Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini patutnya Imani ada TCA untuk telinga dia, susulan TCA Julai hari tu.. Oleh kerana pagi ini ada perhimpunan Kokurikulum dan Imani terlibat dengan perbarisan serta pembentangan KMR, makanya terpaksalah Sha ke klinik dan tunda tarikh temujanji Imani.. Itupun awalnya semalam bergaduh-gaduh dengan Sha nak juga ke hospital.. Sha cakap tak payah, nanti mak tukar tarikh ja.. Dianya seboklah berjanji bagai dengan gurunya.. Pening mak nengokkan perangainya.. huhuhu..
Lepas tu boleh pula pukul 2.30 petang Imani telefon bagi tahu kenderaan yang selalu dia naik tu tak ada, Imani kata dia lewat keluar dari kelas.. Sha suruh dia tunggu ja dekat sekolah.. Nanti balik sekali dengan kakak dia.. Senang.. Pandai dia duduk buat kerja sekolah dalam surau.. Balik rumah dah boleh bertenang-tenang..
Ambillah juga nombor pagi tadi sebab nak jumpa MA untuk tukar tarikh.. Alhamdulillah dapat tarikh baru dah bulan September nanti.. Lamalah sikit sebab pakar telinga ini bukan selalu ada..

Puteri Islam yang kendalikan perhimpunan Kokurikulum ini dan Amani serta Imani terlibat dengan perbarisan.. Minggu lepas memang balik lewatlah anak-anak ini disebabkan latihan perbarisan..

Hari ini ada pembentangan KMR ini juga.. Imani buat Terarium.. Amani pula buat AI & Strip komik.. Ini yang hari Sabtu duk mencari pokok kaktus merata-rata tu.. kikiki..
Alhamdulillah.. Kedua-dua projek Imani dan Amani terpilih mewakili kelas masing-masing.. Usaha yang membuahkan hasil..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..