Thursday, August 20, 2026

Cha Pai Pamelo Green Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenuhlah Sha cari perisa yang ini dekat Mr.DIY, tak ada guys.. Ini Sha beli dekat 7E Cafe.. Jadinya mahal lah sikit.. Beza 70 sen.. Pejam mata ja lah bayar sebab nak cuba juga walaupun Sha tak yakin sangat dengan rasa dia.. kikiki.. Sekali bila minum.. Sedap wei.. Pada tekak Sha rasa dia memang ngam walaupun teh hijau tu asalnya memang kurang menyenangkan rasa dia, namun bila bergabung dengan limau bali (pamelo)  rasa pahit tu boleh diterima tekak Sha.. Masih ada rasa pahit teh hijau tapi taklah mengganggu.. Minum pula sejuk-sejuk memang sedap.. Tak manis pula tu.. Berbaloilah bayar mahal.. kikiki.. 

Cha Pai Pamelo Green Tea (500ml) - RM4.50

Manisnya Menjadi Gadis/Teruna Budiman Menjadi Idaman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani dan Imani terlibat dengan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.. Rasanya program ini setiap tahun ada.. Biasanya isi program ini berkaitan dengan pembentukan sahsiah, akhlak dan jati diri remaja, khususnya bagaimana menjadi seorang gadis atau teruna yang mempunyai keperibadian baik dan dihormati.. 

Fokus program seperti ini lazimnya berkaitan dengan:
  • 🌷 Menjaga maruah dan harga diri
  • 🤝 Adab dan batas pergaulan
  • 💬 Komunikasi dan tingkah laku yang sopan
  • ❤️ Mengurus perasaan, emosi dan hubungan
  • 🧠 Membuat keputusan yang bijak sebagai remaja
  • 🌱 Membina jati diri dan keyakinan diri
  • 👨‍👩‍👧 Menghormati ibu bapa, guru dan orang lain
  • Menjadi remaja yang berakhlak dan mempunyai masa depan yang baik
  • Wednesday, August 19, 2026

    👣 Jejak Sihat | 19 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Alhamdulillah.. Petang tadi dapat briskwalk.. Memang seronoklah hari ini.. Cuaca redup ja sebab Behrang baru lepas hujan lebat.. Sha risau juga sebab nampak mendung ja macam nak hujan lagi tapi briskwalk juga.. Kalau hujan, basah.. Bolehlah mandi hujan sambil mengenang zaman kanak-kanak.. kikiki.. Sha selamat sampai rumah dalam keadaan kering.. Ramai juga pelajar yang berlari dan beriadah petang ini.. Tangan tetaplah menggenggam sebiji batu sebagai keselamatan tambahan.. kikiki

    Mendung ja langit..

    Puncak gunung terlindung di balik awan..

    Nak ambil gambar penuh tapi tak dapatlah pula..

    Alhamdulillah.. Sejuk jiwa dan raga Sha..

    Selesai 30 minit briskwalk dengan 3098 langkah..

    Munchy's Oat Krunch Cream Cracker

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    1 pek besar ini ada 13 pek individu dalam dia.. Memang sesuailah kalau nak bagi anak-anak bawa bekal atau nak standby dalam beg tangan.. Biskut dari rangkaian oat krunch ini diperbuat dari oat dan gandum yang sihat dengan rasa yang berlemak.. Memang sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah kedalam kopi atau teh.. Memang syoklah dan mengenyangkan..

    Munchy's Oat Krunch Cream Cracker (338g) - RM6.99

    Ada 4 keping biskut dalam satu pek comel tu..

    Singkatan Kecil, Makna Besar Dunia Pembaca

    Assalamualaikum..
    Hye semua..


    Ini Sha dapat dari perkongsian seseorang dekat Thread.. Boleh klik link yang Sha kongsikan ini..

    Kluang Wild Taste Cappuccino Coffee 3in1

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Sha beli kopi ini untuk Coffee Corner @ Perpustakaan.. Biar pelbagai sikit pilihan minuman.. Gitu.. Sambil-sambil tu Sha cubalah satu.. Okaylah kopi dia.. Tak terlalu kuat.. Tak manis dan lembut ja.. Bolehlah untuk santai-santai waktu pagi.. Sesuai untuk mereka yang nak kan kopi yang lembut dan kurang manis..

    Kluang Wild Taste Cappuccino Coffee 3in1 (20 sachets x 25g) - RM

    Bancuh secawan.. 

    Tuesday, August 18, 2026

    👣 Jejak Sihat | 17 & 18 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Isnin Sha briskwalk.. Walaupun macam risau-risau tapi tetaplah briskwalk juga sambil bawa batu sebagai langkah berjaga-jaga.. kikiki.. Pelajar tak ramai pula yang beriadah petang Isnin tu.. Mungkin sebab sebelum tu hujan kot.. 

    Petang tadi Sha tak briskwalk keliling Politeknik, tapi briskwalk dekat pasar malam.. kikiki.. Jenuhlah pusing pasar malam, menunggu anak-anak pilih nak makan apa..

    Langit cerah betul.. Ini baru lepas hujan..

    Bekal Sha briskwalk.. kikiki..

    Jadilah 30 minit dengan 3000 langkah..

    Berjayalah jalan kaki 23 minit dekat pasar malam ja.. kikiki..

    Maggi Hot Cup Ayam Berempah

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Sedap betul maggi yang baru ini.. Sha saja beli yang jenis cup sebab mudah nak dibawa ke pejabat.. Rasa rempah dia memang padulah.. Kiranya kalau nakkan kelainan dari sup ayam biasa, bolehlah cuba versi ayam berempah ini.. Memang ngam dan padu.. Tambahan pula bila makan dalam pejabat yang sejuk.. Menghangatkan rasa rempah dia tu..

    Maggi Hot Cup Sup Ayam Berempah (59g) - RM2.50

    Isi dalam cup tu ada mi kering, perencah dan garfu platik..

    Setelah ditambah air.. Wangi betul bau rempah dia..

    Buku | Acah-Acah #Deep oleh Shazreen Fazlynda

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Walaupun tajuknya Acah-Acah #Deep tapi jangan pula ingat isinya kena baca sambil kerut dahi dan termenung pandang jauh.. 😂 Buku ini sebenarnya santai, ringan dan sesekali buat Sha tersenyum.. Isinya comel tentang penulis sendiri.. Perkongsian yang menarik, kelakar dan memberi tauladan sebenarnya..

    Penulis berkongsi pelbagai cerita tentang kehidupan, daripada perkara yang biasa kita lalui sehinggalah pengalaman dan pandangan yang membuatkan kita berhenti sekejap untuk berfikir.. Gaya penulisannya pula bersahaja, macam sedang duduk bersembang dengan kawan.. Ditambah pula dengan penggunaan loghat utara yang menjadikan pembacaan terasa lebih dekat dan tidak terlalu formal..

    Ada bahagian yang menghiburkan, ada yang memberi inspirasi dan ada juga yang membuat Sha terfikir, “Eh, betul juga apa dia cakap ni.” 😆 Dalam santai-santai itu, terselit juga nasihat tentang bagaimana kita melihat kehidupan, menghadapi masalah dan cuba menjadi versi diri yang lebih baik..

    Konsep buku ini yang tidak terlalu berat.. Tak perlu baca banyak-banyak dalam satu masa.. Boleh buka mana-mana halaman, baca sedikit, senyum sedikit dan sambung hidup macam biasa.. 🤭

    Sha baca dan selesai pada 18.08.2026..

    Published February 1, 2016 by Puteh Press

    Monday, August 17, 2026

    📷 Coretan Sehari | 17 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Hari ini patutnya Imani ada TCA untuk telinga dia, susulan TCA Julai hari tu.. Oleh kerana pagi ini ada perhimpunan Kokurikulum dan Imani terlibat dengan perbarisan serta pembentangan KMR, makanya terpaksalah Sha ke klinik dan tunda tarikh temujanji Imani.. Itupun awalnya semalam bergaduh-gaduh dengan Sha nak juga ke hospital.. Sha cakap tak payah, nanti mak tukar tarikh ja.. Dianya seboklah berjanji bagai dengan gurunya.. Pening mak nengokkan perangainya.. huhuhu..

    Lepas tu boleh pula pukul 2.30 petang Imani telefon bagi tahu kenderaan yang selalu dia naik tu tak ada, Imani kata dia lewat keluar dari kelas.. Sha suruh dia tunggu ja dekat sekolah.. Nanti balik sekali dengan kakak dia.. Senang.. Pandai dia duduk buat kerja sekolah dalam surau.. Balik rumah dah boleh bertenang-tenang..

    Ambillah juga nombor pagi tadi sebab nak jumpa MA untuk tukar tarikh.. Alhamdulillah dapat tarikh baru dah bulan September nanti.. Lamalah sikit sebab pakar telinga ini bukan selalu ada..

    Puteri Islam yang kendalikan perhimpunan Kokurikulum ini dan Amani serta Imani terlibat dengan perbarisan.. Minggu lepas memang balik lewatlah anak-anak ini disebabkan latihan perbarisan..

    Hari ini ada pembentangan KMR ini juga.. Imani buat Terarium.. Amani pula buat AI & Strip komik.. Ini yang hari Sabtu duk mencari pokok kaktus merata-rata tu.. kikiki.. 

    Alhamdulillah.. Kedua-dua projek Imani dan Amani terpilih mewakili kelas masing-masing.. Usaha yang membuahkan hasil..

    Tai Sun Roasted Peanuts

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Sha beli kacang ini disebabkan ada promosi.. kikiki.. Lagipun sedap ja buat kunyah-kunyah sambil baca buku atau buat kerja.. Cumanya terasa masinnya kacang ini sebab garamnya ketara betul pada kacang tu.. kikiki.. Lepus tu kacang dia macam tak berapa best untuk lidah Sha lah.. Dia macam keras sikit.. Bolehlah nak makan sikit-sikit.. Cumanya lambat sikitlah nak habisnya.. 

    Tai Sun Roasted Peanuts (150g) - RM4.49

    Dapatlah sebekas comel ini..

    Ketara betul ketulan garam pada kacang..

    BookDoc | Around The World Challenge: Brazil

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Satu lagi cabaran mengelilingi dunia yang berjaya Sha selesaikan.. Selepas ke Brunei, dia campaknya Sha ke Brazil.. Layan ja lah.. Sementara boleh akses ini, kita layan ja mana dia campak.. Sampai sekarang Sha tak berjaya sertai Battle Royale bawah cabaran dunia ini.. Asyiklah terlepas.. Dia ada spesifik masa.. Kadang tu terlupa nak tengok.. Tak ada notifikasi, tu yang susah tu.. 

    Kalau nak akses cabaran ini kena bayar BookDoc Premium, RM8 sebulan..

    Jom kita ke Brazil.. Sha mula pada 07 Ogos 2026 dan selesai pada 14 Ogos 2026..

    Ada 5 bandar kesemuanya dan Sha bermula dengan Manaus dulu..

    Selamat sampai ke Manaus pada 10 Ogos 2026..

    Kemain nama bandarnya dalam Bahasa Inggeris.. Selesai pada 11 Ogos 2026..

    Sampailah kita ke Ouro Preto pada 12 Ogos 2026..

    Yeah!! Berjaya sampai di Rio de Janeiro pada 13 Ogos 2026..

    Sampai juga ke Brasilia pada 14 Ogos 2026..

    Tamatlah sudah jelajah Sha ke Brazil pada 14 Ogos 2026.. Dapat extra 200 poits dan bendera negara Brazil..

    Ada 6 cop termasuk cop bendera negara Brazil..

    Sunshine Dorayaki Matcha & Durian Musang King

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Dua lagi Dorayaki jenama Sunshine yang berjaya Sha cuba.. Gebu betul penkek tu.. Memang makan penkek dia saja tanpa inti pun dah sedap.. Rasa penkek tu wow betul..

    Sunshine Dorayaki Matcha (65g) - RM2.80
    Sunshine Dorayaki Durian Musang King (65g) - RM4.50
    Dorayaki ini dijual dengan harga pengenalan ye kawan-kawan.. Harga sebenarnya ialah RM3 bermula 1 Oktober 2026.. Kecuali yang Durian tu..

    Meriah betul krim matcha dia tu.. Lepas tu rasa dia okaylah untuk Sha.. Tak rasa terlalu kerumputan.. Tak manis dan ngam elok ja dengan penkek tu..

    Pergh!! Puas hati makan yang inti durian ini.. Buka ja bungkusan tu, semerbak bau durian.. Memang mewah betullah.. Sesuai dengan harga dia.. Penkek tu pula lembut, ngam betul dengan inti durian tu..

    Sunday, August 16, 2026

    📷 Coretan Sehari | 16 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Sejak Sha punya bacaan HB rendah.. Sha pastikan Sha makan ikut aturan.. Sha rasa sejak Sha kurang nak makan dan tak menentu makan, tu antara faktor yang buatkan bacaan HB Sha rendah.. Kadang tu kalau dah terlepas jam 7 malam, Sha memang tak makan dah.. Sangguplah berlapar dari makan.. Bila dah biasa memang tak heranlah kalau tak makan malam.. Kadang tu 2,3 hari tak makan nasi.. Sha makan roti atau buah ja.. Makan tak cukup zatnya.. huhuhu.. Ini kena makanlah balik dengan normal.. Ada sayur, protein, karbohidrat dan buah-buahan.. 

    Lauk ulam air asam.. Bila ada lauk ini, terbuka selera nak makan.. Taklah bertambah tapi, makan tu adalah sayur, ikan sekali dalam tu.. Ini menu tengah hari dan malam Sha..

    Dua lauk yang membuka selera.. Segar betul siput sedut tu.. Isinya penuh.. Adalah 5,6 ketul yang tak boleh nak disedut.. Lain-lain tu memang keluarlah isinya..

    Cha Pai Peach Oolong Tea

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Satu lagi gabungan air teh oolong dan buah yang sedap.. Memang bolehlah beli.. Saiz dia besar.. Rasa buah pic dan teh oolong tu memang ngamlah.. Lepas tu paling best, air ini tak manis.. Jadinya bila sejuk, sedap ja dia lalu tekak.. Menyegarkan dan melegakan.. Suka Sha.. Kalau nak cuba bolehlah cari di Mr.DIY.. 7E pun ada jual tapi mahal sikitlah..

    Cha Pai Peach Oolong Tea (500ml) - RM3.80

    👣 Jejak Sihat | 16 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Sha masih lagi briskwalk pagi ini.. Risau kan anjing tapi tetaplah jalan juga.. Pagi ini lambat pula cerahnya.. Oleh kerana semalam tiba-tiba anjing buat kemunculan, harapnya hari ini tak adalah.. kikiki.. Pagi ini pun jalan tenang ja.. Adalah selisih dengan 2,3 orang manusia tapi selebihnya memang kosong.. Kosong, tenang dan sejuk ja.. Anjing tak ada.. Yeah!!

    Laluan setiap Sabtu dan Ahad.. Bangunan kuning tu admin dan dewan kuliah.. Ini laluan tengah..

    Langit terang tapi tak cerah lagi.. Lampu jalan tu pun masih menyala..

    Kabus melindungi gunung ganang namun dah mula nampak cahaya oren..

    Kiri tu Pusat Islam.. Kawasan yang Sha bulatkan tu lah, ada anjing 2 ekor.. Pagi ini tak ada tu yang boleh nak ambil gambar.. kikiki..

    Makin cerah dah langit waktu ini..

    Kawasan pagar yang koyak tetuk dan menjafi laluan anjing keluar masuk..

    Kronologi semalam.. Asalnya anjing tu dekat kawasan kereta biru tu.. Lepas tu dia berlari-lari ke kawasan yang Sha bulatkan tu.. Itu laluan masuk ke kuarters Sha.. Memang terus telefon encik suamilah untuk selamatkan Sha.. kikiki..

    Bekal briskwalk pagi tadi.. kikiki..

    Walaupun risau-risau, berjaya jugalah jalan 46 minit dengan 4662 langkah..
    Daisypath Anniversary tickers

    Goodreads

    Sha's bookshelf: read

    Dia Trouble Maker
    Bara
    Pelukis Jalanan
    Kelibat Setan
    Mila’s Big Splash
    Dheo's
    Misi Budak Tahfiz
    Puaka Jambatan
    Saat Aku Berpaling
    Cikgu Kelas Sebelah
    Surihati Encik Pembunuh
    Aneh
    Kasyaf Ain
    Jadikan Aku Yang Terakhir
    Cik Isteri Dan Encik Suami
    Projek Seram: TOYS
    Lamaran Di Taman Nakajima
    Pemburu
    Misi Hero
    Pinjam Sayap


    Sha Mohamed's favorite books »

    Review & Rating

    Sha's bookshelf: read

    Disergah Penunggu Pokok Ara
    really liked it
    Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
    Dijenguk Hantu Penanggal
    really liked it
    Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

    goodreads.com