Urusan Rumah - Touch Up Grill - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, May 11, 2018

Urusan Rumah - Touch Up Grill

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Lepas mengundi sha dan encik suami terus gerak pergi Ipoh.. Nak touch up kerja-kerja pemasangan grill.. Masih ada yang tak selesai.. Biasalah buat sendiri, ada aja yang tertinggal dan terlupa.. Kikiki.. Kami bawa siap timba kecik dan gayung.. Manalah tahu ada air kan.. Kali ini Sha pergi bawa anak-anak.. Sampai Ipoh dah tengahari.. Jadinya, kami tapau siap-siap makan.. Sampai rumah Sha itu, encik suami buat sambung kerja.. Sha pula suap anak-anak makan..

Air dah ada tapi meter belum dipasang.. Sabar jelah.. Mujurlah hujan, tadah air hujanlah jawabnya.. Lambat betul pemasangan meter airnya.. 

Hari itu masa datang, lupa bawa wall plug ini.. Jeriji tu kami pasang guna skru biasa je.. Dan tebuk lubang siap-siap.. Wall plug ini memang untuk jeriji.. Bagi ketat dan kemas pemasangan jeriji.. 

Proses mengetuk wall plug.. 

Sementara itu Amani dan Imani membaca dan mewarna.. Kejap je ini.. Lepas tu mereka pin bosan.. Kikiki.. 

Kerja-kerja pemasangan wall plug dan langsir siap sekitar jam 5.30 petang.. Terus kemas-kemas dan gerak balik.. Kami sampai Slim River lebih kurang jam 8.30 malam.. 

4 comments:

  1. Oh rumah kak sha ni kat ipoh. Ok la tu. Kat ipoh pun banyak rumah yang baru naik

    ReplyDelete
  2. Hai..saya dah follow blog kasihkuamani..klu sudi follow blog saya yee..
    www.iradzahir.com 😉

    ReplyDelete
  3. hahaha semestinya bosan menunggu :p budak budak kan

    ReplyDelete
  4. Bila boleh duduk tu? ke dah duduk..?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..