Monday, September 28, 2020

2 Hari 1 Malam di Kelantan (25-26/09/2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sampai di Homestay lebih kurang jam 4 petang.. Memang check in dan rehat terus dekat sini.. Masing-masing dah kepenatan dan tak lalu nak jalan ke mana-mana.. Malamnya makan berdekatan dengan Homestay je.. Jalan kaki je dah jumpa kedai makan.. hehehe..

No 2178-A, Kampung Khatib Ali, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Semua orang makan nasi putih dengan sup.. hehehe.. Sup ekor, sup ayam, tomyam, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan dan nasi goreng USA..

Lepas tu bungkus beef steak.. Makan dekat homestay..

Sarapan pagi Sha untuk hari Sabtu.. Hari terakhir di Kelantan sebelum ke rumah kenduri.. Hehehe.. Makan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk.. Ada kambing bakar, daging salai, masak lemak siput ini.. Ayam bakar.. dan pelbagai lagilah.. Tepi highway je kedainya.. hehehe..

Menu paling menarik semasa di kenduri.. Kerabu Sare diperbuat dari rumpai laut katanya.. Rasanya agak plain pada Sha tapi rangup dan sedap dikunyah.. Nice lah..

Paling ohsem sebenarnya.. Sha ternampak rakan FB kongsi pasal ini.. Memang niat nak cari tapi lupa.. Terjumpa masa nak ke "Floating Market".. Sedap.. Macam daging bakar rasa dia..

Kali ini naik dengan rasa gembira.. Hahaha.. Takut tu masih ada tapi lebih teruja melihat laut.. Hahaha.. Masa kami ke Floating Market ini dah tak ada apa pun.. Floating Market ini sampai pukul 3 je.. Kami sampai dah pukul 4 lebih, orang dah kemas-kemas.. Minta abang bot tu bawa kami ke tempat Floating Market tu untuk tengok keadaan, bergambar dan balik semula.. Bayar tambang tiket RM4 untuk pergi dan balik..

Sampai dekat Pengkalan Kubor, kedai semua dah tutup.. Ambil gambar jelah.. hehehe.. Tanda dah berjaya sampai..

Alang memang nak lalu Rantau Panjang, menyinggahlah sekejap dekat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, tapi Masjid dalam proses pembaikan.. Maka ambil gambar dari luar sahaja..

Makan malam kami di Bukit Bunga sebelum gerak naik banjaran titiwangsa dan balik ke Perak.. Sha sampai rumah dalam pukul 2 lebih pagi.. Memang mengantuk gila.. hahaha..

7 comments:

  1. bestnya menu tuh... dana tak pernah sampai lagi kelantan... entah bila lah nak sampai sana... teringin betul

    ReplyDelete
  2. bestnya floating market.... atie tak pernah ada lagi pengalaman ni

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi berjalan ke Pantai Timur ni. :)

    ReplyDelete
  4. rare menu tu kak. tak pernah nampak siput camtu. Kerabu sare pun tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  5. suka bila berjalan ni la, bab makan..best. leh try menu baru & dapp

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »