Tuesday, September 22, 2020

ebook | Circus of the Damned (Anita Blake, Vampire Hunter #3) by Laurell K. Hamilton

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ketiga ini best sebab Anita berjaya lepaskan diri dari jadi manusia suruhan kepada Jean Cloude dan kuasa dia berkembang dengan lebih dasyat.. Kalau ikut kata penulis siri ini, dia nak matikan je watak Jean Cloude yang ego tu tapi seiring cerita ini bergerak, Anita dengan Jean Cloude macam serasi bersama.. Hehehe.. Gitu.. Dalam novel ketiga ini berlaku perebutan kuasa dan juga muncul vampire yang lebih tua dan primitif.. Pada vampire tua ini dia lebih suka manusia memburu dan membunuh vampire bukannya menerima vampire sebahagian dari kehidupan normal.. Gitu.. Vampire pun bercanggah pendapat.. hehehe..

Sha baca pada 18.09.2020 dan selesai pada 19.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 24th 2002 by Berkley (first published 1995)

Monday, September 21, 2020

Filem Korea | Okay! Madam (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem aksi yang kelakar.. Sha tengok sebab ada Park Sung Woong.. Pelakon yang ohsem.. Filem ini pasal seorang ejen yang dah menghilang dan muncul kembali.. Bila muncul je, ramai yang mencari sebab nak dapatkan sesuatu dari ejen ini.. Malangnya bukanlah mudah sebab ejen ini antara yang terbaik.. Paling kelakar bila tengok aksi berlawan dan juga usaha menyelamatkan kapal terbang dari dirampas.. Hehehe.. Tapi di saat akhir, orang yang tak disangka jahat rupanya penjahat.. Memang mengejukan.. 

 Movie: Okay! Madam
Also Known As: Okeimadam , Okay! Madame , okei! madam
Director: Lee Chul Ha
Screenwriter: Shin Hyun Sung
Genres: Action, Comedy, Family
Country: South Korea
Release Date: Aug 12, 2020
Duration: 1 hr. 40 min.
"Okay! Madam" is a delightful action comedy about a couple, a restaurant manager and a computer repair expert, who must save their family from a hijacking during their first family vacation. (Source: HanCinema)

ebook | The Laughing Corpse (Anita Blake, Vampire Hunter #2) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini Anita Blake dapat satu lagi kuasa yang luar biasa bila Anita berjaya membangkitkan mayat yang berusia ratusan tahun dengan banyak.. Semuanya berpunca dari perbuatan bomoh Vodoo yang cuba mengawal Anita.. Dalam masa yang sama polis menyiasat pembunuhan kejam yang dilakukan oleh zombie terhadap beberapa mangsa dengan bantuan Anita.. Apa agaknya kaitan antara bomoh Vodoo dan juga zombie tersebut..

Sha baca dan selesai pada 18.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 2002 by Penguin Group (USA) Incorporated

Filem Korea | The Beast (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang ganas dan mendebarkan.. Dua polis yang pernah bersahabat baik menjadi musuh dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang sangat kejam.. Memang berdebar-debar menengokkan mereka menyiasat.. Tambahan pula bila polis tu ambil tindakan menyembunyikan pembunuhan demi mendapatkan maklumat.. Ngeri bila salah seorang polis tu mengejar pangkat dan sorang lagi hanya nak selesaikan kes sehingga mengorbankan rakan sekerja mereka.. Pembunuh dia memang tak didugalah.. Menyembunyikan kegiatan di kawasan pengedaran dadah.. Pembunuhan dia kejam gila..

Movie: The Beast
Also Known As: Biseuteu
Director: Lee Jung Ho
Genres: Action, Thriller, Crime
Country: South Korea
Release Date: Jun 26, 2019
Duration: 2 hr. 10 min.
A criminal action movie about two detectives in conflict who solve a murder that shakes up the Korean peninsula. (Source: HanCinema)

Sunday, September 20, 2020

Novel | Novelis oleh Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli versi ebook je dekat Google Play Book.. 

Baca buku ini macam naik roller coaster dibuatnya.. Memula terkejut juga bila nama watak dalam novel ini sama dengan Sha.. Teruja sekejap.. hahaha.. Bila cerita dah mula sampai ke tempat kejadian terus hilang rasa teruja.. Satu persatu watak yang sebelum ini hanya dibaca didalam novel memunculkan diri dan membuat kacau.. Jenuh mengingat watak-watak tu dari novel mana.. Kematian demi kematian.. Lepas satu, satu pula malang yang menimpa mereka.. Tak mudah untuk kekal waras dan melalui kehilangan demi kehilangan.. Bila akhirnya mereka dapat melepaskan diri terbongkarlah konspirasi yang tak terjangka.. Ingatkan dah habislah kejutan dari penulis, eh tak puas lagi rupanya penulis membuat kejutan.. sampai ke bab akhir ada lagi kejutan yang melibatkan watak bernama Shahida.. Sabar jelah.. hehehe..

Sha baca pada 17.09.2020 dan selesai pada 18.09.2020..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Book..
Published February 2020 by Buku Prima

Saturday, September 19, 2020

Filem United States | Ava (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembunuh upahan perempuan yang dikhianati bila mula mempersoalkan arahan yang diberikan.. Seronok tengok babak aksi yang diberikan.. Kisah dia simple je tapi cara heroin tu berlawan yang buat cerita ini jadi menarik dan seronok ditonton.. Walaupun perempuan tu boleh berlawan tapi tak adalah dia tunjukkan yang perempuan tu tak boleh dikalahkan.. Kira teruk jugalah perempuan tu berlawan untuk menang.. Memang ohsemlah..

Ava (2020)
An assassin becomes marked for death by her own black ops organization after questioning orders and breaking protocol.

Komik | Aku, Kau & Hantu: Asrama oleh Artis-Artis Komik-M, Ben Wong, Hiroshikee, Aniff Zazali, Saaaf, Azhar Abdullah, Reja, ROWR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik dari PTS ini memang ohsemlah.. Tajuk je dah mengujakan untuk dibaca.. Paling best bila komik-komik ini berjaya mengimbau zaman persekolahan walaupun tak duduk asrama.. hehehe.. Kemudian ada pula plot twist yang tak dijangka.. Mengejutkan bila dah rasa seram, eh tetibe bukan.. Bila tak berapa nak seram, eh seram lah pula.. Hehehe.. Memang mengancamlah..

Antara tajuk yang ada dalam komik ini:-
Hantu Penanggal oleh Ben Wong
Tolong Basuh Baju Aku oleh Hiroshikee
Bilik Hujung oleh Aniff Zazali
Bisikan oleh Saaaf
Kisah Budak Asrama oleh Azhar Abdullah
Geramang oleh Reja
Orang Sebelah oleh ROWR

Sha baca dan selesai pada 16.09.2020..


Published September 16th 2019 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Friday, September 18, 2020

Komik | Budak Kombo oleh Froggypapa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Budak kombo ini merupakan komik yang pelik dan unik.. Heronya unik, penjahatnya pun unik.. hehehe.. Nama penulisnya pun unik.. Budak Kombo merupakan seorang hero hasil gabungan 2 budak lelaki, 1 budak perempuan dan seekor kucing hitam.. Mereka telah digabungkan tanpa sengaja apabila mesin ciptaan Profesor dicuri oleh anak buah Encik Ganas dan kemudiannya diubah suai oleh 

Sha baca dan selesai pada 16.09.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published February 6th 2015 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Anime | Kore wa Zombie Desu ka? (2011)

Assalamualaikum...
Hye semua..

Layan pula tengok anime ini.. Cumanya tak sesuailah nak tengok dengan anak-anak sebab terlalu open dan seksa.. huhuhu.. Selamba je wataknya berbogel..

Kisah seorang budak sekolah yang dibunuh kerana cuba menyelamatkan mangsa pembunuhan.. Tapi budak lelaki itu dihidupkan semula oleh seorang necromancer perempuan dan menjadi zombie.. Budak lelaki tu tetap bersekolah seperti biasa.. Namun hidupnya makin huru hara bila muncul pula budak perempuan yang tahu magic dan vampire ninja.. Makin kalut hidup budak lelaki tu.. Cerita yang comel dan serius kelakar..

Alternative Titles
English: Is This a Zombie?
Synonyms: Koreha Zombie Desuka?; Kore ha Zombie Desu ka?; Kore wa Zombie Desuka?
Episodes: 12
Aired: Jan 11, 2011 to Mar 30, 201
Genres: Action, Comedy, Ecchi, Harem, Magic, Supernatural
Duration: 24 min
Rating: R - 17+ (violence & profanity)
Synopsis
Ayumu Aikawa is a 16-year-old high school student who is tragically murdered while investigating a suspicious house. However, he soon awakens next to a strange armored girl called Eucliwood Hellscythe. She reveals herself to be a necromancer who has revived Ayumu, consequently turning him into a zombie!

Now immortal, Ayumu sets out to hunt down his killer. One day, while searching in a cemetery, he encounters a boisterous young girl named Haruna, who is fighting a bear with a chainsaw while dressed as a magical girl. After she kills the beast, Haruna attempts to erase Ayumu's memories of her, but he instead absorbs her magic for himself. Stripped of her powers, Haruna now orders Ayumu to take up her role of hunting strange creatures known as "Megalo," monsters that roam the human world and terrorize the population.

Kore wa Zombie Desu ka? follows the daily antics of the human-turned-zombie Ayumu as he begins his new, ludicrous life where the supernatural becomes the norm. [Written by MAL Rewrite]

ebook | Flowy by Gilberto Mariscal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Lucy yang bersahabat dengan pokok bunga.. Buku ini mengajar pembaca erti persahabatan dan juga tanggungjawab.. Bukan mudah nak menjaga sepohon poko supaya sentiasa subur dan berseri.. Buku yang sangat berwarna warni dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami..

Sha baca dan selesai pada 15.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book.. ebook ini bacaan percuma..
Published March 4th 2017

Thursday, September 17, 2020

Makanan | Kimchee dan Chillies Oil with Dried Shrimp

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya petang tadi sampai juga Kimchee dan Chilies Oil ini.. Ini kali kedua Sha beli Kimchee dari rakan Facebook Nur Athirah Noel Abdullah.. Boleh baca di entry bertajuk Makanan | Kimchee.. Cuma kali ini sha tambah Chilies Oil with Dried Shrimp.. Sebab tengok macam sedap je.. hehehe.. Buat rencah nasi goreng mesti sedap ini.. Takpun makan dengan bubur nasi.. Walaweh.. Buka je penutup botol tu, pergh!! Bau udang dia.. Semerbak wangi.. memang puas hatilah.. 

Alhamdulillah.. Sampai dah stok kimchee Sha..
Kimchee ini memang kena dengan tekak Sha.. Siap ratah macam tu je.. Yang ini cukup rasa masam, masin dan manis.. Puas hatilah.. 

ebook | Lelaki Langit Bumi oleh Girang Fashali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini kali kedua Sha membaca novel ini.. Membaca tanpa perlu menunggu bab di muat naik.. Perasaannya berlainan dan sedikit menyentap jiwa.. 

Novel ini mengisahkan perkahwinan antara dua manusia yang cuba menunaikan janji orang yang mereka sayang.. Tidak saling mengenali namun tetap menerima takdir dengan redha.. Ariyyan menerima Diha selepas membaca ulasan Diha mengenai lagu yang ditulisnya.. Diha pula menerima Ariyyan setelah istikharah.. Diha percaya bahawa cinta akan datang kemudian.. Namun perkahwinan mereka tak mudah bila Ariyyan terlalu hanyut dalam kesedihan namun Diha bukanlah seorang yang mudah mengalah..

Sha rasa lain bila membaca ebook ini sekali lagi secara penuh.. Sha rasa agak marah terhadap Ariyyan yang sombong dan ego.. Terlalu hanyut dalam dunianya tanpa menyedari betapa Diha sangat menyayangi dia.. Betapa besarnya pengorbanan Diha dan walau sekuat manapun Diha dia tetap seorang perempuan yang punya perasaan.. Bila berkali-kali di tolak hatinya sakit dan tak kuat.. Bila Diha yanv melakukan kesalahan, terus saja Ariyyan menghukum tanpa memberi peluang.. Kalau ku dapat, memang ku katok je kepala si Ariyyan tu.. hahaha.. Emosi tau.. 

Sha tetap sokong Diha.. Sha suka kekuatan beliau, penulis menggambarkan Diha sebagai seorang perempuan yang kuat namun ada masanya tewas juga sebagai perempuan.. Sha suka bila setiap perkataan Indonesia diterjemahkan di hujung bab.. Penulis meletakkan kepelbagaian dalam novel ini bila memasukkan resepi dan cara memasak, mengenai kraf dan juga adat budaya.. Paling best dah tentulah bila blog Sha turut disebut dalam nobel ini.. Bangga sekejap.. hehehe..

Sha baca pada 15.09.2020 dan selesai pada 16.09.2020..

ebook ini boleh dibeli di eSentral..
Published September 2020 by Girang Fashali

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint segmen by Tiara ini.. senang dan mudah.. hehehe..

Segmen Tamat : 11.59 Malam | 30 September 2020

HelloDoktor | Luka Lambat Sembuh?

Assalamualaikum..
hye semua..

Kalau pernah mengalami keadaan seperti ini anda digalakkan untuk berjumpa doktor.. Mana tahu luka lambat sembuh ada sebab lain.. Apa yang Sha kongsikan ini hanyalah info tambahan.. Anda tetap perlu berjumpa doktor ye.. Untuk lebih info mengenai kesihatan boleh ke laman sesawang HelloDoktor - https://hellodoktor.com/

Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!


Bagi penghidap kencing manis, luka kencing manis yang dialami cenderung untuk lambat sembuh berbanding biasa. Ada sebabnya mengapa luka lambat sembuh dalam kalangan penghidap kencing manis.

Namun, ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang menghidap diabetes melalui tanda luka yang lambat sembuh.

Ketahui penerangan lanjut mengenainya melalui artikel di bawah ini.

Luka lambat sembuh? Ia mungkin tanda anda alami luka kencing manis

Sekiranya anda memiliki tanda-tanda ini pada luka yang anda alami, berkemungkinan anda sebenarnya sedang menghidap diabetes tanpa anda sedari. Tanda-tanda tersebut ialah:
Mempunyai kesakitan yang kronik atau tidak mengalami sebarang kesakitan
- Keradangan dan juga kemerahan pada kawasan luka tersebut
- Berlakunya lelehan nanah pada luka
- Keluarnya bau yang busuk daripada luka yang dialami
- Adanya tisu-tisu kulit yang mati di sekitar luka
- Rasa kebas pada bahagian luka tersebut

Kenapa luka kencing manis lambat sembuh?


Sekiranya anda merupakan penghidap diabetes, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan luka lambat sembuh.

Berikut adalah sebabnya:

#1. Tahap gula darah yang tinggi

Apabila tahap gula darah berada pada tahap yang tinggi berbanding kadar normal, ia akan menghalang sistem imun tubuh badan anda daripada berfungsi dengan baik.

Selain itu juga, ia akan menghalang oksigen dan juga nutrien daripada memberikan tenaga kepada sel. Ia juga akan meningkatkan keradangan pada sel tubuh anda.

#2. Neuropati

Seiring dengan masa, akan berlaku kerosakan pada saraf dan juga salur darah sehingga menyebabkan kawasan tersebut hilang deria atau rasa sensasinya.

Neuropati lebih mudah berlaku pada kawasan tangan dan juga kaki. Apabila ia berlaku, anda tidak mampu merasakan rasa sakit pada luka yang wujud.

#3. Peredaran darah yang tidak baik
Selain itu, penghidap diabetes juga lebih cenderung untuk mengalami masalah peredaran darah yang tidak lancar.

Penyakit vaskular periferal menyebabkan saluran darah mengecil sehingga mengurangkan aliran darah ke bahagian tubuh yang lain. 

#4. Sistem imun yang tidak berkesan
Penghidap diabetes juga mempunyai sistem imun yang tidak begitu responsif.

Sebagai contoh, sel imun yang berfungsi menyembuhkan luka akan menjadi semakin berkurangan.

Apabila hal seperti ini berlaku, tidak mustahil jika luka lambat sembuh selain mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi.

#5. Jangkitan 
Apabila sistem imun badan anda tidak dapat berperanan dengan baik dalam melindungi tubuh, tubuh anda mungkin mengalami kesukaran untuk melawan sebarang jangkitan bakteria.

Paras gula darah yang tinggi juga meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat jangkitan.

Ini kerana bakteria membiak dengan lebih mudah dalam aliran darah yang mempunyai paras gula yang tinggi.

Jika jangkitan tidak dirawat, ia akan menyebabkan komplikasi lain seperti gangren.

Cara mempercepatkan kesembuhan luka kencing manis


Bagi mempercepatkan kesembuhan terhadap luka yang dialami, lakukan beberapa perkara seperti yang dinyatakan di bawah ini:
- Kerap lakukan pemeriksaan luka. Periksa jika terdapat sebarang luka yang berlaku pada tubuh badan anda terutamanya di kawasan yang sukar dilihat seperti belakang badan dan celah-celah kaki
- Buang tisu kulit mati. Bagi luka kencing manis, tisu kulit yang telah mati kerap terhasil. Ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria selain memudahkan jangkitan berlaku. Berjumpalah dengan doktor bagi proses pembuangan tisu kulit mati tersebut
- Tukar kain pembalut. Bagi mengurangkan pembiakan bakteria yang boleh memburukkan jangkitan, kerap tukar kain pembalut yang membaluti luka anda. Ia juga akan mengekalkan tahap kelembapan yang bersesuaian bagi luka tersebut
- Elakkan sebarang tekanan pada luka. Tekanan pada kawasan luka tersebut hanya akan menyebabkan luka menjadi lebih dalam dan lebih teruk

Kesimpulan

Jika anda sedar bahawa luka yang anda alami tersebut tidak sembuh dalam tempoh yang normal, terus berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.

Ia juga sebagai langkah awal untuk mengesan sekiranya anda menghidap diabetes atau tidak.

Dengan cara ini, doktor juga akan membantu anda merawat luka tersebut dengan lebih baik dan menggalakkannya untuk lebih cepat sembuh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Wednesday, September 16, 2020

ebook | Sihir: Episod 2 oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 2 akhirnya keluar juga di Google Play Books setelah tertangguh beberapa hari.. Namun pada Sha, penantian itu sangat berbaloi.. Episod 2 lebih mengujakan dengan beberapa kejadian yang tak terduga.. Watak-watak diberikan lebih maklumat untuk mengenali dan memahami jalan cerita yang semakin mendebarkan.. Yang buat ebook ini lagi seronok dibaca ialah bila terdapat perbezaan warna dan tulisan bila sampai kepada mentera dan juga nota/surat.. Penulis berjaya membuatkan Sha rasa tak sabar untuk membaca episod 3.. Cover ebook ini juga buat Sha jatuh cinta..

Sha beli ebook ini pada 15.09.2020 dan selesai baca pada 15.09.2020..

ebook ini merupakan koleksi peribadi Sha yang Sha beli melalui Google Play Books..
Published September 2020 by I F I ENTERPRISE

Wordless Wednesday 2020 PKPP


Tuesday, September 15, 2020

Drama Korea | Team Bulldog: Off-duty Investigation (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat ohsem.. seorang polis bernama Kang Ho yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan kerjanya Namun latar belakangnya tak berapa diterangkan sangat kecuali dia merasa bersalah dan punya duit yang sangat banyak namun tak adalah kaya.. Faham.. hehehe.. Kang Ho ini memang berhabis-habisan dalam usaha menangkap penjenayah.. Tak putus asa langsung.. Dibantu 4 orang manusia yang berlainan perangai dan jawatan secara tak sengaja iaitu pemilik bar, ketua editor, bekas pegawai forensik dan bekas pegawai penganalisa.. Mereka berlima ini bila bergabung memang menyesallah penjenayah.. Jenayah yang paling menakutkan ialah jenayah yang dilakukan oleh pasangan tua yang memanipulasi anak-anak terbiar untuk membantu mereka melakukan jenayah.. Yang ini memang sangat mengejutkan dan menakutkan.. Orang tua kot..

Sha harap akan ada musim 2 sebab drama ini sempoi.. Nak tahu juga macam mana Kang Ho ini boleh mewarisi duit gelap yang sangat banyak.. hehehe..

