May 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, May 28, 2018

A Wrinkle In Time (2018)

May 28, 2018
A Wrinkle In Time (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok citer ini dengan anak-anak.. Menariklah sebab ada macam fantasi sikitkan.. Kisah seorang budak perempuan yang mencari ayahnya yang hilang dengan bantuan Mrs. Whatsit, Mrs. Who dan Mrs. Which.. Selain itu Meg (budak perempuan) juga dibantu oleh adik lelakinya Charles Wallace dan kawan sekolah beliau itu Calvin.. Dengan menggunakan tesseract (sejenis space-travel), mereka telah pergi ke sebuah planet yang jauh bernama Uriel dan berjumpa dengan The IT.. The IT ini makhluk jahat yang ingin menakluk Universe.. Pengembaraan yang sangat menarik.. Berwarna-warni dan gelap.. Berjaya atau tak Meg berjumpa dengan ayahnya, kenalah tengok sampai habis..


Read More

Saturday, May 26, 2018

Amani & Imani Tak Sihat

May 26, 2018
Amani & Imani Tak Sihat
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Lama dah mereka berdua ini batuk.. Dekat sebulan lebih.. Dua minggu lepas dah bawa klinik kerajaan tapi still batuk.. So malam semalam (25.05.2018) bawa Amani dan Imani ke Klinik Azhar di Tanjong Malim.. Punyalah lama tak pergi, kad Amani pun dah tak ada..

Cepat perkhidmatan yang diberi.. Tak sampai 5 minit daftar, dah jumpa doktor.. Bila doktor check, kahak mereka pekat dan lekat di tekak.. Jadinya kenalah sedut gas.. Bagi cair kahak.. Boleh pula budak berdua ini tak nak pakai mask tu.. Jenuhlah pujuk.. Dah pakai si kakak, menggigil takut.. Yang si adik pula siap menangis sambil ayah peluk.. Adoilah anak-anak.. Sedut gas je pun.. Sabar jelah perangai berdua nie..
Lepas sedut gas, doktor periksa lagi sekali dan ambil ubat.. Balik rumah terus makan antibiotik dan tidur.. Nampaklah mereka cam lega sikit dari batuk.. Still batuk lagi.. Harapnya sihat lah berdua tu..

Read More

Air Katira Cool Blog

May 26, 2018
Air Katira Cool Blog
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Lama dah teringin nak rasa.. Kebetulan Cool Blog buat promosi.. Beli air Katira dapat botol cantik.. Harga pun berbaloi.. RM6.90 sebotol.. Encik suami cakap, rasanya macam air kundur.. Sha pula memang tak pernah minum air kundur.. Tapi air kitara ini sedaplah pada Sha.. Tak manis sangat.. Ngam ngam je dengan tekak.. Boleh korang cuba untuk berbuka petang nie.. 

Hijau mengancam.. 
Ada jeli pandan, jeli kurma dan selasih.. 
Read More

Kerepek Kentang Pedas

May 26, 2018
Kerepek Kentang Pedas
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Yeah!! Kerepek Kentang Pedas dah selamat sampai semalam(25.05.2018).. Cepat betul perkhidmatan yang diberikan..  1/2 kg penuh sebalang.. Memang tak tunggu lagilah.. Menu sahur pagi tadi lah jawabnya.. Cukup membuka selera.. Memang puas hati.. Terasa kerangupannya..

Sebungkus kerepek kentang pedas seberat 1/2kg..

Dapat sebalang.. Tak tahulah bertahan berapa lama.. Kikiki.. 

Terus ngap dengan nasi.. Lauk ini je dah puas makan.. Memang rangup.. Pedas manis.. Secukup rasa.. Puas hati sangat-sangat.. 

Berminat? Boleh ke Instagram: KerepekKentangPedas ataupun WhatsApp: KerepekKentangPedas
Perkara yang baik, haruslah dikongsi bersama..
Read More

Thursday, May 24, 2018

Makanan Tambahan Untuk Sahur

May 24, 2018
Makanan Tambahan Untuk Sahur
Assalamualaikum..
Hye semua..

Puasa-puasa ini, tekak ini kemain lagi.. Hari tu beli barang dekat Signature Market.. Elok je dapat gaji hari ini, terus Sha beli Kimchi dengan Kentang kentang pedas.. Buat lauk tambah untuk sahur.. Inilah masalahnya bila dapat gaji.. Mesti nak membeli online.. kikiki.. Perasaan bila terima parcel tu dah jadi addicted tau.. Kalau korang suka dengan makanan yang Sha share ini dan nak beli.. Klik je gambar-gambar dibawah.. Nanti terus ke page penjual.. Sha share ini tak de dapat apa pun.. Saja kongsi dengan korang.. Makanan best kan.. Kimchi ini Sha beli kali kedua.. Memang best..

https://www.facebook.com/faiza.amer.halal.korean.kitchen/ 
Kimchi ini Sha order dekat Facebook OmmaSón by FaezAmer Korean Kitchen HQ. Selain dari Kimchi, banyak lagi produk korea yang dijual di sini.. Korang pergilah usha.. Harga pun okay tau.. Klik je gambar atau pun nama FB tu..

Kerepek Kentang ini pula dekat Instagram norageeyah.. Sis ini jual 1kg dan 1/2kg.. Sha beli 1/2 kilo je.. Sebab makan berdua je kan.. Lagipun nak makan masa sahur je..
Read More

Musibat oleh Naim Tamdjis

May 24, 2018
Musibat oleh Naim Tamdjis
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ke 16, untuk bulan ini.. Kikiki.. Mood ke laut dalam.. Not badlah novel ini..

Cerita dalam novel ini mengisahkan tentang Zin seorang pemain gendang yang mewarisi bakatnya dari datuk dan moyangnya.. Sepatutnya Zin tak boleh menerima tawaran bermain gendang di Istana Melaka tapi Zin terima juga disebabkan gaji.. Datuknya melarang bersebab.. Sepanjang Zin memulakan kerja sebagai pemain gendang istana, bermacam-macam gangguan datang dari gendang yang Zin kena jaga.. Gangguan datang secara nyata dan juga mimpi.. Seroja, Tengku Dayang, Pak Dir dan Datuk Zin.. Semuanya suruh Zin bersabar dan menunggu.. Cerita akan diberitahu dalam mimpi Zin.. Dalam masa yang sama ada dalang yang cuba membuat onar di Istana Melaka.. Berjayakah Zin merungai kisah sebenar gendang yang dijaganya..

Sha suka garapan penulis kali ini sebab ada sejarah, kisah raja Melaka di zaman moden, seram, aksi dan juga cinta sedikit.. Walaupun ada typo dan tersalah ganti nama namun cerita tetap menarik dibaca..

Sha baca pada 23.05.2018 dan selesai pada 24.05.2018..

Read More

Wednesday, May 23, 2018

Always (2011)

May 23, 2018
Always (2011)
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sedih cerita ini walaupun berakhir dengan bahagia.. 

Kisah mengenai seorang peninju yang dah lama tak bertinju dan bekerja sebagai penjaga pintu di sebuah pasaraya.. Semasa bertugas untuk hari pertama, datang seorang perempuan buta duduk di sebelah beliau.. Perempuan buta tu tak tahu yang penjaga pintu itu sudah bertukar orang.. Maka persahabatan antara mereka pun terjalin.. Lelaki ini mula berubah.. Lebih gembira dan menerima kehidupan.. Dalam usaha untuk memulihkan penglihatan perempuan itu, lelaki ini telah ditipu dan dicederakan.. Maka terpisahlah mereka berdua saat perempuan itu sudah boleh melihat.. Perempuan itu mula mencari lelaki ini tapi tak berjaya.. Kedua-duanya terpisah tanpa dimahukan.. Berjaya atau tak mereka bertemu??

 Always / Only You (2011) KMovie | Release : October 20, 2011 | Genre: Melodrama, Romance, Tearjerker, Blindness | 
A love story centered on ex-boxer Chul-min and a blind telemarketer Jung-hwa.
Read More

Ikan Pekasam

May 23, 2018
Ikan Pekasam
Assalamualaikum..
Hye semua..

Juadah bersahur yang paling best.. Pada Sha lah.. Tapi baru sekali dapat makan.. Sha je yang suka makan.. Encik Suami dengan anak Sha memang tak makan pekasam-pekasam ini.. Siapa lagi yang suka makan pekasam?? Kita geng..

Tambah cili padi dengan bawang potong.. Pergh!! Mengancam okay..
Read More

Tuesday, May 22, 2018

Unexpected Hero (2017)

May 22, 2018
Unexpected Hero (2017)
Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Drama ini pendek je.. 10 episod dan setiap episod hanya 10 ke 12 minit je.. Kisah pasal penerima organ derma yang tiba-tiba mendapat super power.. Pandangan yang menjadi lebih terang, jantung yang berdegup dengan normal dan kekuatan yang luar biasa.. Penderma organ tu mati dibunuh.. Dan tragedi pembunuhan tu selalu mengganggu penerima organ.. 

Penamat cerita ini macam tergantung.. Pembunuh tu dapat diketahui dihujung cerita.. Tapi motif pembunuhan masih samar.. Mungkin akan ada season 2 kot.. Harapnya lah.. 

Unexpected Heroes” is a fantasy web drama that tells the story of three high school students who receive super powers after their respective organ transplants and then use their powers to solve suspicious cases. It is being supported by the Center for Disease Control Organ Transplant Management Center to raise awareness for organ and human tissue donations.
Read More

Aku Ada oleh Syu Ariani

May 22, 2018
Aku Ada oleh Syu Ariani
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel yang ada dipasaran sekarang bukan lagi hanya tertumpu pada genre cinta semata-mata.. Sudah makin banyak pilihan yang boleh dipilih pembaca.. Macam novel yang Sha baca ini.. Walaupun temanya cinta, tapi bukanlah tipikal cerita cinta yang biasa.. Novel ini ada aksi, sedikit unsur seram dan juga pengorbanan.. 

Aku Ada mengisahkan tentang Lyssa yang normal dan biasa.. Pelajar kolej, ada kawan-kawan di sampingnya.. Namun semuanya berubah bila Lyssa terjatuh di Ledang.. Betul ke terjatuh? Sebab ingatan Lyssa pada kejadian tu tak ada.. Bukan itu sahaja, Lyssa juga lupa pada sesworang yang pernah ada disampingnya sebelum ini.. Secara tiba-tiba juga, Lyssa boleh mendengar suara-suara lain di sekelilingnya.. Kerana mendengar suara itulah, Lyssa terjumpa mayat didalam hutan.. Namun ayah dan kawannya Saf merahsiakan identiti mayat tu dari pengetahuan Lyssa dan mengurung Lyssa dari dunia luar.. 

Namun semuanya berubah bila Hafiy muncul didepan Lyssa.. Hanya Lyssa sahaja yang nampak Hafiy.. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi.. Bukan sahaja ayah Lyssa tapi kawan Lyssa juga turut menyimpan rahsia.. Terbongkarnya identiti mayat yang dijumpai Lyssa sebelum ini membawa kepada penemuan mengenai 'dia'.. Siapa agaknya "dia"? Apa kaitan 'dia' dengan perkara yang berlaku dalam hidup Lyssa..? Siapa Hafiy sebenarnya? 

Seronok bila membaca cerita yang bukan tertumpu pada cinta semata-mata.. Malah watak heroinnya dibentuk untuk tidak mengalah dan lembik.. Satu usaha yang sangat bagus pada Sha.. 

Sha baca dan selesai pada 20.05.2018..

Read More

Signature Market - Tempahan Sampai

May 22, 2018
Signature Market - Tempahan Sampai
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sebwlum ini Sha ada share pasal pembeluan Sha di Signature Market.. Boleh baca di SINI.. Lama juga untuk tempahan sampai.. Tempahan Sha selamat sampai pada 21.05.2018..

Sha beli Kurma Mariami (200g), Kismis Kuning (300g), Buah Prun (280g) dan Low Carb Mix (140g).. 

Selamat berada di dalam balang.. Prune signature market ini tak berapa lembap dan tak manis.. sedang-sedang.. Kurma dan kismis pun okay..

Ini adalah yang paling Sha nanti-nantikan.. Low Carb Mix ini adalah campuran kekacang yang dah dipanggang dan sedia dimakan.. Ada badam, gajus, kuaci dan walnut.. Memang sekali hadap je nie..
Read More

Monday, May 21, 2018

Ice Fantasy Destiny (2017)

May 21, 2018
Ice Fantasy Destiny (2017)
Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sha baru habis tengok drama ini.. Walaupun 16 episod tapi setiap episod 1/2 jam je.. Pendek tapi sebab tak ada mood, lambatlah sikit habisnya.. Drama ini menarik sebab watak-wataknya ada kuasa ajaib..

Kuasa ais dan kuasa api.. Kuasa buat patung dan mengawal tubuh manusia.. Kuasa boleh masuk kedalam mimpi.. Memang menariklah.. Pasal kelahiran semula raja bagi puak ais dan isterinya.. Usaha puak api untuk menghidupkan semula roh yang tak sepatutnya dalam badan raja puak ais.. Bila mereka yang ada kuasa muncul pada zaman maju memang pelik dan kelakar.. Berjaya atau tak raja dan isterinya bertemu semula, dan mengingati apa yang berlaku sebelum ini.. Memang menarik.. 

Ice Fantasy Destiny transports the epic fantasy adventure story into a modern day setting. It is the year 2020 and Kasuo has been reincarnated as Feng Suo, the head of a high technology company. He inadvertently unlocks memories of the past and regains his power, thus igniting a new chapter in the history of the ice and fire tribe.
Read More

Qasidah Kisah Sang Rasul - The Muhibbain

May 21, 2018
Qasidah Kisah Sang Rasul - The Muhibbain
Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah sebenarnya Sha cari lagu ini dekat Youtube.. Selalu dengar dekat TV Alhijrah je.. Tak sempat nak rakam.. Semalam baru terjumpa.. Kepada yang upload, terima kasih banyak.. Kalau korang nak dengar, klik je tajuk lagu ataupun gambar dekat bawah ini..

https://www.youtube.com/watch?v=mjA4eBfBEEk&t=0s&list=LLOXJmqaNLuG9OiFQaVeu6ZA&index=8
Mereka dalam gambar ini yang alunkan Qasidah Kisah Sang Rasul ini.. Selawat Fatih tu pun sedap juga..

Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Fii layaaliil maulidi 
Fii layaaliil maulidi 
Abdullah nama ayahnya, 
Aminah ibundanya… 
Abdul Muthalib nendanya, 
Abu Thalib pamannya… 
Khadijah istri setia, 
Fathimah putri tercinta… 
Semua bernasab mulia, dari Quraisy ternama… 
Inilah kisah sang Rosul, yang penuh suka duka.... 
Inilah kisah sang Rosul, yang penuh suka duka.... 
Oh...Penuh Suka Duka, 
Oh...Penuh Suka Duka ... 

Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Fii layaaliil maulidi 
Fii layaaliil maulidi
 Delapan tahun usia, nenda meninggalkannya… 
Abu Thalib pun menjaga, paman paling pembela… 
Saat kecil penggembala, dagang saat remaja… 
Umur dua puluh lima, memperistri Khadijah… 
Inilah kisah sang Rosul, yang penuh suka duka.... 
Inilah kisah sang Rosul, yang penuh suka duka.... 
Oh...Penuh Suka Duka, 
Oh...Penuh Suka Duka... 

Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Fii layaaliil maulidi 
Fii layaaliil maulidi
 Diumur ketiga puluh, mempersatukan bangsa… 
Saat peletakan batu, Hajar Aswad mulia… 
Genap 40 tahun, mendapatkan risalah… 
Ia pun menjadi Rosul, akhir para Anbiya… 
Inilah kisah sang Rosul, yang penuh suka duka.... 
Inilah kisah sang Rosul, yang penuh suka duka.... 
Oh...Penuh Suka Duka, 
Oh...Penuh Suka Duka... 

Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Roohatil athyaaru tasyduu fii layaaliil maulidi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Wa bariiqun-nuuri yabduu min ma’aanii Ahmadi 
Fii layaaliil maulidi 
Fii layaaliil maulidi
Read More

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

May 21, 2018
SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem by Nadia ini.. Blog Nadia ini ohsem tau.. Gambar-gambar yang Nadia ambil semua cantik-cantik.. 


http://www.nadiaizzaty.com/2018/04/spring-duck-giveaway-by-blog.html
This giveaway will be starting from 23rd April 2018 - 24th May 2018
The winners will be announced 1 week after the closing date.
Read More

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

May 21, 2018
Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

Doa Pagi Ini

May 21, 2018
Doa Pagi Ini
Assalamualaikum..
Hye semua..

Doa pagi ini..

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻗَﻮِّﻧِﻲْ ﻓِﻴْﻪِ ﻋَﻠَﻰ ﺇِﻗَﺎﻣَﺔِ ﺃَﻣْﺮِﻙَ ﻭَ ﺃَﺫِﻗْﻨِﻲْ ﻓِﻴْﻪِ ﺣَﻼَﻭَﺓَ ﺫِﻛْﺮِﻙَ ﻭَ ﺃَﻭْﺯِﻋْﻨِﻲْ ﻓِﻴْﻪِ ﻟِﺄَﺩَﺍﺀِ ﺷُﻜْﺮِﻙَ ﺑِﻜَﺮَﻣِﻚَ ﻭَ ﺍﺣْﻔَﻈْﻨِﻲْ ﻓِﻴْﻪِ ﺑِﺤِﻔْﻈِﻚَ ﻭَ ﺳِﺘْﺮِﻙَ ﻳَﺎ ﺃَﺑْﺼَﺮَ ﺍﻟﻨَّﺎﻇِﺮِﻳْﻦَ
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, dan berikanlah aku manisnya berdzikir mengingat-Mu, Berilah aku kekuatan untuk menunaikan bersyukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu, dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.
ﺁﻣﻴﻦ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
Read More

Friday, May 18, 2018

Ramadhan 2018 - Day 2

May 18, 2018
Ramadhan 2018 - Day 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sahur apa pagi tadi.. Rasa macam nak update hari-hari je.. Membaca dan menonton drama cam tak berapa ada mood.. Jadinya mungkin kuranglah sikit entry sepanjang Ramadhan ini..

Pagi ini Sha berjaya bangun awal.. Awal sangat.. Kikikiki.. Tersedar jam 3.15 pagi.. Tidur balik.. Jam 4.05 pagi terjaga dengar bunyi alarm.. Tapi beratnya nak buka mata.. Sabar jelah.. Golek-golek dulu atas katil.. Teringat banyak perkara nak buat pagi ini, terus bangun.. Memula memang masak nasi dulu lah.. Panaskan sup daging (beli dekat Bazaar Ramadhan semalam.. RM4.50) dan sardin semalam.. Lepas tu masak air.. Sementara tunggu air dengan nasi masak, Sha jemur baju yang dah siap basuh malam sebelum tidur.. Bila air masak, bancuh teh O.. Lepas tu mandi.. Sementara tunggu pukul 5.00 pagi untuk kejut encik suami dan amani, Sha lipat baju..

Pukul 5.00 pagi, kejut encik suami dan amani bangun untuk sahur.. Pagi ini Amani sedikit susah untuk bangun.. Tapi okaylah.. Pukul 5.20 pagi kami dah selesai sahur.. Bila encik suami dan Amani ke masjid, Sha kena siapkan Imani pula.. Selesai tugas Sha pagi ini.. Hantar anak ke sekolah, encik suami yang akan uruskan.. Rutin harian..

Read More

Thursday, May 17, 2018

Takrut : Stesen Terakhir oleh Maria Kajiwa

May 17, 2018
Takrut : Stesen Terakhir oleh Maria Kajiwa
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel terbaru penulis bernama Maria Kajiwa.. Kali ini diterbitkan oleh Lovenovel.. Ada dua kisah dalam buku ini.. Takrut dan Stesen Terakhir..

Takrut
Kisah yang bermula dari luar Malaysia.. Takrut yang sangat bahaya.. Kuasa yang sebenarnya telah dikunci.. Namun masih lagi sangat bahaya.. Mulanya digunakan dalam peperangan demi mencapai kemenangan dan dipulangkan semula ke Sami.. Tapi bila ada hati yang hitam, akhirnya Takrut cuba dimiliki demi sebuah keagungan.. Namun bukan mudah untuk meleraikan kunci yang telah dibubuh di Takrut itu.. sebuah Kitab Purba perlu dicari.. berkurun-kurun telah berlalu namun usaha pencarian tidak pernah berakhir..Bila dah berjumpa terbongkar pula pelbagai cerita..

Stesen Terakhir
Kisah yang kedua nie pula mengenai sebuah stesen keretapi yang tidak tercatat di mana-mana.. pencarian yang dibuat telah menyebabkan petaka datang mengganggu semula.. Bukan mudah nak menentang kejahatan, sedangkan tak ramai yang mengetahui cerita sebenar.. Ada sebab kenapa stesen tersebut tak dicatat dalam sejarah.. Kehilangan yang meragut banyak nyawa..

Kedua-dua cerita dalam ini memang best.. Garapan istimewa dari seorang novelis yang istimewa.. Sha suka membaca karya beliau kerana dalam setiap karya beliau pasti akan ada sentuhan emosi.. Untuk karya kali ini Sha baca tiga hari sebab sayang nak habiskan.. Dalam masa yang sama nak tahu juga kesudahannya..

Sha baca pada 14.05.2018 dan selesai pada 16.05.2018..

Read More

Ramadhan 2018 - Day 1

May 17, 2018
Ramadhan 2018 - Day 1
Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi sahur terlewat bangun lah pula.. Padahal dah set jam pukul 4.15 pagi.. jam kedua pukul 4.25pagi.. Malangnya boleh tak tersedar.. Sabar jelah.. Sedar-sedar dah pukul 4.45pagi.. Kelam kabutlah masak nasi dengan lauk.. Mujurlah sempat sahur.. Kalau tak emmang lembiklah citer dia.. Aduhai.. Pengalaman sungguh.. Encik suami siap cakap, malam ini kena masak nasi siap sebelum tidur.. Ada juga kengkawan yang share di Facebook terlajak tidur..
Read More

Drama Melayu

May 17, 2018
Drama Melayu
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah terjebak tengok drama Melayu.. Huhuhu.. Menarik okay drama dua ini.. Drama yang Sha maksudkan ialah Drama adaptasi novel Klik! Pengantin Musim Salju oleh Suri Ryana dan Bila Aidil Ada Fitri.. Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini Sha jadi teruja nak tengok sebabkan teaser yang CikManggis (De Fam) share dekat Instagram beliau.. Bila tengok teaser tu cam curious sangat nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.. Maka Sha pun tertengok.. Tengok episod satu je dah tersuka.. Tapi tak tahulah boleh konsisten ke tak untuk tengok sampai habis.. kikiki.. Kalau ada rezeki nak baca novel dia..


 
Drama yang ini pula, Sha tengok sebab kawan pejabat Sha suruh tengok.. Katanya menarik.. Kisah pasal Personal Shopper.. Lakonan Siti Saleha dengan Ungku Ismail Aziz.. Dan rupanya bila Sha search pasal drama ini, drama ini juga diadaptasi daripada novel dengan tajuk Raya = Aidil+Fitri & The Sweetest Stranger oleh Yumi Hyra & Aiza Qriselda..
Read More

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H/2018M

May 17, 2018
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H/2018M
Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat berpuasa.. Hari ini dah satu Ramadhan.. Sha share sini Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H/2018M bagi Zon 1, Negeri Perak.. Untuk Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi zon dan negeri lain, boleh tengok di SINI ye..


Read More

Wednesday, May 16, 2018

You Drive Me Crazy (2018)

May 16, 2018
You Drive Me Crazy (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Korea ini pendek je.. Ada 4 episod dan setiap episod hanya 30 minit sahaja.. Kisah mengenai dua orang sahabat yang tertidur bersama tanpa sengaja.. Kemudiannya berlagak macam tak ada apa yang berlaku.. Walhal mereka saling menyukai sebenarnya cuma tak nak saling kehilangan.. Perkara yang berlaku didiamkan dan persahabatan diteruskan seperti biasa.. Bukan mudah sebenarnya nak buat-buat tak tahu.. Bila lelaki tu mula berterus terang dengan perasaannya, perempuan tu takut dan menghilangkan diri.. Namun takdir menemukan mereka semula bila lelaki tu menunggu dan meluahkan perasaannya melalui lukisan..

Memang sweet habislah drama ini..

You Drive Me Crazy
KDrama | Friendship, Romance | 4 Episodes | 2018 |
The lead characters who have been friends for eight years end up sleeping together one night. Following this event, the friends struggle between love and friendship.
Eun Seong is a translator who works with Korean to French and French to Korean translations. She faces everything bravely but also has an unpredictable side. Eun Seong becomes friends with Kim Rae Wan in college.
Read More

Parcel oleh Simon Malik

May 16, 2018
Parcel oleh Simon Malik
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel aksi yang menarik.. Kisah bungkusan yang perlu dibawa Faizal atas arahan bos beliau.. Dari awal novel ini memang rasa target utama penjahat adalah bungkusan tu.. Tapi bila dah nak sampai hujung rupanya baru tahu target asal penjahat bukan bungkusan itu.. Bungkusan itu cuma umpan sahaja.. memang penjahat dia kejam dalam usaha mendapatkan target.. Bila baca novel ini memang terbayang-bayang aksi yang ditulis.. Cuma bila sampai part Rider tu, cam blur sikit.. Sebab tak ada penerangan sangat pasal Rider itu.. Keseluruhan novel ini memang menariklah sebab ada puzzle yang kena kita cantumkan.. Penjahat pula memang dasyatlah.. Hero pun not bad.. penulis dia memang kreatif..

Sha baca dan selesai pada 14.05.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

May 16, 2018
Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway

Selamat Berpuasa

May 16, 2018
Selamat Berpuasa

Tuesday, May 15, 2018

Helpless (2012)

May 15, 2018
Helpless (2012)
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Filem Korea yang menarik lakonan Lee Sun-kyun.. Mengenai seorang lelaki yang kehilangan tunang semasa berhenti di Hentian Rehat.. Lelaki ini berusaha mencari tunang dia.. Tapi tunang dia hilang tanpa dikesan.. Disebabkan tak berjaya mencari sendiri, lelaki ini minta tolong sepupu dia yang pernah kerja sebagai polis.. Maka terbongkarlah sebuah kebenaran yang mengejutkan.. Tunang yang dicari rupanya menggunakan identiti orang lain.. Pemilik nama sebenar hilang tanpa dikesan.. Lelaki tu macam tak boleh nak terima perempuan yang dia sayang menggunakan identiti orang lain.. 

Memang sedih lah bila tahu kebenaran kenapa perempuan tu hidup dengan identiti orang lain.. Dalam masa yang sama menakutkan bila tahu macam mana dia dapat identiti tu.. Dan menyedihkan bila tengok penamat filem ini.. 

Helpless | 08 March 2012 | Mystery, Award Winning |
 A woman suddenly disappears. Her fiance then sets out to find her and, in the process, uncovers layers of dark hidden secrets.


Read More

Food Truck D'Secret

May 15, 2018
Food Truck D'Secret
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Saja nak share dengan pembaca.. Dekat depan TF Value Mart di Bandar Behrang 2020, Perak.. Food truck ini dah mula beroperasi sejak minggu lepas.. Jual makanan bergoreng seperti kuew tiaw dan mee goreng.. Harga dan kuantiti berpatutan.. Rasa pula, okaylah..

 
Kikiki.. maaf lah tak ada gambar solo food truck ini..
 
 
Menu yang Sha dan encik suami cuba..
Kuew tiaw kerang dan mee goreng mamak.. 
Rm6 sebungkus..
Read More

A Special Lady (2017)

May 15, 2018
A Special Lady (2017)
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Filem Korea ini tak sesuai ditonton bersama anak-anak ye.. Adengan 18 sx dan juga 18sg.. Memang ganas sikitlah.. Kisah pasal perempuan yang menjadi orang no 2 dalam organisasi gangster.. Perempuan ini nak kehidupan biasa-biasa je sebenarnya.. Dah penat jadi gangster.. Tapi perancangan dia terganggu bila orang kanan dia dapat tahu yang perempuan ini mengandungkan anak ketua gangster masa dalam penjara.. Dan anak tu dah besar dah pun.. Masa ni lah krisis bermula.. Lepas tu ada pula pendakwa raya yang bengang dengan perempuan ini ambil kesempatan.. dia racun pemikiran orang kanan perempuan ini sampai sanggup bunuh ketua gangster tu dan tahan perempuan ini.. Memang aksi-aksinya ganas belaka.. Ending dia, semua mati.. Hampeh je.. 

Cinta memang boleh membutakan fikiran..

 Hyun-Jung (Kim Hye-Soo) is the no.2 person in her crime organization. She dreams about her second life and prepares for retirement. Sang-Hoon (Lee Sun-Kyun) is the troubleshooter for the crime organization and will do anything for Hyun-Jung. He doesn't understand why Hyun-Jung wants to retire. Meanwhile, Prosecutor Choi (Lee Hee-Joon) is cornered by Hyun-Jung. Prosecutor Choi plans for revenge against Hyun-Jung by using Sang-Hoon.
Read More

Monday, May 14, 2018

Signature Market #1

May 14, 2018
Signature Market #1
Assalamualaikum..
Hye semua..

Nak Ramadhan ini tetibe rasa macam seronok pula nak beli kurma online.. kikiki.. Kalau tak tu, selalunya beli Kurma Yusoof Taiyob je.. Tahun ini tukar selera pula.. Dah alang-alang membeli tu, Sha beli juga makanan lain.. Sha beli online di Signature Market... Kualiti dan harga yang berbaloi.. Gitu.. Ini pembelian pertama Sha dekat Signature Market.. Yang sebelum ini Sha dapat offer percuma.. Boleh baca di SINI..

 
Dah alang-alang beli kurma, Sha beli juga Kismis.. Stok Kismis dekat rumah dah habis kan..

 
Lepas tu teringin nak cuba kekacang dia.. Sha beli Yang ini.. Sebab ada Walnut, Almond, Cashew Nut, Lightly Salted Pumpkin Seed (Himalayan Rock Salt), Lightly Salted Sun Flower Seed (Himalayan Rock Salt)..

 
Yang ini beli sebab Apricot dah habis stok.. Sha nak beli Apricot sebenarnya.. Boleh dapat dua pack tapi tak ada kan.. Beli jelah Prun ini..

Lain kali baru beli Apricot ini.. Harga berbaloi tu..

 Sha beli pada 9 Mei 2018 dan pada 13 Mei 2018 Sha dapat email diatas.. Yeah!! Pesanan dah otw.. Nanti Sha share bila makanan dah sampai ye..
Read More

Temujanji di Klinik Ibu dan Anak (Implant)

May 14, 2018
Temujanji di Klinik Ibu dan Anak (Implant)
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sepatutnya temujanji ini hari Khamis (10.05.2018) tapi dah diberi cutikan.. Tu yang Sha pergi hari Isnin.. Ini temujanji susulan sebab urine ada gula lebih masa checkup last week.. Huhuhu.. (Ini checkup untuk pakai Implant  - perancang keluarga).. Gula dalam urine tu sebenarnya sebab kurang minum air masak.. Lepas tu dah tahu nak buat checkup, pergi breakfast nasi lemak dengan nescafe tarik.. Memang ada gula lah dalam urine.. Kali ini kita check urine dulu baru breakfast.. Kikiki.. Harapnya okaylah urine..

Punyalah ramai orang kat klinik.. Yellah, dua hari cuti kan.. Semua temujanji tu tertunda ke hari ini.. Mau tak ramai.. Tak pernah-pernah lah tak ada parking, kali ini Sha sampai kena parking kat luar kawasan klinik.. Lepas tu menapaklah.. Takpelah.. Bukan selalu.. Yang jadi lagi lambat sebab Sha terpaksa tunggu Klinik Desa dekat kawasan Sha ini buka dulu untuk amik buku.. Dah selalu sangat bila pergi checkup kat Klinik Tanjong Malim, buku Sha tak ada.. Dah amik buku baru Sha ke Klinik Tanjong Malim.. Tu yang bila sampai, parking semua dah penuh.. Stress la juga.. Dugaan hari Isnin.. 

Lebih kurang sejam baru nama Sha dipanggil.. Misi amik bacaan berat dan tekanan lepas tu suruh pergi hantar urine dekat makmal.. Tunggu keputusan Urine sekejap je.. Dapat keputusan hantar dekat bilik doktor pula.. Ini kena tunggu lebih kurang setengah jam.. Doktor panggil dan bagi tahu Urine okay.. Cuma kena banyakkan minum air masak je.. 

Pergi pukul 8.30 pagi.. kul 11pagi baru selesai.. Bukan selalu.. Ye tak.. Yang penting dah okay.. lagi 6 bulan jumpa balik doktor..
Read More

Jampi oleh Murni Aqila

May 14, 2018
Jampi oleh Murni Aqila
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Percubaan pertama penulis ini, sangat menjadi.. Sha suka garapan yang dibuat dan dalang yang sebenarnya sungguh tak disangka.. 

Jampi ini mengisahkan kisah sepasang suami isteri iaitu Dahlia dan Zairi yang berpindah ke kota kerana Zairi mendapat kenaikan pangkat.. Disebabkan ingin memberi kejutan kepada Dahlia, Zairi hanya memberitahu sehari sebelum berpindah.. Mulanya Dahlia tak nak ikut dan berkeras yang rumah baru mereka berhantu.. Tapi setelah dipujuk, akhirnya mereka berpindah juga.. 

