Assalamualaikum..
Hye semua..
Disebabkan semalam Sha dapat tempoyak, petang tu juga Sha gi cari udang dan petai.. Sha pun apa lagi, cubalah buat Sambal Tempoyak Udang Petai.. Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi.. Cumanya Sha pakai cili kering kisar, bukan cili padi tumbuk.. Tapi sedap juga.. Kikiki.. Sambil menaip ini pun telan air liur.. Sedap.. Memang sedap.. Kalau tak, tak adalah encik suami puji.. Kikiki..
Sambal Tempoyak Udang Petai
Bahan-bahannya:-
1/2kg Udang
4 papan petai (dikopek)
2 sudu besar Tempoyak
Cili kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih & halia)
Serai
Cara Memasak:-
Tumis cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan tempoyak dan biarkan mendidih.. Setelah mendidih, bolehlah masukkan petai, udang dan serai.. Jangan lupa bubuh garam, gula dan sedikit air.. Supaya sambal tak terlalu kering.. Biarkan hingga udang masak..
Bahan utama.. Petai, tempoyak & udang..
Tumis cili kisar sampai naik bau..
Masukkan tempoyak dan biar mendidih..
Kemudian masukkan udang dan petai.. Perasakan dengan garam dan gula.. Boleh tambah air sekiranya sambal nampak terlalu kering..
Dah siap.. Marvellous..
Ya ampun...sedapnya....makan dengan nasi panas...fuh. :)
ReplyDeleteSedapnya sambal tempoyak tapi saya tak makan petai.. hihi tekak masih belum terima lagi walaupun dah banyak kali cuba..
ReplyDeleteAduhai. Sedap nyer Sha!
ReplyDeleteFeveret saya ni, mai pos sini sikit :P
ReplyDeletelapar tiba2..haha
ReplyDeletealamak takmakan petai hahaha
ReplyDeletenampak menyelerakan sambal udang tu
ReplyDeletetk mkn sambal tempoyak n petai tu..udang sambal mkn
ReplyDeleteadusss sedap nih
ReplyDeleteAduhai, sedapnya! Bagai terasa-rasa sambal tu kat anak tekak 🤤
ReplyDeletenmpk nya sy tgk je laa sbb x mkn petai ;-)
ReplyDeleteaduhhh terliur dibuatnya
ReplyDelete