Spaghetti Goreng - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, July 4, 2018

Spaghetti Goreng

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Bila dah tak tahu nak masak apa.. Mulalah datang idea nak buat makanan lain.. Jadinya, jomlah masak spaghetti untuk menu makan malam hari ini.. Mudah cepat dan ringkas..Sha sediakan bahan-bahan ini awal, masa rehat lunch (1-2pm : rumah dekat dengan pejabat).. Balik dari amik anak sekolah agama, barulah Sha tumis.. Makan panas-panas baru sedap..

Bahan-bahannya:-
Spaghetti Spiral (boleh je pakai spaghetti lain) yang direbus bersama garam dan minyak.. 
Hirisan lobak merah dan kobis
Bawang merah dan cili capsicum yang dipotong-potong

Sos spaghetti Kimball, Sos tiram life dan daging kisar.. 

Yang tiada dalam gambar
Cili sos, cili kisar dan planta untuk menumis.. 

Cara memasak:-

Cairkan planta dalam kuali.. Sha pakai jenama Adele.. Masakan jadi wangi dan sedap dimakan..

Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau.. Cili kisar ini dah ada bawang merah, bawang putih dan halia.. 

Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.. 

Masukkan sos spaghetti.. 

Masukkan daging dan tumis hingga daging masak..

Masukkan semua sayur dan kacau bagi sayur masak dan kuah kering.. 

Last sekali baru masukkan spaghetti spiral yang dah direbus tadi.. Kacau rata..

Yeah!! Dah siap.. 

Tips: kalau nak pedas, boleh tambahkan cili padi.. Sha tak bubuh cili padi sebab nak Amani makan dan Sha pun memang tak makan pedas..

14 comments:

  1. husband akak slalu juga buat tp mmg guna spgahetti..jrg guna spiral pasta...yummmy

    ReplyDelete
  2. mak ray selalu buat spiral goreng ni for breakfast.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap
    apatah lagi kalau dapat free

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka spaghetti goreng - tapi malas buat sbb kena guna kuali super besar atau msk 2 kali. Anak2 mkn spaghetti mcm gergasi. :D

    ReplyDelete
  5. bentuk ni tak pernah try masak lg.. nmpk sedap

    ReplyDelete
  6. aisyhhhh sedapnya walaupun menu simple je

    ReplyDelete
  7. Sedaaaap ni, nanti nak cuba juga la...

    ReplyDelete
  8. tq sha for sharing.
    aida akan tiru resepi.
    tapi buat dgn spageti biasa.
    izat kalau lain skit spiral gini, tak makan ler jawab nyer.
    daging byk skit. adui sedap nyer.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..