Gangguan mula terjadi kepada Dahlia.. Setiap malam Dahlia diganggu..Tapi yang peliknya Zairi tak diganggu.. Kemudian muncul Kak Ana dan bunyi ketukan yang misteri.. Zairi pula mula berubah setelah berjumpa kekasih lama dan selalu balik lewat malam.. Dahlia pula makin teruk diganggu sehingga luka-luka.. Apa sebenarnya yang terjadi? Betul ke rumah tu berhantu atau ada orang yang menghantar? Siapa Kak Ana yang sekejap baik dan sekejap garang? Nak tahu jawapannya, kenalah baca Jampi oleh Murni Aqila.. 

Ingatlah yang jahat tak akan selamanya selamat.. Kebenaran pasti terbongkar jua.. 

Sha baca dan selesei pada 13.05.2018.. Hanya dua jam sahaja.. Sebab buku ini memang menarik.. 

Read More

Sunday, May 13, 2018

Suamiku Mr. Boss oleh Elin Nadia

May 13, 2018
Suamiku Mr. Boss oleh Elin Nadia
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Lama tak share bahan bacaan.. Cuti 4 hari tapi mood membaca hilang entah kemana.. Ini pun baca dalam masa dua hari.. Baru habis.. Huhuhu.. Jalan ceritanya agak tak berapa kena dengan Sha..

Permulaan novel ini okay.. Menarik.. Kisah cinta antara Naim dan Safia.. Perkenalan dan akhirnya berkahwin.. Tapi lepas tu macam meleret-leret ceritanya.. Ada konflik tapi macam tak bersungguh je penulis membuat konflik.. Dengan aksi Darina yang menjengkelkan.. Perangai Naim yang mengongkong.. Fendi yang acah macam jahat tapi tak jahat.. Aduh hai.. Pening juga membacanya.. Tapi habislah juga.. Kikiki..

Sha baca pada 11.05.2018 dan habis pada 12.05.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Selamat Hari Ibu

May 13, 2018
Selamat Hari Ibu

Saturday, May 12, 2018

Instagram Kena Hack

May 12, 2018
Instagram Kena Hack

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu tengok orang pos pasal kena hack.. Tak sangka la pula, nak kena dekat Sha.. Mujurlah ada CikZa yang comel mesej Sha di WhatsApp bagi tahu.. Terus Sha delete pos yang di spam, tukar password dan logout dari akaun.. Kemudian login semula.. Mujurlah akuan IG Sha masih ada.. Tq sangat dengan CikZa..

Suka hati dia je nak hack dan spam IG Sha.. Sumpah jadi katak kang baru tahu.. 
Read More

Urusan Rumah - Pemasangan Lampu & Kipas

May 12, 2018
Urusan Rumah - Pemasangan Lampu &  Kipas
Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Jumaat (11.05.2018),Sha pergi Ipoh lagi.. Biasalah.. Selagi tak siap, memang berulang jelah.. Lagipun bukan professional kan.. Lambatlah sikit siapnya tali puas hati sebab buat sendiri.. Kali ini pergi untuk pasang kipas dan lampu pula..

Bawa tangga pendek.. 

Kipas dan lampu.. 

Ruang tamu yang kosong.. 

Yeah!! Dah ada 2 lampu dan 1 kipas syiling.. 

Bilik depan.. 

Dah siap lampu dan kipas syiling di bilik utama.. Siap ada langsir lagi.. Kikiki.. 

Alhamdulillah, selesai juga kerja-kerja yang dirancang.. Cuma basuh rumah je tak buat lagi.. Sebab meter air tak pasang lagi..

Mujur ada encik suami yang sanggup menolong.. Jimat dan memudahkan kerja.. Walaupun lambat namun lebih puas hati.. 
Read More

Friday, May 11, 2018

The Advocate: A Missing Body (2015)

May 11, 2018
The Advocate: A Missing Body (2015)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang menarik.. Pembunuhan tanpa mayat.. Yang ada cuma kesan darah yang banyak.. Seorang peguam telah diupah untuk membela pesalah dari dikenakan hukuman.. Yang kelakarnya, bila peguam itu dah berhempas pulas mencari bukti dan berjaya membuktikan yang pesalah itu tak bersalah tiba-tiba je pesalah tu mengaku dia yang bunuh.. Memang haru birulah jadinya.. Bermulalah penyiasatan kes sebenar.. Rupanya ada cerita disebalik kes pembunuhan.. Memang peguam tu genius gila.. Nak tahu siapa sebenarnya yang jahat? Betul ke ada pembunuhan? Kenalah tengok filem ini.. Memang best.. Tambah pelakon yang bawa watak peguam tu.. Kikiki.. 

 
The Advocate: A Missing Body @ Angry Lawyer | 08 October 2015 | Crime, action |


Read More