat IG beliau.. Tapi tu lah.. Bila tanya encik suami, dia kata tak payah.. Cukuplah sekadar berpakaian baru, solat sunat raya (beliau je) dan bermaafan di malam raya.. Lebih pada meraikan anak-anak je sebenarnya.. Namun begitu, walaupun tak buat Sha nak kongsikan resepi mudah Khairulaming ini di sini.. Mana tahu ada yang mencari..


Bahan kisar ialah:-
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kunyit, Halia & Lengkuas ini sebesar ibu jari
10 biji cili padi
5 batang serai

Bahan lain:-
1 ekor ayam yang dah dipotong-potong
1 kotak santan
1 sudu kerisik
Daun limau dan daun kunyit yang dah dihiris
1 Asam keping
Sedikit air
Garam dan gula ikut selera..

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar..
2. Tunggu air bawang tu kering sikit baru masukkan ayam, letakkan bahan perasa iaitu garam dan gula kemudian tambahkan 2/3 dari sekotak santan..
3. Masukkan 1 sudu kerisik, kacau dan masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit..
4. Masukkan air untuk bagi ayam tu berkuah dan betul-betul empuk..
5. Setelah kering sedikit, bolehlah dihidangkan..

Saturday, April 24, 2021

Pucuk Tauge Tumis Bersama Udang & Tauhu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sayur kesukaan Sha ini.. Pucuk taugeh.. Kelmarin masa sahur buat lauk ini dikawankan pula dengan ikan goreng, pergh!! Memang sedaplah bersahur.. Kali ini Sha masukkan tauhu, sedap je makannya.. Bahannya pun tak banyak dan mudah.. Portion Sha masak ini untuk dua orang makan..

Pucuk Tauge Tumis Udang & Tauhu

Bahan-bahannya:
 Segenggam pucuk tauge
1/2 potong tauhu (dipotong kecil)
seulas bawang merah (dihiris)
Seulas bawang putih (dihiris)
Setengah biji cili merah (dihiris)
5 ekor udang sederhana
Minyak untuk menumis dan sedikit air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan minyak kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili merah.
2. Setelah naik bau masukkan udang dan sedikit kiub ikan bilis Knorr/Adabi
3. Setelah udang separuh masak, bolehlah masukkan pucuk taugeh, tauhu dan sedikit air. Biarkan sehingga pucuk taugeh masak, tutup api dan bubuh sedikit garam..
Boleh dihidangkan bersama nasi dan ikan goreng..

p/s: Air tu boleh dimasukkan untuk bagi berkuah, kalau tak nak tak yah bubuh..

Wednesday, March 3, 2021

Adabi: Perencah Oden Tomyam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan Sha beli paste Oden jenama Adabikan.. Lama tersimpan, hujung minggu hari tu baru Sha masak.. Untuk memudahkan kerja Sha beli pek steamboat yang mengandungi 5 jenis bebola dalam satu pek.. Maka jadilah oden versi masak sendiri di rumah.. Cara menyediakannya pun senang dan belanjanya murah.. Cukup untuk 4 orang makan dan anak-anak Sha pun suka.. Tak terlalu pedas, sedap menghirup kuahnya..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1 pek Perencah Oden Tomyam jenama Adabi
1 pek steamboat choice (5in1)
Air 1 liter
Periuk

Cara Memasaknya:
1. Didihkan1 liter air didalam periuk, kemudian masukkan perencah oden dan biar sampai mendidih..
2. Masukkan kesemua bahan steambot dan biar mendidih..
3. Dah boleh makan..

P/S: Sha memang tak tambah gula atau garam pun sebab rasa dia dah ngam..

Ini adalah isi steamboat choice
Harga untuk 1 pek ini RM9.50

Alhamdulillah.. Sedap je rasa dia.. Senang nak masak dan puas dimakan.. Disebabkan kuahnya tak berapa pedas, bolehlah menghirup.. hehehe..

Sunday, February 7, 2021

Resepi | Tumis Fu Gui Cai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali jumpa sayur ini dijual dalam bentuk kelopak bunga ini.. Selalunya kuncup je dalam plastik.. Tapi tulah, dah potong baru teringat tak ambil gambar sayurnya.. Hahaha.. Jenuhlah cari dekat Google Image.. Mujur jumpa.. Sha kongsikan dekat bawah gambarnya.. Sayur ini juga dikenali dengan nama Tatsoi dan Sawi Pagoda.. Pada Sha rasa sayur ini sedap je.. hehehe.. Macam makan sawi cuma lebih rangup.. Gitu.. hehehe..

Cantikkan.. Ini jumpa dekat Google Image tau.. Bukan gambar Sha..

Resepi Tumis Sawi Pagoda
Bahan-bahannya
1. Seulas bawang merah dihiris
2. Seulas bawang putih dihiris
3. Sebiji cili hijau/merah dihiris
4. 8 ekor udang dibuang kulit dan dibelah dua
5. Sedikit kiub ikan bilis knorr
6. Sejambak sayur sawi pagoda dii potong ikut suka
7. Minyak untuk menumis
8. Sedikit air dan garam sebagai perasa

Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan minyak.
2. Tumis semua bahan hiris hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan kiub ikan bilis..
4. Setelah udang separuh masak, masukkan sayur dan sedikit air..
5. Biarkan sehingga sayur dan udang masak. Tutup api, masukkan garam (sekiranya perlu) dan bolehlah hidangkan..


Saturday, January 23, 2021

Resepi Nasi Kari Kambing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah beli kari kambing Adabi tu, baru semalam tergerak nak buat.. Banyak juga dapat.. Boleh makan sampai ke malam.. Sedap dan mudah.. Boleh cuba dengan kari daging pula lepas ini..

BAHAN-BAHAN:
2 tin kari kambing adabi
3 1/2 pot cawan sedang beras faiza Moghul
2 biji bawang besar | dihiris
4 sekawan
2 sudu planta + 2sudu minyak masak
1 biji tomato | potong dadu
1 sudu kecil garam
1/2 tin susu cair
Air sebagai tambahan

CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci dan rendam beras selama 15 minit.

2. Panas kan marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu)
3. Tumis sampai wangi bawang besar, 4 sekawan dan tomato.

4. Masukkan kari kambing gaul sebati
5. Kemudian masukkan susu cair
6. Masukkan sedikit garam.

7. Lepas tu curahkan atas beras dalam periuk nasi elektrik dan masak macam biasa.. Boleh tambah air kalau rasa tak cukup.. 
8. Masa nak kering nanti boleh la jenguk dan gaul-gaul rata.
Siap dan boleh dihidangkan dengan apa-apa lauk yang anda suka.


Monday, December 28, 2020

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsi kat sini.. Selalunya buat gulai lemak udang atau pucuk paku secara berasingan.. Kali ini kita campur sekali.. hehehe.. Sedap pula rasanya bila mereka bergandingan bersama.. Sha tak pakai banyak cili sebab anak-anak nak makan sama.. Memang tak buat pedas.. Kalau suka pedas, cili padi tu boleh bubuh lebih.. Pucuk paku kat sini jual seikat RM1 je, ini untuk sekali makan.. Kalau Sha nak masak lebih kena beli 2 ikat..

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang
Bahan-bahannya:-
Seikat pucuk paku
Udang (ikut suka)
Sebiji cili padi yang ditumbuk bersama ikan bilis dan kunyit hidup/serbuk kunyit
Sebatang cili merah dihiris (mencantikkan lauk)
Air
Santan
Garam secukup rasa..

Sha bubuh air, bahan tumbuk, cili merah dan pucuk paku dalam periuk dan panaskan atas dapur.. Biar sampai menggelegak atau pucuk paku lembut..

Bila dah menggelegak baru Sha masukkan udang.. Santan Sha masukkan lepas kulit udang bertukar warna.. Kacau sampai santan masak dan serasi bersama udang dan pucuk paku di dalam periuk.. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.. Kacau.. Dah boleh dihidangkan..

Sunday, December 27, 2020

Tempe & Tauhu Goreng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah nak buat sejak baca entry rakan blogger.. Kak Farah dan siapa entah lagi yang ada kongsikan pasal ini.. Lupa.. hehehe.. Sha memang suka buat tempe, tauhu ini baru nak cuba.. Tak sangka pula sedap rupanya.. hehehe.. Memang leoas ini boleh beli dan buat lagi.. Sha guna serbuk goreng jenama Pak Long.. 

Sebungkus tempe dan sekeping tauhu.. Susah nak jumpa tempe balut daun pisang..

Sha potong kecil-kecil macam ini..

Tabur serbuk goreng Pak Long..

Kacau bagi sekata dulu kat tempe, kemudian goreng..

Lepas tu baru bubuh dekat tauhu..

Dah siap.. Boleh dijadikan kudapan depan tv, masa baca buku atau makan dengan nasi..

Friday, December 25, 2020

Resepi Oden Viral

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ramai juga yang kongsikan resepi Oden ini.. Resepi yang Sha kongsikan disini telah Sha ubahsuai mengikut selera dan bahan-bahan yang ada dan mudah diperolehi.. Tak ada resepi yang tak boleh diubahsuaikan.. Janji rajin nak cuba.. InsyaAllah jadi.. hehehehe.. Sha masak oden ini masa jamuan di pejabat baru ini.. Saja nak mencuba sesuatu yang lain.. Main agak-agak je bahannya.. Bolehlah buat sendiri kat rumah lepas ini.. Memang sedap dan lagi puas makan bila masak sendiri ini..

Bahan-bahan yang diperlukan:
Perencah Asam Pedas Adabi 1 paket
Perencah Tomyam Thailand 1 senduk atau ikut kesesuaian rasa
Air secukupnya
Bahan oden pula Sha guna bebola ayam, bebola sotong, isi ketam, cendawan, kue teaw dan maggi

Periuknya kami guna periuk nasi je.. Mudah.. hehehe.. Cuma jangan bubuh air terlampau banyak sebab nanti nak bubuh bahan lagi.. Bila dia menggelegak je kuahnya meleleh-leleh sebab penuh sangat..

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air (ikut anda nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak..
Kemudian, masukkan perencah tomyam dan pes asam pedas, biar sampai menggelegak.. Sha tak tambah gula mahupun garam sebab perencah tomyam thailand tu dah secukup rasa..
Boleh masukkan segala bahan yang nak dimakan ke dalam periuk dan biarkan sampai menggelegak, barulah boleh dimakan..

Semangkuk oden yang dah boleh dimakan..

Terlebih air.. Meleleh kuahnya bila dia menggelegak.. Paniklah sekejap.. hahaha.. Part inilah kelakar.. Semua panik sampai lupa nak tutup suis ataupun cedok keluar isi dengan kuah tu.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com