Sunday, July 15, 2018

Durian Kampung

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Alhamdulillah.. Memang rezeki Sha dapat pengasuh anak yang baik.. Sha beli durian kampung 10 biji dengan harga RM50.. Pergi ambil dekat kampung pengasuh di Felda Trolak, Perak.. Siap dijamu makan 3 dulang durian.. Puas makan durian.. Dah lama tak merasa makan durian..

Memang betul-betul rezeki.. Bukan saja dapat durian siap dapat buah tangan lagi.. 

10 biji ini RM50
Kalau ikutkan, Sha minta untuk beli 10kg (sekilo RM5) tapi yang ini encik suami bawa, katanya dekat 15kg..

Dapat pula lagi dua biji durian baru luruh dari pokok.. 

4 biji asam gelugur ini diberi sebagai buah tangan.. Inilah yang dihiris nipis-nipis untuk dijadikan asam keping.. Nanti Sha buat, Sha share dalam blog ye.. 

Sebekas tempoyak (bekas taufufah yang standard tu) 

Sebungkus asam keping.. 

Nikmat Allah mana lagi yang nak kau dustakan.. Sha doakan semoga keluarga pengasuh anak Sha ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. 

Talam pertama yang dihidangkan.. Tak lama lepas tu keluar talam kedua dan ketiga bersama cekodok durian.. Memang puas makanlah sampai nampak durian je lepas tu.. Kikiki.. Kenangan 14 Julai 2018..

12 comments:

  1. kenduri nampaknya tu, nikmat Allah banyak bagi musim durian kerja makan durian jerr hii.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. wahhh murahnya dapat RM50 je siap dapat yang fresh pulak tu! Bestkan kalau dekat dengan kebun/dusun orang ni, mencurah sangat rezekinya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki betul nih seronok makan durian saya pun suka. Sini di JB RM 7 sekilo beli jumaat lepas. Kalau rajin cari boleh dapat murah lagi.

    ReplyDelete
  4. Amboi Sha :-)
    Setalam.
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya durian tu, terliur ni :(

    ReplyDelete
  6. puas hatikan makan durian bila beli banyak macamtu

    ReplyDelete
  7. cekodok pisang mkn..ratah durian gtu tk bole...kalo mkn ngan pulut ok..tktau la nape..dlu kecik2 bole je mkn tp dh besar tk bole..bau pn tk bole huhu

    ReplyDelete
  8. sedapnya durian.

    buah asam keping tu, masa kecik2 dulu pernah lah buat sendiri asam keping dah tua2 ni tak jumpa lagi dah buah asam keping tu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, murah rezeki Sha sekeluarga. Boleh buat projek asam keping lepas ni.

    ReplyDelete
  10. sedapnya... sy tgh tggu kwn bw balik durian kg dr semenyih... hrp2 elok laa durian tu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com