Drama: Team Bulldog: Off-duty Investigation
Also Known As: Extra Investigation , Extramarital Investigation , Beonoisoosa , Further Investigation , Extraordinary Investigation
Director: Kang Hyo Jin
Screenwriter: Lee Yoo Jin, Jung Yoon Sun
Genres: Action, Comedy, Crime, Drama, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: May 23, 2020 - Jun 28, 2020
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: OCN
Duration: 1 hr. 10 min.
Known as an enthusiastic and impressively effective detective, Jin Kang Ho (Cha Tae Hyun) will stop at nothing to catch the criminals he’s assigned to pursue. Using any means necessary, Kang Ho goes above and beyond the call of duty to bring in the bad guys. While his gung ho attitude makes him an outstanding detective, it makes getting along with his colleagues a bit difficult. 
With a passion for solving the unsolvable cases, Kang Ho finds it’s better to work alone. Or so it was, until the day he met Kang Moo Young (Lee Sun Bin). The overly zealous producer of a low-rated investigative program, Moo Young is as enthusiastic about solving cases and catching criminals as Kang Ho. Sharing such an intense passion for their work, the two agree to team up, working together to make the world a better place. 
Soon joined on their quest to better the world by a former criminal profiler, a bar CEO and legendary fist-fighter who has chosen to put his past behind him, and a funeral director who once headed up the ace autopsy team at the National Forensic Service, this ragtag team soon become an unstoppable force in the world of crime-fighting. (Source: Viki)

Suka tengok Cha Tae Hyun berlakon.. hehehe

Novel | Krisis Foxtrot oleh Farizal Hassan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai mereka yang bermain saham, pembunuhan, perisian yang pelik dan persahabatan.. Rania yang diupah untuk mencari mereka yang menggunakan perisian anonymous bertemu dengan Farhan secara tak sengaja.. Pertemuan tanpa sengaja mereka membawa kepada perancangan yang luar biasa.. Nasib Farhan baik sebab perisian yang dia dapat tidak membuatkan dirinya terbunuh sebaliknya Farhan menggunakan perisian itu untuk membuat duit..

Tanpa Farhan sedari dirinya dijadikan bahan ujikaji.. Malah nyawa mereka juga terancam kerana diburu..

Sha baca pada 13.09.2020 dan selesai pada 14.09.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published April 2019 by Tebook Press

HelloDoktor | Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk yang agak mengejutkan.. Kalau dulu ramai yang elakkan susu krim sebab nak elakkan kandungan lemak yang tinggi.. Tapi lepas baca artikel ini, rasanya bolehlah minum susu penuh krim tanpa ragu-ragu.. hehehe.. Cumanya kenalah bersederhana.. Kalau berlebihan, apa pun boleh jadi penyakit.. Semoga perkongsian ini menambah pengetahun kita.. Untuk lebih info pasal kesihatan boleh ke laman sesawang HelloDoktor - https://hellodoktor.com/

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil


Susu rendah lemak biasa menjadi jenis susu pilihan bagi mereka yang sedang berdiet. Berbanding susu penuh krim, susu jenis rendah lemak mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah. 

Namun, tahukah anda bahawa ada kajian yang menyatakan susu penuh krim atau juga dikenali sebagai susu biasa memberi kesan yang lebih positif kepada tubuh badan kanak-kanak berbanding susu rendah lemak.

Tentu anda terfikir, apakah khasiat dan kesan positif susu biasa kepada kanak-kanak. Ikuti jawapannya di bawah ini.

Apakah perbezaan antara susu rendah lemak dan susu penuh krim?


Anda pasti pernah melihat pelbagai jenis susu tersusun di rak pasar raya. Sebenarnya, kepelbagaian jenis susu tersebut ditentukan mengikut kandungan lemak di dalamnya.

Bagi jenis susu penuh krim (full cream/whole milk), ia adalah jenis susu biasa tanpa pengurangan kandungan lemak di dalamnya.

Biasanya kandungan lemak dalam susu penuh krim adalah sebanyak 3.25%.

Susu rendah lemak (low-fat milk) pula adalah jenis susu yang telah dikurangkan kandungan lemaknya sehingga tinggal sekitar 1% lemak sahaja.

Manakala bagi jenis susu skim (skimmed milk), lemak yang terkandung di dalamnya hanyalah sekitar kurang daripada 0.5%.

Mengapa susu biasa dikatakan sebagai jenis susu yang kurang sihat?

Selama berdekad lamanya, susu penuh krim telah disarankan untuk kurang diminum disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi di dalamnya.

Kajian menunjukkan, lemak tepu meningkatkan kandungan kolesterol, dan kandungan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mengalami penyakit jantung.

Oleh sebab itu, ramai pakar berpendapat bahawa lemak tepu seperti yang terdapat di dalam susu biasa ini meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung.

Namun, sejak kebelakangan ini, dakwaan ini mula diragui memandangkan ada beberapa kajian terbaharu yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak menyebabkan penyakit jantung.

Adakah benar susu penuh krim lebih baik daripada susu rendah lemak untuk kanak-kanak?


Ramai daripada kita yang mungkin mengelakkan jenis susu penuh krim disebabkan kandungan lemak dan kalorinya yang tinggi, yang mungkin menyebabkan peningkatan berat badan.

Namun, apa yang kita sangkakan mungkin tidak begitu benar.

Ini kerana, banyak kajian terbaharu menunjukkan bahawa produk tenusu yang tinggi lemak seperti susu biasa mungkin membantu anda mengelakkan pertambahan berat badan. Mengejutkan bukan?

Satu analisis terbaharu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menyatakan, kanak-kanak yang minum susu biasa lebih rendah risiko untuk mengalami obesiti atau memiliki berat badan berlebihan.

Kajian tersebut menyatakan secara terperinci, kanak-kanak yang minum susu biasa ini mempunyai 40% kurang risiko untuk memiliki berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak atau susu skim. 

Berdasarkan analisis terbabit, tidak terdapat sebarang kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang minum susu rendah lemak mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti.

Selain itu, 18 daripada keseluruhan 28 kajian juga menyatakan, kanak-kanak yang meminum susu penuh krim kurang berisiko untuk mengalami obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan. 

Kajian ini adalah berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas data daripada 28 kajian yang berbeza.

Kesemua 28 kajian tersebut telah melibatkan sekitar 21,000 kanak-kanak dan juga remaja.

Bukan kepada kanak-kanak sahaja, malah bermanfaat kepada orang dewasa


Selain daripada kanak-kanak, ada juga kajian berkenaan manfaat susu jenis ini kepada orang dewasa.

Kajian yang dilakukan terdapat 1,782 individu lelaki mendapati, mereka yang mengambil produk tenusu dengan kandungan lemak yang tinggi mempunyai 48% risiko yang lebih rendah untuk mendapat obesiti berbanding lelaki yang mengambilnya dengan kadar sederhana.

Begitu juga dengan golongan wanita, hasil kajian turut menunjukkan dapatan yang sama.

Kesimpulan

Tidak dinafikan lagi bahawa susu biasa memberikan kandungan nutrisi dan manfaat yang lebih baik berbanding susu jenis rendah lemak atau susu skim.

Susu penuh krim membantu anda menguruskan berat badan selain mengurangkan risiko untuk anda mendapat sindrom metabolisme.

Namun, jika anda inginkan pilihan susu dengan kandungan kalori yang lebih sedikit, pilihlan susu skim.

Susu skim mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti susu biasa, namun dengan kandungan kalori yang lebih sedikit. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Monday, September 14, 2020

Makanan | Crispy Special Edition: Toasted Coconut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa coklat ini masa beli ayam.. Eh.. Macam menarik je bila tengok gambar kelapa dekat packaging dia.. Jomlah kita cuba.. Sebenarnya ada dua rasa tapi lebih tergoda dengan yang ini sebab warna biru.. Hahaha.. Iye kawan-kawan, warna memainkan peranan penting untuk menarik minat Sha membeli.. Cantik tau pembungkusan dia.. Harga dia pun okaylah.. Tak adalah mahal.. RM5.99 untuk 1 pek (13pcs).. Tak tahulah kalau ini harga promosi.. hehehe..

1 pek ini ada 13pcs.. Puaslah makan.. Buka je pek ini, semerbak bau kelapa..

Inilah rupa coklatnya tapi tak adalah serdak kelapa pun.. Yang ada bau dan rasa kelapa je.. Sedap untuk Sha rasa kelapa dan coklat tu saling melengkapi.. Hahaha..

Komik | Misi PLKN: Konspirasi (Komik Misi #06) oleh Nazry Salam, Abeben, Afiq, Aieen, Hana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila semangat membaca berkobar-kobar apa buku pun tak kisah.. Kali ini Sha pilih komik keluaran PTS.. Misi PLKN.. Zaman Sha tak ada PLKN ini semua.. Sekarang ini pun dah tak berapa nak ada kan.. 

Komik ini mengisahkan 6 sekawan yang terserempak di Kem PLKN.. Pada mulanya semua biasa sahaja sehinggalah dua rakan mereka hilang dan jurulatih mengatakan bahawa kawan mereka tu memang tiada.. Penyiasatan mereka membawa mereka ke kontena di atas bukit dan tempat rahsia yang jauh tersembunyi dibawah tanah.. Konspirasi apakah yang berlaku di kem PLKN itu??

Sha baca dan selesai pada 12.09.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published December 14th 2017 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd (first published January 2016)

Random Photo #12 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara yang menarik dalam telefon bimbit Sha.. hehehe.. Kebanyakkannya makanan lah.. 

Fisrt time cuba.. Harga sebungkus ini RM9.. Berbaloi sangat..

Ada kawan pejabat bagi.. Sedap wei, lepas tu free pula.. Tepung yang salut dekat kacang tu pedas.. Tapi tak adalah pedas melampau..

Sha tolong pengasuh anak beli mask.. Mulanya nak dua pek je tapi bila Sha maklumkan Shopee ada buat shocking sale dna harga 1 pek ini RM4.99 terus pengasuh anak Sha suruh beli 12 pek.. Anak beliau 4 orang masih belajar dan hari-hari nak kena pakai.. Bila dah dapat harga murah, terus beli banyaklah kan.. Yang bestnya, seller ini dekat Malaysia.. Sha beli 07/09/2020 dan 09/09/2020 mask ini sampai.. Memang berbaloilah.. Free postage dan diskaun lagi RM1.. Memang berbaloi-baloi.. Hehehe..

Sha beli lagi sushi murah depan Pasaraya TF Value Mart.. RM2 (3pcs) dan RM1 (4pcs).. Puas makan.. Sedap setanding harga.. Paling Sha suka yang RM2 tu lah.. Udang dan Sotong.. Feveret betul..

Kek untuk sambutan ulang tahun bos.. Victoria Sadwich kek.. Sedap dan harganya RM15 je.. Ynag putih tu cream cheese.. Puas makan..

Beli popia carbonara frozen.. Sedap dan rangup.. 

Sunday, September 13, 2020

ebook | The Zombie Chronicles (The Zombie Chronicles #1) by Chrissy Peebles

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama untuk Zombie Chronicles.. Permulaannya sudah diserang zombie, cuma untuk buku pertama ini watak hero melarikan seorang perempuan yang diperkenalkan pada sebagai kakak yang tak pernah dia tahu wujud.. Dia melarikan kakaknya kerana kakaknya telah digigit oleh zombie.. Sepatutnya semua yang mempunyai tanda atau diserang zombie harus dibunuh demi menjaga keselamatan mereka di pulau itu.. Tapi keluarga kan.. masa melarikan diri dengan pertolongan abang hero yang bertugas sebagai pilot dan juga askar, kenderaan mereka rosak dan terhempas di zone berbahaya.. Terbongkarlah tindakan si adik yang salah.. Nak kembali semula ke tempat selamat mereka, bukannya mudah.. Terserempak dengan manusia yang pentingkan diri, serangan zombie yang tak berhenti.. Juga perubahan kemanusian kakak hero kepada zombie..

Sha baca pada 09.09.2020 dan selesai pada 12.09.2020..

Published July 30th 2012 by Rocky Rivers Publishing

Komik | Full Moon Joker oleh Satoru Takamiya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Relaks kejap dari baca ebook.. hehehe.. Komik yang sweet dan kelakar.. dua kerekter yang berlawanan.. hero jenis cakap lepas dan tak pandai nak sweet-sweet.. Heroinnya pula lurus, slow dan sentiasa berangan.. mereka bersama demi mencari kad joker disebabkan keistimewaan mereka saling bergantungan.. Memang relaks dan fun.. hehehe

Sha baca pada 10.09.2020 dan selesai 11.09.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2008 by Kadokawa Gempak Starz

Lagu | Cute (Nabila Razali Remix)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak adalah minat sangat lagu ini versi original tapi bila dah selalu dengar dekat drama Kebaya Kasut Kanvas (2020), eh macam best pula.. Lagu dia catchy.. Bila jumpa versi Nabila Razali ini, eh best pula.. Hahaha.. Ada dua versi.. Satu dengan penyanyi asal dan satu lagi dengan Hael Husaini.. Dua-dua comel.. Hahaha.. Paling best video klip versi Nabila ini dekat kedai buku atau book cafe camtu.. Nengok mereka menyanyi dikelilingi buku buat Sha lagi jatuh cinta.. Hahaha.. parah betul rasanya hati ini.. Pantang nampak buku..


Cute (Nabila Razali Remix) - Harith Zazman, MFMF., Loca B, Nabila Razali
Versi penuh siap ada belakang tadbir..

Ini pula versi dengan Hael.. 

Saturday, September 12, 2020

Novel | Krisis Echo oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Cerita yang betul-betul misteri.. Zawawi hilang selama 5 tahun selepas dipukul teruk akibat tuduhan meliwat beberapa orang budak.. Namun kemunculan Zawawi bersama bencana menghndang tanda tanya orang kampung.. Orang kampung mula jatuh sakit dan terjun sungai membunuh diri.. Hujan turun tak berhenti, kampung mereka terputus hubungan dengan dunia luar.. Bila kejadian demi kejadian berlaku, masing-masing menuduh Zawawi menjadi penyebab.. Apa sebenarnya yang berlaku?? Betul ke Zawawi puncanya?? 

Sebuah kisah yang membuatkan kita berfikir.. Fitnah yang berleluasa tanpa pembuktian yang sahuh.. Hukuman dijatuhkan sesuka hati..

Sha baca dan selesai pada 10.09.2020..

Published April 2019 by Tebook Press

Drama Melayu | Kebaya Kasut Kanvas (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang comel.. Menarik tengok gandingan Nabila Razali dengan Fahrin Ahmad.. Nabila dalam drama ini sangat comel.. Paling suka bila setiap kali jumpa jejaka yang disyaki, dia punya berangan.. Hahaha.. Memang cutelah karekter dia dalam ini.. Drama santai yng tak adalah serius sangat pun.. Walaupun watak Ratna tu annyoing gila tapi tak adalah mengganggu.. Lagu latar dengan drama pun kena sangat.. hahaha.. Paling best, 10 episod je.. Tak payah nak layan panjang-panjang.. Hahaha.. Drama ini jadi lagi menarik sebab pakaian yang dipakai Nabila Razali.. Semua kebaya tu lawa-lawa.. Puaslah jamu mata.. hahaha..

Sha layan dekat Youtube TV3 je.. Tak sempat nak tengok dekat tv.. hehehe.. Lagipun minggu last drama ini, anak-anak nak periksa.. Memang tak buka langsung tv..

JUDUL : KEBAYA KASUT KANVAS
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 6:00 petang
SIARAN TV : TV3 (Drama Pukul 6)
PENULIS SKRIP : Amin Shakib, Anina Sahal, Shida Zali
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Pyan Screw (Emi Suffian)
PRODUKSI : Orange Tree Production
PELAKON : Nabila Razali, Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Noniswara, Mona Allen, Joanna Bessey , Syafi Tee, Julia Farhana Marin, Yusof Kelana, Azrel Ismail, Zainol Macwilson, Malek Mccrone, Ash Nordin, Sean Lee, Ikmal Amry, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Dr. Say Shazril, Anas Ridzuan, Riena Diana, Rashidah Jaafaar, Zarynn Min, Mas Anizan, Aniq Suhair, Shahir Shaffin
Kebaya Kasut Kanvas diadaptasi dari karya Umie Nadzimah berjudul ‘Si Baju Kurung Kasut Kanvas’. Ia mengisahkan Suria yang tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej. Dan kini, dia terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan berkahwin. Ekoran itu, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihak Suria. Enggan mendedahkan identiti bakal suami Suria, Cik Pah sebaliknya meminta Suria mencari siapakah lelaki tersebut berdasarkan petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.

Buku | Imbauan oleh Mié

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rehatkan mata dari membaca ebook.. hehehe.. Sha pilih komik dari mie yang pernah menyiarkan komiknya di suratkhabar Mingguan Malaysia.. Memnag mengimbau kenangan betul.. komik ini ada dua bahagian.. Satu bahagian Malaysia Kita yang memaparkan komik-komik beliau yang pernah tersiar di Mingguan Malaysia.. Bahagian kedua pula ialah Tanah Tumpahnya Darahku yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan kanak-kanak zaman dulu semasa gadjet dan media sosial bukanlah gah seperti sekarang.. Betul-betul mengimbau kenangan tau..

Sha baca dan selesai pada 10.09.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2016 by ITBM

Bahagian pertama..

Bahagian kedua..

Friday, September 11, 2020

Drama Korea | Clocking Out (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa sebenarnya drama ini masa tengok profile pelakon drama Alice (2020).. Drama ini pendek je.. 4 episod dan setiap episod 10 minit je.. Drama ini kelakar sebab cerita pasal makhluk asing yang bentuk dia luar jangkaan betul.. Hahaha.. Syok gak sesekali layan drama pelik-pelik macam ni.. Muzik permulaan drama ini fast beat.. Memang kenalah dengan drama ini.. Muzik tu buat lagi nak tengok drama ini.. Lepas tu pelakon dia pula 3 lelaki yang memang macholah kalau bawa watak polis atau ejen rahsia.. hahaha.. Drama ini macam men in black pun ada.. 

Sha tengok dekat Youtube je.. Ada subtitle BI.. Pesanan Sha, episod last paling ohsem.. Kalaulah dia buat drama ini panjang lagi, mesti best..

Drama: Clocking Out
Also Known As: Teukgeun , OverTime
Genres: Action, Sci-Fi, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Oct 21, 2016 - Nov 1, 2016
Aired On: Tuesday, Friday
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 10 min.
Korea has been taken over by aliens, and three agents from two different timelines spearhead the war against them.

Special September Giveaway by Misya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Moh le joint Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Misya ini.. Hadiahnya luar biasa menarik..

Kalau Sha diberi pilihan, Sha nak hadiah no 3 iaitu set brooch berkilauan original from Sabah.. hehehe..

30 September 2020 jam 11.59 malam.

ebook | Victoria (Daughters of Darkness) by W.J. May

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi ralit membaca ebook.. Kali ini dari siri Daughters of Darkness.. Ada 4 cerita dan 4 watak utamanya ialah perempuan.. Kisah supernatural fantasi.. Boleh baca secara bundle 4 sekali atau asing-asing.. Sha baca asing-asing.. Hehehe.. Cepat sikit habisnya.. 

Sha baca mengenai Victoria dulu.. Berminat boleh klik SINI.. Free je buku ini.. Yang penting ada aplikasi Play Book dekat telefon..

Cerita ini pasal vampire yang diupah untuk membunuh makhluk paranormal yang lain namun buruan kali ini rupanya adik yang tak diketahui.. Bila Victoria tak nak membunuh, dirinya pula dijadikan buruan.. Tapi tak mudah sebab Victoria dapat bantuan dari Evan.. 

Sha baca dan selesai pada 08.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book..
Published June 19th 2015 by Dark Shadow Publishing

Telefilem Melayu | Derai (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok dekat Youtube je.. Dendam memang merosakkan jiwa.. Nurul berdendam kepada lelaki-lelaki yang menjahanamkan hidup gembira beliau.. Membunuh anak dan suami beliau sehingga Nurul nekad melakukan pembalasan dengan undang-undang beliau sendiri.. Semuanya kerana dendam.. Dendam yang memakan jiwa Nurul..

JUDUL : DERAI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 September 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli, Riz Amin, Jay Iswazir, Puteri Rafasya, Wan Hanafi Su

SINOPSIS DERAI: Kisah Nurul, seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suami, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu.

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »