Tuesday, July 3, 2018

Tomyam Ayam

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Jom masak tomyam versi Sha.. Mudah cepat dan ringkas.. Hanya perlu lebih kurang 3-5 minit je..

Tomyam Ayam

Bahan-bahannya

Ayam yang dah dipotong kecik (ikut suka banyak mana) 
Sebiji bawang dihiris
Sebiji cili merah dihiris (nak pakai cili padi pun boleh) 
Lobak merah dipotong memanjang
2 sudu Pes Tomyam (agak-agak je) 
Air

Cara membuat
Air didihkan terlebih dahulu.. Setelah mendidih, masukkan ayam, carrot, cili, bawang dan pes tomyam tadi.. Biarkan mereneh dengan api perlahan.. Sementara tunggu ayam masak, bolehlah masak nasi dan buat telur dadar.. Tomyam masak, hidangkan bersama nasi dan telur dadar.. Memang ohsemlah..

Inilah rupa kejadiannya.. Hanya ada ayam, carrot, bawang dan cili merah.. 

Bahan utama yang membantu menjadikan tomyam sedap.. Anak Sha yang tak makan tomyam pun makan bila Sha buat tomyam guna pes ini.. Memang cukuplah rasa tomyam.. Tak payah dah nak tambah limau ke air asam ke nak bagi masam.. Ini je dah cukup.. 

19 comments:

  1. Tomyam memang fav akak..all time fav...selalu makan kat kedai tomyam kat sg buloh..ada satu kedai yang menjadi fav akak..buat sendiri selalu gak..tapi dduk bujang..makan kat kedai je la senang

    ReplyDelete
  2. mmg mudah guna pes tu...yummmm

    ReplyDelete
  3. Selalu juga pn is3 buat tomyam ayam ni.
    Minat makan yang bahagian2 tulangnya.

    ReplyDelete
  4. fav miza dan anak-anak. boleh makan dengan nasi dan bihuun

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba ni.
    Kat mana ada jual pes tomyam tu? Giant ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah Mrs A.. Kalau ikut kata kawan-kawan ada jual di pasaraya.. Cuma Sha tak pernah jumpa lagi..

      Delete
  6. sama ! betul sha, guna yg ni je dh cukup rasa tom yam kita.

    ReplyDelete
  7. Senang pulak cara kak sha masak tomyam hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Mak berkerja nie memang macam ini Ika.. Cari cara yang senang je nak memasak..

      Delete
  8. kalau dekat dah pegi minta sikit ni. hehe

    ReplyDelete
  9. eh perencah tomyam tu sama macam MN guna..cepat dan sedap hiks

    ReplyDelete
  10. senang la dah ada pes macamtu tinggal campak lauk dengan sayur je

    ReplyDelete
  11. Dap dap dapnya tomyam! Kat tempat akak susah nak jumpa pes tom yam brand tuh,..

    ReplyDelete
  12. sedapnya tom yammmmm... tetiba lapo la pulakk

    ReplyDelete
  13. Tetiba terasa nak buat Tonyam pula. Bahan2 pun ada tu.

    ReplyDelete
  14. suka pes tomyam tu.
    ari tu aida beli kat thailand.
    best. better than yg kiub kat supermarket tu.

    ReplyDelete
  15. My favourite food tomyam ayam..my mum pakai pes tomyam maggi..lagi sedap kalau makan dengan nasi goreng

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »