Assalamualaikum..
Hye semua..
Seawal jam 6.40 pagi Sha sekeluarga dah gerak ke Saujana Utama untuk sesi urut dan bekam Sha.. Urut Imani dan bekam Amani.. Selesai ja urut kami terus gerak balik sebab ada jemputan kenduri dekat Tanjung Malim.. Memang awallah kami sampai..
Menu di kenduri.. Sha ambil nasi beriani, ayam masak merah, jelata dan papadom.. Kuih tu pula kami kongsi berempat..
Sebelum balik, singgah pekan tukar bateri untuk dua-dua kunci kereta merah.. Satu dah mayi terus, yang satu lagi dah nyawa-nyawa ikan ja..
Petangnya Sha merayap ke Pasar Malam Tanjung Malim dengan encik suami.. Beli minyak wangi ini sebab arwah abah dulu suka beli.. Bau yang kasturi putih tu memang kesukaan abahlah.. 2000 bunga tu pula bau dia manis..
Tujuan utama Sha adalah buah-buahan ini.. Limau tu RM12 (sekilo), buah mangga RM11 (2 kilo 200g) dan jambu tu RM15 (sekilo setengah)..
Hari ini jumpa pecal style orang dulu-dulu.. RM5 ja, sedap betul.. Wangi sebab dia bungkus dalam daun pisang.. Beli juga kuih koci, abok abok dengan pulut panggang..
Beli juga jagung kesukaan Sha ni..


























Bila ke pasar malam, memang banyaklah yang diborong.
ReplyDeleteMacam2 dapat kat pasar malam tu.
ReplyDeleteAwal betul gerak, demi kesihatan sekeluarga dan majlis kenduri! Menu nasi beriani dengan ayam masak merah memang kegemaran ramai. Selepas bekam dan urut, rasa badan selesa tak?
ReplyDeletePapadom nya saya pikir pangsit goreng 😄.
ReplyDeleteWaah 2-2 battery mobil dah nyaris mati ya kak. 😅.
Wangi2 parfum begini suka juga. Dulu driver saya ada yang suka pakai parfume, trauma dah dekat waktu sholat. Wanginya memang tajam, tp masih sedap tercium