Thursday, September 10, 2020

HelloDoktor | Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info yang menarik untuk kita baca bersama.. Tambah lagi buat mereka yang jarang atau sesekali bersenam macam Sha.. hehehe.. Info lain boleh juga baca di Hello Doktor..


Minuman isotonik biasa menjadi pilihan kita terutama selepas habis melakukan senaman atau sebarang aktiviti fizikal.

Air isotonik dipercayai mampu memberikan tenaga segera dan mengembalikan cecair tubuh yang hilang akibat dehidrasi

Namun, adakah pilihan air isotonik ini lebih baik daripada air biasa untuk anda minum setelah bersukan atau bersenam? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Kandungan sebenar yang ada dalam minuman isotonik

Selain daripada kandungan air, minuman isotonik juga mengandungi beberapa kandungan lain seperti karbohidrat dan elektrolit yang berperanan untuk meningkatkan prestasi anda.

Karbohidrat yang terkandung dalam minuman ini adalah dalam bentuk gula seperti fukrosa, sukrosa dan glukosa. Ia juga boleh diperoleh dalam bentuk yang lain selain daripada yang dinyatakan tadi.

Pada kebiasaannya, kandungan karbohidrat yang terkandung dalam minuman isotonik ini adalah sebanyak 6% hingga 8%.


Elektrolit yang terkandung di dalam minuman jenis ini sangat penting untuk fungsi atau operasi tubuh yang normal.

Ini sebab mengapa minuman sukan lebih baik selepas bersenam atau bersukan


Ketika seseorang itu melakukan sebarang senaman atau bersukan, banyak kandungan air dan juga elektrolit dalam tubuh akan keluar melalui peluh daripada badan.

Tubuh badan anda pula menyimpan kandungan karbohidrat dalam otot dan hati yang dipanggil glikogen, yang digunakan sebagai sumber tenaga ketika melakukan senaman.

Jika anda mengambil sumber karbohidrat sebelum dan semasa bersukan, ia akan membantu memperlahankan penggunaan karbohidrat daripada simpanan tubuh anda.

Minuman sukan pula berperanan menyediakan sumber air, karbohidrat dan juga elektrolit kepada anda agar tubuh menjadi lebih bertenaga ketika bersukan.

Berikut adalah antara kelebihan air isotonik bagi beberapa situasi senaman atau sukan.

#1. Jenis sukan berkumpulan 

Pengambilan minuman isotonik amat kerap digunakan dalam kalangan mereka yang bergiat aktif dalam sukan berkumpulan atau berpasukan.

Antara contoh sukan berkumpulan adalah seperti sukan ragbi, bola sepak atau bola jaring. Jenis sukan berkumpulan ini adalah jenis sukan yang berselang-seli antara intensiti sukan itu sendiri dan juga rehat.

Adakalanya pemain akan bersukan dan ada masanya akan berehat atau memperlahankan sebentar rentak permainan mereka.

Kajian ada menyatakan bahawa pengambilan minuman sukan boleh mengurangkan keletihan dalam sukan jenis ini selain meningkatkan prestasi pemainnya.

Begitu juga dengan kajian terhadap pelumba basikal, mereka mendapati prestasi pelumba basikal ini juga menjadi semakin baik apabila mengambil minuman isotonik berbanding minuman jenis lain.

#2. Senaman secara berterusan

Berbeza dengan jenis sukan sebelum ini yang mempunyai masa rehatnya sebentar, jenis senaman atau sukan seperti berlari dan juga berbasikal biasanya memerlukan individu melakukannya dalam tempoh yang lebih panjang atau berterusan.

Kajian menunjukkan, pengambilan minuman sukan semasa melakukan aktiviti fizikal jenis berterusan ini memberikan kesan yang lebih baik ke atas prestasi individu tersebut.

Kajian berpendapat bahawa karbohidrat daripada minuman sukan yang diminum ini membantu tubuh badan untuk terus bertenaga pada saat simpanan karbohidrat dalam tubuh makin berkurangan.


Berapa banyak kandungan minuman isotonik yang perlu saya ambil?


Keperluan pengambilan sumber karbohidrat daripada minuman sukan ini bergantung kepada tempoh aktiviti yang dilakukan.

Semakin lama tempoh aktiviti yang dilakukan, maka semakin banyak juga minuman sukan yang perlu diminum. 

Menurut kajian, bagi aktiviti sukan yang dilakukan dalam tempoh 1 hingga 2 jam, sebanyak 473 mililiter minuman sukan perlulah diminum kerana ia bersamaan dengan 30 gram karbohidrat.

Bagi aktiviti sukan yang dilakukan dalam tempoh antara 2 hingga 3 jam, anda mungkin memerlukan 2x ganda jumlah minuman sukan tersebut iaitu kira-kira 900 mililiter.

Namun cadangan pengambilan ini hanyalah bersesuaian untuk jenis aktiviti berintensiti tinggi atau aktiviti sukan tanpa rehat yang memerlukan penggunaan tenaga secara berterusan.

Bagi jenis aktiviti berintensiti rendah, anda mungkin memerlukan jumlah pengambilan minuman sukan yang lebih sedikit daripada jumlah yang disarankan itu.

Kesimpulan
Sebenarnya, air isotonik hanyalah sesuai diminum jika anda benar-benar terlibat dengan aktiviti berintensiti tinggi yang memerlukan penggunaan tenaga secara berterusan.

Jika anda seorang yang aktif, minuman isotonik mungkin sesuai untuk anda.

Namun, jika sekadar bertujuan mengelakkan dehidrasi, air biasa seperti air masak atau mineral sudah cukup untuk membantu mengelakkan kehilangan air dalam badan.

Jika anda benar-benar perlukan pengambilan minuman sukan, perhatikan kalori yang diambil daripada minuman tersebut kerana ia jelas mengandungi kalori berbanding air biasa. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 comments:

  1. Good info. Thanks for sharing.
    Surirumah pun boleh minum, banyak guna tenaga kat rumah. Hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi info... sy minum air masak je... sbb tekak x berapa ngam sgt dgn air isotonik ni hehehehe

    ReplyDelete
  3. good info kak sha.. atie tak suka air2 lain, air kosong jgk jadi pilihan

    ReplyDelete
  4. suka 100 plus perisa oren...

    ReplyDelete
  5. shida pn dulu org kuat sukan juga..mmg selalu lepas training or game mesti coach bg minum air 100plus, tp sblm mula sukan or game kena perabih air kosong 1 ke 2 liter..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »